Showing posts with label :Review Cinema/ Preview Filem/Teater:. Show all posts
Showing posts with label :Review Cinema/ Preview Filem/Teater:. Show all posts

Saturday, August 29, 2015

Preview Filem No Escape

Preview Filem No Escape  |  Teruja sangat ai bila dapat Invitation Gala Premire dari mm2 Entertaiment utnuk Filem No Escape . Hero sapa? Owen Wilson babeee.. selalu kita tengok Owen Wilson berlakon filem komedi kan? Tapi melalui Filem No Escape yang bergenre thriller ation ini, Owen Wilson jadik seorang yang serius . hensemnyaaaaaaa hikhik ~

the invitation


Sinopsis Filem No Escape : mengisahkan tentang seorang pengusaha bernama Jack Dwyer (Owen Wilson) yang berpindah bersama keluarganya dari Amerika ke salah satu negara di Asia Tenggara. Namun, silapnya mereka, daerah itu dilinda kerusuhan politik negara tersebut.. menyebabkan mereka terpaksa melarikan diri dalam rusuhan tersebut dan bersembunyi dari dibunuh pemberontak. Persoalannya, dapat tak Jack Dwyer keluar dari daerah rusuhan itu? Selamat tak keluarganya?

the poster

Info Filem No Escape
Pelakon : 
Owen Wilson as Jack Dwyer
Lake Bell as Annie Dwyer
Pierce Brosnan as Hammond
Sterling Jerins as Lucy Dwyer
Claire Geare as Beeze Dwyer
Spencer Garrett as Recruiter
Karen Gemma Dodgson as Woman #1
Byron Gibson as Hotel Guest #1
Sahajak Boonthanakit as Kenny Roger
Russell Geoffrey Banks

Jenis Film: Action | Thriller
Pengarah: John Erick Dowdle
Penulis: John Erick Dowdle, Drew Dowdle
Masa: 1 Jam 41 min


me with eyuh


ai pergi bersama Eyuh. teman sejati nonton wayang kehkehkehh ~ Serius cakap, filem No Escape ni memang BEST ! tapi terlampau aksi ganas, kitaorang sampai tutup tutup mata tengok. . kekejaman depan mata. slumber je langgar orang dengan lori la... tembak orang merata. rogol lah... ehh ai is tak boleh laa tengok cerita macam tu. jiwa tak kuat babee... hikhik. tapi rasa kalau hubby tengok ni kompem favourite dia.. filem thriller kannn ;)) tapi filem No Escape ni memang makan dalam............ kenapa? haa korang pergi tengok sendiri dekat pawagam yang berhampiran tau.... bakal ditayangkan pada 3hbSeptember 2015..



Thank you mm2 Entertaiment for the invitation. Next time roger me again okay ! hee~
But please, provide subtitle English too. ai is blur habis coz subtittle chinese that day ~ HAHAHAHA
daaaa ~










Yang pasti beli DVD filem ni nak suruh hubby tengok hihihi,
signature ms eida
Read More ->>

Thursday, March 19, 2015

Review Filem Ah Boys To Men 3 : Frogmen

 
 Poster Filem Ah Boys To Men 3 : Frogmen


Sebelum korang pelik cerita apa ni, sila lihat poster. Yes pelakon Cina Singapore. Cerita Ah Boys To Men ni ada 3 siri. Tajuk Frogmen adalah Siri Ke-3. Tidak lah ku tahu kan? tapi percayalah 'dont jugde a book by its cover' sebabnya, cerita BEST GILERrrrrrrrrrr !! serius TAK TIPU !

 
 barisan pelakon. hensemnya yang belakang tu ehem ~



Filem Ah Boys To Men 3 : Frogmen adalah komedi aksi tentang sekumpulan rekruit muda di Tentera Laut Singapore. Ia menceritakan pengalaman rekruit muda ini bersempena dengan latihan mereka di Unit Selaman Tentera Laut (Naval Diving Unit - NDU), khususnya semasa 'hellweek' yang sukar. 





Disebalik rekruit muda ini tersirat seribu satu masalah dimana mereka dari latar belakang yang berlainan, Ken Chow seorang anak muda yang selain cuba mengelak masuk NDU, Wayang King yng tidak disukai oleh rakan kabinnya, Lobang yang selalu menipu rakan kabinnya. Selain tu ada watak baru diperkenalkan iaitu, Hei Long (ini hensem) seoarang ketua samseng yang jahat dan selalu cenderong kepada tindakan ganas. Mereka ditempatkan dalam satu unit 48 WAJIB melalui 40minggu latihan keras untuk menjadi Tentera Elit Singapore iaitu "Frogmen" ..

 
 Graduation Day. dalam air kooooo ~



Mula mula cerita ni agak kelakar, tapi di pertengahan banyak elemen kesedaran, semangat kerjasama satu pasukan ditonjolkan. Bagi ai, jangan pandang cerita Filem Ah Boys To Men 3 : Frogmen sebagai cerita luar tapi kita lihat mesej yang ingin disampai kan.. orang muda patut pergi tengok cerita ni. serius ! 

 
Isabel (PIC) - Eida - Rara - Iena  (#KelabBloggerBenAshaari)

selfie ciked lps movie heee~



Filem Ah Boys To Men 3 : Frogmen yang diarahkan oleh Jack Neo terbitan MM2 Entertaiment telah pun berada di wayang berhampiran korang semua. Jangan TAK pergi tengok ye ! jom tengok abam abam sado hencem hencem. hikhikhik ~ ai syak kalau hubby tengok ni mesti dia suka sebabnya dia pun Frogmen jugak dalam JKR ni heeeee ~









Yang nak tengok lagi sekali boleh?   ;p


signature ms eida
Read More ->>

Wednesday, February 18, 2015

Tayangan Perdana Filem COVERINA

 

Semalam, 16hb Februari 2015, ai berkesempatan untuk menghadiri Tayangan Perdana Filem COVERINA sebagai media blogger. Ai bawak sekali kakak ai sebagai teman. Tayangan Perdana Filem COVERINA ini telah mendapat kerjasama dari GSCinemas Nu Sentral yang mana adalah lokasi terbaru rangkaian pawagam Golden Screen Cinemas yang terletak berhampiran dengan KL Sentral..

 
with the poster
*nampak tali bra youuuuuuuuuuuuuuuuuuu*



Filem COVERINA, terbitan SPS Jaya Sdn. Bhd, lakonan Pekin Ibrahim, Elizad Sharifuddin, Cat Farish, Arissa Hidayah, Kina Jamal, Shahrolnizam Sulaiman dan Zazly Baginda , dan diarahkan oleh Khalid Nadzri (Pengarah Drama Zahira)

 
teraju utama. haruslah kita posing bersama kehkehkehe



Sinopsis filem COVERINA - menceritakan mengenai kisah seorang lelaki, yang terpaksa menjadi seorang wanita hanya untuk mendalami perasaan dan naluri majikannya, seorang perempuan yang pernah dikecewakan lelaki. Apa yang menariknya filem ini bagi ai, filem ni santai.............. filem lawak. ai gelak berdekah dekah semalam dengan kakak ai. . lucu habis laa bila Pekin jadik perempuan. kehkehkehkehhh . . bagi ai sesuai untuk kita yang stress, moody bekerja kan? haaa tonton laaaaaaaa Filem COVERINA ni. kompem korang menangis nangis terpaksa gelak berdekah dekahh

 
 salah satu adegan pekin menjadi perempuan kikikikiki ~



Filem COVERINA ini bakal ditayangkan pada sambutan Tahun Baru Cina ini iaitu pada esok hari,  19hb Februari 2015 bersamaan hari Khamis. mari pakat ramai ramai tok wan, nek mah, pak long , makngah semuaaaaaaaaaaaaa serbu pawagam dan tonton filem bergenre lawak parody ini ! COVERINA !!


sapa yang hati motor, cerita ni ada sedikit berkaitan dengan bikers jugakkkkk ~!






Yang sunyi sepii je orang kat opis ni semua pakat cuti hoiii !
signature ms eida
Read More ->>

Sunday, January 4, 2015

Teater Sirah Rasulullah Tahajjud Cinta




Pada o2 Januari 2014, ai berkesempatan untuk menghadiri Tayangan Perdana Teater Sirah Rasulullah Tahajjud Cinta di Istana Budaya bersama geng #kelabbloggerbenashaari, Ben Ashaari, Yaya Natsumi, Fatin Bella, Angah Judin dan Nadia Johari. sepatutnya Ruby pon ada, eh boleh lupa yek busy sangat dia niii heeee ~

 


Teater bermula pukul 9pm, tapi kitaorang dah ada kat Istana Budaya dari pukul 5.30pm lagi weehooo semangat ke idok ? hikhikhik . . Okay sebenarnya Teater arahan Erma Fatima kali ni adalah bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul bagi memperingati kelahiran Junjungan Besar RASULULLAH MUHAMMAD S.A.W 1435H . . Betapa besarnya kelebihan umat yang memuliakan maljlis keputeraan RASULULLAH MUHAMMAD S.A.W , ianya kerana berniat sahaja untuk mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahal dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dkira amal soleh.


Tahun ini, Amazon Entertaiment dengan kerjasama Istana Budaya telah membangkitkan semula SIRAH JUNJUNGAN yang dipentaskan di Istana Budaya Kuala Lumpur yang berjudul SIRAH RASULULLAH TAHAJJUD CINTA. Teater ini membariskan pencinta seni hebat seperti Dato Siti Nurhaliza, Amy Search, Awie, Tegar, Datin Sri Umie Aida, Remy Ishak, Beto Kusyairy, Elly Suryati, Dato Rahim Razali, Shiha, Shahronizam, Jessie Lim dan ramai lagi tak tersebut nama. . Selain menggabungkan 20 orang pelakon utama, Teater Sirah Rasulullah Tahajjud Cinta juga menampilkan 80 orang pelakon tambahan, 15 orang pemuzik yang bermain secara LIVE dan 6 orang penyanyi latar. Manakala set dan props pementasan Teater Sirah Rasulullah Tahajjud Cinta terdiri dari 12 set pentas dan 20 jenis props. phew ~


Teater SIRAH RASULULLAH TAHAJJUD CINTA merupakan sebuah drama muzikal riwayat hidup Nabi Muhammad S.A.W dari kelahiran sehingglah kewafatan baginda diiringi lagu lagu kisah Nabi dan selawat . .Teater SIRAH RASULULLAH TAHAJJUD CINTA merupakan satu-satunya produksi pementasan Teater Islam yang PERTAMA di Asia Tenggara yang memaparkan sejarah hidup Rasulullah S.A.W. Jangan tak tahu, segala skrip dan konsep persembahan Teater SIRAH RASULULLAH TAHAJJUD CINTA ini telah diluluskan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).


Okay mari ai ceritakan serba sedikit Sinopsis Teater SIRAH RASULULLAH TAHAJJUD CINTA , ianya berkisar tentang dalam kerosakan dan kejahiliahan kaum Quraisy, telah lahir bayi yang amat molek rupawan, bayi inilah yang menjadi cahaya menerangi gelitanya kesesatan pada masa tersebut. Di saat bayi ini dilahirkan, tangisannya menyebabkan dinding Istana Kisra retak dan beberapa menaranya runtuh. Ai di kuil Parsi pun terpadam. Air di tasik sawah menjadi kering. Berhala berhala disekeliling Kaabah tumbang. Aneh. Dalam masa yang cukup singkat, Baginda berjaya dengan cemerlang untuk membentuk Madinah menjadi Daulah Islamiyah yang bertamadun tinggi. Tidak pernah rugi bagi seorang yang beriman, diberi nikmat dia bersyukur maka syukur menjadi kebaikan. Diberi ujian, dia tetap bersabar maka sabar itu mejadi kebaikan. Perjalan untuk menunaikan kewajipan yang pasti penuh dengan pengorbanan tetapi tidak pernah ada kerugian bagi orang orang yang mahu berkorban ke jalan yang diredhai ALLAH S.W.T . .


Berminat korang nak tonton Teater SIRAH RASULULLAH TAHAJJUD CINTA ini?  Pementasan Drama Muzikal ini akan ditayangkan pada 3 Januari sehingga 6 Januari 2015. Pada 7 Januari 2015, mulai pukul 2petang, orang ramai boleh datang ke Istana Budaya bagi pengumpulan makanan kering, pampers, selimut, wang tunai atau barangan-barangan keperluan lain buat mangsa banjir. Artis yang terlibat dalam inisiatif pengumpulan adalah seperti Dato Siti Nurhaliza, Amy Search dan Erra Fazira. Untuk makluman semua, hasil jualan tiket dari 3 sehingga 6 Januari 2015, sebahagian hasilnya akan diserahkan pada mangsa banjir manakala pada 7 Januari 2015, kesemua hasil jualan tiket akan diserahkan kepada mangsa banjir.


ARTIS DAN TARIKH PERSEMBAHAN:
3 & 4 Jan :   Dato Siti Nurhaliza
5 Jan :  Awie
6 Jan :   Amy Search
7 Jan :   Semua artis terlibat sempena malam amal sumbangan mangsa- mangsa banjir




PENJUALAN TIKET UNTUK SIRAH RASULULLAH TAHAJUD CINTA

Tiket tiket untuk menyaksikan drama muzikal SIRAH RASULULLAH TAHAJJUD CINTA pada 3 hingga 6 Januari ini telah mula dijual sejak 26 Disember 2014. Harga tiket adalah seperti berikut :

RM 53.00 |RM 103.00 |RM 153.00 |RM 203.00 |RM 253.00 |RM 403.00 |

Untuk tempahan secara online :www.airasia.redtix.com


Pendapat jujur ai, Teater ini adalah yang TERBAIK! Terbaik untuk semua lapisan masyarakat. pergilah menonton.. kadang kadang kita ni lupa baginda. ini boleh menyemarakkan lagi rindu kita kepada baginda, percaya atau tidak, ai menitiskan airmata semasa pementasan Teater SIRAH RASULULLAH TAHAJJUD CINTA , YA ALLAH, kerdilnya kitaaa .. hinanya kita.. mulianya baginda.......................................... #selawatKeatasNabiMuhammadS.A.W 







Yang sangat mengesyorkan para ibu bapa bawak anak anak menonton !
 signature ms eida
Read More ->>

Monday, December 22, 2014

Preview Filem Rumah Pusaka di Simpang Jalan





Preview Filem Rumah Pusaka di Simpang Jalan | Arahan Mamat Khalid . FIlem Ke-13. pergh daebakk ! 15hb Disember 2014 kelmarin, ada Tayangan Perdana Filem Rumah Pusaka di Simpang Jalan, ai berkesempatan untuk hadiri as media bloggers . thank you sudi invite ida ... dan ai invite sekali eyza untuk pergi bersama ;)) Tayangan Perdana ni berlangsung pukul 9pm di TGV KLCC ;)) so, gigih la aiols naik LRT untuk ke KLCC. lama haih tak sini  ;(

partner in crime malam ituew ~ eyza *klik* 
thanks sudi follow idaaa ;))

 WAJIB cari banner Filem heeee ~


sesampai sahaja, kene daftar dulu then dapat goodies bag (ada tshirt filem yeayyyy) as asually hehe. dan pergi makan... tapi disebabkan masih kenyang, ai pandang sahaja makanan yang disediakan kehkehkeh. minat ai lebih kepada artis artis yang hadir . ape lagi nak ajak selfie ahhhhh HAHAHAHA *tapi sedih tak dapat selfie bersama dgn Jihan*

 with fida. comel kecik gila fida ni. ai besar gedegang haih!

 sporting habis Pekin bila diminta buat peace!


secara ringkas filem ini,
"Rumah Pusaka Di Simpang Jalan mengisahkan beberapa Ahli keluarga Datuk Semerah Setongkol yang masih hidup  dipanggil ke sebuah rumah pusaka untuk menerima harta peninggalan warisan nenek moyang mereka. Mereka semua dijemput ke rumah nenek moyang mereka dan disambut oleh Johar Zulkifli (Syuk SYJ), penjaga rumah tersebut. Rashid (Pekin Ibrahim) mempunyai perasaan ganjil bahawa sesuatu yang tidak kena dengan rumah ini semasa beliau menjejakkan kaki ke rumah. Namun untuk mendapatkan harta pusaka tersebut mereka semua diminta untuk tinggal di rumah pada malam itu dan mereka terpaksa melalui ujian yang telah ditetapkan. Peristiwa yang pelik mula berlaku kepada semua ahli keluarga termasuk Rashid, Markona (Beli Ngasri), Yeh (Rab Khalid), Susanti (Jehan Muse), Ali (Ahmad Maembong) dan Milie (Fatin Syahirah)
  
jujur ai cakap, filem ni boleh laaaa boleh laaa ditonton bersama family di masa lapang, boleh tahan kelakar dengan kehadiran jihan dan syuk SYJ. ai rasa lakonan paling WIN is YEH Sekupang.......... akhir kata, sokong lah industri perfileman TanahAir kitaaaa ;))



 Jangan lupa tonton filem Rumah Pusaka di Simpang Jalan yang bakal menemui anda pada 
1 Januari 2015 di semua pawagam berhampiran andaaaaaaaaa ! Hidup Mamat Khalid !








Yang rasa Mamat Khalid punya cerita memang lain dari yang lain kan?
signature ms eida
Read More ->>

Thursday, May 16, 2013

Wayang Free di One Cinemas Ampang.




 
aiols tak tipu tau. betul tauu dapat tiket free if uols semua like FB One Cinemas. (klik)
Tengok tu 4 Complimentary Pass untuk tengok wayang free. Ai ols amikkan untuk family..
Thanks to my sis, Lya , die yang bagitahu pasal ni,, kalau tak jangan harap ai dapat tahu. HAHA.
tapi ape pun die tak dapat. kesian. sorry !
ingatkan kalau dapat tiket free lebihhh nak bagi die, tapi xdapat pulakk.. sobsss.. ;(
my bad my bad my bad

ok lepas uols semua dah Like FB One Cinemas , uols pm diaorang fullname dan bagitahu uols dah like. tak pun, call je En. Ady di 03-4270 2388 bagitahu. okay? ingat ehh 1like FB dapat 1tiket wayang free. kalau nak pergi same same hubby, suh hubby uols like sekali... baru leh pergi gede gede. hekhekehkk..


asyik sebut En. Ady jee, lupe nak tunjuk orangnya. ini lah En.Ady. kenalkan uols. 
Seperti biasa kiri dan kanan En. Ady tu adalah buy 1 free 4! HAHA




Actually secara personal nye, we all dijemput as media blogger untuk menonton wayang free pada Ahad lepas.. En.Ady yang invite.. Cerita yang diberi, tiada pilihan ye, orang dah bagi free, maka tengok saja. HAHA.. Star Trek II 3D kaw.. Memula yaya bagitahu ai, ai blur. cerita ape tu wehh? tak pernah tahu pun? HAHA.. Sudah pastinya, ai angkut sekali hubby tuk join sekalii. hewhewheww.. tapi hubby bukan blogger , so kene bayar tiket sendiri RM19.. tak pe sayang, ai belanja. muahhahahhaha.. Sebabnya En. Ady bagi 5tiket tuk blogger je. we all dah berempat, ajak Sheila die takmo. Last last yaya ajak Bro Framestone. Pestaim ni nak keluar dengan blogger femes amous. ni. layaaaaaaaaaaaaaaaannn  ;))



Kenalkan. si gadis berbaju kurung putih itu, wife bro. bro ntah mane. cari casing hp baru katenye. hekhekhekk.. eh eh , En. Ady lagi sekali baikkk hatiii bagi we all air dan popcorn freee!!! 
yeayyyy !



Sebenarnya, One Cinemas ni dah bukak lame dah. Kate En.Ady dalam bulan Januari hari tu. tarikh dia, 19.1.2013 rasanya. betul kan En.Ady? Bilaaaaa wayang baru dibuka, aiols suka betul ! sebabnya, semua fasiliti masih baruuuuuuuuuu.. masih dalam keadaan tiptop! Orang TAK ramai. So, tak de lah aiols serabutttttt peruttt dengan kebisingan bagai bagaii tuh. Ce uols pergi wayang lain, bising kan? sesak ! heyyy, hubby ai tak suka lah sesak mesak niii.. die suka peace no war ! HAHA. Macam One Cinemas ni... tenang jeee nak pergi tengok wayang....  air sedap. popcorn sedap. seat best ! spek 3D okay ! salunya kalau tengok 3D, sakit dicelah mata dengan hidung tauuuu. tapi spek diaorang ni tak menyakitkan. aiols sukaaaaaaaa  ;)) masuk je wayang, ai dah start nak kencing dahh.. HAHA.. aircond die bapakkk sejukk okayyyyy........ haaa, toilet dia , toilet die bersih ! yang penting TAK bau hancinggg.. yeayyy ! sukaaaaa ;)) dua dua toilet lelaki dan perempuan conditionnya bersih ! sebabkan.. yaya kan... die termasuk toilet lelaki.. HAHA. senyap senyap je, tak bagitahu pun... taknak kene bahan lewtewww  ;p

kemainn sempat bergaya dengan spek 3D yang tak menyakitkan ni.. 
hewhehwheww..


tengok tengok, aiols sukaaaaaaaaa One Cinemas. 
heyy orang Ampang, kalau nak tengok wayang, pergi 
One Cinemas tuk keselesaan berganda okay!
One Cinemas, nanti bukak satu cawangan dekat area Sri Kembangan tau tau. 
boleh aiols pergi tengok wayang selaluluuu..... weeeeeee  ;))



ni tempat order air/popcorn dsb  ;))

mari mari beli tiket uols........ eh lupe! dapat tiket free ! muahahhahaha  ;p



haaa.. citer lah yang we all tengok. Star Trek Into Darkness 3D.. ai tak pernah tengok cerita ni. tu yang agak blur sikit. nasiblahhh yaya duk sebelah ai, habis semua ai tanya. ni sape ya? apehal die jahat sangat ni? yaya bengang! sebab die pun bukan tahu sangatt citer ni.. muahhahaha.. awal awal cerita memang agak bosan. ai, yaya , nory gelak je lebih. dok gelakkan Mr.Spock yang asal telinga die macam tu? muahhahahhahahaa... nory siap tido! HAHA. tapii lepas je si Khan tu keluar, heyy segar bugar mata ai... cerita ni best bila watak Khan ni keluar!!! Ai kadang2 konfius Khan ni jahat ke baik ke.. tu yang fokus terlebih... ada lah faham sikit sikit . kire ok lah tuh.... hehehhehehe  ;))




Last but not least, mari bergambar beramai ramai sebelum balikkk ;)) Ini antara blogger yang join tengok. walau pun ada diantara mereka kene bayar. sporting sangattt !  nanti kite gede gede lagi tau tau ;))

dari kiri berdiri, Mcdee Mila , Nory, Ai, En.Ady, Kak Ira wife Bro, BroFrameStone, Eazy Izzuddin dan fauzi aryaan.. pestaim jumpe dua orang blogger ni. sporting diaorang ni ! muda lagi kawwwwwww  ;p
yang sedang menyangkung kat bawah tu (hikhikhik)  Andi hubby ai , Syafiq dan Yaya..



Info tuk uols semua, 
Ni address One Cinemas,
One Cinemas, 3rd Floor, Spectrum Shopping Mall,
Jalan Wawasan 4/2, Bandar Baru Ampang,
68000 Selangor.
no tel : 03- 4270 3395
website : http://www.onecinemas.my/


Direction,
ai hari tu lalu duke, sebab dari rumah yaya kan (jln ipoh), turun duke ampang, jalan depan sikit, ampang point sebelah kiri uols, terus lagi sampai uols nampak balai polis ampang sebelah kanan. depan tu ade traffic light. then masuk kanan. terus lagii sampai uols nampak bangunan besar sebelah kanan, nampak signboard ONE CINEMAS besar gedabak. haaa. situ lahh. tapi masuk parking kat sebelah kiri. freee jeeee ;))










Yang tak sabar nak tengok Fast Furios 6 guna complimentary pass,, yeayyyy!!!
signature ms eida
Read More ->>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page