Monday, April 18, 2022

Berjaya Pregnant After 11years ;)

YA ALLAH, lamanyaaaa tak update blog, kejap ehh. nak tiup tiup sawang kejap. fuhhhfuhhh fuhhhhhh.. Okay dah, Selamat Tahun 2022 korang!! Tahun 2020 & 2021 kita skip okay?? HHAHAHAHHA tak besttttt life time ituewww. Hidup dengan Covid19. Hmmmmm. Macam mana korang? sihat takkkk? ingat lagi tak seketul ida baharum niiiiiiiiiiiiiiiiiii ;p


Aku ada benda nak story mory ni. Banyak sangat benda yang jadik dekat aku sepanjang dua tahun ni. Yang paling aku tak sangka kan, aku berjaya pregnant wei!!!! YA ALLAH, seriussssssss tak sangka! Dan semestinya aku tak sedar pun yang aku mengandung sampailaaaaaa aku gugur. huwarghhhhhhhh sedihnya korang!!!!

Macam mana nak mulakan?Okay macam ni. 2020 memang aku amalkan healthy lifestyle. Aku jogging hari-hari, aku jaga pemakanan aku. Aku tak amik makanan/minuman manis. Aku tinggalkan kejap. Dari berat aku 68kg masa PKP2020, sampai laaa aku berjaya turunkan berat badan ke 57kg paling ringan aku capai Mac 2021.

  
 
kenangan struggle menurunkan berat badan HAHAHA
dari pangkal 6, sekarang , dua dua ketul  ni dah dapat berat pangkal 5
yeayyyy!!!

Sampailaaa tiba bulan puasa 2021, iaitu pada April 2020 kan? Masa tu aku dah pregnant weiii. Tapi disebabkan aku OBSES turunkan berat badan, bulan puasa tu, aku TAK makan nasi. Aku still jogging. Sesekali perut aku cramp, dua minggu sebelum tu, breast aku sakit sangat TAPI aku buat bodoh jeeee. Adoii (read:menyesal). Sampailaaaa, Ramadhan 30, aku dah tak tahan, aku TEST. DUA LINE! menjerit akuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!

Hari terakhir puasa, ALLAH swt hadiahkan kitaorang sesuatu yang indah, sesuatu yang diinginkan sangat sangat! Hati gembira tak terkira ! Disebabkan aku dah tahu aku mengandong, aku tak masak untuk raya,kononnya nak kurangkan pergerakan. so, apak yang take over dapur untuk masak., itupun nak masak cukup syarat jeeeee. Dah siap masak dalam petang raya gitu, aku ajak apak pergi Hospital untuk check baby ni. Betul ke ada? seakan tak percaya hihi

Test aku pagi tu. Pukul 5pagi!


Kiranya 12/5/2021 tu aku dah sebulan ;))

Masa ni, semua keluarga dan beberapa kawan kawan rapat je yang dah tahu

Raya kedua, aku pi Klinik lagi. teruja!

Tapi itu la, bebetul sekejap ALLAH SWT bagi pinjam, bagi rasa menjadi seorang ibu. dua minggu je. sedihnyaaaa YAALLAH. 11 tahun mama tunggu awak................. aku tak nak la cerita kenapa boleh gugur? aku tak nak salahkan sesiapa, aku cuma nak percaya itu KEHENDAK dan takdir yang telah ditentukan NYA. Kitaorang sebagai hamba, akan redho dengan UJIANNYA ini. Aku percaya dengan semuaaa perjalanan hidup kitaorang yang telah ditentukan. InsyaALLAH, one sweet day, aku pasti akan mengandung lagi....AMINNNNN ;))


 
Masa dah tahu mengandong tu, kitaorang berebut rebut nak pilih nama. Naluri aku kuat mengatakan baby ni BOY. Jom pilih nama BOY hehe. Fateh Eshan nama diberi. halahh halahh halahh comey anak mama;) 



30 Ramadan | 12 Mei 2021.
Saat mama tahu adanya awak dalam perut, Ya ALLAH, bersyukur tak terkira. Air mata kegembiraan. 11tahun mama tunggu awakk nakk😍
Tapi, kegembiraan tu hanya seketika. Betul betul ALLAH bagi pinjam sekejap. Bagi merasa. 😭😭
31 Mei 2021 | Perginya Anak Syurga
Selamat Tinggal Anakku😍
Doakan mama, doakan apak. Dah pergi lah bermain main di Syurga ALLAH😍
Simpan as kenangan terindah❤️

Read More ->>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page