Lamanya tak update pasal resepi. Aku setiap kali weekend je masak, weekdays tak larat nak masak sebab balik dari kerja pun dah nak malam hukhuk. So inilah salah satu resepi weekend aku hihi. Resepi nasi goreng kayangan namanya HAHHAHAHA eh takde lah, resepi ni adalah inspirasi by Permaisuri Agong tau. Aku memang follower instagram tuanku @airtangan_tunkuazizah . Aku suka tengok tuanku masak masak. So tergerak hati aku nak cuba resepi Nasi Goreng Butter Steak tuanku, tapi aku takde steak, aku cuma ada kambing je. jadik laaa kan? hehe ;))
2. Sayur bayam brazil (boleh tukar sayur lain or takyah masuk lgsg jika tak suka)
3. Butter secukupnya (untuk menumis dan digaul bersama nasi)
4. Daging kambing secukupnya (boleh tukar guna bahan lain seperti daging, hotdog dll)
5. Cili padi jika suka pedas
6. Garam secukupnya
7. Telur ikut suka banyak mana nak (dalam resepi ni aku guna 4 biji je)
1. Grill kambing dahulu (aku perap kambing dgn garam,blackpepper dan mixherbs jek)
2. Gaul butter dgn nasi
3. Masukkan butter, tumis sampai cair then masukkan telor, kacau sedikit tapi jgn hancur sangat
4. Masuk nasi, cili padi yg ditumbuk dan kacau sebati
5. Masukkan pulak kambing dan sayur. Kacau sebati. Perasakan dgn garam. Dan dah SIAP!! Yeay
Nanti korang try la buat. Mesti anak anak korang suka. dan korang pun suka! Aku syak yang buatkan nasi goreng ni lagi shedap, itu ramuan add on dia, iaitu kambing kihkih. Sedap jugak nasi goreng kambing ni.... siyes tak pernah terfikir nak buat nasi goreng butter kambing . huhu. Selamat Mencuba korang! ;)) Till next entry resepi yaaaa ;)) STAY SAFE Everyone!
No comments:
Post a Comment
Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!