Thursday, October 22, 2020

Pertama Kali makan Burger & Lobster di Genting Highlands ;)

Lama sangat aku berzikir dekat laki aku, aku nak makan, aku nak rasa Lobster di Genting Highlands tu. Ramai kawan aku review lobster nya is shoooo shedapppp. Aku kan mudah terpengaruh dan geng kuat makan, so aku kene cuba ni HAHAHHAHAH nak nak lobster is my favourite gaisss ;)) Tapi laki aku malas layan kehendak aku. . takut benor dia nak bawak kereta naik atas puncak nun. hello bang, sekarang zaman dah moden, kita naik cable car or grab jelaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa wiiiii~

so route kitaorang = dari rumah ke Awana Skyway (naik cable car RM9/adult/one way). Balik tumpang kereta kawan, esokknya dari hotel ke Genting semula book grab sajok for return. hihihihi . cost around RM9/way. muraaaaaaa jekk. ingat mahal benor? hihi

Nak dijadikkan cerita, pada cuti Hari Malaysia, 16/09/2020 haritu, aku ajak laki aku bercuti di Genting Highlands kihkih. Ntah macam mana angin dia baik, dia turutkan jek. yeayyy! Aku book dua malam di Swiss Garden Hotel & Residences, Genting Highlands. TAPI aku taknak review hotel tu sebab aku tak suka. Aku just nak review aku makan di Burger & Lobster di Genting Highlands jek hihi.


partner in crime bercuti di Genting Highlands ;))
Indoor Theme Park dah lain sangattt. Makin cantik! Disebabkan tiada games untuk adult sangat, aku tak join main laa, aku just chill chill jek hehe..
maaf tak dapat review sebab tak suka, dari aku kutuk better aku 
takyah cerita langsung kannnn~


Sebelum aku pergi makan sana, memang aku dah maklum, harga makan di Burger & Lobster di Genting Highlands memang MAHAL gila! Aku dah bersedia dan aku dah prepare untuk itu, lagipun semua dihujung jari, kita boleh dapat tahu menu-menu yang ada dekat Burger & Lobster di Genting Highlands sebelum terjah makan dekat internet. So, kita dah boleh adjust bajet kita. Okay kejap aku tepek menu dan harganya..

Menu Air
Menu Makanan

Pada mulanya bila aku pergi Burger & Lobster di Genting Highlands pada hari 16/09/2020 tu, public holiday, orang ramai gilaaaaa beratur. Perut pulak dah lapar, memang tak lah nak tunggu kan? Kecewaaaaaaaaaaaaaaaa sangattttt!!! Tapi aku decide, kita datang lagi keesokkan harinya, itu pun aku plan, aku nak terpacak depan kedai awal awal! Restoran bukak pukul 11am, aku nak sampai sebelum pintu restoran sampai! Nak jadik orang terawal HAHHAHAHHAHHAH #balasdendam hihi

16/09/2020 - nampak tak ramai orang beratur belakang aku tu? hmmm
17/09/2020 - takde orang beratur langsung yeay!!!


Nak dijadikkan cerita, aku sampai dekat Burger & Lobster di Genting Highlands dalam pukul 11am, restoran dah bukak dan guess what? dah ade customer dalam tuh menunggu makanan. eh? aku ingat aku paling awal, ada yang lagi awal rupanya? HAHHAHAHAHA Lepas order order menu, tak lama mana pun aku order sebab aku dah khatam menu menu nya sebelum sampai sini kihkih ;p 


Memang yang ada dekat sini Burger dan Lobster sahaja. Untuk pengetahuan semua, laki aku tak makan seafood, termasuklah si lobster ni. So apa je yang boleh laki aku boleh makan? burger beef yeayy!!!! Harga dalam gambar yang aku tunjuk dekat atas tu, tu adalah harga sekarang, dah murah sikit. Masa aku makan dulu, bukan itu harganya huhu. Diaorang dah turunkan harga, yelaa diskaun lah ni sebab PKPB lah tuh. Aduiiiiii nak repeattt!! TAPI tak boleh pergi GH sob sobs sobss......


Aku order Chili Lobster RM188 (harga pd 16/09/2020), laki aku order Burger The Original RM88 (harga pd 16/09/2020) dan dua dua order air Coke sahaja. Itupun segelas harga RM13 (harga pd 16/09/2020). Total aku makan di Burger & Lobster di Genting Highlands adalah RM302. Bagi aku ianya mahal yang berbaloiiii.... ;)) puas hatii ;))

laki aku cakap sedap sampai dia nak tapau. HAHAHHAHA
shooo shedap!!!!


Apa rasa Chili Losbter tu? Ya ampun korang, sooo shedappp sangattt!! kuah merah tapi chili tu tak pedas pun, lobster tu manis lembut, sedap gila!!! aku makan semangkuk sorang! puas hatiii okay!!! burger dia pun sedap!! besar gilaaaa burger dia, pun laki aku makan sorang, siap dia nak tapau bawak balik hotel lagi. aduudududuududuuuu hihihi mahal sangat ini kalau nak tapau, kita tapau burger king jelaaa HAHHAHAHAHAHHA ;p

ni aku share review dari aku . shooo shedap ;))
Total cost RM302

Lepas makan, sempat jugak la kitaorang singgah dekat GPO, ini pun pertama kali kitaorang sampai. allahu, jakunnyaaa. banyak sales ye? tak tahu la kalau kalau barangan dia adalah tidak up-to-date tapi ade aku kesah? laki aku pun tak kesah. janji sales banyak, dia pun shopping dengan bahagianyaaaa HAHHAHAHHA aku tak da shopping sebab perut aku dah kenyang dengan RM188 lobster kahkahkha!!


ya ya bang, shopping laaaa. terima kasih sebab bawak kita jalan jalan di Genting ;)) 
nanti kita repeat makan lobster yekk yekk hihii laffff you!

Rate 5/5 for our lunch. Kalau ada rezeki lebih, memang akan repeat makan lagi dan akan cuba menu yang lain pulak. Kitaorang laki bini memang tak kisah makanan tu murah ke mahal ke, janji sedap, perut kenyang, aku takkan berkira dengan makanan dan perut aku HAHAHHAHAH banyak jugak yang kecam aku makan makanan mahal ni, aku pun tak faham kenapa mentaliti diaorang macam tuh? cuba tanya diri, "hidup memang kene makan murah je ke? dosa besar ke kalau makan makanan mahal?" dan aku pun faham bila dah mahal macam ni, kita pergi bila ada rezeki lebih je la kan? idok la aku nak pergi makan sana hari.. kang poket aku pun nipis jugakk... Dan rezeki kita tak sama. arraso?? sekian. hihihi ;p


Nota kaki : Makan lah selagi mampu, 
jangan mintak duit orang untuk makan. 
Settle. Hidup Bahagia ;))

2 comments:

  1. akk pegi masa bulan 2 tak silap.. sama lah tmpt kita gi. Akk pun stay swiss garden. mmg tak berapa hotel tu, tp ambience dia akk suka lah. mcm byk je tmpt nak lepak2.. kira okay la. lagi pun stgh jam ja dari rumah kan. huhu.
    Akk pun gi makan BnL tu. Mahal ke murah tu, takde hal kot kalau kita ada kemampuan. Lagipun skrg ni prinsip akak - apa nak makan, apa nak beli - beli ja. Kita dah keja nak masuk puluh2 tahun, takkan nak sekat segala kemahuan. Ye dok..? dah boleh pencen pun. Huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempat lepak tu tak leh masuk pun, cis geram betul laaa.. tu laaa ida tak suka nk sekat sekat, selagi mampu beli, makan, ape ape jela.. kang dah sakit, xde harapan nk makan apa apa. hehehhee

      Delete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page