Thursday, October 22, 2020

Pertama Kali makan Burger & Lobster di Genting Highlands ;)

Lama sangat aku berzikir dekat laki aku, aku nak makan, aku nak rasa Lobster di Genting Highlands tu. Ramai kawan aku review lobster nya is shoooo shedapppp. Aku kan mudah terpengaruh dan geng kuat makan, so aku kene cuba ni HAHAHHAHAH nak nak lobster is my favourite gaisss ;)) Tapi laki aku malas layan kehendak aku. . takut benor dia nak bawak kereta naik atas puncak nun. hello bang, sekarang zaman dah moden, kita naik cable car or grab jelaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa wiiiii~

so route kitaorang = dari rumah ke Awana Skyway (naik cable car RM9/adult/one way). Balik tumpang kereta kawan, esokknya dari hotel ke Genting semula book grab sajok for return. hihihihi . cost around RM9/way. muraaaaaaa jekk. ingat mahal benor? hihi

Nak dijadikkan cerita, pada cuti Hari Malaysia, 16/09/2020 haritu, aku ajak laki aku bercuti di Genting Highlands kihkih. Ntah macam mana angin dia baik, dia turutkan jek. yeayyy! Aku book dua malam di Swiss Garden Hotel & Residences, Genting Highlands. TAPI aku taknak review hotel tu sebab aku tak suka. Aku just nak review aku makan di Burger & Lobster di Genting Highlands jek hihi.


partner in crime bercuti di Genting Highlands ;))
Indoor Theme Park dah lain sangattt. Makin cantik! Disebabkan tiada games untuk adult sangat, aku tak join main laa, aku just chill chill jek hehe..
maaf tak dapat review sebab tak suka, dari aku kutuk better aku 
takyah cerita langsung kannnn~


Sebelum aku pergi makan sana, memang aku dah maklum, harga makan di Burger & Lobster di Genting Highlands memang MAHAL gila! Aku dah bersedia dan aku dah prepare untuk itu, lagipun semua dihujung jari, kita boleh dapat tahu menu-menu yang ada dekat Burger & Lobster di Genting Highlands sebelum terjah makan dekat internet. So, kita dah boleh adjust bajet kita. Okay kejap aku tepek menu dan harganya..

Menu Air
Menu Makanan

Pada mulanya bila aku pergi Burger & Lobster di Genting Highlands pada hari 16/09/2020 tu, public holiday, orang ramai gilaaaaa beratur. Perut pulak dah lapar, memang tak lah nak tunggu kan? Kecewaaaaaaaaaaaaaaaa sangattttt!!! Tapi aku decide, kita datang lagi keesokkan harinya, itu pun aku plan, aku nak terpacak depan kedai awal awal! Restoran bukak pukul 11am, aku nak sampai sebelum pintu restoran sampai! Nak jadik orang terawal HAHHAHAHHAHHAH #balasdendam hihi

16/09/2020 - nampak tak ramai orang beratur belakang aku tu? hmmm
17/09/2020 - takde orang beratur langsung yeay!!!


Nak dijadikkan cerita, aku sampai dekat Burger & Lobster di Genting Highlands dalam pukul 11am, restoran dah bukak dan guess what? dah ade customer dalam tuh menunggu makanan. eh? aku ingat aku paling awal, ada yang lagi awal rupanya? HAHHAHAHAHA Lepas order order menu, tak lama mana pun aku order sebab aku dah khatam menu menu nya sebelum sampai sini kihkih ;p 


Memang yang ada dekat sini Burger dan Lobster sahaja. Untuk pengetahuan semua, laki aku tak makan seafood, termasuklah si lobster ni. So apa je yang boleh laki aku boleh makan? burger beef yeayy!!!! Harga dalam gambar yang aku tunjuk dekat atas tu, tu adalah harga sekarang, dah murah sikit. Masa aku makan dulu, bukan itu harganya huhu. Diaorang dah turunkan harga, yelaa diskaun lah ni sebab PKPB lah tuh. Aduiiiiii nak repeattt!! TAPI tak boleh pergi GH sob sobs sobss......


Aku order Chili Lobster RM188 (harga pd 16/09/2020), laki aku order Burger The Original RM88 (harga pd 16/09/2020) dan dua dua order air Coke sahaja. Itupun segelas harga RM13 (harga pd 16/09/2020). Total aku makan di Burger & Lobster di Genting Highlands adalah RM302. Bagi aku ianya mahal yang berbaloiiii.... ;)) puas hatii ;))

laki aku cakap sedap sampai dia nak tapau. HAHAHHAHA
shooo shedap!!!!


Apa rasa Chili Losbter tu? Ya ampun korang, sooo shedappp sangattt!! kuah merah tapi chili tu tak pedas pun, lobster tu manis lembut, sedap gila!!! aku makan semangkuk sorang! puas hatiii okay!!! burger dia pun sedap!! besar gilaaaa burger dia, pun laki aku makan sorang, siap dia nak tapau bawak balik hotel lagi. aduudududuududuuuu hihihi mahal sangat ini kalau nak tapau, kita tapau burger king jelaaa HAHHAHAHAHAHHA ;p

ni aku share review dari aku . shooo shedap ;))
Total cost RM302

Lepas makan, sempat jugak la kitaorang singgah dekat GPO, ini pun pertama kali kitaorang sampai. allahu, jakunnyaaa. banyak sales ye? tak tahu la kalau kalau barangan dia adalah tidak up-to-date tapi ade aku kesah? laki aku pun tak kesah. janji sales banyak, dia pun shopping dengan bahagianyaaaa HAHHAHAHHA aku tak da shopping sebab perut aku dah kenyang dengan RM188 lobster kahkahkha!!


ya ya bang, shopping laaaa. terima kasih sebab bawak kita jalan jalan di Genting ;)) 
nanti kita repeat makan lobster yekk yekk hihii laffff you!

Rate 5/5 for our lunch. Kalau ada rezeki lebih, memang akan repeat makan lagi dan akan cuba menu yang lain pulak. Kitaorang laki bini memang tak kisah makanan tu murah ke mahal ke, janji sedap, perut kenyang, aku takkan berkira dengan makanan dan perut aku HAHAHHAHAH banyak jugak yang kecam aku makan makanan mahal ni, aku pun tak faham kenapa mentaliti diaorang macam tuh? cuba tanya diri, "hidup memang kene makan murah je ke? dosa besar ke kalau makan makanan mahal?" dan aku pun faham bila dah mahal macam ni, kita pergi bila ada rezeki lebih je la kan? idok la aku nak pergi makan sana hari.. kang poket aku pun nipis jugakk... Dan rezeki kita tak sama. arraso?? sekian. hihihi ;p


Nota kaki : Makan lah selagi mampu, 
jangan mintak duit orang untuk makan. 
Settle. Hidup Bahagia ;))
Read More ->>

Sunday, October 18, 2020

Resepi Senang dan Simple Nasi Goreng Butter Kambing

Lamanya tak update pasal resepi. Aku setiap kali weekend je masak, weekdays tak larat nak masak sebab balik dari kerja pun dah nak malam hukhuk. So inilah salah satu resepi weekend aku hihi. Resepi nasi goreng kayangan namanya HAHHAHAHA eh takde lah, resepi ni adalah inspirasi by Permaisuri Agong tau. Aku memang follower instagram tuanku @airtangan_tunkuazizah  . Aku suka tengok tuanku masak masak. So tergerak hati aku nak cuba resepi Nasi Goreng Butter Steak tuanku, tapi aku takde steak, aku cuma ada kambing je. jadik laaa kan? hehe ;))


The Bahan :
1. Nasi sejuk
2. Sayur bayam brazil (boleh tukar sayur lain or takyah masuk lgsg jika tak suka)
3. Butter secukupnya (untuk menumis dan digaul bersama nasi)
4. Daging kambing secukupnya (boleh tukar guna bahan lain seperti daging, hotdog dll)
5. Cili padi jika suka pedas
6. Garam secukupnya
7. Telur ikut suka banyak mana nak (dalam resepi ni aku guna 4 biji je)

Senang je kan bahan bahan dia? Kambing tu kalau korang takde, boleh je ganti hotdog ke, ayam ke, daging ke... kita buat dia kan? hehe. Macam aku suka makan sayur, that why aku masukkan sayur bayam, jika korang tak suka sayur hijau, masukkan la carrot ke, brokoli ke, apa apa jelaaaa , janji korang makan sampai habis hihiihi. Oh ya, sepatutnya resepi asal takde pun nak letak cili padi, aku kan kaki pedas, tak layan sangat la nasi yang tak berapa pedas ni , so that why jugak aku tambah cili padi . hehe. Korang kalau masak untuk anak anak, tak yah la bubuh cili padi tu kang pedas pulekkkk . jangan salahkan aku tau kihkih

Cara masak :
1. Grill kambing dahulu (aku perap kambing dgn garam,blackpepper dan mixherbs jek)
2. Gaul butter dgn nasi
3. Masukkan butter, tumis sampai cair then masukkan telor, kacau sedikit tapi jgn hancur sangat
4. Masuk nasi, cili padi yg ditumbuk dan kacau sebati
5. Masukkan pulak kambing dan sayur. Kacau sebati. Perasakan dgn garam. Dan dah SIAP!! Yeay

grill kambing dulu okay? 
dah sejuk baru potong kecik kecik begini
gaul sebati butter dan nasi dulu ya?
tumis butter sampai cair 
butter dah cair terus masukkan telor, kacau lembut, jangan bagi hancur sangat
masukkan nasi dan cili padi tumbuk, kacau sebati
dan last sekali masukkan kambing dan sayur
tadaaaaaaaaaaa dah siap!! ya ampun senang gilaaaaaaaaaaaa. sedap pulak tuh!!
nampak menyelerakan .. kan kan shoooo shedap ;))
B R U N C H for two ;)) Syukur Alhamdulillah ;))

Nanti korang try la buat. Mesti anak anak korang suka. dan korang pun suka! Aku syak yang buatkan nasi goreng ni lagi shedap, itu ramuan add on dia, iaitu kambing kihkih. Sedap jugak nasi goreng kambing ni.... siyes tak pernah terfikir nak buat nasi goreng butter kambing . huhu. Selamat Mencuba korang! ;)) Till next entry resepi yaaaa ;)) STAY SAFE Everyone!

Read More ->>

Thursday, October 8, 2020

Jom Online Shopping di PG Mall 10.10 Double Digit Sales & Kempen Beli Barangan Malaysia

Korang pernah dengar tak PG Mall? Kalau tanya aku, ini lah kali pertama aku tahu mengenai PG Mall . So aku nak share pula dengan korang semua, apa itu PG Mall? PG Mall ni adalah salah satu platform E-Dagang NO.1 Malaysia yang ditubuhkan sejak 2017 lagi. WOW Lamanya bertapak di Malaysia!! Tapi PG Mall adalah satu-satunya platfrom E-Dagang Tempatan di Malaysia ini. Malah PG Mall juga tersenarai dalam laman web E-Dagang dalam tangga ke-3 teratas di Laporan Wawasan Iprice (klik). PG Mall menerima semua jenis e-wallet dan payment gateway ;))


PG MALL



PROUDLY LOCAL

Kalau korang jenguk ke website PG Mall.my ni, banyak kempen shopping yang kita boleh terjahh!!! Salah satunya, PROUDLY LOCAL. Di PG Mall ada kempen yang mengajak kita semua untuk sokong barangan buatan Malaysia, kalau bukan kita yang support barangan tempatan siapa lagi kan? secara tidak langsung boleh la kita bantu meningkatkan lagi eknomoni negara musim musim PKPP ni.... Kempen  PROUDLY LOCAL ni akan berlangsung dari Julai sehingga Disember 2020. Ada berbaki dua bulan lagi. AYUH KITA!! Korang boleh shopping Jangan lupa untuk menggunakan Kod Kupon : KBBM20 RM20 OFF : Min Spend RM50 dan KBBM30 RM30 OFF : Min Spend RM100 untuk dapat lebih diskaun. Shopping dengan bijak ya! ;))

Mari support barangan local #BarangBaikBarangKita >>> https://pgmall.my/proudly-local-campaign


AURORA ITALIA 
Auw~ bersinar sinar mata nampak bling bling.. yeay! siapa sini peminat Swarovski? Mari terjah sini. Aurora Italia 10.10 SALE!!!! Boleh shopping untuk diri sendiri, untuk hadiah kepada isteri, ibu dan rakan baik. Tiada had yang diperlukan untuk shopping! Jangan lupa korang untuk dapatkan Fantastic Sales RM110 OFF. WOW !!!!! Jom shopping KLIK >>> https://pgmall.my/Aurora-Italia-1



PG JEWEL
Kalau tadi Swarovski, yang ini untuk peminat EMAS!! Allahu banyakkkkkkk promo. Rugi la korang kalau tak grab kan? Super Sales akan berlangsung dari 9-11 Oktober 2020. Harga yang ditawarkan adalah harga dari kilang dan yang pastinya harga yang ditawarkan adalah harga yang TERBAIK yang menawarkan harga upah workmanship hanyalah dari RM10 sahaja. Murah kan? kan? Bukan itu sahaja, dengan setiap pembelian korang akan dapat free shipping dan hadiah MISTERI untuk 100 customer yang terawal... Haaaa, tunggu apa lagi??? Jom SHOPPING >>> https://pgmall.my/PG-Jewel




PG GOLD MUSEUM
WOW! Kita juga boleh shopping Gold Bar or Public Gold dekat PG Mall ye? Serius hebat!!! Aku adalah juga menyimpan sedikit koleksi Public Gold hehe. Boleh la buat tambah koleksi ni. Ada Special Sales dari 9-11 Oktober 2020. Sales kalini menawarkan Gold Bar dengan design yang terbaik! Korang memang kene tunggu super sales ini! Tunggu okay! Get readyyy. Jom klik >>> https://pgmall.my/Gold-Museum



So korang tunggu apa lagi? Jom shopping SEKARANG!!! KLIK >>>  PG MALL

Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari website dibawah :
Website : PG MALL

S E L A M A T S H O P P I N G

#PGMall #PGJewel #Aurora #PGGoldMuseum #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #ByMalaysiansToMalaysians #BarangBaikBarangKita #PGMall4u #FreeShipping #1010sale 

Read More ->>

Saturday, October 3, 2020

Aluminium Kitchen Cabinet pilihan aku ;) Harga?

Ada orang request suruh kita update mengenai Dry Kitchen Cabinet (KC). Tapi aku keberatan nak update sebenarnya sebab aku takut nak tahu berapa total harga Dry KC aku . HAHHAHAHHA Dapur lah tempat yang paling banyakkkkk aku keluarkan duit. Nak buat KC bukan la benda yang murahhh , nak nak, kalau kau ada keinginan dan impian dari dulu lagi HAHA memang duit mengalir macam air awakkkkkkkkk .. tapi kalau tak update, aku tak de pulak kenangan dengan KC aku hihi. So aku update ni, korang jangan kecam aku tau! ;p
inilah keadaan dapur aku dulu 

niat aku just nak buat L-Shape sahaja hihihi

Sememangnya KC adalah benda yang makan duit aku paling banyakkkk tapi disebabkan aku takde duit nak repair sana sini, terus aku buat paling helokkk dimata aku, duit banyak keluar, aku tutup mata jelahhhh........ Sebenarnya, pada awalnya, aku memang nak KC dari Kayu Nyatuh, tapi bila adik aku suruh buat Aluminium KC, aku mula search kebaikan dan keburukan Aluminium KC. Meh kejap aku senaraikan. Material lain memang aku dah block, sebab banyak sangat aku dengar mengenai rosak sana sini selepas beberapa tahun. Kayu Nyatuh or Aluminium sahaja yang tahan lama dan helok reviewnya. so meh sini aku senaraikan ;)

  • Kalis anai-anai. Masalah anai-anai sering berlaku pada kabinet jenis kayu dimana luarannya nampak elok namun di bahagian dalam mungkin sudah lompong dimakan anai-anai.
  • Kalis minyak. Material ini tidak menyerap minyak serta tidak meninggalkan kesan kotoran kekal.
  • Kalis air dan anti kulat. Material ini tidak akan menjadi ‘kembang’ jika tidak dijaga dengan baik dan tidak berkulat walaupun keadaan lembap.
  • Kalis api. Material tahan api.
  • Mudah dicuci dan dibersihkan. Permukaan material mempunyai tekstur yang licin memudahkannya untuk dibersihkan dan dicuci dengan hanya mengelap sahaja.
  • Tahan berat. Material yang solid, aluminium ini tidak akan membengkok walaupun barang berat.
  • Reka bentuk dan warna mengikut permintaan. Pintu kabinet boleh dipilih mengikut kesukaan warna yang sedia ada. Reka bentuk pula mengikut kesesuaian ruangan.
  • Berkualiti dan tahan lama. Material ini tidak mereput.


Laki aku memang serah sepenuhnya hal KC ni dekat aku, so aku pepandai buat keputusan sendiri lah. Aku kan Menteri Kewangan. HAHHAHHAHA  aku mula panggil dua tiga kontraktor untuk ukur dapur aku pastu aku suruh diaorang bagi aku quotation berdasarkan beberapa material kabinet yang aku nak. Nyatuh dan Aluminium. Pintu biasa je aku pilih iaitu 3G Glass. simple sahaja la. yang penting body KC aku ni.. pintu kabinet takdak masalah sangatt ;))

lakaran kasar aku HAHHAHAH buruk gila. tak reti lah hoihhhhh

Design dapur, aku ada jugak sumbang idea. Aku nak macam ini, macam itu, tapi macam macam kaw mintak, makin bertambah bajet dapur kaw yee. HAHAHHA tapi tak pe, kita try mintakk quo jek. kalau mampu, proceeed hihihii... Aku ada kehendak dekat dapur aku ni. Nak tempat letak sos cili la, nak tempat letak barangan kering la, nak itu nak ini. haihh laaaaaaaaaa

yang ini, kontraktor aku yang lakar, selepas berbincang dengan kitaorang hehe .
 simple je kan Dry Kitchen aku

untuk table top, aku pilih Quartz Stone Code  Nova 002 (White Sparkling)

kalau nak attach gambar quo, banyak gilaaaa... tapi ni lah yang paling latest untuk kabinet aku. kontraktor aku ni memang gigih melayan aku tanya harga macam macam hihi

okay ini summary dia bagi kat aku. haaaaaaa mateyyyy sikit lagi nk capai 16k 
hukhukhukhuk ~ R.I.P MONEY oh ya, tapi ini termasuk harga Shoe Rack aku. Shoe Rack pun aku bantai buat fully aluminium. kenapa? aku tak suka bau kayu bercampur dengan bau bau hapak kasut HAHHAHAHHA, lagipun, aku takut lipas.. hihi.. Lipas tak suka aluminium. so material aluminium jugak laaaa


Aku skip jela cerita, akhirnya aku decide untuk memilih dapur Fully Aluminium KC with 3G Glass Crystal White, dengan full height dan selambak aksesori lain. Oh ya, warna pilihan? aku ingat nak warna light pink! TAPI laki aku tak bagi pulekkkk. choii. Okay laaaaaa, warna putih.. TAPI nak putih yang white crystal tu, kene tambah duit HAHHAHAHH hadoiii. semua benda nak duit choii. okayyy laa okay laaa tambah laaaaa hmm hmm ;p

ni la Dry KC aku. simple je.. maafkan dapur saya, baru lepas basuh pinggan hihi HAHHAHAHHHAA

ini bahagian dalam KC. Haah, aku punya KC memang full height sampai siling. Banyak cabinet atas atas tu masih kosong. hehe
frame dan body semua full aluminium.
add on gas spring dan softclose di setiap ruang kabinet

dah setahun lebih kabinet ni, aku tak jumpa lagi lipas dan sebagainya. nasib baik. aku takut semua haiwan haiwan tuh HAHHAHAHHA
ini tall cabinet aku. segala barangan kering aku simpan dalam ni
close UP
aku suka sangatttt tall cabinet aku ni . berzikir aku nak dia ada dalam aksesori KC hihi.
tempat sudu/garfu. ada dua. atas tu ada lagi, tapi aku tak bukak.. hihihi
ada dish rack di bawah dan tempat botol botol sos dan sebagainyaa
tadaaaaaaaaaaaa...... nice pulak rasanya bila semua putih ni. suci bersih nampak luasss dapur aku, kan? oh lupe pulak nak cerita pasal sinki, next entry ke macam mana? huhu


Okay, kabinet aku ni dah buat masa mula mula aku masuk rumah ni, kiranya dah hampir setahun, disebabkan ada beberapa part yang tak berapa aku gemar, aku ada buat repairing sikit haritu. aku contact balik kontraktor KC ni, minta dia buatkan pintu untuk dish rack dan tempat microwave aku. tak lawa pulak bila tak de pintu  huhu.. Tempat dish rack, aku ubah menjadi shelf rack jek. Total RM620

baru lah nampak kemas, tertutup semuanyaa ;))

Aku memang suka sorok semua benda dalam kabinet, aku nak nampak kemas dimata. Tapi kalau ada kitchen tool yang besar besar gabak, idok la aku larat nak masukkan dalam kabinet jugak, itu aku letak atas table top jugak. so far, mata aku okay je dengan kitchen tool yang besar gabak ni.. so far, inilah keadaan dapur aku. setakat ini HAHHAHHAHA kalau aku ada duit terpijak, aku tambah kitchen kabinet di dinding sebelah pulak kihkihkih ;p


Harga Fully Frame Aluminium Kitchen Cabinet
With 3G Door Glass (crystal white) and Table Top Quartz Stone
= RM13,944.00

Harga tambah dua pintu + ubah dari dish rack menjadik shelf rack
(satu pintu aku tambah gas spring)
= RM620


So, total keseluruhan Kitchen Cabinet aku adalah RM14,564.00. Okay lah tak cecah RM15k lagi HAHHAHAHHA adoi. habis duittt tapi puas hatii dan untuk jangka masa panjang.. ;))

So far, mana yang tahu jumlah kos dapur aku, akan cakap aku membazir haha. bukan masak selalu lah, bukan 24jam duduk dekat dapur lah, itu ini itu ini komplain dekat telinga aku macam macam. that why, aku tak suka nak bagitahu, sebab aku malas dengar orang komplain macam ni. HAHHAHAHAH tapi satu je aku cakap "ada aku mintak duit korang? tak de kan? so please shut up!" HAHHAHAHAHHHAHH mampossss kalau aku berani cakap macam tu hoihhh. idok laa, aku cakap dalam hati je, luaran aku hanya mampoooo tersenyum dengan perangai manusiaaaaa ;p Aku memang tak boleh nak puaskan hati orang, aku cuma mampu puaskan hati aku jek. . kuikukuiii 

Next entry, aku cerita pasal shoe rack cabinet dan sinki okay? sinki aku pun, aku IN LOVE sangatttt hehe.... tunggu yaaaaa.. terima kasih sudi baca blog picisan inii hehe. ada apa apa nak tanya, komen bawah okay babai ;))

Incase, kalau korang pun mencari kontraktor Aluminium Kitchen Cabinet, boleh la contact kontraktor aku ni, aku memang sangat rekemen dia. Ken. +60 12-636 9906 / +60 16-625 3988.
Read More ->>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page