Wednesday, September 2, 2020

Unplanned Trip ke Pulau Besar Mersing Johor

Serius aku tak sabar nak cerita dengan korang pasal unplanned trip aku dengan kawan kawan aku ke Pulau Besar yang terletak di Mersing Johor bulan lepas. Serius. Sumpah! Tak de dalam list aku si Pulau Besar ni. Dan sememangnya, selama ni, aku tak tahu kewujudan pulau ini... sehingga lah PKPP yang memberi ruang untuk aku berjalan dalam negara. dan aku mula search kemanaaaa aku boleh pergi? Pulau di Pantai Timur? Aku tahu, confrim ramai yang pergi sana. Kawasan akan jadik ramai, dan aku taknak ramai ramai. Aku nak pergi bercuti ke pulau yang takde ramai orang. ada ke? ADA WEI!!! Adaaaaaaaaa... Pulau Besar lahhhhhhh ;)) 


Ini pun sebab kawan aku, milo yang duduk di johor yang bagitahu dan ajak pergi.. Apa Pulau Besar? Hmmm.. aku mula search dan sememangnyaaaa cantikkkk dalam gambar......... sangat cantik! Tapi aku ni tak percaya sangat dengan gambar sampai la aku sampai sendiri kat Pulau Besar ni ;)) dan ternyataaaaa semua gambar gambar dalam internet tu tak menipu gaisssssssssssss ;)) Jadik, ayuh kita pergi milo............... oh ya, unplanned trip ni pada mulanya aku dengan milo jek. yang lain busyyy. tapi tak mengapaa.... lesegooooooo jurrr.. dalam tempoh tak silap aku seminggu kot? aku mula search resort resort yang memenuhi ruang poket kihkih. taknak mahal sangat, duit tak boleh habiskan semuaaaa. simpan sikit hihi ;p

Call sana sini, search sana sini, akhirnyaaa dapat laa stay di D'coconut Resort Island. Oh ya, untuk pengetahuan korang, dekat Pulau Besar Mersing, hanya ada 3 resort besar dan beberapa resort kecil. tak banyak okay, sepanjang dekat sana, aku rasa adalah 6 resort yang mana semuanya bukanlah ada banyak bilik. so kene cepat! dan no wonder, cepat fulll.................. 


Kitaorang ingat nak stay dekat Aseania Resort, tapi dah full, dapatlah di D'coconut Resort Island. Tak mahal tak murah, just nice harganya.. Tapi kalau ada pilihan ke Aseania Resort, pergilaaaaaa........ sebab kalau diva, memang aku tak syorkan korang stay dekat D'coconut Resort Island ni. tau? 

Pada mulanya, plan asal adalah 3hari2malam. tapi bila kaw berkawan dengan kawan yang gila gila, makanya kaw pun akan gila sama HAHHAHAHHAHHA ntah macam mana, aku sekadar mencuba nasib mengajak si yaya last minit , dan tak pasal pasal si yaya terjebat bercuti sekali, last minit sangat wakkkkkkk. tak sampai 8jam plan, si yaya said ON daaaaa... HAHHAHA yes! dan aku? extend 1 night untuk teman yaya. hehehe. milo akan check out untuk 3h2m, aku tak pasal pasal jadik 4h3m HAHHAHAHHAHHAHHAHA

This is crazy!!!!! Aku atur semuaa . no hal. aku dah biasa buat kerja planning travel macam ni. kawan kawan aku duduk diam diam dan mohon follow sahaja apa yang aku plan. HAHHAHA jangan risau, planning aku selalunya menepati citarasa diaorang dan tak pernah salah. hikhik.. makanya, bergembira laaaa tiga ketul sahabat di Pulau Besar Mersing. dan niat aku, nak kumpul seketul lagi.hihi haii nory, next pulau okay? ;))

tiga ketul bergembiraaa di Pulau Besar ;)) lafff you!

Untuk unplanned trip ini, tak da sebarang aktiviti pulau yang aku plan, sebab aku plan, kitaorang akan bersantai sahaja, berborak, buat video sama sama, tangkap gambar sama sama, lepak tepi pantai sama sama.. semua buat sama sama.... aku nak ada memori dengan kawan kawan aku dekat sini ;)) semogaaaaaaa yang indah indah untuk kita semuaaa ya awakkkk ;)) seronok ya macam ni. sikit pun tak rushing dan penat mengejar waktu... sangattt rileksss.. percutian macam ini lah yang aku mahukan! 

Okay, next post aku start story dekat korang okay? entry ni nak intro jek hihihi. jangan marah haaaa. lamaaaanya aku tak bebel dekat sini. tapi sebelum akhiri entry ni, meh aku belanja korang gambar gambar Pulau Besar Mersing yang cantikkkkkkkk sangatttttttttt. sikit pun aku tak tipu! haih tak sabar nak story dengan korang! tunggu tau! esok esok lusa keluarlahhhh entryyy day 1 di Pulau Besar... wish me luck! babaii korang ;))


dan sunset depan resort jek. cantik sangat! SubhanaALLAH ;))


Pulau Besar ada sandbank .. LAFFFF sangat!!

ehhh selit jugak gambar ni? #tiberrrrr hihihi kasican laaaa ;p

2 comments:

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page