Tuesday, September 8, 2020

Bercuti di Pulau Besar Mersing 2020 (DAY 1)

Bercuti di Pulau Besar, Mersing Johor - DAY 1 - 20.08.2020 

 
yeayyyy Bercuti di Pulau Besar Mersing, Johor

Sebelum baca entry ni, boleh baca ENTRY INTRO dulu ya? Plan asal nak bangun pukul 3.30am, tapi terrrrlambat bangun pukul 4.30am pulak. Keluar rumah dalam 5.20am. Terus gerak ke Jeti Penumpang Mersing. Tak de kereta jalan clear. Sampai di Kluang Johor dalam jam 8am. Tapi tu la, kita merancang, DIA yang tentukan. Al kisahnya,  masa laki aku nak isi minyak kali kedua di Petron Kluang, ada ternampak leaking minyak habis menitik dekat bawah kereta. Laki aku syak ada hose paip merekah pecah. So, nak taknak, kene mencari la kita bengkel area Kluang yang dah bukak. yelaaaa, masa ni dalam jam 8am lebih... Cari punya cari, ada yang bengkel dah bukak, tapi tak boleh buat.. sebab bukan kepakaran diaorang.. kitaorang mencari dan terus cari. 

sian dia 'sakit'

Akhirnya, jumpa satu bengkel dekat Kluang Indah yang boleh buat. Alhamdulillah syukur. Jumpa Kedai cina. die cakap kene tukar seketul paip petrol tu. kerosakkan dia adalah paip dari tangki minyak ke enjin sudah pecah. Aku malas fikir panjang, terus suruh dia buat jek. Sebabnya, kepala aku ni running macam macam hal, nak kejar boat lagi, kang terlepas boat, burn la pakej kitaorang? kalau kita je ada tak pe, ni kan aku travel dengan kawan. kesian lah kawan aku kan? 

Dipendekkan cerita, dalam masa 1jam30minit, kereta siap dan R.I.P Money RM240 untuk itu. hukhukhuk. Sementara tunggu kereta siap tuh, sempat jugak aku pergi breakfast, kononnya nak breakfast di Kluang Railway Cofee tapi panjang gilaaaaaaaa beratur, so kansel laaaaa.. tak de rezeki nak breakfast kupi kupi shedapp hehe.... Tapi kitaorang ke MyKluang Coffee, so so je kupi dia.. hm jadik laaa. hihihi...

tak de rezeki kita nak minum kupii kupii shedap. maybe next time ya milo?

tapi selfie is onzzzzzz
boleh laaaaa, buat isi perut .. jauh lagi perjalanan kita ni ;))

Jam 1130am terus gerak ke Jeti Mersing. Perjalanan agak lama, dan cuak sebab kejar boat kan? Tapi rezeki, boatman akan tunggu aku dan kawan aku, disebabkan kitaorang amik pakej fullboard dengan resort. customer vvip ni! wow sangat!! HHAHAHAHHA

Dalam 1.16pm, kitaorang sampai di Jeti Mersing. Kitaorg akan naik boat paling last iaitu pukul 2pm tapi boat boleh pulak delay sampai pukul 3.15am baru boat sampai waduhhh waduhhhh hmm hmmm... Satu bab aku tak suka, parking dah penuh! Sebab aku lambat kan. So kene park dekat kawasan yang bukan area parking. Tapi akan dijaga oleh staff d'coconut. Tapi tu lah, kene tinggal kunci supaya senang staff alih kereta ikut kesesuaian. Aku tak suka cara ni tapi terpaksa. Hmm aku bayar RM12/hari. Disebakan aku was was dengan cara ini, aku siap tangkap gambar mileage, minyak berapa tinggal, semua barang barang semua amik simpan. Gituew. Harapnya kereta aku takde apa lah yek. Hmmm....

tunggu boat dekat sini. cari kaunter pejabat Resort okay?
yeayy, Pulau Besar, kami datang!!!! 

Perjalanan dari Jeti Mersing ke Jeti Pulau Besar tak berapa lama, dalam 30minit kita akan sampai. Speedboat kitaorang agak laju yek! Ombak kuat! Terhentak hentak aku dalam boat ni. adoii. Laki aku cakap boat tu dah ade yang retak di bahagian depannya, tapi slumber je merempit di lautan. aduh aduh... nasib aku tak tahu, kalau tak mahu aku berzikir panjang HAHHAHAHHAHA . Dalam jam 4pm, kitaorang sampai di pulau, masyaALLAH cantik sangat hoihhhhhhhhhh

boat mula bergerakkkk
allahu cantiknyaaaaaaaaa

dah sampaii hoihhhhh.. tengok air lut tu.. Ya Ampun cantikkkkkk kannn?

Cukup di Jeti Pulau Besar pun dah cantik sangat SUBHNALLAH ;)).. Dari Jeti ke Resort, kitaorang jalan kaki sahaja (ke arah kiri) . Ada dalam 10minit je kot? dekat sangat! Sampai je terus check in dan lunch, disebabkan penat panas dan segalanya, aku tak lalu nak makan sangat, just makan light light je, spagethi jur mampoooooo .... Oh ya, kenapa panas? Resort ini memang akan off elektrik dari pukul 3pm-5pm ya.. setiap hari tanpa miss. bertabah laaaaa. panassss!! tapi tak PULAU la kalau tak PANAS kan? kan ? kan? ayat sedapkan hati HAHHAHHAHHAHHA

ini je mampo makan... panas yakmat.. cannot tahan. badan berlengas...... semua adalah! penatttttttttttttttttttttttttttttttt
nampak kan panas macam mana? gambar ini hadapan resort. cantik!

Lepas makan, terus masuk bilik. letak beg, dan terus keluar balik sebabnya bilik panas kan? maka, ayuh laaa kita duduk lepak tepi tepi pantai cari air kelapaaaaaa sejukkkkkkkkkkkk... Tenkiu milo belanja air kelapa.. Kitaorang jalan ke arah kiri resort, terjumpa buaian kayu cantik sambil lepak sambil minum air kelapaaaa hehe. dah jom pulang! hampir magrib ;)) sempat jugak tengok sunset depan resort. MasyaALLAH ;)) cantiknyaaaaa.. jom layan santai santai di tepi pantaii ;))







kan, lepak depan resort pun dah cukup puas hatii ;))
1st day partner. milo .. lama tak jumpa dia, 5bulan rasanya.. Persahabatan Jarak Jauh. Semoga kita takkan lupa memasing sampai bila bila.. gaduh baik gaduh baik, harap itu dapat membuat kita lebih memahami antara satu sama lain ;))

sedappnya air kelapa ... hmmm 

tenkiu milo belanja air kepala dalam cup. air kelapa dalam buah kelapa dahhhhh habis wakkkkkkkk.. laku terokkkk air kelapa dekat pulau ni, panassssss
aku follow je pose yang dikehendaki hihihi


sunset depan resort ;))
I N D A H

Untuk pengetahuan, kitaorang amik pakej fullboard dengan resort, apa yang kita dapat? makan 3x sehari yeayyyy.. JOM Dinner hehe.. Pukul 8pm, dinner di cafe, boleh tahan sedap makanan dia, pastu makan pulak tepi pantai hujan pulak haihhh combo! Best! 

my dinner. kari dia terbaikkkk sangat! ;))

Malam ni kita buat kerja gile HAHHAHAHHA. Aku saja saja tanya dekat kaunter, berapa kalau nak extend 1 malam lagi? Ini adalah perbualan kitaorang laki bini selepas sampai di resort, sampai dah lambat, aku rasa serba salah dengan milo, so kitaorang laki bini decide nak extend 1 malam lagi, termasuk support milo, yelaaa kesian sampai pulau dah petang kan? jauh jauh datang. aduhhh.... tapi plan aku tak menjadi, bila milo cakap ada kerja lain, tak boleh extend, kene balik jugak mengikut plan asal hukhuk.... TAPI tak mengapa, aku buat lagi kerja gila, aku panggil yaya pulak datang HAHHAHAHHA. terkejut beruk yaya . ampunnnnn yaa........

Dan yang syoknya, bila kaw berkawan dengan orang yang perangai gila gila dan kaw pun gila sama, yaya said YES. Ok daaa yaya sampai esokk okay? Allahu...... terharu sangat dapat kawan macam ni!! Tenkiu awakkk sudi datang walau last minittt ;)) Dan aku akan extend 1 malam lagi untuk teman yaya, dan milo akan check out seperti biasa. HAHHAHAHHAHHAA adoi adoi adoiiiii ;p 

Yaya just siap siap barang untuk 3h2m di pulau dan bawak duit cash jek, hal hal yang lain aku dah settlekan dengan manager resort ni hihihi. dah kamceng kot dengan manager tuh HHAHA tq en hasid ;)) okay baru lah legaaaa plan menjadi, baru lah boleh tidur dengan nyenyakkk hihih. JOM TIDUR ;))

 
SELAMAT MALAM everibodyyy ;p


Kira-kira

Pakej 3H2M (2pax) = RM1,040.00

Isi Minyak = RM65.00

Tol Sg Besi - Ayer Hitam = RM25.91

Parking di Jeti Mersing = RM36.00

Breakfast = RM20.25

Repair kereta = RM240.00

Extend 1 night (2pax) = RM280.00

TOTAL = RM1,707.16

No comments:

Post a Comment

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page