Wednesday, September 2, 2020

2Hari 1Malam di Klana Resort Seremban ;p

Bercuti lagi yeay!!! PKPP ni memang aku banyak pulak bercuti dalam negeri kihkih. Marilah kita menjana ekonomi negara mengikut saranan PM hehe .. Benornya dah tepu sangat dah 3bulan duduk dalam rumah tak keluar keluar mengikut saranan PM jugak . Lepas dah dibenarkan bercuti dalam negara, maka marilahhhhh kitaaa ayuhhhh!! dan kita pun pergi tempat tempat yang murrr murrr jekk . percayaaaa takkkkkkkkkk aku duduk hotel RM90 je satu malam!!!

medina again. haiiiiiii ;))

Kali ni partner in crime aku adalah yaya anak beranak. Lama jugak aku tak pergi bercuti dengan yaya anak beranak. Last kita jalan bila eh yaya? Perth eh? huhu. Lamanyaaaaaaaaaaaaa.. walaupun rumah sekentut je dah sampai, tapi susahnyaaa nak berjumpa kihkih ;p alkisahnya terjadiknya percutian ini disebabkan anak anak yaya nak mandi pool akibat melihat IG story aku yang bercuti di Dedaun Langat Resort last week kihkih.. tapi tidak mengapa, mama ida akan tunaikan mandi pool anak anak.. mari! mari! mari !

Sabtu 17 Julai 2020

Macam biasa, aku pergi amik anak buah dulu dekat Setia Alam, siapa lagi kalau bukan si medina kihkih ;p .. kalini medina tak nangis, malah seronokkkkk nak ikut makngah pakngahh pergi mandi swimming pool.. Kalini awal pergi amik dia TAPI tetap sampai lambat jugak sampai hotel sebab jem sikitt, yaya dah sampai awal. aku sampai dalam jam 3.30pm gituww...

Bercuti 2H 1M di Klana Resort Seremban ;))

haiii, dah jumpa friend. medina dan anggun ;))

Masa check in, kitaorang memang bayar rm90 jek untuk satu malam di Klana Resort Seremban, tapi rezeki dapat bilik view pool dan connecting room.. dapat laaa budak budak bermain sampai ke subuh HAHHAHAHHAHHA . yeee sampai sampai je memang kita punya aktiviti adalah mandi pool sampai kecuttt... tapi sebelum tu hujan kejap. tapi tak lama. ok jom kita mandi! paling tak sabar medina! HAHHAHHAHAHHAHHA




Yang palingggg seronoknya Klana Resort Seremban ni adalah, pool dia. kemain besar! kemain banyak slide! macam biasa, SOP jangan dilupakan. Pandai pandai jaga jarak, pakai mask dan follow SOP hotel sediakan. InsyaALLAH okay? Disebabkan pool dia luas, medina adalah umat manusia yang paling jakun. semuaaa pool dia nak masuk terjun. semua slide die nak terjahhh. seperti biasa, lifeguard nina , pakngah setiaa mengikutttt TAPI this weeek nina tak friend lah dengan pakngahh.... asik berkepit aje dengan makngahh. aiyokkkkkk.. penat makngah! senang banyakkk pakngah yek! HHAHHAHHAHHA

get ready gaiissss ;p

im so excited gais!








Dalam jam 6.30pm rasanya, kitaorang naik sebab dah mula hujan rintik rintik. alahaii kesian nina tak puas mandi, tapi tak pe, besok pagi kita mandi lagi yek? now jom naik mandi, mak kaw dah laparrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.. oh ya! bilik RM90 ni takde include dinner ke breakfast ke, ape ape ke, semata mata bilik sahaja tau? Tapi tidak mengapa, kita boleh jer pergi makan dengan cafe dia. bayar sajok.........





dak medina ni, order kan ice cream jekk hihi

So, lepas isyak gituew, kitaorang turun cafe untuk dinner. add on. lapaaaruddin hoihhh. makanan dekat cafe dia bagi aku sangatttt memenuhi citarasa tekak aku. sedap! licin! harga? standar biasa makan dekat restoran restoran luar sana.. okay jek. untuk medina aku order ice cream jek, dah takmo makan, asik nak berlarik jekkkk. sampai jatuh selipar. HAHHAHHAHA pastu baru duduk diam dekat aku. cis. kalau aku tahu, dah lama aku sorokkan selipar HHAHHAA makngah kejam. hukhuk ;p





muka kenyang masing masing... 

Balik bilik, budak budak sambung main, kitaorang? borak non stop. sesi bawang sana sini HHAHAHHAHHAHHA tapi tak lama lepas tu, baru dapat idea nak bukak neflix dekat TV hotel. guna akaun aku. alahaiii kenaapaaa lah tak terfikir dari tadi? kihkih. ntah pukul berapa, aku tak sedar, medina nak penat nak ngantuk, terus dia datang peluk aku ajak tidor.. lahaii mudahnyaa nak tido? kihkih.. mak tidur laaaa kami anak beranakkk 

Ahad 18 Julai 2020

Kemain pagi aku bangun sebab nak tengok view cantikkkkkkkkk. sejukkk.. siap siap segala, aku tak mandi pun HAHHAHAHHA terus turun breakfast. add on jugakkk. medina tidur lagi, aku saja tak kejutkan supaya dapat makan dengan tenang, dan yaya siap tapau nasik lemakkk.. last last medina yang makan hihi 

nice view kan......

sunrise makin berlalu pergiii...

Settle makan dalam jam 10am, baru aku kejut medina, siap siap pakai baju swim, then terus ke pool. . mandi sampaiii kecuttt HAHHAHHAA, cuaca helok panas pulakkk.... kejap medina ke pool sana, kejap ke pool sini, jenuh kejar..... mungkin kalau makngah jaga awak seminggu medina, makngah boleh kurus hoihhhhhh HAHHAHAHHA #amin ;p

ayuh pool gaisss... ;p again and again hehe





Dalam jam 12.30pm, kitaorang check out. Memang puas mandi pool la si budak kecik ni. dan aku happy bila dapat bawak budak budak mandi pool. penat belakang cerita. yelaaaaaa, dua minggu berturut turut aku pergi bercutii kihkih... macam ni gaknya kalau kitaorang ada anak nanti... ;)) doakan amin...



sehingga kita berjumpa lagiiii ;))

So meh aku nk review Klana Resort Seremban ni. Bagi aku, dengan promo RM90 yang diaorang bagi ni, dengan bilik aku dapat besar, view terbaikkk, walaupun tak dapat breakfast ke dinner ke lunch ke, tapi aku ok jekk. yelaaa RM90 kot! itu pun dah cukup berbaloiii untuk aku pergi bercuti dalam negara.. hehe. 

Makanan dekat cafe SEDAP! aku bagi 4/5. memang aku rekemen kawan kawan aku bawak anak anak pergi bercuti di Klana Resort ni.. ;)) Lokasi di tengah tengah bandar Seremban, tak jauh dari exit Seremban Highway Sg Besi Arah Selatan ;))

So, SELAMAT BERCUTI semua ;))

2 comments:

  1. kalau dah namanya duduk hotel, yang paling seronok sah2 la budak2 kan3. mandi pool ajer kijernya he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. kita pulak yg penat mengejorrr hahahhhaha tapi seronokkkk

      Delete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page