Sunday, July 5, 2020

Resepi Pulut Kuning dan Resepi Rendang Daging Cili Padi Paling Senang Cara Aku

Bertemu lagi. HAHAHHA kelakor pulak rasanya bila niche blog dari Travel, hari makin hari dah makin bertukar, menuju ke niche Blog Masakan kihkih. Harini aku nak share resepi Pulut Kuning dan Rendang Daging Paling Senang dan mudah cara aku........... jom kita start!

Resepi Pulut Kuning Paling Senang
The Bahan :
1. Beras Pulut 1kg
2. 1sdb serbuk kunyit
3. Garam secukupnya
4. 400ml santan

Mari kita start masak ;)

Basuh beras pulut bersih bersih dan toskan 
 Campurkan serbuk kunyit dan garam ke dalam beras pulut yang dah dibersihkan. 
Rendam selama 2jam...

Rupa beras pulut yang telah direndam dua jam. kuning cantik helokkkkkkkkkk 
 Basuh beras pulut tadi dan toskan. Mula masukkan ke dalam pengukus....
Buatkan lubang ditengah tengah untuk membiarkan stim air naik ke atas....
Kukus pulut selama 30-40minit... sentiasa cek, pulut dah lembut ke belum...
Selepas 40minit, keluarkan pulut panas panas dan masukkan santan. Sebelum itu, bancuh santan dengan sedikit garam dalam mangkuk asing.. dan tuang kan ke dalam pulut panas panas, mula kacau sebati pulut itu ...
Selepas dah kacau sebati pulut dan santan, kukus pulut kali kedua pulak... Kali ni kukus selama 20minit.........


Resepi Rendang Daging Cili Padi Paling Senang
The Bahan :
1. Daging 1 kilo (potong ikub)
2. Santan Segar 1kilo
3. 5 ulas Bawang Putih*
4. 5 biji Bawang Besar*
5. Halia sebesar ibu jari* tapi jari aku lah haha
6. Lengkuas  sebesar ibu jari*
7. Kunyit sebesar ibu jari*
8. Cili Padi - depend korang nak pedas mana? aku suka pedas aku letak dlm 70biji HAHHAHAHA*
9. 6 batang Serai*
10. Daun kunyit secukupnya
11. 2 keping sederhana - Asam Keping 
12. 3 helai Daun Limau Purut
13. 4 sudu besar Kerisik 

Cara :
1. Blend halus semua bahan bertanda *
2. Hiris halus daun kunyit
3. Masukkan semua bahan blend tadi ke dalam periuk.... tak perlu minyak
4. Tumis sehingga kering sedikitt dan masukkan daging.. biarkan daging seketika dengan bahan blend, supaya meresap ke dalam daging. Bila daging dah kering sedikit, masukkan santan segar....
5. Masukkan juga asam keping.
6. Bila rendang dah kering sikit, masukkan kerisik, daun kunyit dan daun limau purut....
7. Masak sampai rendang kering. tapi ikut jugak if korang nak kering or lembap lembap gituh... aku suka lembap lembap gitu supaya senang nak makan dengan nasi impit or pulut kuning niii....
8. Dah siap!!!! Senang kan???? ;))

 Asah pisau dulu sebelum menyediakan semua bahan bahan hehe
 Semua bahan dah ready untuk di kisar halus.... 
 tadaaaaaaaaaaaaaaaaa, siap! 2jam 30minit nak masak rendang ni hukhukhuk
ada rezeki lebih untuk diagihkan kepada jiran jiran hehe.. syukurrr 
jom makan... bismillah ;))

SELAMAT MENCUBA!!

No comments:

Post a Comment

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page