Wednesday, July 1, 2020

Resepi Chocolate Chip Ala Ala Famous Amos ;p

Cookies pertama aku!! YEAY! Syabas! Tak sangka mampu buat cookies dan shedap bagi tekak aku kihkih. Itulah hikmah PKP yang kadang kadang kita tak perasan kan? Kita dapat buat apa yang kita tak pernah buat. Macam aku, aku cuba banyak resepi, diantaranya inilah, Resepi Chocolate Chip Ala Ala Famous Amos . .

tadaaa Chocolate Chip Ala Ala Famous Amos kitaaaaaaaa ;))

Aku dapat Resepi Chocolate Chip Ala Ala Famous Amos dari Facebook Group Air Fryer. Sebab rumah aku takda oven, so aku bakar guna Air Fryer je. Jadik okay! Sedap!! So tiada alasan untuk tidak mencuba.. cumanya makan masa yang sangat lama. Yang aku buat ni satu adunan selama 6jam!! HAHHAHHAHA kematu bontot tunggu cookiesss depan Air Fryer kihkih

Okay, mari kita start. Aku syak korang pun akan cakap, ek elehhh senang jekkkk? Babai famous amosss, kita dah boleh buat sendiri daaaaaa hukhukhuk

The Bahan : 
Bahan A: Kacau Rata. Semua bahan ini hanya perlu dikacau sebati saja. 
250 gram Butter
1 1/4 cawan brown sugar
1.5 sudu kecil esen vanila 
1 biji telur
Bila dah kacau, masukkan pula Bahan B. 

Bahan A
kacau sebati dengan sudip jekk
siap kacau bahan A


Bahan B
3 cawan tepung gandum 
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
6 sudu besar minyak
2 sudu besar serbuk koko

 Bahan B
kacau sebati jugakkk

Siap kacau sebati bahan A & B



Gaulkan dan kacau rata semua bahan. Kemudian masukkan:
+ 2 cawan cip coklat 
+ 1/2 cwn badam ( disangai dan dipotong dadu) 

 then masukkan choc chip. ikut suka banyak mana
 masukkan badam yang telah disangai dan dipotong dadu, ikut suka banyak mana
tukang kacau. aku tak larat nk kacau HHAHAHHAA

Untuk adunan resepi ini, tak payah masukkan peti ais dulu sebab adunan dah lebih kental dari resepi asal. Aku dah ubat sikit resepi ni hehe... Hasilnya dptla texture yang dikehendaki, kurang mudah hancur, air pockets dalam biskut ada tapi lebih kecil. Biskut pun tak kembang sangat, so boleh letak rapat rapat sikit bila dibakar. And aku suka lagi bila ditambah serbuk koko, nampak warna coklat sikit hehe... 

 bentuk bulat macam ni, ikut suka korang nk guna acuan ke nk sudukan jek... 
laki aku buat macam ni. hihi. cantik sangat bentuknyaaaaaa


Lepas korang dah bentukkan choc chip tu, sila la bakar. Aku guna Air Fryer Penasonic jek. Kecik dalam 2.2liter jek. Sekali bakar dalam 10biji jek boleh masuk HAHHHAHHHA Untuk satu adunan ni aku dapat dalam 130biji++ ... bayangkan berapa lamaaaaaaaaaaaaaaa aku membakar. sisthur seorang yang gigih yekkk! ;p

Air Fryer Penasonic . Suhu 170/deg selama 10minit sahaja
 sekali bakar, dapat la beberapa biji jek. hahaha mangkorrrr

Dan hasilnya, tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Phewww.... puas gila hati dapat buat sendiri. Bagi aku senang sangat! korang yang ada anak anak suka makan cookies, memang patut cuba! Aku sekali buat memang dapat banyakk sangat, siap aku sedekahkan sikit dekat kawan kawan, family sikit rasa lah cookies pertamaku. HAHHAHHAHA lepas ni aku nak buat lagi untuk adik bongsu aku. dia pengemar cookies coklat macam ni. hehe ~

bagi sikit sama sikit. jadik laaaa

Selamat Mencuba korang!

No comments:

Post a Comment

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page