Wednesday, July 1, 2020

Resepi Cadbury Almond Paling Senang!

Berderet aku update resepi yek. Bukan apa, takut nanti bila tahun depan sok sok lusa nak buat, resepi dah hilang pulek. Nak simpan dalam phone memang penuhh lah jawabnyaa memori aku ni kihkih. TAPI, resepi kuih raya dua bahan ni, memang PALING SENANG yakmat!!!! Tapi boleh tahan harga bahan bahannyaaaaa ;p

Kali ni aku share Resepi Cadbury Almond Paling Senang nak buat! Paling SEDAP sangat!!!!! HAHHAHA memey lah shedap sebab guna coklat cadbury kott ..opss... Okay jom kita start ;))

The Bahan :
 - Coklat Cadbury
 - Almond Strips

Aku guna 500gram almond strips dan 5 pek coklat cadbury jek. Pun dah sedap dan mahal. ini je mampu dulu yakkk. HHAHAHHAHA 

Cara : Almond Strips perlu di sangai ataupun dibakar terlebih dahulu. Aku bakar guna Air Fryer jek. Nak cepat dan mudah kihkih. 180 deg/15minit . 


Selepas korang dah bakar almond strips tu, korang cairkan coklat cadbury pulak dengan menggunakan cara double boil. Apa itu double boil?? lihat gambar di bawah hihihi


inilah cara cairkan coklat dengan kaedah double boil. Korang didihkan air didalam periuk terlebih dahulu, dan letakkan coklat diatasnya, kacau sampai cair. dan tutup api.....

coklat dah cair, korang masukkan almond tadi. dan kacau sebati


Dah kacau sebati, angkat dari api. dan sejukkan seketika jek. Mula sudukan coklat tu kedalam tray...... sangat senang buat! korang just perlukan baking tray yang sangat banyak untuk letakkan coklat almond ni. .. dan masukkan dalam peti ais sehingga beku......

tadaaaaaaaaaaaaaa hasilnyaaaaaaaaaaaaaaaaa.. yummy!! sedap sangat!!!!! tapi jangan makan selalu. manisss hikhikhik... kuih cadbury almond ni memang sentiasa kene letak dalam peti ais. coklat cadbury cepat cair. if korang nak tukar penggunaan coklat cadbury ke coklat beryls ke, boleh jek. Tapi kalau korang guna coklat beryls, tak perlu simpan dalam peti ais. sebab coklat beryls dapat bertahan dengan suhu biasa..okay? Selamat Mencuba!!!


No comments:

Post a Comment

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page