Thursday, July 2, 2020

Resepi Ayam Pandan Sedap dan Senang!

Masa waktu PKP dulu, aku pernah cuba buat resepi ayam pandan ni. sebab aku teringin nak makan sebab tertengok orang upload video makan ayam pandan dekat IG. HAHAHHA cepat terpengaruh betul la aku ni. Yelaaa, PKP kan, memang duduk rumah, memang kerja aku scroll FB/IG jek. memang nampakkkkkkkkkkkkkk resepiiii je. hihi. So aku pun cubalah buat Ayam Pandan buat kali pertamanyaaaa

Resepi Ayam Pandan Paling Senang!

Dan ternyata, laki aku suka! Aku pun suka! Secara kebetulan, aku buat resepi ayam pandan ni masa bulan puasa. kitaorang berbuka dengan menu ayam pandan ni dengan sup telur jek. kenyang beb!!! korang patut cuba! senang jekkkk resepi ayam pandan ni hihihi ~ jom kita start!




The Bahan : *kisar semua*
1. Ayam isi sahaja (setengah ekor)
2. Serai sebatang*
3. 3 tangkai cili padi (kalau nk pedas lebihkan)*
4. Bawang putih 5-6biji*
5. Bawang merah kecil 10biji*
6. Halia seinci*
7. Kunyit secukupnya*
8. 2 sudu besar sos tiram*
9. Daun Pandan secukupnya
10. Lidi kecil tuk cucuk ayam


Okay semua bahan diatas, korang kisar halus semuanya ya. Lepas dah kisar, korang kene lumurkan sebati dengan isi ayam tadi. Semasa korang kisarkan bahan-bahan tadi, jangan letak air terlalu banyak, cukup dua tiga sudu jek. Kang air banyak, tak sedap nak balut dengan ayam... bahan perapan jadik cair pulekkk. tau?


 


Okay, dah siap lumur. korang kene perap selama 1-2jam dalam peti ais. Aku dah tak sempat masa tu, aku just perap dalam 1jam sahaja. jadik la kan? shedap jugakk hihihi. Okay lepas korang dah keluarkan dari peti ais, korang kene balut pulak ayam yang dah siap perap tadi dengan daun pandan. balut laaaaa dengan apa cara sekalipun, janji masa menggoreng nanti, ayam korang tak terburai dalam minyakkkk hihihi



Tadaaaaaaaaaa , dah siap balut. macam macam gaya aku balut. kesah? HAHAHHAHA so marilah kita menggoreng. Korang boleh goreng dengan minyak ataupun nak bakar dalam Air Fryer. mana mana pun bolehhh. TAPI aku nak cepat, aku goreng dalam minyak panas je senang! Sikit lagi nak masuk waktu berbukaaaaa masa ni. HAHHAHAHHAH




Dan akhirnya, inilah hasilnyaaaaaaaaaaaaa, tadaaaaaaaaaaaaaaa. My Ayam Pandan Paling Senang dan Sedap. ratah macam ni je pun dah sedap, atapun korang nak makan dengan nasi panas panas, heyy sedap jugakkkkkkk. terliur dah aku masa menaip ni . HAHHAHAA 


Jemput makan, BISMILLAH

Selamat Mencuba korang Resepi Ayam Pandan PALING SENANG!

No comments:

Post a Comment

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page