Saturday, August 15, 2020

Percutian di Dedaun Langat Resort

Kalau benda yang tak dirancang mesti jadik punya! Kalau dirancang berbulan bulan lamanya, mesti takkkk akan jadik hukhuk. Makanya, Percutian kali ni tak dirancang tapi alhamdulillah syukur, semuanya berjalan dengan lancar dan happy sangat!!! Korang mesti tak sangka, aku pergi bercuti kali ni, dekat jer..... seperti biasa, bercuti dengan kakak kakak kesayangan di office. Memang setiap tahun, aku akan pergi bercuti dengan diaorang, dah macam acara tahunan pulak rasanya hikhik. 

team kuning yeayy!

2018 - Phuket, 2019 - Singapore dan lokasi tahun ini di Hulu Langat jer! mana boleh pergi jauh jauh, PKPP kan..... lagipun kita disarankan untuk membantu menjana ekonomi negara semula. ayuh mari bantu!!!! hihi. PM bagi kita jalan, kita jalan.. PM cakap jangan jalan, kita jangan! senang je kan konsep? Untuk bercuti time PKPP ni, kita haruslah ikut SOP. mula mula masuk resort dah kene amik suhu, makan pun takde buffet, makanan akan dipack mengikut bilik memasing, dan pool, ada waktu waktu dia. tapi luckly kitaorang, ada dua group sahaja sedang bercuti di Dedaun Langat Resort, maka nya tak dalah ramai sangatt.. sib baik. kalau tak, mesti kene bergilir gilir hihihihi

Nak jadikkan cerita, ada kekosongan bilik untuk kami semua, 5 keluarga, total 11 Dewasa dan 4 kanak-kanak untuk 11&12 Julai 2020. Yeeee, satu malam sahaja. cukup laaa. hikhik. janji semua orang gembira ;)) Walaupun satu malam, aktiviti BBQ Onzzzz. Kemana kita? Ke Dedaun Langat Resort ;))

Dedaun Langat Resort


Sabtu 11 Julai 2020
Aku gerak ke Shah Alam terlebih dahulu sebab nak angkut anak buah aku sekali, si medina tu.. al-maklumlaa, baru dapat adik, jeles katanya dengan adiknya. Maka, kakak nina marilah kita berjimbaaaa di Hulu Langat, tinggalkan mama papa dan adik baby hihihi.... Aku sampai dekat Hulu Langat dalam jam 530pm. Allahu lambatnyaaaaaa.. ada lah beberapa kejadian yang tak dapat dielakkan. Medina boleh pulak menangis tak mau ikut. HAHAHA Baru bangun tidur, merengek sikit. Papa pujuk, lalu OK. hikhiks. Kekakak yang lain dah sampai da... Aku sampai je, semua orang dah terjun pool !!! HAHHAHAHA bapakkkk bestttt!!! Ninaaa sabarr ehh sabarrr hikhik

pakngah pakai kan baju, tapi lupa pulak bukak pampers nina hihihi sorry ;p

lifeguard nina

cubaan untuk memujuk naik hihi. memang takkkkk laaaaaa

makin ajak naik, makin die tunjuk aksi HAHAHA



dah magrib nina, jom naik!!!

Medina dari sampai jek, pukul 530pm sampai pukul 7pm lebih, barulah si nina tu nak naik.. Orang lain semua dah balik bilik, dia sorang tak puas mandi, datang lambat kan! HAHAHHA haaa tu laa, nangis lagiii siapa suruh hukhuk.... kan dah tak puas. Ok xpe nina, eshokkk kita sambung ya ya? Now dah magrib jom naik masuk bilik dulu.....

Malam tu kitaorang ada aktiviti BBQ. Bestnya gilaaaaaaaaaaaaaaaa... Bestnya pergi ramai ramai macam ni, semua orang ada bawak bahan bahan memasing, tak daknya sorang goyang kaki. Percutian dengan orang macam ni seronok kan? Semua tahu tanggungjawab memasing hihi.. Oh ya, nak buat aktiviti BBQ dekat Dedaun Langat Resort ni kene sewa BBQ PIT. Sewa RM100/satu malam. Kongsi bayar sorang sikit, apa ada halll heee ~

Cantiknya pool ni bila malam. hehe

abam sado mula membakoooooorrr

yummmy!!



gegirllll!!!.. nadia manaaaaaaaaaaaaaaa?? hmmm



Menu BBQ kita pada malam ini adalah, ayam, kambing, udang, sotong, hotdog, jagung, mashpotato, dan coslaw.. Semua makanan tu kita bawak dari rumah, dan bakar dekat Dedaun Resort. Jam 7pm rasanya, staff resort tolong hidupkan arang, dan mula la aktiviti membakar ..... kitaorang ramai abam sado tolong bakorr....  hihihi.. Aku? busy jaga medina! Ya ampun, dia larikkk sana sini, seronok gaknya dapat kawan. kitaorang membakar di area padang yang disediakan. jadik lagi seronok laaa budak budak main.. main belon la, main larik larik laaaaa, macam macam... dan 100% aktiviti makan dan borak non stop......... hehe. seronok! lamaaa kan kita terkurung dalam rumah sebab covid19... dapat keluar sekejap sehari dekat jekk ni, rasa ya allahhhhh, BEBAS!!!!!









port berlariiii hmmmmm



haaaa baru tau lapar yekk. dah lari sana sini..hhihi


with friend. amni ;)) 


Malam tu jugak, kitaorang ada aktiviti birtday party, Happy Besday Umar!!!! Ada sesi menyanyi lagu besday, memotong kek, kak seri siap bagi hadiahhh pada semua budak budak yang datang.. medina dapat jugak! yeayy!!! sukaaaa lah nina tu, dia memang kaki makan kek. kemain depan dia tunggu kek abg umar hehehhhee ;)) Happy Birthday umar, semoga umar menjadi anak yang baik di dunia dan akhirat.. bahagiakan mama papa yekkk.. ;)) auntie dayah sayang umar. nanti datang umah ok! hihihi

Pi Besday Umar!!!

allahu, medina jangan ditenungnya kek tu macam tu hahaha

makan kek yuk!

peace. tenkiu abam umar bagi hadiahhhh

belon pun adoooooo. arghh dah jom balik bilik! makngah dah penat! HAHHAHA


Dalam jam 11pm gak laa, settle semuanya.. kemas kemas dah jom masuk tidur, penat gilaaa... dari siang mandi pool, malam berBBQ pulak. Medina masuk je bilik, aku terus lap lap badan dia, gosok gigi, tukar baju, boooommm tidur! HAHAHAHA bapak senang jagaa anak buah sorang niii.......

Ahad 12 Julai 2020
Seawal pagi aku dah bangun, sebab sejuk tak tahan hoihhhh... macam kat overseas pulekk. Aku bangun dengan tak mandinyaaaa, aku round 1 resort nak amik gambar, amik video, buat kenangan.. hehe Lepas tu aku breakfasttt ;) lepas aku breakfast, laki aku pulak. kene gilir gilir wakkkk. sebab medina tak bangun lagi... dalam jam 8am aku kejut dia, kejut dia macam ni jek, aku bukak langsir, terus dah nampak pool depan pintu aku, then aku cakap "medina, look, swimming pool is open now!!" terus dia bangun wakkkkkkkkkkk. HAHHAHAH mudah kan anak buah aku ni? dia bangun terpisat pisat, aku tukar baju dia, basuh muka, gosok gigi, bagi minum air milo kotak, dan apa lagiiii, mari terjun pool! yeahhhhhhhhhhhhhhhhhhh...... mandi sampai kecut kecut sampai pukul 11.30am kihkihkih

makan pishanggg dulu amik tenaga haha

aktiviti di sini memang POOOLLLLL jekkkk!

with pakngah



okay nina, jom balik bilik siap siap nak check out. ada rezeki, makngah bawak mandi swimming pool lagi okay? be good girl to mama papa baby, mak ngah bawak lagi!


Dalam jam 12pm kitaorang check out. Macam biasa, sebelum check out, kitaorang bergambar satu family dulu hehe. Tema kalini warna mustard kuning yaaa. cari baju pun last minit yaaa. ya ya, sesiapa yang bercuti dengan ida baharum mesti dah faham akan kene wajib ada tema HAHHAHHAHAHHA nasibla kekakak ku adalah sporting semuanyaaa kihkih cantikkkknyaaa semuaorang kekuningan hihihii







Tamatlah percutian tahun 2020 kami di Dedaun Langat Resort. Walaupun dekat jer, tapi sangat bermakna buat kita semua Al maklum la, tahun ni semuanya dalam negara sahaja. Semoga Covid19 terus pergi dari dunia. AMINNNNN dan hidup kita kembali sedia kala. AMINNN lagii

Okay meh jap aku nak review Dedaun Langat Resort.
  • Lokasi = 5/5 (dekat saja, di Hulu Langat, kawasan luas cantik!!)
  • Makanan = 4/5 (aku sempat makan Hitea dan Breakfast sahaja. Dinner tak sempat sbb aku dah kenyang makan BBQ sendiri HAHHAHAHA)
  • Fasiliti Resort = 4/5 (air agak slow, air bapakkk sejuk haha)
  • Layanan Staff di Wasap & Resort  = 5/5 TERBAIK












bilik untuk dua orang, just nicee

ini bilik sayaaaaa

Secara keseluruhannya, aku sangat rekemen korang datang ke Dedaun Langat Resort jika ada famday ke, bercuti bersama kawan kawan ke, sebab walaupun hanya di Hulu Langat, tapi percayalah sangat berbaloi meluangkna masa disini. POOL adalah sangat TERBAIK untuk kanak kanak. Walaupun line telefon memang tak dapat, tapi bagi aku, ini lah masanya , kita nak mengeratkan silaturrahim sesama sendiri. kalau pergi bercuti asik dengan telefon, tak best jugak kan? so sekali sekala, bercuti la di tempat yang nan hado line tenet hikhikhikhik



Okay, sini aku share jugak berapa bajet aku ke Dedaun Langat Resort . Untuk aku dan laki aku, kitaorang hanya berdua, so kitaorang stay di bilik dua orang iaitu Bilik Pandan Superior, RM232 yang dah termasuk makan (1Hitea, 1D, 1B) untuk dua orang, Medina? budak bawah umur 6y adalah FOC yek. Bagi aku, harga sangat OK.

Moga ada rezeki AMINNNN
Jangan serik ikut makngah jalan yekk hihi


Nah aku share harga bilik yang lain untuk info korang...

harga sewaan BBQ

maps Dedaun Langat Resort. aku stay dekat Pandan (Bawah) mmg depan pool hihi

dan ini harganya. valid sampai akhir bulan ni je tau! lepas dari tarikh ni, takut dah xde promo. tapi korang boleh je contact owner Dedaun Langat Resort ni iaitu : Pn Zarina +60 11-5502 6056 (wasap jek)



SELAMAT BERCUTI ;))
Jangan lupa SOP
#KitaJagaKita

10 comments:

  1. oke done baca next pulau pulak !

    ReplyDelete
  2. Memang berbaloi kalau dapat berBBQ walaupun hanya menginap satu malam!
    Inilah masanya nak bersuka ria, jauh dari segala gangguan, apalagi kalau tak ada talian internet...bestnya!!! Dunia ini ana yang punya... ahaks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhah kan! tapi kita pulak tak leh hidup tanpa tenet kihkih

      Delete
  3. ni resort mertua kawan akak - and kawan akk tu pun keja JKR :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lol yeke? ida tak tahu lah pulakkkk... nama dia zarina ke?

      Delete
  4. macam bestttt je,nak survey yg dekat2 gak ni malas gi jauh2 hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. zaman zaman covid ni kakk sue, dekat2 sudahhh hehehhe

      Delete
  5. bestnya bbq reramai
    memang sesuai tempat ni utk buat gathering kan3

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page