Monday, July 6, 2020

Dinding Hiasan Batu Bata Ala Kafe Hipster hihi

Sorry lambat update entry dinding cantik ni. Ramai yang tanya, "idaaa, itu wallpaper ke batu bata betul?" "Batu bata betul awakkkkkkkkkk.." cumanya batu ini sedikit nipis, dimana khas untuk dekorasi.. Aku memang suka dinding dinding macam ni. Tu yang pasang jugak dekat rumah sendiri as feature wall. walaupun kedudukan dinding ni pada kawasan ruang makan. HAHHAHHAA

Okay, aku bukan DIY ye dinding ni sebab kitaorang laki bini tak reti walaupun kerja dalam sektor pembinaan tapi tak yakin HAHAHA so marilah kita keluar duit sikit dan upah tenaga mahir kihkih. Dinding bata ni ada pelbagaiii warna dan jenis. Korang boleh tengok dalam 

Dinding ni namanya Kastone : Brick & Stone Veneer . Kalau korang tengok website pun dah pening nak pilih, apa ntah lagi kalau korang pergi kedai terus. Lagi pening wakkkkkkk hukhuk.. Aku pilih Brick Collection BK-71 Series .. Menusuk ke dalam hatiii warna diaa. hehe

tapi bila pergi kedai, korang dapat rasa bata tu sendiri. tu yang syok! 
Aku pilih design ini Nombor Code : BK-7101, Grouting GM-11 (grey)
 dalam katalog website
Aku pergi outlet yang hampir dengan rumah lama aku dulu iaitu di SINI. Korang boleh search outlets mana yang hampir dengan rumah . Boleh search sini : KLIK

okay inilah kawasan dinding yang aku nak buat tuh. kecik jek. 5x9 je saiznya.


Aku tak cari kontraktor yang buat ni , tapi aku direkemenkan oleh orang kedai itu sendiri. Mr Lee.  Barang aku beli sendiri dekat kedai, dan aku cuma bayar upah pasang sahaja pada Mr.Lee.. Korang datang kedai hanya perlu bawak ukuran dinding sahaja, segala kiraan berapa banyak batu bata yang korang perlukan, salesman kedai akan bantu kirakan.. okay? Mr.Lee mula buat kerja pada 25/04/2019... Dalam masa sehari je Mr Lee dah siap pasang batu bata tu.. WOW! So amazing!!! Tapi belum siap sepenuhnya sebab belum letak grouting........ ini kalau laki bini buat aku tak tahu laa bila nak siapnya HAHAHAHHA. Keesokkan harinya, Mr Lee datang buat grouting pulak. dan seperti biasa siap dalam masa sehari . gila cepat kerja dia!


Aku deal dengan dia :
Saiz dinding : 5x9
Harga Barang : RM685
Harga Upah : RM800
TOTAL Dinding Cantik : RM1485

dan hasilnyaaaaaaaaaaaaaaaaa, tadaaaaaaaaaaaaaaaa

 


dan sekarang, jadik la tempat kami ber-OOTD HAHHAHHAHAH. suka banyak bila kita ada satu dinding yang cantik untuk berOOTD ataupun untuk shoot produk review kihkih. Kalau tanya pendapat aku, memang aku rekemen korang untuk buat dengan Mr Lee. Hasil dia memang terbaik! dan aku tak menyesal keluar duit sikit untuk kepuasan kehendak rumah sendiri... ;))

 
 RAYA PKPB 2020 hihihi
 
 adik beradik
 
 
eh eh rindu diaorang ni.... memasing busy! huhu


Call : Mr Lee +60 10-251 6270 - Tukang

No comments:

Post a Comment

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page