Friday, May 1, 2020

Resepi Kuih Ketayap Paling Senang

Semenjak berada di rumah je ni, diri macam dah bertukar ke bakers pulak HAHHAHA tapi idok layak lagi. aku baru cuba cuba buat semua kuih kuih yang aku suka makan. improve dari hari ke hari. So kali ni aku nak cuba buat Kuih Ketayap. seperti biasa aku cari lah Resepi Kuih Ketayap Paling Senang buat pestimer macam aku ni.

My second kuih ketayap, not bad kan? hihi


Untuk pengetahuan korang, dua kali aku cuba buat kuih ketayap ni. Kali pertama, aku buat inti jadik, kulit pulakk tak jadik. Aku olah resepi kulit kuih ketayap, cari info dekat youtube bagai, akhirnya kali kedua aku buat, barulah kulit kuih ketayap aku menjadik yeayyyyyyyyyy!!!

So, sini aku bagi Resepi Kuih Ketayap Paling Senang untuk kita sama sama buat yeeeee 

The Bahan;

Untuk Kulit: 
  • 2 cawan tepung gandum
  • 4 helai daun pandan
  • 2 sdk garam
  • Satu penutup pewarna hijau 
  • 2 cawan cawan air
  • 2 biji telur
  • 2 sdb Minyak masak
  • 1 cawan Santan
  • 2 sdb gula pasir
Bahan Kulit - Kuih Ketayap

Bahan Inti:
  • 1 biji kelapa putih parut 
  • 1 cawan gula merah 
  • 1 sdk garam
  • 4 helai daun pandan - disimpulkan
  • 1 cawan air
  • 4 Sd Tepung Gandum
Bahan inti - Kuih Ketayap


Cara Membuat Intinya:

Didihkan air dalam kuali. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan. Masak hingga gula larut.
Masukkan kelapa parut. Kacau sekali-sekala hingga airnya kering. Bila inti dalam keadaan agak-agak lembab, taburkan tepung gandum. Kacau rata. (Fungsi tepung ialah supaya inti melekat dan tidak berderai). Sejukkan inti.

inti yang dah masak, sejukkan sebentar


Cara Membuat Kulitnya:

Campurkan semua bahan kulit ke dlm blender. Kisar halus. Tapis semua bahan adunan. Panaskan kuali non stick. Guna api yang perlahan. Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali dan dadarkan adunan.

 blend semua bahan dan tapis

adunan siap di tapis. 

kulit ketayap kali ni, hampir menjadi bulat hehe. good job!

Selamat Mencuba - Kuih Ketayap

Resepi Kuih Ketayap by idabaharum

Selamat Berbuka Puasa ;)

No comments:

Post a Comment

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page