Friday, May 1, 2020

Menu Bersahur paling senang | Roti Pizza

Makin lama makin tak tahu nak bersahur masak apa? makan apa? Harini dah 8Ramadhan. Dah dua kali aku terlepas waktu sahur. aduhhhh, jam tak bunyikk. aku penat sangatt. buat apa dekat rumah penat sangat ni? hmm work from home kan? siang hari aku settle hal rumah. malam lepas berbuka aku lepak. dah masuk tengah malam, baru ada mood nak bekerja. kahkahkah!!! tu pasal tak dengar alarm berbunyikkkkk!!

Ada sekali tu, aku hampir terlepas waktu bersahur kihkih. Nasib la aku ada menu bersahur yang palinggggg mudah dan kenyang! Sekejap jek nak sediakan. Korang kalau ada bahan, boleh la cuba menu bersahur aku ni... hehe ;)

Resepi Roti Pizza |  Menu Bersahur paling senang

The Bahan ;
  • Roti Gardenia
  • Sosej
  • Cheese Keping
  • Mozarella Cheese
  • Garlic Spread / Sos Tomato


Cara Buat ;
Okay, resepi Roti Pizza ni senang sahaja. Mula mula korang sapukan garlic spread ke atas roti. tapi kalau korang tak ada garlic spread ni xpe, boleh jugak guna sos tomato (paling mudah), kalau ada sos prego ke apa ke, lagi bagus lah kan?

aku sapu garlic bread 

Lepas tu, sosej korang just potong slice dan susun atas roti yang dah disapu tadi. Sosej tak perlu rebus or goreng pun, just letak gituh jek tau? tapi sebelum tu, korang letak kan cheese keping. biar mencair gituhhhhh bila kita bakar nanti heee~

potong dan susun gini jekkk


Okay lepas tu barulah letak objek paling penting HAHAHA iaitu mozarella cheese. nak buat pizza kan? haruslah ada mozarella ni hihi. Either korang tabur yang serbuk or yang jenis slice gini. mana mana janji mozarella heeee ~

aku potong slice macam ni jek. hahahaha


Dan, akhir sekali, korang bakar lah roti pizza itu. Aku guna Air Fryer jek. Senang. Tapi kalau korang takde, AF, xpe, korang boleh guna oven. tak pun, just masak atas dapur sahaja. atas non stick pan tuh.... kita buat dia, ape ade halll. hehehe. Tapi pandai pandai la adjust suhu nak tahu roti pizza korang dah masak ke belum? Macam aku guna AF kan? So suhu aku 180degree selama 10minit. haa perfecttt dah tuh!


kemain makan pizza waktu bersahur . haha ala ala pizza gituhhh


Selamat Bersahur  |  Selamat Berpuasa 

No comments:

Post a Comment

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page