Monday, April 27, 2020

Resepi Dalgona Coffee Viral

Salam PKP semua. Masih duduk rumah? Bagus. Makin hari makin selesa duduk rumah dan makin hari makin banyak resepi menu yang aku cuba untuk buat. HAHAHHAHHA ini kali lahhh. Dulu manjang je tak sempat nak mencuba benda yang viral atas alasan aku busy sangat dengan kerja dan business. Inilah adalah hikmah PKP kan... ;) Duduk ontok ontok dekat rumah. Ikut saranan PM.

Eh apaaaa dah melalut. Harini aku nak share, cara buat coffee viral tuh. Gigih ke idok laki aku beli barang nak buat, tapi tak sedar, dekat rumah mana ada mixer bang hoiii. HAHAHHAHHAHAH TAPI tetap nak buat jugakkkk si dalgona ni.. ;p




Resepi Dalgona Coffee Viral

The Bahan A

  • 2 sdb Nescafe
  • 2 sdb Gula
  • 2 sdb Air Panas
The Bahan B
  • Susu Full Cream
  • Ais secukupnya
tak da mixer? dont care. kita guna cordless dengan mixer buatan 
(daripada tin tapi tak sampai 10minit dah patah HAHHAHAHHA)


Cara Buat

Okay, nak buat si Dalgona Coffee Viral ni senang jek. Mula mula korang campurkan semua The Bahan A kedalam satu bekas, pukul dengan mixer sampai kembang.. sampai fluffy ikut kehendak hati. tapi kitaorang tak dak mixer hiks. Apa idea laki aku? dia buat mixer buatan guna tin nescafe jek. pastu bergabung dengan cordless TAPI tak sampai 10minit pukul dah patah HAHAHHAHAHA , so lepas tu dia tukar pakai cordless dengan garfu jek. haaaa bertahan sampai nescafe aku kembang. GOOD JOB SAYANG !


mix nescafe tu just guna cordless dengan garfu



Lepas dah kembang semangkuk korang punya nescafe, dalam satu cawan yang lain, isikan The Bahan B, dan masukkan nescafe yang dah fluffy tu ke atas susu itu.........

 nescafe yang dah fluffy

masukkan ke atas susu tu

tadaaaaaaaaaaaa

Okay , dah siap!!! TADAAAaaaaa. HAHHAA senang kan? The Dalgona Coffee. Rasa? Aku suka, sedap, macam ala ala coffee di starbuck TAPI kalau nak mintak aku buat hari hari sampai ketagih, jawapan aku TIDAK. Cukupla sekali aku mencubanyaaaaa. hehe. Laki aku? Dia suka tapi pahit katanyaaaa. Maybe kalau dia nak, lepasni kene cuba lebihkan susu, kurangkan nescafe. gituewwww ;))

 
 Dalgona Coffee Viral and Cupcake  ~ Perfect Birthday to me . 
Happy Birthday Ida yang ke 34tahun. hee



Selamat Mencuba korang =)

No comments:

Post a Comment

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page