Banyak masa sangat dekat rumah, marilah kita cuba cupcake milo viral 3 bahan pada mulanya, tapi aku derhaka sikit resepi, jadikkan dia 4 bahan. HAHAHHAA. Memang mudah sangat resepi cupcake milo viral ni.... marilah kita start...
Resepi Cupcake Milo Viral 4 Bahan
- 1 cup serbuk milo
- 2 sdb susu pekat
- 2 biji telur
- Badam (untuk hiasan) - boleh gantikan dengan choc chip jugak, depends tekak hihi
The Bahan
Rasanya semua bahan bahan ini mudah didapati, dan kadang kadang wajib ada di dapur korang kan? maka korang boleh lah buat cupcake milo yang palingggg mudah ini. aku memang tak pernah baking. so aku mulakan dengan cupcake yang paling mudah ni.
Cara Buat
Mari kita mulakan. Senang sangat cara buatnya. Korang campurkan kesemua bahan dalam satu mangkuk (kecuali badam). Kacau relaks relaks sahaja tak perlu nak ber-mixer bagai. hikhik. Bila dah sebati, korang masukkan ke dalam cup. If korang ada loyang, silakan. Ikut lah mana yang ada dekat dapur korang tu ya? Macam aku, aku takda loyang tapi aku ada cupcake. so mari gunakan.
campurkan semua bahan
dan kacau sebati sehingga jadik begini
Untuk adunan banyak ini, aku dapat buat 6 cupcake saja. hihi. Jadik la kan? nak makan berdua je pun hihihi. Okay ini lagi satu, terpulang korang nak bakar dengan apa? guna oven? guna Air Fryer? ohhh ada yang nak kukus pon boleh. depens lah ya? Macam aku, rumah aku takda oven HAHHAHHAHA tapi aku ada Air Fryer, maka mari kita bakar cupcake kita di dalam Air Fryer sahajaaa .. pon bolehhhh
masukkan adunan ke dalam cupcake. tapi pastikan masuk separuh cup sahaja tau. nanti bila kita bakar, adunan tu akan membuakkkk naik hehe
dengan adunan aku buat ni, dapatlah 6 cupcake. hehe
oh jangan lupa hias cupcake dengan badam or choc chip or apa sahaja lah korang suka
masukkan dalam AF , ngam ngam 6 cup dalam AF aku. AF aku kecik jek hihihi
Masukkan ke dalam Air Fryer dan bakar dengan suhu 180 selama . Tinggg dah masakk. HHAHHA mudah gila baking dengan AF ni, tak sangka dengan AF macam macam boleh buat. rajin dengan tak rajin jekk. Okay, masa dah siap bakar tu, bagi cupcake tu rileks selama 10minit sebelum bawak keluar dari AF. dan tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
dan aku bagi laki aku rasa haha. biasalah dia kene jadik aku punya tukang review hihihihi..
Review? Cupcake sedap! Gebuss walaupun tak guna tepung gandum langsung yaaaa. Manis? YUP! Itu kene dikurangkan sikit. kami tak suka manis manis sangatt huhu... Badam? SEDAP! Lagi banyak lagi sedap patutnyaaaa ..


tetibe kaw buat cupcake ada lessorn learnt? HAHHAHAHHAHA
Okay, selamat mencuba korang. Stay at HOME okay?
Terasa nak buat. Tq.
ReplyDelete