Saturday, October 3, 2020

Aluminium Kitchen Cabinet pilihan aku ;) Harga?

Ada orang request suruh kita update mengenai Dry Kitchen Cabinet (KC). Tapi aku keberatan nak update sebenarnya sebab aku takut nak tahu berapa total harga Dry KC aku . HAHHAHAHHA Dapur lah tempat yang paling banyakkkkk aku keluarkan duit. Nak buat KC bukan la benda yang murahhh , nak nak, kalau kau ada keinginan dan impian dari dulu lagi HAHA memang duit mengalir macam air awakkkkkkkkk .. tapi kalau tak update, aku tak de pulak kenangan dengan KC aku hihi. So aku update ni, korang jangan kecam aku tau! ;p
inilah keadaan dapur aku dulu 

niat aku just nak buat L-Shape sahaja hihihi

Sememangnya KC adalah benda yang makan duit aku paling banyakkkk tapi disebabkan aku takde duit nak repair sana sini, terus aku buat paling helokkk dimata aku, duit banyak keluar, aku tutup mata jelahhhh........ Sebenarnya, pada awalnya, aku memang nak KC dari Kayu Nyatuh, tapi bila adik aku suruh buat Aluminium KC, aku mula search kebaikan dan keburukan Aluminium KC. Meh kejap aku senaraikan. Material lain memang aku dah block, sebab banyak sangat aku dengar mengenai rosak sana sini selepas beberapa tahun. Kayu Nyatuh or Aluminium sahaja yang tahan lama dan helok reviewnya. so meh sini aku senaraikan ;)

  • Kalis anai-anai. Masalah anai-anai sering berlaku pada kabinet jenis kayu dimana luarannya nampak elok namun di bahagian dalam mungkin sudah lompong dimakan anai-anai.
  • Kalis minyak. Material ini tidak menyerap minyak serta tidak meninggalkan kesan kotoran kekal.
  • Kalis air dan anti kulat. Material ini tidak akan menjadi ‘kembang’ jika tidak dijaga dengan baik dan tidak berkulat walaupun keadaan lembap.
  • Kalis api. Material tahan api.
  • Mudah dicuci dan dibersihkan. Permukaan material mempunyai tekstur yang licin memudahkannya untuk dibersihkan dan dicuci dengan hanya mengelap sahaja.
  • Tahan berat. Material yang solid, aluminium ini tidak akan membengkok walaupun barang berat.
  • Reka bentuk dan warna mengikut permintaan. Pintu kabinet boleh dipilih mengikut kesukaan warna yang sedia ada. Reka bentuk pula mengikut kesesuaian ruangan.
  • Berkualiti dan tahan lama. Material ini tidak mereput.


Laki aku memang serah sepenuhnya hal KC ni dekat aku, so aku pepandai buat keputusan sendiri lah. Aku kan Menteri Kewangan. HAHHAHHAHA  aku mula panggil dua tiga kontraktor untuk ukur dapur aku pastu aku suruh diaorang bagi aku quotation berdasarkan beberapa material kabinet yang aku nak. Nyatuh dan Aluminium. Pintu biasa je aku pilih iaitu 3G Glass. simple sahaja la. yang penting body KC aku ni.. pintu kabinet takdak masalah sangatt ;))

lakaran kasar aku HAHHAHAH buruk gila. tak reti lah hoihhhhh

Design dapur, aku ada jugak sumbang idea. Aku nak macam ini, macam itu, tapi macam macam kaw mintak, makin bertambah bajet dapur kaw yee. HAHAHHA tapi tak pe, kita try mintakk quo jek. kalau mampu, proceeed hihihii... Aku ada kehendak dekat dapur aku ni. Nak tempat letak sos cili la, nak tempat letak barangan kering la, nak itu nak ini. haihh laaaaaaaaaa

yang ini, kontraktor aku yang lakar, selepas berbincang dengan kitaorang hehe .
 simple je kan Dry Kitchen aku

untuk table top, aku pilih Quartz Stone Code  Nova 002 (White Sparkling)

kalau nak attach gambar quo, banyak gilaaaa... tapi ni lah yang paling latest untuk kabinet aku. kontraktor aku ni memang gigih melayan aku tanya harga macam macam hihi

okay ini summary dia bagi kat aku. haaaaaaa mateyyyy sikit lagi nk capai 16k 
hukhukhukhuk ~ R.I.P MONEY oh ya, tapi ini termasuk harga Shoe Rack aku. Shoe Rack pun aku bantai buat fully aluminium. kenapa? aku tak suka bau kayu bercampur dengan bau bau hapak kasut HAHHAHAHHA, lagipun, aku takut lipas.. hihi.. Lipas tak suka aluminium. so material aluminium jugak laaaa


Aku skip jela cerita, akhirnya aku decide untuk memilih dapur Fully Aluminium KC with 3G Glass Crystal White, dengan full height dan selambak aksesori lain. Oh ya, warna pilihan? aku ingat nak warna light pink! TAPI laki aku tak bagi pulekkkk. choii. Okay laaaaaa, warna putih.. TAPI nak putih yang white crystal tu, kene tambah duit HAHHAHAHH hadoiii. semua benda nak duit choii. okayyy laa okay laaa tambah laaaaa hmm hmm ;p

ni la Dry KC aku. simple je.. maafkan dapur saya, baru lepas basuh pinggan hihi HAHHAHAHHHAA

ini bahagian dalam KC. Haah, aku punya KC memang full height sampai siling. Banyak cabinet atas atas tu masih kosong. hehe
frame dan body semua full aluminium.
add on gas spring dan softclose di setiap ruang kabinet

dah setahun lebih kabinet ni, aku tak jumpa lagi lipas dan sebagainya. nasib baik. aku takut semua haiwan haiwan tuh HAHHAHAHHA
ini tall cabinet aku. segala barangan kering aku simpan dalam ni
close UP
aku suka sangatttt tall cabinet aku ni . berzikir aku nak dia ada dalam aksesori KC hihi.
tempat sudu/garfu. ada dua. atas tu ada lagi, tapi aku tak bukak.. hihihi
ada dish rack di bawah dan tempat botol botol sos dan sebagainyaa
tadaaaaaaaaaaaa...... nice pulak rasanya bila semua putih ni. suci bersih nampak luasss dapur aku, kan? oh lupe pulak nak cerita pasal sinki, next entry ke macam mana? huhu


Okay, kabinet aku ni dah buat masa mula mula aku masuk rumah ni, kiranya dah hampir setahun, disebabkan ada beberapa part yang tak berapa aku gemar, aku ada buat repairing sikit haritu. aku contact balik kontraktor KC ni, minta dia buatkan pintu untuk dish rack dan tempat microwave aku. tak lawa pulak bila tak de pintu  huhu.. Tempat dish rack, aku ubah menjadi shelf rack jek. Total RM620

baru lah nampak kemas, tertutup semuanyaa ;))

Aku memang suka sorok semua benda dalam kabinet, aku nak nampak kemas dimata. Tapi kalau ada kitchen tool yang besar besar gabak, idok la aku larat nak masukkan dalam kabinet jugak, itu aku letak atas table top jugak. so far, mata aku okay je dengan kitchen tool yang besar gabak ni.. so far, inilah keadaan dapur aku. setakat ini HAHHAHHAHA kalau aku ada duit terpijak, aku tambah kitchen kabinet di dinding sebelah pulak kihkihkih ;p


Harga Fully Frame Aluminium Kitchen Cabinet
With 3G Door Glass (crystal white) and Table Top Quartz Stone
= RM13,944.00

Harga tambah dua pintu + ubah dari dish rack menjadik shelf rack
(satu pintu aku tambah gas spring)
= RM620


So, total keseluruhan Kitchen Cabinet aku adalah RM14,564.00. Okay lah tak cecah RM15k lagi HAHHAHAHHA adoi. habis duittt tapi puas hatii dan untuk jangka masa panjang.. ;))

So far, mana yang tahu jumlah kos dapur aku, akan cakap aku membazir haha. bukan masak selalu lah, bukan 24jam duduk dekat dapur lah, itu ini itu ini komplain dekat telinga aku macam macam. that why, aku tak suka nak bagitahu, sebab aku malas dengar orang komplain macam ni. HAHHAHAHAH tapi satu je aku cakap "ada aku mintak duit korang? tak de kan? so please shut up!" HAHHAHAHAHHHAHH mampossss kalau aku berani cakap macam tu hoihhh. idok laa, aku cakap dalam hati je, luaran aku hanya mampoooo tersenyum dengan perangai manusiaaaaa ;p Aku memang tak boleh nak puaskan hati orang, aku cuma mampu puaskan hati aku jek. . kuikukuiii 

Next entry, aku cerita pasal shoe rack cabinet dan sinki okay? sinki aku pun, aku IN LOVE sangatttt hehe.... tunggu yaaaaa.. terima kasih sudi baca blog picisan inii hehe. ada apa apa nak tanya, komen bawah okay babai ;))

Incase, kalau korang pun mencari kontraktor Aluminium Kitchen Cabinet, boleh la contact kontraktor aku ni, aku memang sangat rekemen dia. Ken. +60 12-636 9906 / +60 16-625 3988.

4 comments:

  1. Setiap org ada keinginan nak buat KC ikut citarasa sendiri kan biar jela nak abiskan berapa2 pun ikut kemampuan la kan

    ReplyDelete
  2. Tidak kisah asal puas hati. Kalau saya lagilah hendak dapur besar macam rumah omputih. Oven, microwave, tempat basuh pinggan semua ada terletak pada dinding. Pantri besar gedabak. Pernah tengok dan guna memang seronok. Ruang kabinet banyak, tertutup. Berangan hendak ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow! mesti lawaaaa dia punyaa KC nanti hehehhe

      Delete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page