Yaaaaa, memang aku cari semua resepi yang paling senangggg untuk aku buat. HAHHAA yang susah susah ni aku tak gemar. kang peluh merecik kemain kuih kelaut. perut lapar. arghh sudahhh. HAHAHHAHA jadiknya moh la kita cari resepi paling mudah kita nak buat pada bulan bulan puasa gini....
Rindunya bazaar Ramadhan kan korang? The New Ramadhan. Redho. Tapi bab teringin nak makan kuih itu ini, kene la belajar buat. Sedap ke tak sedap? tolak tepi. kita cuba dan cuba sampai jadikk. yakin boleh? HAHAHHAHHA
comotnya lahaiiii tapi walaupun rupa buruk, sedap okay!! #tepukbahu
Dan semalam petang, adik aku share resepi tepung pelita yang paling senang. sebab apa aku cakap senang? sebabnya tepung pelita tak yah nak bersampan sampan bagai, takyah nak kukus bagai, korang just kene masak atas dapur dan letak dalam bekas biasa saja.... senang kan? okay jom kita start ;))
Resepi Tepung Pelita Paling Senang
The Bahan (Adunan Hijau)
- 1/2 cup gula
- 1/2 cup tepung beras
- 2 cup air (1 cup air + 1 cup air pandan)
- 1 sdk garam
- 1 tutup pewarna hijau
Bahan Adunan Hijau
The Bahan (Adunan Putih)
- 2 sdb tepung beras
- 200ml santan kotak
- 1 1/2 cup air
- 1 sdk garam
Bahan Adunan Putih
Itu je bahan bahan dia. Senang didapati dan murah je kan? Tapi renyah nya resepi tepung pelita ni korang kene mengacau non stop. hahah lenguhhh weiiii ;( murung aku sekejap HAHAHAHA
Cara buat;
Okay, jom start. Sebelum itu, ada tips nak bagi kuih tepung pelita kita lagi sedap, taburkan gula halus dalam bekas terlebih dahulu. taburkan sikit jek. nak bagi rasa manis manis dihujung hujung nanti hehe...
Dan juga, korang kene blend daun pandan supaya kita dapat air daun pandan, Caranya mudah saja, dua helai daun pandan + 1 cup air dan blend halus. Tapiskan. Kita nak guna air daun pandan sahaja yekkk...
Okay jom kita mula buat adunan.. Mula mula, korang buat adunan hijau terlebih dahulu. Caranya senang sahaja, satukan semua bahan ke dalam periuk. Kacau dgn api perlahan sampai pekat. Korang jangan berhenti kacau, nnti adunan berketul ketul pulak. Tutup api dan masukkan ke dalam bekas.
satukan semua bahan adunan hijau, kacau sebati sampai likat pekat
likat pekat macam ni . masa mengacau, korang tak boleh berhenti tau. kalau tak, akan berketul macam aku tu haaa. HHAHAHHA aku lenguh aahhh ahhhh
terus masukkan ke dalam bekas dalam keadaan panas panas gituh....
Okay settle itu, mari kita buat adunan putih pula. Caranya sama mcm nak buat adunan hijau tadi. Satukan semua bahan dan kacau sampai pekat likat dan tangan kaw akan lenguh lagii HAHAHHAHA
adunan putih pulak
bila dah pekat likat, masukkan adunan putih tadi ke dalam bekas, dalam keadaan panas panas...
tadaaaaaaaaaaaaaa.. ginilah kejadiannya.... comot ahh sorry! tapi rasa? PADU!!!!
Okay ini lagi padu . Lepas dah sejuk sikit tepung pelita korang tuh, masukkan sekejap ke dalam peti ais. Kita nak bagi sejuk . Dalam 30minit pun dah cukup. Percayalahh orang, tepung pelita ni, bila kita makan sejuk sejuk lagi shedap wooooo............. padu!


Selamat Mencuba korang :)
Selamat Berpuasa ;)
Stay At Home okay!
Read More ->>