Monday, April 6, 2020

Pengalaman bercuti di Sapporo (Winter 2019)

Pengalaman bercuti di Sapporo (Winter 2019) |  DAY 1 |  22/23 Januari 2019

Ayuh mari kita mulakan travelog bercuti honeymoon kali ke-9. kita ke Sapporo Jepon!!!! yeayyy!!! Korang boleh baca entry persediaan aku ke Sapporo di musim salji DISINI dan harga tiket murah yang aku dapat untuk trip kalini DISINI . Jemput baca ye? 

Hari pertama aku agak struggle menyelesaikan masalah masalah rumahtangga dulu sebelum berangkat ke KLIA2. Setiap kali travel, aku mesti akan hantar mushang dulu ke boarding hotel, so kene get ready barang barang dia dulu hihi... macam anak kan? OK, settle mushang, aku pergi ke management rumah pulak hantar borang defect. settle tu, aku paksa laki aku pakaikan inai pulakk. HAHHAHAHHA sempat kan? gilos betuii. Alaaa rilek laaa, aku punya flight tengah malam kang, masih sempatt ;))

 sempatt gaissss ;p

babai anak bulus ;)


Kitaorang actualy, dah pakai longjohn siap siap. HHAHHAHAH gila panas weiiii.... Ohh Malaysiaku panas rupanyaaa. tak sabar nak pergi negara peti ais hikhik.... Aku pakai siap siap sebabnyaaa, beg kitaorang dah full 25kg kahkahakah!! Bawak apaaa ntahh sampai penuh gitu hukhuk... Dalam 4.30pm, kitaorang gerak hantar mushang dulu. Hantar mushang selama 9hari = RM117. Settle then terus gerak ke TBS pulak. Macam biasa, aku suka naik bas ke KLIA2 sebab murohhhhhhhhh. hihi. Dapat bas jam 6pm, dalam 7pm akan sampai di KLIA2. Tiket harga RM22 sajokkk. murah kan? jadik, travel la naik bas. HAHHAHHAHA oh ya, aku ke Sapporo ni pun totally akan guna public transport.. jimatttttttt , jangan risau, public transport di japan adalahh TERBAIKK!!

 

naik bas , jimattttt ;)


Sampai di airport, macam biasa, terus ke mesin kiosk print tag luggage dan reprint boarding pass yang cantikk sikitt. lawa sikit nak bergambar HAHHAHHAHA idok la kertas A4 besar gabakk itueww. huhuhu... Settle semuanya, mari lah beratur untuk check in beg. Kaunter T. 25.4kg!!! Nasib laaaaaaaa akak Air Asia tu bagi lepas 0.4kg tuh hihi. Tq akakkkkkk.... TAPI, disebabkan jacket tebal dan winter boots tu agak berat, maka kita pakai semasa check in ya... HAHHAHHA nanti dah sampai depan gate, kita bukakkkk laaa balik. kofkofff

tak travel la kalau tak tunjuk gini. HAHAHA #jointhescene

Disebabkan awal lagi, kita melepak makan di MCD dulu. Masa ni jam 830pm. Flight pukul 12.05pm weii.. merepottt. tapi tak pe, mohon datang awal ke airport bagi mengelakkan benda benda pelik yang berlaku heee ~ Pukul 7am kita dah sampai di Sapporo Japan!! yeayy! 8jam perjalanan, kita makan tidur makan tidur. kah! Di airport Sapporo, akan ada dua kali scan jari. aku sangkut scan HAHHAHAHA sebabnya aku pakai inai? apekahhh??? selama aku travel pakai inai, helokkkk jek... kat Sapporo pulak tersangkutnya! Jenuh laaaa aku explain ini adalah henna art bukan tattooooo.. pegawai imigresen si abang nobita tu cakap aku pakai tatooo.."why muslim like you can wear tatooo?" HAHHAHAHHA aku mampu tersenyum lalu explain, "this is not tattooo sir. this is henna art for muslim. i come with my husband for our honeymoon here... muslim married couple can wear this" haaa gitu aku temberang diaaaa. dia angguk lalu lepaskan aku HAHHAHAHHAH adoii laaaaaa

 babai Malaysia ;)

jangan lupa isi ;)


Okay settle semua urusan, keluar je dari imigresen tu , terus aku nampak DORAEMON!!!! Macam tak sangka dah sampai Sapporo! Ya ALLAH!!! Rezeki dapat travel lagi ke negara asing ;)) Syukran YA ALLAH ;)). Dekat sini, kitaorang terus pakai winter boots, pakai jaket tebal, glove, hatt, prepare semua barang barang... nak start berjalan jauh ni . hihihi

keluar je arrival hall, terus nampak doraemon weiii! hihihi


Disebabkan aku dah book hotel di Susukino, so dari airport kita kene menuju Susukino Station (ST). Mula mula agak blur sekejap dengan line train dia, berseliratttt. jenuh nak faham.. tapi lama lama okay jek. yang penting perhatikan nama station bebetulll... jangan salah turun! nayaaaa

Okay ini route aku untuk DAY 1 ya.
Dari Airport (New Chitose Station), aku akan naik JR Train ke Sapporo Station.. Then sampai di Sapporo Station akan tukar line : Nombuku Line Subway Colour Hijau dan turun di Susukino Station , cari Exit 2 . Haa mudah!

Train Route : New Chitose Station-Sapporo Station-Susukino Station
Cost : 1590¥ + 200¥ ; RM68.38/pax + RM7.64 /pax
(currency 100¥ = RM3.82)

Keluar dari airport tu memang dah nampak signboard JR Train. So korang follow sahaja. Okay, kita akan naik JR Train. Beli tiket di B1. Aku beli tiket ke Sapporo Station dengan reaserve seat harga 1590¥, train akan berlepas pada jam 930am. Perjalanan makan masa 50minit... aku mula plan nak tidur TAPI asyikkkk pula layan view memutih di luar tingkap. cantikkkkkkkkk gilaaaaasss !!! tolong laaa pergi winter trip! sangatt memukau!!!!

 nampak signboard JR Train? Ya follow itu ;)

 Ticket reserve seat harga 1590¥/pax. 

beratur sini. CAR 4

 dalam train ;) itu tempat letak tiket rupanya hihihi


 tok tok tok "nobita ada?"

MasyaALLAH, cantik sangatttt. indah sungguh ciptaanNYA. kan?


Sampai di Sapporo ST, cari Nombuku Line (Hijau) untuk ke Susukino ST. Hotel kita dekat situ. Subway ni aku beli tiket on the spot. 200¥ , Exit 2 paling senang okay! Senang sangat cari hotel, tak sesat langsung . Good! Tapi heret beg besar dengan salji licin, agak payahhhhhhhhh. Sampai hotel pukul 11.30am, awal lagi untuk check in, TAPI nobita reception tu bagi kita check in awal laaaa. sukanya!!!! Agak agak dah legaaa sekejap kaki dan penat, ayuh kita round Sapporo City! Eksaited gilaaa ni , nak pijak saljiiiiii weeeeeeeeee ~

 

nanti aku citer dengan lebih lanjut hotel aku duduk ni okay?

MY 1st DAY OOTD ;p

 
 masa ni perasaan tak terkata. semua benda aku nak tangkap gambar. semua benda aku nak rekod. pertama kali awakkkk jumpa salji seumur hidup. ALLAHU syukran ;)) rezekii ;))

 jalan jalan menuju ke 1st destinasi hehe. kemain lama nak sampai sebab busy ambil gambar/video HAHHAHAHHAHA


1st STOP - Hokkaido Government Office Building

Train Route : Susukino Station-Sapporo Station
Cost : 200¥ ; RM7.64/pax 
(currency 100¥ = RM3.82)

Macam mana nak ke sini? Turun di Sapporo Station tadi. dengan bayaran 200¥/pax. aku macam biasa beli on the spot. takda pakai kad kad. lantakkkkk. HAHHAHAHA dan ikut signboard. hahah senang jek! Dah kenapa nak pegi sini? mentang mentang kau keje goverment, sampai di Sapporo pun jenguk bangunan kerajaan jugak?? HAHHAHAH idok laaaaaaaaaaaaaa.


beli tiket dekat mesin je

senarai harga tiket dari satu station ke satu station yang lain


nampak tak sign ke Hokkaido Government Office Building?


Bangunan ni lawa sangat! Warna merah, dikelilingi salji memutih, idok ke lawa untuk kita bergambar ? HAHHAHAHHA sejarah dia memang taklahhh aku tahu. aku tak minat sejarah maaf. hihihi. dekat sini siap jumpa retis Malaysia weiii. sempat laa berborak sekejap. dia lah orang Malaysia pertama aku jumpa untuk hariini kihkih. Settle bergambar, kita gerak ke 2nd STOP.

Hokkaido Government Office Building


 

 

 

 


 

peramah dia ni. @realckfaizal



2nd STOP - Clock Tower
Dari Hokkaido Government Office Building, aku just jalan kaki ke Clock Tower ni, semua tempat ni dekat dekat jek, boleh reach by walking distance jek. Tapi aku ON Google Maps la. Laki aku yang tolong cari jalan hihihi. Pun dekat sini aku tak tahu apa sejarahnyaaa, aku cuma datang amik gambar dan jalan jalan disekitarnya HHAHAHHAHHHA . Actually korang boleh masuk Clock Tower ni TAPI aku tak masuk pun. ntahh tak berminat pulekks hihi.

dari tepi jalan, dah sampaii. 

 masa aku sampai dekat sini, salji tgh turun dengan lebatnya. 


salji makin lebat, kita tak masuk pun. malas. perut dah lapar. sejuk sejuk lapooooooooo

Singgah Family Mart, beli air coklat, onigiri dan rokok. Laki aku mulanya janji tak mo merokok TAPI disebabkan sejuk yang terlampau, dia kalah lalu bodek aku belikan rokok cisss! Total shopping 1st trip di Family Mart 749¥. , Yang kelakar nya, beli rokok tapi tak beli liter? HAHHAHAH singgah lah Seico Mart beli liter 123¥. mahalnyaaaaaaaaa, dekat rm5!! dekat Malaysia ni dapat 5 batang liter tau dengan harga RM5 HAHHAHHAHA.. Masa aku sampai di Clock Tower, helok pulakkkk heavy snow turun!! YA ALLAH, seronoknyaaaaaaaaaaaaaaaaaa... tapi sejukk ya amat. so marilah kita lunch . ha??? baru nak lunch?? HAHHAHA sedihhhhh!! lapar gilaaaaaaaaaaaaaa

Kedai ni bebetul sebelah Clock Tower tu. Sebelah kanan, turun tangga sikit.

 
order guna mesin, canggih nau haha, jakun kita wakkkk

dia kesejukkan. sian lapo..

 Samurai Ramen 680¥

Sebenarnya memang dah aim nak makan area Clock Tower ni. Halal Food. Nama kedai Sasuke Ramen. Sejuk sejuk snow kita makan maggi okay? HAHAHA. Yang direkemen untuk dimakan ialah Samurai Ramen 680¥., order dua mangkuk. rare tak rare, order ramen dekat mesin okay! terujaaaa pulak aku jakun rasanyaaa. HAHAH nasib abg nobita tu tak perasan kejakunan aku hihihi. Bagi aku rasa dia SEDAP! Mungkin sebab kau makan dalam keadaan sejuk diluar sana. TAPI jangan risau, dalam kedai panassss gitueww. sesedap badan ;)) settle makan, kita nak ke nexttttt



3rd STOP - Sapporo TV Tower
Nak ke Sapporo TV Tower pun kitaorang jalan kaki. Walking distance jugak. On Google Maps jek tau? Masa pergi ni hampir gelap. Aku dah aim nak naik Observation Deck. kene bayar 720¥ per pax. Nak tengok view Sapporo City gituew... sekali sampai atas dah gelap HAHHAHHA TAPI nice jugakk tengok view malam hahahhaha. Sini dekat 4pm dah gelap yekk. adoiii. pendek betul masa jika winter kan? Untuk kenangan di Sapporo TV Tower, aku gatal pergi beli gambar yang staff tangkapkan. jadik laaaaa.. helok terletakk dengan frame dia. jadik la kenangan gitueww... 1200¥ yek!


Sampai dekat sini 3.30pm, salji makin lebat. Makin petang makin lebat yaa. 
seronok main salji!


 pemandangan dari atas Sapporo TV Tower

semua memutih jek. suci murni. allahu . cantik sangat!

 
 aku turun dari Sapporo TV Tower tu dalam pukul 4.45pm. Dah gelap korang!!! 
Dah malam kah? HAHHAHHAHA

 
dan salji? makin lebat!! hari pertamaa korang.. haruslah jakun tadah mukaaaaaaaaa bagi salji jatuh ke mukaaa. HAHHAHAHHHA 



4th STOP - Underground Mall Aurora Town & Pole Town
Plan asal nak ke Sapporo Factory tapi disebabkan dah gelap, malas pulak nak berjalan jauh huhu. So kita merayau ke Underground Mall jelaaaa, dekat luar dah mula heavy snow, so kita rayau dekat bawah sajaaa.. panas sikit hehe. Underground Mall Aurora Town & Pole Town. jalan dekat underground mall ni syokk. cuci mataaaaaaaaaaaaa tapi ramai orang sebab agaknya semua larik turun bawah sebab atas sejukk hihih. Aku aim nak cari kedai 3coins dan Kedai Regetta Canoe. Kenapa? Sebab kedai 3coins ada jual sourvenir murah, tote beg viral murah tuh hihihi. Regetta Canoe sebab aku memang dah aim dari Malaysia nak beli sepasang. Sebab dekat Malaysia cecah RM400++. mahalnyaaaaa.. okay mari cari dekat negara asal beliau hihihi...

selain jam, kasut, aku jugak aim beg anello ni . hihihi

Jalan jalan disekitar pole town sekali terjumpa Hokkaido Cheese Tart yang famous itu! Bau dia semerbakkk harum. Mari kita testt sedap keeeeeeeeeeeee? Beli 3pcs je dulu. 549¥. Makan cheese tart dalam sejuk sejuk, memang terbaik ahh! sedap! lembut ! esok kita beli lagi okay! HHAHAHHA sejuk sejuk ni lapaaaaaa cepatttt! ;p


5th STOP - Don Quijote
Macam mana nak pegi sini? Dari Pole Town tu, korang cari signboard Takunijoji Exit 4. Don Quijote ni memang heaven ahhh nak shopping! Dah la murah gilaaaaaaaaaaaaa, bukak 24jam pulak!!! Sini apa je yang takde, semuaaaaaaaaa ada okay! Aku duduk berejam pilih Fridge Magent. dan beberapa barang yang lain aku shopping hihihi... HAHHHA comei comei okay. Total Shopping hmmm 5814¥, tapi bagusnya si Don Quijote ni, korang akan dapat refund TAX semula. kene redeem dekat tingkat atas.. aku dapat duit semula dalam 430¥. bagus kan kalau shopping dekat kedai yang free duty niii heee ~ WAJIB pergi okay si Don Quijote ni!






banyak sangat barang sekecik kecik bendaa dekat sini. aku tak sempat nak amik gambar sangat. sebab ramai sangat orang.......... tapi ingat tau, kedai ni WAJIB!


Itu lah last aktiviti aku untuk DAY 1. Laki aku dah tak larat nak heret kaki daaaa. HAHAHHA. Esok nak bangun pagi lagi, so marilah kita pulang, Jam dah pukul 8pm, tapi dia punya gelap macam dah pukul 10pm tau! Area si Don Quijote dengan hotel aku tu dalam 10min walking distance jekk. Dekat sangat kan? aku boleh ulang alik shopping ni HHAHAHHAHHA

Sampai je bilik, mandi makan maggi terus laki aku membongkang tidur. huhu. aku??? aku ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan HAHHAHA apa dia? well. korang fikir macam mana aku boleh ingat semua nota nota harga harga ini semua, setelah setahun bercuti? aku catit segalaaaaanya dalam phone okay? so setiap kali balik, aku akan update nota perjalanan dan harga shopping dalam phone. heeeeee..... settle update, aku kemas beg untuk perjalanan esok hari pulakk. yeay tak sabar! tapi kaki rasa macam tak jejak tanahhhh daaaaa , sakit! HAHHAHHAHAH. dekat 11.30pm jugak aku dapat lelapkan mataa ;)) .. good night everybodyyy.. jumpa esok! ehh next entry ya? muah! tq sudi baca bebelan kitaaaaaaaaaaaaaaaa


Kira-kira (2pax)
Boarding Mushang RM117
Tiket bas TBS ke KLIA2 RM22
MCD RM40.70
JR Train 3180¥, convert to RM = RM121.48
Subway Sapporo ST ke Susukino ST 400¥, convert to RM15.28
Subway Susukino ST ke Sapporo ST 400¥, convert to RM = RM15.28
Family Mart 749¥, convert to RM = RM28.61
Seico Mart 123¥, convert to RM = RM4.70
Sasuke Ramen 1360¥, convert to RM = RM52
Observation Deck Sapporo TV Tower 1440¥, convert to RM = RM55
Gambar di Observation Deck Sapporo TV Tower  1200¥, convert to RM = RM45.84
Hokkaido Cheese Tart 3pcs 549¥, convert to RM = RM21
Shopping di Don Quijote 5814¥, convert to RM = RM222.09, refund tax 16.43¥, Total shopping RM205.66

TOTAL DAY 1 : RM729.27
Read More ->>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page