Sunday, December 22, 2019

Persediaan Kali Pertama ke Sapporo Musim Salji

Siyes, kalau tak pernah bercuti di musim salji ni, memang blur sikit , apa persediaan yang perlu dibuat? Masa aku nak pergi tu, ada jugak la search sana sini nak tahu apaaaaaa yang WAJIB ada jika ke Musim Salji ni... Now , mari aku senaraikan apa persediaan yang korang perlu buat untuk bercuti ketika winter, seronokk hoihhh main saljiiii. seriussssssssssssss

haa satu buku perjalanan aku nanti. memang turun naik train hukhk. list pertukaran duit pun aku suka print , senang nak shopping hihihi


Persediaan ke Sapporo Musim Winter (Musim Salji)  | Sesiapa yang kenal aku, mesti tahu, aku suka buat list untuk tahu kelengkapan yang wajib. ada orang suka simpan nota dalam telefon. aku suka versi hardcopy, print siap, bila nak packing nanti, aku suka main tick tick la dekat kertas tu. so dari tu kita nampak apa yang belum ada apa yang dah ready kan? tapi sekarang semua dah hujung jari hihihi. so kali ni list kita dari dalam phone jelaaaa... Tapi persiapan untuk bercuti ke Sapporo Musim Salji ni tersangat lah leceh bagi aku. Jangan ada benda tinggal, memang naya ko kat sanaaaaa. hihi


inilah check list aku HHAHHAHHA

Oh, bukan saja leceh, malah MAHAL MAHAL yek keperluan bercuti di musim salji. duit memang melayang habis ahhh. tapi demimu Snow di Sapporo, ku redhaaa jelah.. bukan selalu kihkih. belum tahu kita dapat repeat ke tak Sapporo ni kan? so, pejam mata jelahh beli semua bendaa hukhukhuk ;p mungkin kalau kita prepare awal, mungkin duit tak terasa sangat kot? aku kan sebab percutian last minit, so nak keluar duit segedebukk agak menggigil HAHHAHHAHA #dontcopythat





Persediaan ke Sapporo Musim Winter (Musim Salji)


WINTER BOOTS
Memula selepas aku dah beli tiket flight ke Sapporo (klik nak baca tak?), aku mula mencari kasut. winter boots. sebab ramai yang cakap dengan aku, kalau ke musim salji, kasut memang memainkan peranan penting, kaw pakai kasut ntah pape, memang tertonyohh la kaw. salji ni licin katanyaaaaa.. aku pun seorang yang mendengar cakap, lalu aku mencari winter boots yang bersesuaian. Kalau nak murah, memang aku suggest korang untuk beli winter boots dekat bundle jek. Aku pun memang ada pergi cari dekat sana, TAPI itulah takda saiz untuk kami laki bini. aduyaiii. makanya, terpaksa lah beli NEW winter boots di Universal Traveller hukhukhk.. harga? mencanak okay!!! ;p

 
aku suka white boots tu tapi laki aku tak bagi beli putih katanya cepat kotor hukhuk. last last aku beli yang warna hitam merah tuh huhu.. nice takkk? berat !! tapi selesa sangatttttt........ tapi lama lama kaki sakit sbb berat hahahhahahhahahha!!
winter boots laki aku punya RM298

winter boots aku punya RM224

 
 stokin ladies heatplus RM68
stokin men heatplus RM64.10

 
 seluar jeans heattech RM281, aku tak berapa pakai pun dekat sana. aku lebih suka seluar dari uniqlo jek.... yang universal traveller ni nampak peha aku gabakk HHAHAHHAHHA


Aku cari winter boots dekat Universal Traveller. banyak jugak pilihan tapi macam biasa la mencanak harga walaupun ada promo hukhuk. tanpa buang masa, aku beli winter boots sorang sepasang. bukan itu je, kitaorang beli jugak stokin heat, stokin panas katanyaaaaaa... untuk mengelakkan tapak kaki kita sejukk bila main pijak pijak snow nanti hikhikhik.......... dan bukan itu jek, aku terjebak dengan laki aku suruh beli jeans heat. seluar jeans yang ada warmer di sebelah dalam seluar. aku pun beli lahhh TAPI percayalah, seluar jeans not good. stokin tu terbaik!! memang kaki aku sikit pun tak sejuk. winter boots? memang terbaik!!! sepanjang percutian di Sapporo, hanya dua kali je aku terjatuh akibat licin, laki aku jatuh sekali jek. okay lah tu. Kalau korang tak jatuh ,memang tak sah! salji yang dah membeku tersangatlahhh licin, mohon berhati hati

gituewww posing dengan boots baru huhu


LONG JOHNS
Selain winter boots, yang paling penting dikala bercuti di musim salji ni adalah LONG JOHN. ini tersangatlahhhhhhhhhhh membantu korang. Siyes, cari yang tahan negatif darjah, cari yang mahal sikit, pasti berbaloi korang beli. Aku memang aim satu set long john ni. tebal gilaaaaaaaaaa... nice! tapi percayalahhh, memang sikit pun aku tak goyah dengan sejuk salji dekat sana. Long John ni macam pakaian pemanas dkt badan sebelum kita pakai jacket tebal tebal tuh... long john kene power baru badan kita kurang sejuk dan mampu berjalan dalam salji .. gituewww..

ini lah rupa Long John itu. pakai ini dulu baru pakai jaket. kalau tak tahan sejuk jugak, boleh sarung jaket fleece .. long john ni aku beli dekat Kedai Kok Kong Winter Wear, Pudu KL.

harga untuk satu set long johns lelaki saiz S RM150
harga untuk satu set long johns perempuan saiz XL RM168
disebelah dalam ada bulu bulu, bagi kita warm selalu...

WINTER JACKET
Untuk musim salji yang turun heavy, aku memang nak cari jacket winter yang mempunyai ketahanan -0 darjah celcius. orang cakap, Sapporo memang heavy snow. So mari kita prepare untuk itu. Aku aim nak cari sorang dua pasang sahaja......... mahal kan? takleh banyak banyak hahhaa!! tapi aku memang rekemen kalau korang tak kisah untuk shopping dekat bundle winter wear.. situ ada jugak murah murah tapi itu la time aku pergi mesti stok tak banyakkkkk so aku terpaksa lah beli yang baru hukhukhukk. esok esok aku jual balik ada orang nak beli takk? HAHHAHHAA... Sehelai jacket beli dekat kedai Kok Kong Winter Wear Pudu KL dan sehelai lagi beli masa Aeon ada promo .. jimat duit!!!! 

 AEON SALE - RM101.40
 RM119 
ini yang beli dekat kok kong winter wear, aku sajaaa pilih warna kuning.. biar menyerlah sikit semuaaa gambar gambar aku nantiii. nanti kan banyak background putihh (salji) hihihihi, sepasang ni RM860 hukhukhukhuk ;p

Serius, dua dua jaket ini memang terbaik! dua dua tahan sejukkk yang negatifffff.... susah nak rasa sejukk yang terlampau melainkan ada angin yang kuat huhu.. so aku memang rekemen korang cari winter jacket yang mempunyai ketahanan sejuk negatifff ya..... dan sudah pasti itu mahal sedikittt. cari dekat bundle dulu , kalau tak da saiz baru cari dekat mana mana winter wear shop okay? tips jimat!!! hihihi

JACKET FLEECE
Okay ini option. Kalau korang tak tahan sejuk selepas dah pakai long john dan jacket tebal, korang boleh sarung jacket fleece ni. banyak dijual di Uniqlo. Aku beli jugak, sebab tak tahu, aku mampu menahan atau tak kesejukan di Sapporo. nak nak aku pergi tu waktu negatiffff darjah celciusss yaaaa.. so aku tak mo kesejukan, aku beli jugak jacket fleece untuk kami laki bini. cari yang murah murah je sebab long john dan jaket tebal dah cari yang terbaikkkk HAHHAHHAHA boleh fikir gitu? ;p

 okay ini lah jacket fleece ya? murah je kat uniqlo, RM59.90.


Laki aku sememangnya tak tahan sejuk, nasib baik aku beli jacket fleece ni. so tiap hari dekat Sapporo, laki aku akan pakai 3 lapis HHAHAHHAHAHHA. Aku? Haaaa, yang aku tak sangka sangattt. Aku mampu bertahan jek if tak pakai jacket fleece. So aku tak pakai sangat fleece ni. Aku banyak pakai 2 lapis sahaja. LongJohn dan Jacket Tebal. So, ikut ketahanan badan korang jugak okay? if tahan sejuk, takyah pakai banyak banyak lapis, tak cantikk nnti nampk gemoks pulekk HAHHAHAHHAHAH. tapi if korang tak tahan, sila la pakai 3-4 lapis yaaaaaaaaa ;)) korang boleh tambah t-shirt fleece jugak. aku beli TAPI aku tak guna sangattt. laki aku pun. so ini adalah pilihan okay? ikut ketahanan badan masing masing....

 aku ada beli coat fleece ni. yang jenis panjang punya. ada satu hari tu, aku pakai long john dan coat fleece ni jekk. hahaha ilek jekk.... aku masih mampu bertahan.... 

 beli tapi tak pakai sangatttt.....



WINTER PANTS
Haaaa ini pun penting jugak yek. Jangan laaa memandai pakai selaur nipis masa bercuti waktu salji ni. mau beku dibuatnya HAHHAHHA. kitaorang beli dua sepasang winter pants dekat uniqlo dan sehelai winter snow pants, khas untuk bermain snow katanyaa. alahaii gatalnyaaa pergi beli jugakk HHAHHAHAHHAHA tapi bagus tau! seluar kita takkkk basah langsung waktu bermain snow hihihi..

 memang akan ada bebulu macam ni dalam winter pants. korang cari yang macam ini tau? so kaki kita takkan sejukkkk.... ada dekat uniqlo berlambakkkkk.... ini jeans winterwarm untuk laki aku, RM149.90 , beli dekat uniqlo...

windproof pants uniqlo RM99.90 sehelai
 seluar untuk bermain snow. gitue! RM140 sehelai.... aku beli jugak! HHAHAHHAHA rasa macam membazir je time beli tuh, tapi rupanyaa ianya sangat bagus yaaa dan berbaloii. sebabnyaaa kitaorang pakai masa nak bermain dengan snow, so seluar memang tak basah sbb waterproof okay! kalau pakai jeans or seluar windproof lain, ada lah basah sikitttt. bila dah basah tu, faham faham jelahh bila angin kuat.... sejukkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!


Baju Tidur
Okay selepas settle semua winter wear yang wajib wajib, mesti korang akan pening, baju tidur nanti macam mana ehh? boleh pakai biasa biasa ke? Aku pun terfikir benda yang sama. boleh ke aku pakai baju biasa biasa time tidur musim sejuk sejuk ni. HAHHAHHA walaupun aku takkan bukak aircond, tapi laki aku sejenis yang tak tahan sejukkkk.... nak pasang heater dlm bilik? aku pulakk yang panas HAHHAHAHHAHHAHA

So aku dapat idea untuk beli baju tebal ala ala long johns versi murah dekat Decathlon. Kain agak tebal tapi tak setebal long john aku beli dekat Kok Kong tuh. Jadik lah? murahh je niii.. disebabkan murah, aku beli banyakkk HAHHAHAHHAHA


yang macam aku pakai ni. aku beli baju dan seluar. untuk aku pakai waktu tidur. so kitaorang tak berapa nak sejuk sangat laaaa. baju ni agak tebal jugak. nice warm jee rasa bila malam.. aircond takyah ON. heater pun takyah ON. sejuk semulajadi hukhuk. sebab cuaca kat luar beku kan....... 
aku punya - baju RM39x3helai, seluar RM39x2helai
laki punya hihi, baju RM39x2helai, seluar RM39 sehelai


Tapi kalau korang nak pakai baju tidur biasa pun apa salahnyaaa... macam aku cakap tadi, ikut lah ketahanan badan korang macam mana dalam keadaan sejukk. okay? hehe tapi pada sesiapa yang tak tahan sejuk, meh la tidur cara aku hihihi

AKSESORI WINTER
Okay, masuk part aksesori . ini paling bestt. sebab kaw boleh ber-OOTD dengan aksesori ni cantikkk lah gambar nantii HAHHAHHA. dasar perempuann. OOTD yang kaw fikir!! Tapi kalau bijak pilih aksesori, 2in1 lah. dapat bergaya dan dapat selamatkan korang dapat kesejukan. Kalau tak bijak, ko dapat bergaya tapi kaw masih dalam kesejukan. haa pilih yang manaaaa? macam aku 1st time pergi bercuti di musim salji ni, aku blurr sikit, yang manaa helok tuk kitaorang.. aku nak bergaya dan aku nak kitaorang warm jekkk sepanjang percutian ni. hikhik

So mari aku senaraikan semua aksesori winter yang aku beli dan meh aku suggestkan yang manaaa berbaloi untuk beli dan yang mana takyah beli langsung. buat berat beg jekk HAHHAHAHHA

 nak pilih beanie hat

 scraf berbaloi ke?
 gloove penting ke?


Aksesori winter ni paling berabis duit HAHHAHHA semua benda rasa nak beli tau. dengan mahalnya, dengan comeinya, dengan rasa eh helok ke? perlu ke? ishh last last beli semua. hukhuk. untuk kali pertama memang macam ni kot? maybe next time aku pegi bercuti time salji, mungkin bajet dah berkurangan, sebab semua barang dah ada kan? repeating jelahhhhh

Stokin PENTING! pakai waktu tidur okay. beli dekat daiso yang tebal tebal tu.... Snow cap  pun PENTING. untuk halang salji kene kepala korang untuk lelaki or wanita tidak bertudung. Bila salji kene kepala korang, mak aiiiiii. sejukkkk okay!! sehari dua korang teruja lah salji kene kepala kene muka, main tadah tadah salji, masuk hari keempat kelima dan seterusnyaaaa, kaw akan mengelakk dari kene hujan salji. HAHHAHAHHAHAH percayalahhhh ;p

Aku ada beli yang daiso punya, tapi tak sedap dipakai. hukhuk. so rugi beli . yang paling sedap dipakai, aku beli dekat Kok Kong Winter Wear. gambar dekat bawah ni. memang laki aku pakai setiap masa. so better beli jenis macam ni okay? siap lengkap dengan penutup mulut dan telingaaaa gituewww ;)) jangan biar telinga terdedah sangat, sejukkkkk huhu
laki aku suka jenis ni . senang all in! RM70/set, beli di Kok Kong Winter Wear.
beli terus dua set!
gloove? ada penting? gilaaaaaaaa! memang penting laa!!! sejukk beku tangan ko kang. kebassss. bila tangan kebas, jadik sakit nak sentuh apa apa tau. TAPI kitaorang TAK SUKA gloove macam ni... seriusssss ... menyusahkan! HAHHAHA sebabnyaa, bila nak amik gambar, kene bukak , pastu pakai balik.. lama lama, laki ko boleh angin dengan ko tau takkk HAHHAHHAHA. ini jenis waterproof, katanya boleh touch screen tapi nan hadooooo HAHHAHA , both harga RM40 & RM45.
TAPI aku suka pakai gloove jenis ini. Ini aku beli dekat Decathlon. Gloove ni bila korang nak amik gambar, tak perlu bukak tau. korang just tarikkk bahagian hujung jari jemari jekkk.. bila dah habis amik pic, tarik balik hujung tuh. alahaii senang yakmat! menyesal beli yang atas tu.. aku lambat jumpa yang jenis ini. hukhuhuk. Harga RM50x2set 
 penutup mulut? tak perlu beli asing jika korang dah beli set seperti gambar laki aku dekat atas tadi. aku ni membazirrr sahaja. sib baik harga dia RM7.40/pc jek hihihi.
untuk perempuan jika nak beli untuk menutup mulut, korang cari scraf macam ni okay! ini sangattttttttttt berbaloii beliiii... TAPI yang warna kuning tu tak besttt. warna hijau tu terbaik!!!! sangat berguna buat aku.... yang jenis sarung dekat tengkuk tuh.... so kita boleh halang sejuk di tengkuk dan mulut sekaligus HAHHAHHAHAH
yang long scraf laki aku pakai tak sesuai sangat sbb bila angin kuat, kompem tercabut dari ikatan korang pastu terbang sana sini. Yang bagusnya macam aku pakai ni, just sarung je kat tengkuk. aku banyakkkk guna yang warna hijau kat tengkuk. memang aku kurang sejukkk. yang long scraf ni banyak menyusahkan aku HAHHAHAHH 
Long Scraf RM100, Scarf Tengkuk RM58
 untuk penutup telinga, aku beli yang daiso hitam tu, longgar! nasib aku ada beli spare penutup telinga kat Universal Traveller colour pink, haaaa ini terbaik! memang melekatttt sahajaaaaa.. nice. harga pun hmmm boleh tahan RM28
 beanie hat dan scraf pink ni, gatal pergi beli sebab cantikkk. well colour pink kan. HAHHAHAHHAHHAHA. tapi memang bagus , make me warm all the time. gituewww.. Harga boleh tahan, Beanie Hat RM58 & Scarf Pink RM80. hukhukhuk


Mampuiii kan harga harga aksesori dia? HAHHAHAHHA memang sekali jelaa aku beli, pastu aku akan repeat pakai bila bercuti nanti kihkih, melainkan aku banyak duittt, aku beli lagi sebab nak ber-OOTD HAHHAHAHAHHA. Okay, selain aksesori ini, ada benda lagi penting okay, ini memang korang tak boleh SKIP. WAJIB BELI!!! iaitu ......

BODY WARMER!!! INI PALING PENTING!! aku beli dekat Universal Traveller, 1pek RM6.70. aku beli 16pek. kalau boleh aku nak beli banyakk lagi tapi dah habis aku borong dekat UT tuh HAHHAHAHHAHA. body warmer ni korang lekat dekat baju korang yang sebelah dalam tuh. bila korang sejuk bila tengah tengah berjalan ke, korang just tekan tekan tempat yang korang tampal body warmer tuh, siyesss. nanti badan korang panas balik. haa tak sempat korang beku ok! body warmer ni memang penyelamat sangat!!!! 

handwarmer aku beli di Kok Kong Winter Weear, RM50 dpt 13pek. handwarmer ni korang letak dalam poket seluar ke, poket jacket ke. bila sejuk jek, korang masukkan tangan korang dalam poket then pegang laaa handwarmer ni... so tangan korang takkan beku jugakkkkk hehe

 Barang Keperluan Lain?
Apa ehh? aku ada beli SPIKE untuk boots. Untuk apa pakai spike dekat kasut? untuk elakkan korang dari terjatuhh akibat salji licin..... TAPI aku rasa tak perlu kot. sebab menyusahkan nak pakai bukak pakai bukak spike tuh sebabnyaaaa, bila di luar korang pakai spike, tapi bila naik train ataupun masuk kedai mana mana korang kene bukak. sebab bunyi spike tu memekak jekkkk. HHAHAHHAHHAA. RM25 sepasang, aku beli dekat Lazada. hihihi

Aku ada beli jugak waterproof spray. ini korang boleh spray pada baju, seluar, beg, apa apa jela untuk melindungi dari basah bila keluar berjalan nanti. aku guna untuk beg dan seluar, sebab jacket dah memang winter jackett, tak perlu la spray kan? if korang tak pakai winter boots, haa korang boleh spray dekat kasut korang okay? aku beli kat lazada jek. HAHAHHA RM50

Aku ada jugak ready kan botol air, thermos, periuk kecil, cawan mangkuk dan sudu untuk kegunaan makan. Setiap kali nak mulakan perjalanan, aku memang akan buat air milo panas masukkan dalam thermos, penuhkan botol air dengan air kosong, dan memang akan bawak segala keperluan untuk makan incase tempat yang aku pergi tu takda cafe HALAL. memang aku akan bawak bekal hehe.


Walaupun aku dah aim nak rasa local food, tapi ada kalanya tempat yang aku pergi tu, tak da yang HALAL, so memang kene stand-by makanan dari Msia. Okay, trip kali ni lebih kepada nasik nasik sebabnya aku rasa winter trip memang selalu cepat lapar kottt. so kalau makan nasik, kenyang tu lamaaaa lah sikit kan? HHAHAHHAHA 

So aku beli nasik dari KEMBARA. sedap okay!!! ada ayam dan daging rendang.. dapnyaaa!! selain itu aku bawak maggi, biskut, milo 3in1 untuk kudap kudap. selebihnyaa tu, memang aku makan local food yang HALAL. sedap terok makanan jepun okay!! nanti aku revieww next entry hehehe. Travel Cooker tu aku beli dekat Lazada RM184.


Ini memang keperluan disana. Segala ubat ubatan. dekat sana yess ada farmasi or klinik ke apa kan, tapi bila dalam keadaan terdesak, ubatan macam ni memang perlu ada! Aku just bawak yang wajib wajib jek. beli pek kecil dan kita repack supaya mudah dibawa. ada panadol, ubat sakit tekak, selsema batuk dan macam macam lagi laa. seperti dibawah ini. semua boleh beli dekat pasaraya jekk

nivea cream biru tu sangattt berguna okay untuk cuaca yang sejuk ni. takut bibir or kulit menggelupas. so selepas mandi, korang just sapukan nivea cream itu keseluruh badan dan muka. aku memang hari hari buat. laki aku pun. so far, sepanjang percutian winter ni kitaorang ok ok jekkk.

toiletries seperti biasa lahhh

okay! ini pun wajib! beg vacuum seal. aku beli dekat daiso jek. RM5.90. kenapa ada beg vacuum seal ni? haaaaa, kan baju baju untuk winter trip ni tebal tebal, bila kita nak packing, beg akan jadik berat besar kan?? so, korang boleh gunakan beg vacuum seal ni untuk mengurangkan space di dalam beg. kan??? macam aku ni haaa, memang aku seal kan semuaaaaa baju bajan aku. hihihi.

sebelum
selepas hihi

Apa lagi ehh? aku rasa itu jek setakat persiapan aku untuk bercuti ketika musim salji. Untuk persiapan lain seperti simkad, aku beli siap dari Facebook. Simkad Hello 1010. memang direkemen oleh semua yang nak ke jepon kan... simkad ni dapat di Msia, sampai di Sapporo, aku just tukar masuk dalam handphone saja. mudah sangatt !! Aku beli di Group RTJ Facebook RM85.20. Aku punya simkad ni khas untuk 8hari Unlimited Data ;)



INSURANS
Kalau travel jauh jauh macam ni, memang aku akan beli Insurans. yelaa takut pape jadik dekat sana, duit tak banyak, so better amik insurans kan? Aku amik Insurans AXA Travel RM78 + Insurans ETIQA 360 RM215.10. ini khas untuk outdoor games di winter trip. takut apa apa jadik ketika aku sedang asyikkkkk main snow aktiviti. so aku beli insurans untuk itu. mahal kan? tapi sediakan payung sebelum hujan wakkkkkk. hehehe


Dan paling wajib, korang kene ada iaitu ITINERARY, DUIT dan JADUAL PERTUKARAN MATA WANG. senang nak shopping. dah siap siap buat .. hehe.. jangan mintak sekarang iti aku sebab aku kene adjust balik iti dengan perjalanan aku yang sebenar, bagi aku masa ehh? nanti dah ready, aku sebarkannnn itinerary aku tuh hehehhehehe.... berapa aku tukar duit? RM9k. hukhuk. tapi aku ada bawak balik duit. aku tak habiskan semuanyaaaaa tau. nanti aku share bajet aku yekkk...

duit yen
tadaaaaaaaaaa, im ready to go! SAPPORO TUNGGU!!!!

hahhaha mampuii nak packing masa nihh. malas gilaaa tapi eksaited nak pergi hihi. 





Senarai Kedai Winter yang aku terjah

  1. Universal Traveller The Mines, Sri Kembangan
  2. Kok Kong Winter Wear, Pudu KL
  3. Decathlon Jln Klang Lama
  4. Uniqlo Mytown Mall, KL
  5. Daiso Mytown Mall, KL
  6. Aeon Cheras Selatan
  7. Lazada Online Shopping

Kira-kira damage persediaan winter trip
  1. Winter Boots Universal Traveller RM522.00
  2. Long Johns Kok Kong Winter Wear RM318.00
  3. Sepasang Winter Jacket AEON RM220.40
  4. Sepasang Winter Jacket Kok Kong Winter Wear RM860.00
  5. Jacket & T-shirt Fleece Uniqlo RM239.60
  6. Winter Pants Kok Kong Winter Wear RM280.00
  7. Seluar Winterwarm Men Uniqlo RM149.90.00
  8. Windproof Pants RM199.80.00
  9. Long John Decathlon RM273.00
  10. Aksesori RM432.20
  11. Warmer RM141.20
  12. Waterproof Spray RM50
  13. Spike RM25
  14. Ubat ubatan RM238.45
  15. Keperluan masak RM70
  16. Makanan RM350.60
  17. Simkad Hello 1010 RM85.20
  18. Insurans RM293.10
  19. Daiso RM118.70 
TOTAL PERSEDIAAN WINTER TRIP : RM5,118.30



No comments:

Post a Comment

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page