Thursday, November 7, 2019

Pertama kali bayar Cukai Taksiran

Kejap eh, aku nak up kisah meroyan sekejap HAHAHHAHA ni alkisahnya pasal cukai taksiran bagi rumah aku ni haaaaa. Aku baru je beli rumah, tak habis study pasal cukai mukai ni... aku memang tak tahu pasal segala cukai ni haaaaa.. sampai la aku dapat surat pink pasal tunggakan Cukai Taksiran. dan aku terima hari last yang DBKL suruh bayar tuh.choiiii ,, ini tidakkk adil.............. tak bagi aku masa langsung! tau tau dapat surat tunggakan dan mintak bayar!!

aku marah sebab selama ni surat tak sampai dekat alamat rumah, sekali dapat terus notis tunggakan dan wajib bayar habis. tengah tengah bulan mintak duit, memang aku hangin lah!!!

Tapi aku sedikit konfius pada mulanya sebabnya, surat yang sampai tu memang sampai ke alamat rumah aku TETAPI bukan atas nama aku. Heyy pelikkk... atas nama orang lain yang aku takkk kenal pun? dan tetibe aku syak, maybe ada surat sebelum ni mengenai cukai taksiran ni TETAPI sampai pada alamat surat menyurat di atas nama orang tu............. jadiknya, aku sebagai owner, memang tak terima apa apa surat lah kan untuk tempoh setahun setengah ni.................... salah siapa???

Selidik punya selidik, aku dapat tahu, nama tadi adalah buyer rumah aku ni TETAPI loannya tak lepas! Tapi aku semakin pelik bila, kenapaaaaa orang yang belum tentu dapat beli rumah, tetiba namanya dah di submit untuk cukai taksiran? dah kenapaaa pemaju buat macam ini? kasi settle semua baru submit nama lah kan?? pelik kannn? hmm sapa jadik mangsa? aku lah! si owner baru hmmmmmmmmmmm

Dan dijadikkan cerita, selama mana aku sebagai owner rumah baru, tak pernah terima langsung pasal surat cukai taksiran ni, dengan tetibanya aku kene bayar untuk sejumlah yang besar lah bagi aku dengan tetibanya. mana nak cekau duit? nasib ada duit? kalau tak? nak korek lubang manaaa? choiii........ dah la siap kene denda lagi akibat lewat, padahal AKU TAK TERIMA SURAT PAPE , macam mana nak bayar? pastu lagi mahu cakap aku lewat??? dah pergi siapa suruh pergi hantar surat kepada owner yang tak jadik????? hantar la kat alamat UNIT CUKAI TAKSIRAN yang didaftarkan tu. hmmmmmmmmmmm sakit pulak hati aku! huh

Tapi disebabkan ada yang menasihatkan aku pergi jelaaa bayar, kang rumah dengan barang barang kene sita kang lagi nayaaa lagi haru.. owner tak jadik, ape dia kesah kan? bukan rumah dia? yang DBKL pun dia tak heran, janji aku dah hantar surat NOTIS . siapa owner aku pedulik apa, mohon bayar lah! gitu konsepnya . Aku? sakit hati sorang sorang LALU semalam aku pergi la DBKL untuk bayar dan terus nak tukar nama aku siap siap. Aku nak marah siapa pun tak tahu. Last last aku meroyan lah dalam bloh ni haaaaaaaaaaa HAHHAHHAHAHHA

 Menara DBKL 1
 Bayar segala tunggakan di sini. Kaunter Bayaran Jbtn Kewangan, Menara DBKL 1.

So, alkisahnya semalam aku dah pergi DBKL untuk proses pembayaran. Then aku terus tukar nama. lagi sakit hati bila proses tukar nama bukan dekat DBKL tuh, kene pergi dekat Menara TH di Maju Junction pulek. ALahaiiii awat laaa tak disekalikan jekkkkk tempatnya hmmmm. penat!

 tak memasal nak kene bayar tunggakan. kalau bagi ikut alamat, cantikla aku bayar setahun 2x. takdalah banyak sangat sampai 500++ ni... hmmm


Okay begini ,
Jika ada masalah korang macam aku ni ha, ini caranya adalah pergi ke Kaunter Bayaran, Jabatan Kewangan, Menara DBKL 1, untuk bayar semua tunggakan . Kalau ada tunggakan tak boleh tukar nama ya? So kasik settle dulu semuanya. Gigil aku bayar sejumlah wang untuk pertengahan bulan ni yekk. Aku baru nak joli HAHHAHAHHAHA ;p

Dah bayar? Nanti korang akan dapat resit pembayaran, so simpan resit. Pergi kaunter Cukai Taksiran disitu jugak untuk mintak borang Tukar Notis HakMilik. Isi borang tu helok helok, dan dokumen yang diperlukan untuk pertukaran nama adalah seperti :
  • Salinan IC pemilik baru
  • Salinan Sales & Purchase (SNP) )1 whole Set
  • Salinan Resit Akhir Bayaran Cukai Taksiran
Borang Tukar HakMilik. tukar nama pakai borang ni ya.. isi helok helokkk
dah ready dokumen untuk proses tukar nama

Mujurlah aku dah buat copy untuk SNP aku, so aku just pergi kiosk dekat DBKL tu untuk photostat IC dan Resit sahaja. Lepas dah ready dokumen dan borang dah isi helok, korang kene pergi ke Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Menara TH Perdana, Maju Junction. Pergi ke Tingkat 4 ya. Macam biasa amik nombor dan serah segala borang itu................

Menara TH Perdana di Bangunan Maju Junction
 

 




Settle, akak kaunter cakap, tunggu tahun depan punya surat cukai, boleh tengok sama ada dah tukar nama ke belum? tapi akak tu kompem sangat pasti dah tukar! ye ye kita tengok jelaa tahun depan, kalau tak berjaya, saya cari akak balik yekkk! sila duduk jangan larik !HHAHHAHAHHA


dan sekarang, kepala aku pening fikir pasal cukai tanah pulak? ke panggil cukai petak? okbai, nanti sambung meroyan yekk huhuhu....

berapa rm lagi mau??? HAHHAHAHHA

No comments:

Post a Comment

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page