Wednesday, November 6, 2019

Percutian BAJET ke Singapore 2019

Ya Allah, lamaaaaaaaaaa gila aku tak update blog. Aku tak tahu laaa masih ada followers blog ni lagi ke takk? Kalau ada, meh komen sikitt. nanti aku pos sourvenir hihi. Harini mood aku baik, terr-rajin jugak, makanya aku nak update blog laaa. mengenai percutian ad-hoc aku dan kawan kawan ke Singapore hari tu.

rindu saya takkkkk?? ;p


Seingat aku, kitaorang beli tiket flight ke Johor, yeee pergi Singapore kali ni, aku transit dekat Johor dulu, baru masuk Singapore melalui jalan darat dengan KTM Intercity. Saja nak merasa. Sebelum ni aku pernah masuk Singapore dengan bas, turun naik bas seronok! TAPI kali ni dengan KTM Intercity, lagi seronok! luas pemandangan, naik turun bas, dengan naik turun MRT, heyy seronokkk! walaupun kaki sedikitt eh salah sakit banyakkkkkkk! HAHHAHA tapi ku gagahi jugakkkk , merasa pengalaman kan? lepas ni kalau nak ke Singapore, boleh guna cara lain pulekk. eh? nak repeat nampak? HAHHAHHAHA

Okay dah melalut. kitaorang beli tiket flight asing asing. Aku last person yang beli tiket flight pada 9/9/2019, so aku dapat harga RM100.11, aku redeem point Air Asia aku. So dapat lah harga tiket yang mur mur ini . Bagi aku murah okay dah ni. RM50.10 seorang return ke Johor. hehe. Berapa ramai ahli rombongan kali ini? semua!!! 11dewasa dan 5 kanak kanak ye kali ini! WOW! suka!!

aku sempat redeem point big Air Asia. dapat lah tiket murah hihihi

here we go!


Flight kitaorang pada 4.10.2019. Mana aku tak cakap ad-h0c, beli tiket sebulan sebelum travel. Macam macam benda nak kene bayar, ishh buat hal betul laaaaaaaa. Korek segalaaaaaa lubang yang ada HHAHAHHAHA. Okay pendekkan cerita, Flight pukul 555am yekkk, kene keluar dari rumah dalam jam 3pagi kaw! Aku punya favourite journey ke KLIA2 is : RUMAH---TBS (park kereta then naik bus)---KLIA2. Ye pergi ke KLIA2 via bus, public transport paling murahhh!! Tiket bas hanyalah RM11. walaupun ada charge 40sen, tapi murah lagi..... Sampai KLIA2 dalam jam 4am, pergi mencekik di MCD adalah wajib HAHHAHHAA RM23 jek . apa benda ntah aku makan. cuit sana sini jek. aku cuma nk rasa rasa gituew, selebihnya,tujuan utama aku, nk penuhkan perut laki jekk hihi. Perut dia kenyang, dia senang hati, aku pun senang nak travel HAHHAHHA #tips

tiket bas ke KLIA2
tiket flight ke JB

Flight take off jam 6am, sampai di Senai International Airport Johor jam 7am. Allahu, 1 jam jek perjalanan, tak sempat nak qada tidur pun! HAHAHHA. Disebabkan keesokkan harinya, kitaorang nak masuk Singpore terus, haruslah beli Simkad. WAJIB. sebab senang nak berhubung antara satu sama lain dan senang jugak nak cari maps ke sana ke sinun. gitueww. Aku beli Simkad Traveller 4g dari Tune Talk. Boothnya ada di dalam airport TAPI booth bukak jam 8am, so mereput lah kitaorang menunggu 1jam si Dewi nak bukak booth hmm hmmm.... Simkad berharga RM30 sahaja...

langit biru awan kepok kepok. rindu!
 malun beli simkad yekk hihihi


Selepas settle semua beli simkad, kitaorang beli tiket bus ke JB Sentral pulak. Sebabnya esok ke Singapore, kitaorang akan naik KTM Intercity dari JB Sentral. So jangan risau, dari Senai International Airport Johor ada Shutte Bus ke JB Sentral. yaa jimat yaa naik bus saja. TAPI mengangkutlahhh semua orang dengan gigihnyaaaa segala muatan yang ada. hihi. Tiket Shuttle Bus RM8/dewasa RM6/kanak-kanak (4-12years). Bagi aku, bas selesa walaupun aku mengharapkan ianya adalah bas persiaran bukannya bas ala ala intrakota tu HHAHAHHA tapi okay lah, RM8 je kot? ko nak bas apoo lagi? syukur pleaseee HAHHAHAHHA

kaunter shuttle bus dari airport ke JB Sentral

 basnya naik di luar airport. ke arah kiri airport 


Dari Senai International Airport Johor ke Jb Sentral, perjalanan makan masa hanya 25minit sahaja. Sampai je JB Sentral, pada mulanya aku plan semua akan naik teksi or grab. TAPI pemandu bas cakap hotel kitaorang dekattttt jekkk, boleh jalan kaki, so semua pun jalan kaki lahhh. TAPI aku silap, mudah bagi aku, bukan mudah bagi orang lain. #noted . agak mencabar kita ramai ramai nak berjalan kaki dengan muatan beg segala dengan anak anak kecikk lagi. dengan sesatnya! walaupun aku sejenis suka sesat TAPI bila aku angkut rombongan yang ramai, sesat itu paling tak seronok yaaa. kesian kawan kawan aku. hukhuk #sorry.. setelah berpenat lelah 20minit mencari hotel, tibalahhh hotel kitaorang yeayy! sampai jugakkk akhirnyaaaaaaaaaa

Sesampai di hotel pukul 930am, perut dah lapar, bilik tak boleh check in lagi, makanya, ayuh book grab mencari makanan dulu yukkkk. segala beg boleh disimpan di ruang stor hotel, good. Pagi ini punya jalan jalan cari makan adalah Misi Mencari Kacang Pool. Kemon gaiiisss.. Ini JOHOR kot? Ayuh laa kita pekena kacang pool hihihi. Sudah pastinya Kacang Pool Haji. Tapi aku tak tahu pulak ada dua kedai kacang pool, satu real kacang pool haji dan satu lagi kacang pool belakang bomba, kata driver grab, yang real kacang pool haji tu yang paling sedappppppppp! tapi kitaorang dah terbook grab ke kacang pool belakang bomba di medan selera Larkin itu. eh xpelaa janji kacang pool ye kan? Memang sedap ya! Real Kacang Pool. Kuah dia tu. Roti dia tuh. hmm sedap!! sampaikan, laki aku pergi beli roti lagi sekeping tak cukup okayyy hihi


Ya ALLAH, seronok tak terkira dapat rasa THE REAL KACANG POOL. memang sedap namateyyyyyyyyyyy


Lepas breakfast, kitaorang ke R&F Mall, di kawasan hotel jugak untuk Kill The Time. Ada 3jam untuk check in. aduh lambatnyaaa, mata dah mengantukkkk ni huhu. Sesampai mall, memang keluar masuk kedai lahh nak kill the time. bergambar sana siniii..... sempat lah jugak masuk dalam Jaya Grocer untuk beli kudap kudap. Tetibe aku terbeli Barista pulakk kan! Rindu gilaaaaaaaaaaa Perth! ;( #nakrepeat 


 #SetahunSekali


 ada pertambahan ahli baru. hihihih dak kecikk

mengantuk tapi mampu tersenyum lagi.. hihi padahal dlm kepala, "nak katilll pleaseeeeeeeeeee" HAHAHHAHA


Dah hampir ke jam 2pm, kitaorang book grab balik ke hotel. dah boleh check in yeayy!!!! apa yang seronok sangattt? nak qada tidur weiii!! Kitaorang laki binik tak tido lagi dari semalam sebabnya sehari sebelum flight, malam tu kitaorang ada booking buaian. HAHHAHAHHAHAH so tak sempat tidur okay! lepas pasang buaian terus siap mandi ke TBS, haa nampakkkkk? gigih? yesza!

Done check in. Lega gilaaaaaaaaaaa dapat tidur.! Dari jam 3pm rasanya sampai jam 6pm HAHHAHA puasss. walaupun sekejap, jadiklaaaaa. Sebabnya apa barang tidur time travel? hello wake up!!! kita di Johor ni. ayuhh jalan jalan cari makan! apa yang menarik untuk dinner di Johor??? Seperti yang aku dah search, malam malam orang suka makan street food. salah satunya Bubur Istimewa No.1 di Pulau Sentosa. Ini ramai blog yang suggest laaaa. dan juga driver grab siang tadi pun cakap MUST TRY! Okay mari siapa yang nak follow makan bubur. hehe

simple tapi mampu buat aku kenyang. okay sangat dengan harga.. kombinasi terbak untuk bubur nasi , sayur kangkung dan beberapa side dish nya
 sedap! licin laki aku makan HHAHAHHAA
 aku tak tahu kedai mana yang jual sotong ni. mas yang order. TAPI percayalah sedap namateyyy walaupun pedas yakampun. lalu aku namakan dia SOTONG BAKAR PEDAS SEPANJANG HAYAT HAHAHHAHHA


Macam biasa, book grab sajok. Sememangnya kitaorang kesana ke mari hanya menggunakan grab saja. Mudah! Sampai dekat kedai, tengok agak banyak deretan kedai. sebelah sini melayu, seberang sana cina. gitueww.. so marilah kita duduk dimana mana dan seorang abang yang suka menjerit akan datang amik order. kenapa aku cakap dia suka jerit?? sebabnya, bila dia amik order kaw nak makan apa, pastu die jerit "bubur satuuuuuuu!!" so, kedai bubur kene alert dengan jeritan abang tu. HAHHAHAHAH rare sungguh!!! ;p

Aku memang makan bubur sahaja dan kenyang! Bubur dia simple tapi sedap!!! Laki aku tak cukup bubur semangkuk dia order lagi sepinggan kuey tiaw goreng, sedap jugak!! Review aku, sedap jugakk street food dia, boleh datang cuba, rugilah datang tempat orang tak cari apa yang istimewa kan.. nak merasa gituewww. dah kenyang? apa lagi? balik tidor jom! naik grab lagi............. amat mudah nak dapat grab dari hotel mahupun nak ke hotel. janji ada apps grab jek! ehh terpromote ke apa ni?? HAHHAHHAA

Sesampai di hotel, ehhh kita nampak food truck dan tetibe tekak rasa haus KHAKAHKAHKAHH!! Makanya terbeli la Teh Ais Thai. sedap!!!! Tapi disebabkan dah kenyang, esok kita pekena food truck lahhh hehe. right now, ayuh masuk tidur............. esok nak bangun awal , nak masuk singapore yeay!!!!

are you ready tomorroowwwww?? 



Kira kira DAY 1
Tiket Flight Return 2pax RM100.11
Bus dari TBS ke KLIA2 2pax RM22.80
Breakfast MCD RM23
Simkad 4G Traveller Tune Talk (redpack) RM30
Tiket Shuttle Bus dari Airport ke JB Sentral 2pax RM16
Breakfast Kacang Pool RM12.20
Shopping Jaya Grocer RM36.50
Dinner di Street Food Kedai Bubur Istimewa No. 1 RM31
Food Truck Teh Ais Thai RM6
Grab Seharian RM17
Total RM294.61

8 comments:

  1. Adoi sedapnya tengok roti kacang pool tu...Kat noghori9 ni punyalah susah nak cari. Btw seram nak pi Singapore dengan kadar matawang skrg, haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kacang pool tu memang terbaik!!! aritu ida pergi, kene darab 3.024 HAHHAHAHHHA mampuiiii

      Delete
    2. email ida : iedand23@gmail.com -----> email ida nak pos sourvenir hehhhe ;))

      Delete
  2. Replies
    1. sonok! lagi lagi dekat kawan kawan

      Delete
    2. email ida : iedand23@gmail.com -----> email ida nak pos sourvenir hehhhe ;))

      Delete
  3. yeayyyy..jangan lupa update blog banyak2 yea ida..
    klu blh hari2 nak baca blog ida n the geng..nory dan yaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq sudi baca blog ida dan kawan kawan hehehe... email ida : iedand23@gmail.com -----> email ida nak pos sourvenir hehhhe ;))

      Delete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page