Berita baik sangat untuk semua yang tinggal di sekitar Gombak, untuk pengetahuan korang, ada pasaraya baru yang menjual barangan makanan dari Arab sudah dibuka!!! Bagi korang yang penggemar makanan Arab seperti kurma, madu, manisan seperti baklava dan macam-macam lagi. Meh sini aku bawak korang round satu kedai, aku dah pernah pergi dan meh aku share untuk semua ;))
Pasaraya Barangan Arab di Gombak
with the owner
Grand Opening Arabian Village
Aku pergi ke Arabian Village masa Grand Openingnya pada 2.11.2019 tempoh hari. Masuk masuk je korang akan dapat lihat pelbagai jenis kurma premium yang dijual disini. Sebelum beli, korang boleh rasa dulu. Jangan risau. Untuk pengetahuan korang, di Arabian Village ni menjual pelbagai jenis kurma premium yang diimport dari negara Arab sana, dengan rasa yang berlainan dan harga yang berpatutan. Boleh beli ikut berat ataupun korang borong saja kurma dekat sini.... Haaaa nanti bulan puasa boleh la borong kurma dekat sini.
Always my favourite kurma ;))
Sebelah kurma, korang akan nampak bahagian MADU. Siapa sini suka MADU? Aku suka MADU weiii. Aku suka makan macam tu sahaja ataupun aku campur dalam minuman aku. nice sangat rasanya manis manisnya tu.... Tapi bagusnya di Arabian Village ni, setiap madu yang dijual korang boleh rasa dan boleh tahu apa kebaikan dia. Disetiap display madu, ada dinyatakan. Tak pasal pasal tambah ilmu pasal madu . MADU yang satu lagi tu AKU TAKMO HAHHAHAHHHA
Tapi aku tertarik dengan satu jenis MADU ni. hihi. Khas untuk pasangan yang dah berkahwin sahaja. Amboii. apakahhhh yang special sangat ni? Haaaa korang kene la beli dan cuba laki binik kihkih. Aku sempat la rasa jugak madu ni. Sedap! Pekat! Harga pun LIKAT HAHHAHAHHA . Katanya madu ini untuk meningkatkan daya sexual pasangan. HAHHAHA aumm. sapa nak? Haa pergi beli dekat Arabian Village kihkih ;p
ehem
Okay, ini aku suka. Memang paling aku suka! Korang suka tak manisan dari Istanbul? Haaa dekat Arabian Village pun ada jual. Aku tak pernah sampai Turki. Tapi aku dah pernah makan manisan dia. SEDAP gilaaaaaaaaaaaaaaaa!! Aku beli dekat Berkat Madinah hihihi. So, kalau aku rindu rindu manisan Istanbul, aku pergi je dekat Arabian Village ni...... dekat! Dan aku syorkan korang patut cuba jugak manisan ni. sedap sangatttt ;))
Mix Baklava RM90/kg.. sedapnyaaa!!
Ohh dekat Arabian Village juga ada jual kekacang premium dan kismis. Pilih je . Actually, kekacang dan kismis ni bagus untuk minda tau. yang mana ada anak-anak, elok sangat kalau makan kekacang dan kismis ni sebagai snack daripada makan jajan yang ntah apa apa tu kan? haa kekacang dan kismis ni sesuai untuk anak-anak korang! Aku pun sukaaa jugakk. Aku borong jugak la hari tu hihi..
coklat batu ni aku suka gila!
Okay selain yang aku cakap dekat atas tu, di Arabian Village banyakkkkk menjual produk-produk dari Arab sana. Ada minuman, jus-jus Arab. ini memang bahagian aku akan terjah dulu kalau aku pergi mana mana pasaraya . Aku suka cuba rasa minuman diaorang. Ada yang kene dengan tekak. ada yang tak boleh telan langsung HAHHAHA ikut laaaa. tapi aku suka Fresh Banana Milk . Sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaa. Oh dengan air buah delima. perghhhh sedap sangat! minum sejuk sejuk , nyamannyaaaaaaaaaaaa... murah je air air jus yang dijual dekat sini. korang boleh datang dan cuba yaaa ;))
air kotak kecik cinonet ni lima posen jekk hihihi
Oh ya, kalau korang datang dengan anak-anak, hati hati dengan bahagian ini. HAHHAHHA kang tak pasal pasal habis bajet beli Coklat dari Arab hihihi. Aku sempat jugak rasa seketul dua coklat, memang lain dari coklat dairymilk kita tu hihihi. Cubalahhh! Korang boleh beli ikut berat...... campur campur lagi sedap!
ohoii ini kegemaran jugak! beli sekilo, sekejap je habis. hmm sambil makan tengok TV HAHAHA
Selain itu juga, banyakkk sangat produk dari sana yang korang boleh beli. Antaranya, Olive Oil, Pati Buah Delima, Pati Kurma, black & chia seed, Arabic Gum, segala jenis chesee ada , teh arabia, jeruk jeruk seperti olive, dan macam macam lagi. Kiranya, satu pasaraya mini ni, semuanyaaa ada. Korang kene round satu kedai, kompem korang tak menyesal. hehe.
Untuk maklumat lanjut :-
ARABIAN VILLAGE
No 95-G (Block E) 289
KL Traders Square
Jalan Gombak, Kampung Kuantan
53000 Kuala Lumpur
Telefon : 011-1111 9585
Website : www.arabianvillage.my
Facebook : www.facebook.com/arabianvillagemy
Instagram : www.instagram.com/arabianvillagemy
Waktu Operasi : Setiap Hari (10:00 pagi - 1:00 pagi)
Read More ->>