Sunday, September 1, 2019

Kos Keseluruhan DIY Dekorasi Balkoni

Sepatutnya balkoni adalah tempat yang paling terakhir aku nak deko deko. TAPI terawal pulak nak mendeko dekat balkoni. Rezeki dia lahh hihihi. Aku nak dekorasi kan aku punya balkoni sebagai balkoni yang palinggggg simple tetapi nyaman nyaman indah dimata aku. gituew. Aku pun start meng-google di internet. Percayalahhh, sejutaaaaaaaaaaaaaaa dekorasi simple untuk balkoni untuk rumah jenis apartment ada. Korang just mix and match jek dan pastikan, ianya cantik, simple dan mudah! Dan yang paling penting, ianya bersesuaian dengan korang punya balkoni lah kannn ;)) 

Meh aku jamu mata korang dengan design design balkoni yang ada pernah jumpa dekat internet. lawa terokkkkk okay! rasa macam nak buat TAPI tak berapa sesuai dengan keadaan balkoni aku. hihik. so kita jamu mata sahaaajaaa ;))

 

 

 



Dan balkoni aku inspired by gambar di atas ni.... aku suka terok! dan aku rasa palingggg sesuai dengan keadaan balkoni aku yang memanjang dan semua bahan bahan dekorasi tu, senang nak cari dan tak berapa mahal dan tak berapa murahh. okay okay je harga nyaaaa... so aku pilih seperti di atas. laki aku? follow je dia.. tak banyak bantah cuma nak ajak pergi shopping semua barang barang ni je agak payahh hmmm hmmmm

 
Before - My Ciput Balkoni hihihi

Okay, barang yang diperlukan adalah Kayu Runnen IKEA. Runnen IKEA ni ada 4 jenis tau. Jenis Rumput, Kayu dan Light/Dark Grey. Aku pilih jenis kayu. nice kan?? Harga Kayu Runnen IKEA ni, 1set ada 9pc = RM79. Tapi aku beli 2set , RM155. Keluasanan balkoni aku 3meterpersegi. So pandai pandai korang kira matematik untuk tahu berapa banyakkk Runnen IKEA diperlukan ye?

visit IKEA


Okay lepas tu batu pulakkk..... Aku just guna 5 beg batu. 3 beg batu putih (RM11x3), 1 beg batu hitam (RM25), 1 beg batu kelabu (RM22). Setiap satu plastik batu adalah seberat 18kg... Batu batu ni semua aku beli dekat Nursery. Korang boleh cari nursery terdekat. macam macam jenis batu adaaa. tapi aku pilih batu batu ni ..... Actually aku terbeli lebih batu HAHHAHAHA sebab aku tak reti nak estimate berapa banyak batu diperlukan.. so lantakk laaaa beli jekk. Batu yang lebih tu aku jual semula je nanti hikhikhik ;p

Memula aku beli Runnen Kayu IKEA dan Rak untuk aku letak pokok. Aku pilih rak pendek jek. Nak letak semua pokok pokok aku. Nenanti aku nak tambah koleksi pokok hihi.. Bila dah settle susun Runnen Kayu IKEA tu, baru lah aku pergi beli batu batu di nursery. Aku tak beli sekaligus sebab kene ikut mood laki aku drive. . Kalau ikutkan hati aku, nak je aku beli sekaligus hahhahaha!! mak tak sabarrr nokkkk nak lepaking dekat balkoni hikhikhik ;p

 macam ni la rupa si Runnen Kayu IKEA. cara nak pasang? korang just click click dekat tepi dia. ada sambungan dia. senang je. 
 laki aku sedang gabungkan semuanyaaa. aku duduk tepi merakam moment indah ini HHAHAHHHA
 tadaaaa, dah siap!!! senang sangat! cepat je dah siap HAHHAHHHA
aku guna 18 keping yek. so aku letakkan kedudukan runnen ni di tengah tengah supaya aku boleh tabur batu batu di sekitarnyaaaaaa

Selang beberapa hari selepas tu, aku dah beli batu, TER-rajin pulak laki aku nak basuh semuaaaaaaaaaaaaaa , ye semuaaaa batu batu tuh. Barulah dia tabur dekat balkoni tuh. Aduhhhh, kalau ikutkan aku, tabur jelaa, takyah basuh! HAHHAHHAHAHA gelojoh nye! 'p


Haaaa banyak tu ye untuk satu plastik. 18kg/plastik. Basuh dulu , hilangkan habuk katanyaaa. AKu follow jelaaaaaaaa.. dalam hati membara tak sabar! HAHHAHHA lepas dah basuh satu plastik ke satu plastik yang lain, barulah tabur dekat balkoni. haaa part ni bestttt hikhikhik.... tabur sampai penuh okay! baru cantikkkkkk! dan akhirnyaaa.....................................................

 tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......
 dah siap yeayyyyyyyyyyy!
 
gayat takkk bila tengok background belakang? HHAHAHHA
tingkat 26 gaisssss... hukhuk

mushang tak berani lagi nak keluar sampai sini. masuk duk jenguk jenguk jekkk... hihihi gayat kot dia? hikhikhik... nanti yaa mushang, mak pak ko pasang invisble grill... baru yakin nak bawak keluar ke balkoni yekk!


Amacam? cantikkk takk korang?? aku suka terokkk! in love dengan balkoni sendiri hikhik. Dan seperti yang dijanjikan, nahh ini kos keseluruhan Projek DIY Dekorasi Balkoni ;))

  • Runnen Kayu IKEA 2 set RM158
  • Rak Lerberg Grey RM49
  • 3 plastik batu putih RM33
  • 1 plastik batu hitam RM22
  • 1 plastik batu kelabu RM25

Total : RM287.00 
(harga tidak termasuk pokok pokok yekkk)

enjoyyyy video the making off DIY Dekorasi Balkoni yang simple kitaaaa ;)
Selamat Menonton ! HEHE

1 comment:

  1. nanti sakanlah amek hangin diluor dengan ncik suami ye ida he3

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page