Sementara tak berapa busy ni, rajin pulak update blog kan? Okay mari kita sambung balik cerita mengenai rumah kita. #VillaAndiIda kahkahkah! Harini nak cerita pasal apa ehh? Korang kalau ada benda nak tanya mengenai rumah, dialu alukan komen yekk. Nanti aku boleh jawab jekk. ;)) So harini kita cerita pasal Plaster Ceiling la.. Benda paling AKU SUKA! Paling AKU PUAS HATI! Paling tak banyak ragam! Sebab apa? Sebab aku dapat kontraktor yang TAK banyak menyusahkan aku, tak banyak songeh, diam buat kerja, tahu tahu je, "ida, dah siap!" wahhh gituewww
Aku dah lama inginkan rumah yang ada plaster ceiling walaupun aku tahu, plaster ceiling ni perangkap habukkkk jek. Tak buat pun tak pa. TAPI, kalau buat, rumah nampak kemas cantikk.. itu pandangan aku lahh. Kalau korang tak suka, xpe hihi. TAPI aku suka. So aku spend duit untuk plaster ceiling.. hikhik......
Mula mula macam biasa aku survey dulu design mana aku nak. area mana aku nak buat. Aku dah aim, nak buat bahagian ruang tamu, walkway entrance dan walkway bedroom. Dapur dan bilik TAK PAYAH! Walaupun cantikkk TAPI aku rasa mahal kot HAHHAHAHHA Pastu aku survey design pulak.. Actually aku pening sikit dengan design design ni. Yang simple sangat or ada L Box. Ada dua box ke satu box ke? downlight lagi.. haa pening jugak aku nak paham konsep plaster ceiling ni pada mulanya huuhu.
Nasiblaaa aku dapat kontraktor yang MAHA BAIK, sanggup melayan aku tanya macam macam hikhik... so now, meh aku explain kat korang pulak yekk. Mana tau, ada yang sedang mencari design plaster ceiling terbaca blog aku hihihi.... aku pun di-explain oleh kontraktor aku..
Antara jenis jenis Plaster Ceiling yang ada ;))
Simple je kan? Sesedap mata aku yang memandang, kira okay lah ni.... HEHE~ So, aku dengan bangganya nak share nombor kontraktor yang buat Plaster Ceiling aku, memang aku rekemen sangatt . Sebab adalah satu keindahan bila kita dapat kontraktor yang tak memeningkan kepala kaw. yang tak menyusahkan kaw. kerja siap cepat, hasil terbaik. tak banyak songeh ragam. yang aku tahu, tau tau siap jekkkk kerja dia. dan aku pun tak lembap nak bayar. aku bayar ontime payment payment yang dia mintak sebab aku senang kerja dgn dia. So aku nak share dengan korang.
Mula mula macam biasa aku survey dulu design mana aku nak. area mana aku nak buat. Aku dah aim, nak buat bahagian ruang tamu, walkway entrance dan walkway bedroom. Dapur dan bilik TAK PAYAH! Walaupun cantikkk TAPI aku rasa mahal kot HAHHAHAHHA Pastu aku survey design pulak.. Actually aku pening sikit dengan design design ni. Yang simple sangat or ada L Box. Ada dua box ke satu box ke? downlight lagi.. haa pening jugak aku nak paham konsep plaster ceiling ni pada mulanya huuhu.
Nasiblaaa aku dapat kontraktor yang MAHA BAIK, sanggup melayan aku tanya macam macam hikhik... so now, meh aku explain kat korang pulak yekk. Mana tau, ada yang sedang mencari design plaster ceiling terbaca blog aku hihihi.... aku pun di-explain oleh kontraktor aku..
Antara jenis jenis Plaster Ceiling yang ada ;))
Light Trough
Flat Plain Ceiling
Box-Down
Light Trough tapi ada dua L Box
Aku ada dua pilihan. Nak light trough ataupun box-down. simple je box down tu kan? TAPI tak da hidden light (T5). tapi yang itulah perangkap habukk. HAHHAHHA
yang aku tunjuk anak panah tu . itu la lampu T5 (hidden light)
Untuk quoatation pulak... Memang kontraktor ni sejenis yang melayan, aku suruh ubah quo sampai revised ke4 okay! last last quo revised ke2 yang aku pilih kihkih. tabah sungguh dia. kalau orang tak sabar dengan aku, kompem dah bluetick kan aku jekkk.. HAHHAHHAHA . Okay macam ni quo dia bagi kat aku :
Aku pilih design ini. Dan bawah ini adalah quotation aku.
Quo 1
Area : Living Room, Dining Area, Walkway Entrance, Walkway Bedroom, Dapur
Design : Light Trough Dua L Box (Pembahagi antara living dan dining area)
Size : 1200sqt
RM5,800.00
Quo 1A
Area : Living Room, Dining Area, Walkway Entrance, Walkway Bedroom, Dapur
Design : Light Trough 1 L Box (Gabung terus living dan dining area)
Size : 1200sqt
RM5,200.00
Revise Quo 2
Area : Living Room, Dining Area, Walkway Entrance, Walkway Bedroom (tiada dapur)
Design : Light Trough 1 L Box (Gabung terus living dan dining area)
Size : 1200sqt
RM4,378.50
Tapi, disebabkan aku gatal bertanya satu lagi design iaitu Design Box-Down tanpa ada light trough. So kontraktor aku pun menurut perintah terus buatkan aku quo rev 3 pulak hikhik. Sajalahhh aku nk tahu harga kan.....? So ini adalah quotationnya untuk Design Box Down ;))
Simple gini. Kejap aku tengok OK. kejap aku tengok biasher biasher jeeee
Revise Quo 3
Area : Living Room, Dining Area, Walkway Entrance, Walkway Bedroom (tiada dapur)
Design : Box Down Plaster Ceiling (tiada hidden light)
Size : 1200sqt
RM3,210.00
Revise Quo 4
Area : Living Room, Dining Area, Walkway Entrance, Walkway Bedroom (tiada dapur)
Design : Box Down Plaster Ceiling (tiada hidden light) tapi ubah deisgn kotak seperti gmbr di atas. huhuhu
Size : 1200sqt
RM3,860.00
Dah dah laa request quo kan? ni sudah tiba masa untuk berbuat keputuasan HAHHAHA lagi aku mintak lagi aku pening nak pilih sebenarnya huhu. Si kontraktor tu melayan je.... So setelah aku berbincang dengan laki aku, korang rasa aku pilih yang mana??? HAHHAHHAHA aku berbalik pada Revised Quo 2 lahhhh. Design yang mula mula aku jatuh hatikkk hihi. Betul laa cakap orang, cinta padang pertama tu lebih terbaikkkk walau banyak peluang yg datang #ehhhh.... Walaupun quo tu mahal padahal ada je quo yang lebih murah kan? tapi nak buat macam manoooooo? hatiku sudah terrpautttt walaupun kaw bakal berhabukkkk wahai plaster ceiling kuu HAHHAHAHAHHA hado?
So bermula kerja plater ceiling pada 25/3/2019. Tempoh kerja adalah 10hari WOW! cepat kan? Tapi nak dijadikkan cerita, sebelum mula kerja ceiling, aku punya point aircond kene ubah sebab nanti L Box aku akan terkena lokasi aircond. So dinasihatkan ntuk relocate kedudukan aircond. So sila tambah duit yekk idaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sobssssssss. Relocate dan Concealed Pipe Aircond RM400.
L Box akan dipasang macam ni. kalau tak relocate point aircond, dia akan bertindih.
makanya, relocate je la banggggg... mari sini RM400 katanya! HHAHAHHA baii moneyy
Cara pembayaran :
Booking : 10% dari harga yang dipersetujui
Payment 40% , sebelum kontraktor mula bekerja
Payment balance 40% , semasa progress kerja
Balance 10% bila dah complete semuanya
Pemasangan rangka siling....
walkway bedroom sayaaaaa
living & dining area sayaaaaa
walkway entrance sayaaaa. .
gigih kan kontraktor aku hantar gambar progress , hehe
Oh ada yang bertanya, lampu downlight aku pilih apa?
Ini aku pilih :
Lampu downlight : Square or Round ? Aku pilih Round
Warna Lampu downlight : Daylight , Cool White, Warm White? Aku pilih Cool White
Nak dijadikkan cerita, settle semuanya, tetiba aku gatal tanya, agak agak kalau nak mintak pasangkan semua lampu kipas yang ada dekat rumah tu, berapa ye kos? Sebab kalau murah, aku nk suruh kontraktor pasangkan je, yelaaa, kitaorang takda masa nak pasang.. rushing dengan kerja , sabtu ahad ada booking bissness, bila nak siap pasang kan? huhu...... So ini adalah listttt pemasangan lampu kipas yekk :
Pasangkan 4 buah kipas : RM30 x 4 = RM120
Pasangkan 3 lampu pendant : RM15 x 3 = RM45
Pasangkan 3 lampu panjang LED : RM15x3 = RM45
Pasangkan 2 lampu polar : RM15 x 2 = RM30
Pasangkan 4 Ceiling Light LED : RM15 x 4 = RM60
Total RM300. bagi aku murah jek. okay lah ni kan? kalau laki aku buat, ntah bila dengan busy oustation nya lagi hmmmm hmm.. (refer entry beli lampu kipas di Kedai Puchong)
Oh ya, disebabkan lampu dapur berada di tepian, bukan berada di tengah tengah dapur, dah tak pasal pasal aku kene relocate pulakkkkkkkk point dia. Kontraktor kene tembak slab concrete untuk relocate point dan plaster&cat semula.. Kosnya? RM100 wakkk. aduhhhhhh. #sisredho
Pada 08/04/2019, settle semuanya!!! YEAYYYY! Dalam tempoh 13hari, sudah siap semuanya dengan segala benda! Dan aku terus buat payment. Settle!!! Alhamdulillahhh syukurr ;)) So berapa agak agak total keseluruhan plaster ceiling aku ni dengan pelbagai tambahan last minit? HAHHAHAHHAHAHHAHA
Total Renovation :
Plaster Ceiling RM4,378.50
Relocate Point Aircond RM400
Relocate Point Lampu Dapur RM100
Pasang semua kipas/lampu RM300
Ubah point kipas ke lampu RM15
TOTAL RM5,193.50
mana aku dapat design ni? ntah . aku pun lupa. aku scroll scroll IG then aku combine segala design yang aku suka HAHHAHAHHAA
ini Plaster Ceiling Dining Area
Living Area. Actually 1 box bersambung dengan Dining Area tadi. hehe
Simple je kan? Sesedap mata aku yang memandang, kira okay lah ni.... HEHE~ So, aku dengan bangganya nak share nombor kontraktor yang buat Plaster Ceiling aku, memang aku rekemen sangatt . Sebab adalah satu keindahan bila kita dapat kontraktor yang tak memeningkan kepala kaw. yang tak menyusahkan kaw. kerja siap cepat, hasil terbaik. tak banyak songeh ragam. yang aku tahu, tau tau siap jekkkk kerja dia. dan aku pun tak lembap nak bayar. aku bayar ontime payment payment yang dia mintak sebab aku senang kerja dgn dia. So aku nak share dengan korang.
Nombor kontraktor Plaster Ceiling :
Abg Niezam : 017-279 0101
Company : Rapidea Creative Ceiling
Agak agak korang nak book tu, sebut sebut la nama aku, IDA PPAM KEPONG hihii.. Mana tau abang nizam tu ingat , dia bagi mur mur untuk korang hikhik.... YES! Kontraktor aku kali ni adalah MELAYU dan melayu paling bestt aku pernah berurusan ;))) Baiiii .. till next entry ya?? Entry apa korang nakkkk? hehe
Hehe..sama la contractor kita..mmg recommended kn abg nizam ni..puas hati dgn kje die, price pn ok..
ReplyDeleteeh sama? aah kan terbaik kan abg nizam niii hehe
Deletesalam,kalau untuk flat plain ceiling,berapa yaa utk keluasan 1200sqf
DeleteCantik ada plaster ceiling tp tula bak kata ida perangkap habuk hehe tp xpe dh siap tu dh mcm hotel rasa hehe.. Yg Kontraktor akak kalo buat plaster ceiling, utk kipas lampu 1 Umh die pasang free.. Kalau tk buat plaster ceiling mmg charge rm300 gk utk 5kipas and 13 lampu
ReplyDeletetak free pulak ida hahahhah tapi okay la dari tak de lgsg HAHHAHAHHHA
DeleteAda number phone kontraktor sis?
DeleteCantiknya bila dah pasang plaster siling. berseri-seri rumah jadinya. Hi, saya follow sini.
ReplyDeletehaiiiii tq follow.
DeleteTerima kasih..sy pun Dalam proses nk renovate rumah Baru.
ReplyDeletesama sama
Deleteterbaik la.. sangat2 membantu review macam nih, senang dah tau harga terus.. so sy tiru la ye hahahahaha...
ReplyDeletehahahha silaaa silaaa hehe
DeleteThanks ya sharing. Saya pun tengah mencari2 orang utk plaster ceiling ni. Nak renovate rumah. :)
ReplyDeletesama sama ;)
Deleteabg nizam cover sampai area mana ye?
ReplyDeleteboleh call abg nizam ye? ida sendiri tak pasti. tapi rumah ida KL
DeleteAssalammualaikum.. Boleh tahu lokasi di mana?
ReplyDeletewasalam. rumah ida KL
DeleteTQ kak, google2 pasal plaster siling terbaca pulak ni, sgt membantu, sgt tgh mencari jugak ni..cuma nk tnya utk dapur dan bilik akak buat mcm mana?
ReplyDeletedapur dan bilik tak buat hehehe
DeleteTerima kasih share the info 😊
ReplyDeletesama sama
Deletethank s for sharing. sgt membantu
ReplyDeletesama sama
DeleteThanks sharing..kelakar plak tu
ReplyDeleteapa yg kelakar tu sis hehheheh
DeleteArea mana ni ye sis
ReplyDeleterumah ida KL
DeleteLampu dan diwnlight semua kontraktor sediakan ke atau kena beli sendiri ya?
ReplyDeleteada yg ida beli sendiri, ada yg abg nizam belikan
DeleteAwakk kontraktor ni area mana?
ReplyDeleteboleh call abg nizam , tapi rumah ida dekat KL
DeleteTq share info
ReplyDeletesama sama
DeleteAdakah Di Miri Sarawak
ReplyDeleteKL
Deleteterima kasih.. pening mikir nk cr org yg betul2 boleh buat plaster siling
ReplyDeletexyah pening2 boleh call je abg nizam ni yekk hehe
Delete20x15 plaster ciling biasa sekaki pesegi rm?
ReplyDeletemaaf saya tak tahu, saya cuma customer. boleh call abg nizam sendiri ye? nombor ada dkt atas tu
DeleteBumbung asal tu plaster siling ke simen..
ReplyDeleteplaster siling
Deleteskali wiring ka kak smua point lmpu kipas tuu
ReplyDeletedetails pecahan ada dalam entry, baca sampai habis yekk. tq
DeleteBaru tny dia.fully booked smpi june 2021 kalau siapa2 berminat hihi
ReplyDeletewow yekeeee.. dasatnyaa penangan abg nizam hehe. kene mintak komisyen dgn die ni hahah promote dlm blog haha
DeleteGood reference
ReplyDeleteTq
welkam ;)
Delete