Thursday, August 29, 2019

Safi Expert Solution | KHAS untuk masalah PIGMENTASI

Siapa sini ada masalah bintik hitam? jeragat? angkat tangan! Aku salah seorangnyaaaa. Walaupun muka aku tak berapa teruk dengan kehadiran si bintik hitam jeragat segala ni, aku ianya sangat menganggu aku okay! Kalau aku tak jaga dari sekarang, lagi 10 tahun akan datang, kompem muka aku berbintik bintikkkkkkk. jenuh pulak nak cover dengan foundation HAHHAHAHHAA. 

Baru baru ini, aku ada dapat produk dari SAFI Malaysia iaitu  Safi Expert Solution yang mana dirumuskan KHAS untuk wanita wanita yang mempunyai masalah kesan bintik hitam dan jeragat. Okay, SET Safi Expert Solution yang aku terima adalah seperti kat bawah ini yekk :

Safi Expert Solution

  • Safi Expert Solution : Intensive Ampoules "Anti Hyper Pigmentasi"
  • Safi Expert Solution : Bio Skin Moisturiser "Anti Photo Ageing Lines"
  • Safi Expert Solution : Bio Treatment Oil "Anti Scars & Strech Marks"
  • Safi Expert Solution : Eye Therapy Serum "Anti Dark Circles"

Aku baru je consume Set Safi Expert Solution ni. Nanti aku bagitahu korang apa review selepas beberapa minggu aku consume. TAPI this entry aku nak share apa kebaikan dan cara guna Set Safi Expert Solution ini ya? Mana lah tahu korang berminat nak consume jugak kan?? Moh laaa kitaa ;))

Safi Expert Solution : Intensive Ampoules "Anti Hyper Pigmentasi"

Produk ini bertujuan untuk memudarkan parut parut jerawat, pigmentation, jeragat dan kesan bintik bintik hitam dalam tempoh 2 minggu sahaja yang mana telah diuji secara klinikal. Korang nak tahu tak punca punca terjadinya pigmentation ni?? Contohnya pendedahan kulit wajah kita pada cahaya matahari serta perubahan penuaan pada wajah a.k.a kita dah semakin TUA HAHAHHAHA. Hasil klinikal jugak menunjukkan 85.7% bersetuju parut semakin pudar, 100% kulit wajah kelihatan lebih muda, 100% menunjukkan kulit wajah lebih anjal, 91.7% kulit wajah kelihatan lebih berseri-seri dan 100% terbukti hasilnya perubahan pada tona warna kulit yang lebih sekata.


Safi Expert Solution mempunyai packaging yang menarik yaaaa. Hitam itu menawan gitueww. Okay, untuk Safi Expert Solution : Intensive Ampoules "Anti Hyper Pigmentasi", didalam kotaknya ada diberikan 3 botol Insentive Ampoule 1 & 2. Korang kene pakai ikut step yang diberikan tau. Jangan mandai mandai habiskan 3 botol serentak! HHAHHAHA 

Cara pakai Safi Expert Solution : Intensive Ampoules "Anti Hyper Pigmentasi" :
  1. Dua kali sehari korang kene pakai. pagi dan malam , selepas korang cuci muka.
  2. Titikkan Intensive Ampoule (1) pada wajah dan ratakan. Lakukan juga pada minggu pertama hingga minggu keempat.
  3. Selepas itu, boleh la menggunakan Instensive Ampoule (2) untuk minggu seterusnya.
 




Safi Expert Solution : Bio Treatment Oil "Anti Scar & Stretch Marks"

Ianya bersifat anti parut dan kesan rekaan iaitu dengan meninggakat pembaharuan kulit sebanyak 21.93% hanya dalam 6 hari. Bio Treatment Oil tidak mengandungi alcohol, paraben dan ujian binatang. Kita yang mempunyai masalah parut dimana-mana bahagian kulit selain wajah jugak oleh di sapu pada parut tersebut. Korang yang sedang mengandung juga tidak perlu risau lagi tentang kesan rekahan pada perut, korang boleh gunakan Bio Treatment Oil untuk pembaharuan dan membaiki semula kulit yang telah merekah akibat pregnant itu.... Selain rekahan akibat mengandung, selalunya, pertambahan berat badan juga akan mengakibatkan rekahan pada kulit badan. 

Cara guna Bio Treatment Oil??
  1. Sapukan minyak dua kali sehari di bahagian berparut mahupun rekahan
  2. Urut perlahan sehingga minyak diserap ke dalam kulit.
Bio Treatment Oil sesuai digunakan di kulit wajah, lengan, tangan, badan, dan "cuticles"

Kelebihan Bio Treatment Oil?
  • dapat membantu mengurangkan pembentukkan parut yang baru
  • dapat memperbaharui, melembutkan dan melembapkan kulit
  • dapat memperbaharui struktur kulit dan parut lama


Safi Expert Solution : Bio Skin Moisturiser "Anti Photo Ageing Lines"

Haa ini besttt, bagi korang yang sukakan kulit wajah anjal, boleh la cuba Bio Skin Moisturiser. Ianya tidak berminyak dan tidak melekit pada kulit wajah kita, lengkap dengan Amino Peptides agar wajah kita kekal anjal dan menghilangkan kedutan pada wajah. Safi Expert Solution : Bio Skin Moisturiser "Anti Photo Ageing Lines" bertindak menapis lebih dari 90% sinaran UV, radikal bebas dan pencemaran yang menyebabkan terjadinya kedutan, kulit kering dan tona warna tak sekata. Untuk pengetahuan korang, ujian klinikal yang dijalankan menunjukkan : 

  • Ketumpatan Fiber Kulit Meningkat
  • Keanjalan Kulit Meningkat
  • Mencerahkan Tona Kulit
  • Kulit lebih berseri dan tegang
  • Menghaluskan garis penuaan dan kedutan
**Amino Peptides berfungsi meningkatkan ketumpatan serat kulit dan memperbaiki kedutan**

Cara guna Safi Expert Solution : Bio Skin Moisturiser "Anti Photo Ageing Lines" ??
Senang sangat! Selepas korang bersihkan muka, sapukan pelembap secukupnya pada kulit wajah korang dan urut secara membulat dalam beberapa minit. Settle


Dan yang terakhir adalah palinggg aku suka! Safi Expert Solution : Eye Therapy Serum "Anti Dark Circles". Haaa lingkaran bawah mata aku ni hmmm macam mata panda! HHAHAHHA . Eye Therapy Serum ni khusus untuk sesiapa yang mempunyai dark circle yang mana produk ini dapat mengurangkan dark circle dan puffiness kita . Untuk makluman korang, produk ini diformulasikan oleh Bio Peptide 38 Technology yang sememangnya menggalakkan peningkatan ketumpatan serat kulit secara semulajadi dan ianya juga mengandungi hyaluronic acids untuk kelembapan tambahan bagi menghasilkan pencerahan dan kemudaan pada kulit dibawah mata kita.




Tahukah korang jika kurang penjagaan yang konsisten pada bawah mata akan menghasilkan lingkaran hitam  yang mana terjadi akibat sinaran UV, pencemaran di sekitar kita, mata yang letih, stress yang berlebihan dan proses penuaan yang semakin hari semakin meningkat. huwarghhhh dah tua!!! Okay dengan itu, jagalah bawah mata dengan sempurna dan gunakanlah Eye Therapy Serum.

Cara guna Eye Therapy Serum ??
Korang hanya perlu ratakan Eye Therapy Serum dengan menggunakan aplicator yang disediakan dan dab dab dab dengan jari sehingga Eye Therapy Serum  meresap. Eye Therapy Serum ini cepat meresap dan mudah menyerap. Eye Therapy Serum dapat membantu mengurangkan dark circle, mata bengka, mencerahkan mata yang sembab dan mengurangkan "smile lines" di bawah mata. 



So apa lagi korang? Dah boleh dapatkan Safi Expert Solution di pasaran sekarang! Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari : 

No comments:

Post a Comment

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page