Wednesday, August 14, 2019

Harga Concrete Top di Wet Kitchen

Disebabkan aku cuti harini, aku TER-rajin nak update story pasal rumah aku. Ramainya tanya harga tanya kontraktor mana, boleh rekemen tak? Penat pulak kita wak nak jawab satu satu dm. kihkih So, maka dengan ini, terhasil laaaa entry concrete top untuk entry #VillaAndiIda. KAHKAH! Kemain VILLA kaw! Padahal apartment biashee biasheee jurrr ;p.... Okay sambung cerita mengenai rumah. Jangan jemu yek. Biasa lah orang terujaaaa dah ada rumah sendiri kihkih.

 disebabkan aku masak dibelakang, kiri kanan atas tingkap aku pasang ekzos fan untuk pengudaraan yang sempurna. gitueww kemain.. hihihi


Jujur aku cakap, proses beli rumah, renovation rumah, duit mengalir macam air paip korangg..... rasa macam nak nangis tengok duit makin hari makin surut... #redho #sad



ala ala macam ni aku nak buat. ni kontraktor datang mai ukur then dia lukis tuk aku.


Okay, harini nak cerita mengenai Wet Kitchen aku lahh. Aku survey punya survey punya survey, nak dapatkan harga untuk buat concrete top, ada yang bagi mahal, ada yang bagi murah sangat, itu aku pun takut nak amik, sebab takut kerjanya cincaii pulakk. So aku amik harga yang sedang sedang jekkk. . Aku memang cari tukang indon jek, sebab kalau amik kontraktor ke, siapa siapa ke, memang diaorang akan suruh tukang indon jugak yang buat.. kan???

Tapi pelik, harga indon pulak lagi mahal dari harga kontraktor? HAHAHA ok cuba korang bandingkan ini yaaa 
Harga Concrete Top Double 13.5ft SAHAJA :
Tukang Indon 1 = RM4000
Tukang Indon 2 = RM3000
Kontraktor tapi pekerja indon = RM3000
Tukang Indon via orang KC = RM2000

Aku memang pening nak cari banyak banyak harga, so aku cari empat je. lagipun 2/4 nama diatas, kawan aku yang rekemen. Tapi harga takkan sama setiap tahun sebab harga bahan kan meningkat. So harga aku dengan harga kawan aku dapat beberapa tahun lepas memang takkan sama lah . Aku noted itu. Idok la aku meroyan kenapa aku punya concrete top mahal kan? hihi

Tapi aku kan gatal, sajaaaa tanyaaaa, kalau saya nak add on pasang tiles di sekeliling wall untuk di bahagian Wet KC ni, berapa? Kalau saya nak add on platform untuk mesin basuh saya yg jugakk akan diletakkan di bahagian Wet KC ni berapaaaa? Korang tahu berapa harga yang diberi??

Harga Concrete Top Double 13.5ft + Upah pasang tiles di wall (tinggi 850mm) + upah buat concrete platform untuk mesin basuh :
Tukang Indon1 = RM8000
Tukang Indon 2 = RM6500
Kontraktor tapi pekerja indon = RM4050
Tukang Indon via orang KC = RM4000

Nampakk tak harga harganya? Yang aku rasa dia akan bagi harga murah, ITULAH yang paling mahal aku dapat HAHHAHAHAHHA apooo??? Bermakna sangkaan aku salah belaka. Aku sangka tukang indon akan bagi murah padahal diaorang lagi KETUK aku kaw kaw. choiii. So awal awal aku dah tolak tepi tukang indon tu walaupun kawan aku cakap dia murah dan bagus. Tapi what to do, dengan aku, dia tak bagi murahhh pun........ walau aku kecek bagai nak rakkk HAHHAHAHHAA

So aku proceed dengan dua lagi harga. Disebabkan aku nak buat Dry Kitchen so, tukang KC cakap aku kene rendahkan sikit paip sinki aku. Orang KC tak pandai buat TAPI orang indon pandai, katanyaaa lahh. So aku mintak add on untuk hack pipe ke bawah sikit, berapaaaaaa?? dan tolong tambah plug point dekat dapur.. oh korang tahu, dekat dapur aku, ada 2 point je plug??? gila ke? dapur lah kene banyak point sbb banyakk peralatan elektrik digunakan. choi laa pemaju niii.. kedekkk! HHAHAHHAHHA

Harga Concrete Top Double 13.5ft + Upah pasang tiles di wall (tinggi 850mm) + upah buat concrete platform untuk mesin basuh + hack pipe + add on 3 plug point :
Kontraktor tapi pekerja indon = RM4550
Tukang Indon via orang KC = RM4800
#harga tidak termasuk tiles ye? sebab aku beli sendiri tiles. sajaa nak pilih sendiri. aku tidak mempercayaiiii pilihan tukang HAHHAHAHHA

So, korang nampak dah kan aku pilih yang mana? hihi. Walaupun terlebih bajet untuk Wet KC ni, tapi nak buat macam mana, aku kene redho dengan harga yang makin meningkat tahun demi tahun..... Oh ya, ada yang salah faham, aku panggil Wet Kitchen sebab aku nak masak dekat sini. TAPI takdak pun sinki area sini, sinki di area Dry Kitchen. Ada yang tanya, kenapa tak alih sinki ke bahagian Wet Kitchen, aku jawab senang je "SAYA TAKDA DUIT" HAHHAHAHHAA




Lagi banyak perubahan dibuat, lagi banyak ongkosnyaa keluar HHAHHAHA So bagi aku, sinki dekat dalam ke luar ke, samaaa jaaa bagi aku, sikit pun aku tak rasa menyusahkan hehe. tapi dikatanya pulak, lols itu bukan namanya Wet Kitchen lah. LOLS. suka hati lah nak panggil apa pun .. janji duit aku rumah aku.. kahkahakakhhh!! #kenekecam #keneredho hiks ini semua komen komen dekat IG masa aku share serba sedikit pasal wet kitchen ni. suka kan korang kecam orang? HAHHAHA tapi aku layankan jeeeee, ada netizen ni kadang kadang seronokkkk menjawab HAHAHAHHAHA ;p

Tukang indon start buat kerja hari Jumaat 08/03/2019. Dan hari itu jugak lah, structure concrete top siap. kejap je buat nya eh?? Hari ahad aku pergi beli tile di Jalan Reko dan pergi hantar ke Kepong.. Tukang just bagitahu aku berapa keping nak kene beli then aku pergi beli . Seronok main pilih pilih tile. Macam biasa, kalau tak gaduh tak sah HAHHAHAHA. Time nak buat pilihan mesti tak sependapat maka pergaduhan bermula kihkihkih.

Tukang suruh aku beli tile :
Tiles 2X2 untuk DoubleTableTop = 18keping
Tiles 2X1 untuk Wall = 47keping
Tiles 4X8 untuk wall table top = 50keping

semua tile, kitaorang angkut pakai kereta dari Kajang-Kepong.
ALLAHU, kereta berat nak matikkkk... berjasa betul kereta saga ni. abiyouuuuu

grey tile untuk dinding area wet kicthen

white marble untuk table top

subway tile untuk dinding di tempat masak

Itu estimate tiles dia, tapi aku beli lebih. Mana lah tahu, takut takut ada yang terpecah, at least ada tiles lagi untuk cover kan? Tak payah menyusahkan diri aku nak pegi balik Kajang nak beli lagi .. so better beli lebih dari estimate tukang hehe. #playsafe

Ini yang aku beli :
Tiles 2X2 untuk DoubleTableTop = 20keping (Harga RM16.80/pc)
Tiles 2X1 untuk Wall = 48keping (Harga RM7.80/pc)
Tiles 4X8 untuk wall table top = 55keping (Harga RM2.60/pc)

Isnin 11/03/2019 - Conrete top siap dah pasang tile. Progress harini, diaorang akan pasang tile di wall pulakk..dan seterusnya akan mula hack pipe dan tambah plug point.... semua kerja ini siap dalam masa tiga hari jek!! Hari SELASA semuanya dah settle! Aku punyaa lah terkejut.. Eh dah siap ke?? LOLS. Waktu siap tu, laki aku pulak tak de. Pergi outstation. Aku kene check kerja kerja yang dibuat, adakah puas hatiii? kalau puas hati takda apa apa perubahan, so baru bayar balance duit.......





Dijadikkan cerita, kitaorang pergi check concrete itu hari Sabtu. Dan ada beberapa benda yang kitaorang tak puas hati dan tukang berjanji akan repair pada hari isnin terus.... dan kitaorang laki binik sekali lagi datang check pada hari selasa, dan alhamdulillah, kitaorang laki binik puas hatiii..... settle sudahhhh concrete top yeayyyy.. dan boleh daa buat payment hikhikhik.. tapi yang tak bestnyaaa, tukang indon tu tak dengar kot aku pesan, aku nak balance tiles yang tinggal walaupun tinggal dua keping jeeee HAHHAHA aku nak bagi mak aku lahhhhh hmmm, habis dia buang tiles aku.... katanya dah pecahh tapi entahhhlaaaaaa ;((

So ini adalah kira kira untuk renovation concrete top aku :
Harga Concrete Top Double 13.5ft 
Upah pasang tiles di wall (tinggi 850mm)
Upah buat concrete platform untuk mesin basuh
Hack pipe sinki 
Add on 3 plug point :
RM4550

Beli tiles di Kedai Chye Leong Ceramica Jln Reko Kajang
RM853.40

TOTAL RM5,403.40


 dah siap yeay! itu tempat aku memotong if memasak.. hihi. Itu maksudnya double concrete top yek. atas bawah ada concrete nya. supaya terhalang dari air. sebab belakang ni aku selalu akan basuh basuh kan... ada mesin basuh lagi.. so better buat double concrete.  
 ini ruang aku memasak. aku akan letak dapur gas yang biasa je dekat atas tu.. 
 ini ruang tempat letak mesin basuh. bawah tu ada floor trap, haa senang, hulur je muncung paip ke situ...... senang nak monitor, sambil basuh baju sambil masak. haa gituewww..... padahal rumah aku sempitt, itu jela ruang aku boleh fikir HHAHAHHHAA

tadaaaaaaaaaaa dah siap......................... gila berani matik aku amik warna putih as colour based wet kitchen aku kan? aku memang teramat suka dengan putihh/kelabu/hitam. TAPI aku pilih putih untuk dapur? HAHHAHAHHAA kene rajin sikit mengelap yekkk ;p

 
Aku suka sangat keadaan Wet Kitchen sekarang. Simple bagi aku. Semoga aku GIGIH untuk mengekalkan kebersihan keputihan Wet Kitchen ni HAHHAHHAHAH #prayforIDA

Aku sendiri tak tahu, aku nak share ke tak nombor tukang indon ni sebabnya ada la beberapa perangai diaorang yang aku tak gemar walaupun kerjanya adalah tiptop. CONTOH, janji dengan aku pukul 2pm, tapi sampai dekat 2 jam aku tunggu tak sampai sampai... Akhirnya pukul 4.30pm baru diaorang sampai. SEE???? Aku tak gemar okkk perangai ini. Hmmmm.. aku taknak korang sakit hati macam mana aku berurusan dengan diaorang, so aku simpan dalam dalam jela nombor contact okay? TAPI kalau korang tak kisah nak hadap perangai macam ni, korang komen, tinggalkan email, aku emailkan nombor telefon nanti. TAPI, AWAS ya! Kalau dia buat hal, bukan salah aku. Aku dah warning ni awal awal hehehe...

currently my wet kitchen. simple. white. 
pastikan kemas bersih selalu yekk ida hihihihi

TAPI pintu aluminium tu aku tempah dekat cina yang lain. sebab aku nak bingkai dan rak aluminium. okay nanti aku cerita di lain entry ya? hehee see you!


#Tips: Aku ingat tiles di Jalan Reko dah cukup murah, TAPI tiles di area Jalan Ipoh KL LAGI MURAH!! Kalau korang berada berdekatan, korang pergi dkt sini okay? google je "kedai tiles murah di jln ipoh kl" nanti keluar berderettttttttt alamat kedai hehehhe ....

6 comments:

  1. Woww lawa la. Ida dry kitchen dah buat ker ida

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeayy puas hati sangatt. hehe. dry kitchen pun dah siap. nntii ida up entry yee ;))

      Delete
  2. tiles kne beli asing pulak eh...ingatkan all in dah...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tile sy suka pilh sendiri. kalau nk all in, boleh je suruh indon pegi beli, tp jgn meroyan kalau ntah papeeeee jenis die beli kang HHAHHAHHAA

      Delete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page