Saturday, July 27, 2019

Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion ( 2in1 Penyegar dan Pelembap) JIMAT !!!

Kalau tanya aku, selepas cuci muka, memang wajib pakai Penyegar dan Pelembap. Aku tak tahu la orang lain, tapi aku memang WAJIB. Dulu aku tercari cari apa brand laaaa aku nak pakai ni. Asal pakai je boleh takkk? Asal serasi je jadik laaa.. Janji keluar rumah, aku WAJIB pakai penyegar (toner) dan pelembap (moisturizer).. sampai begitu sekali! Sebab jenis kulit aku ni, kering.... bekerja pulak dalam aircond, bertambah kering laa kulit muka aku kan? Kalau tak jaga, nanti naik la jeragat lah, jerawat la, kusam la, takkkk lofaaaa lah aku macam ni HAHHAHHAHAH ;p

Penyegar dan Pelembap. kiranya ada dua botol. Haishhh payah lah!! Nak bawak travel susahhh! TAPI, syoknyaaa bila aku dapat tahu bahawasanya, Safi Balqis ada produk 2 IN 1, iaitu Penyegar dan Pelembap dalam satu botol iaitu Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion with IR Protection. WOW sangat kannnnnnnnnnnnnnn ~

BFF ~ Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion with IR Protection


Memang aku teruja habis! Terus aku sambar satu botol dan cuba dekat muka aku. Harapnya okay sebab jimat habis ni! Tak payah beli banyak banyak, hanya sebotol mampu cover dua dua perlindungan.. menyegar dan melembap kan kulit muka... gituewww ;)) Senang dan mudah kan bila Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion adalah gabungan formulasi penyegar dan pelembapndalam satu langkah untuk penjagaan kulit yang ringkas namun memberikan kesan lembapan yang optimum. 

Selain bertindak sebagai Penyegar dan Pelembap, Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion ada banyak kelebihan lain seperti :

*  Memberikan 2x penghidratan  dan kesegaran dengan satu penggunaan
* Meningkatkan rintangan perlindungan kulit  untuk mengunci lembapan secara mendalam dan optimum sepanjang hari dengan 5 jenis Hyaluronic Acid iaitu :
    ** Macro Hyaluronic Acid ** Nano Hyaluronic Acid 
** Bio-Hyaluronate Acid  ** Super Nano Hyaluronic Acid 

* Mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit.
* Mencegah kulit dari menjadi gelap akibat radiasi infared (IR) dengan pelindung IR.

Nano Oxygen membebaskan oksigen tambahan ke dalam epidermis kulit agar segar, bermaya dan berseri manakala Nano BioWhite memperlahankan kesan pembetukan pigmentasi untuk tona kulit sekata dan cerah sempurna.

Cara Pakai Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion with IR Protection

 

Mudah sangat.. Sapukan sedikit Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion keseluruhan muka. Tepuk tepuk dengan lembut sehingga meresap sepenuhnya. Korang guna Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion ni 2x sehari tau. Pagi dan malam okay jugak. Make sure pakai selepas cuci muka dengan Pembersih Muka Safi Balqis OxyWhite . 


Simple je kan? Korang kalau berminat nak cuba jugak Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion with IR Protection, korang boleh cari dekat mana mana supermarket berhampiran, watson, guardian, shoppee, lazada, semua ada..... Okay?


Review aku : Memang aku suka guna Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion, ni pun sebotol dah nak habis. Hari hari aku guna. Aku letak dekat office, so setiap kali selepas solat, aku akan pakai. Maintain lembap je laaa kulit aku walaupun aku berada dalam office beraircond 8jam setiap hari huhu. Sebotol 100ml hanya berharga RM23.50 bagi aku sangat BERBALOI!! Dan aku rekemen korang untuk cuba jugak. AYUH!



No comments:

Post a Comment

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page