Saturday, July 27, 2019

Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion ( 2in1 Penyegar dan Pelembap) JIMAT !!!

Kalau tanya aku, selepas cuci muka, memang wajib pakai Penyegar dan Pelembap. Aku tak tahu la orang lain, tapi aku memang WAJIB. Dulu aku tercari cari apa brand laaaa aku nak pakai ni. Asal pakai je boleh takkk? Asal serasi je jadik laaa.. Janji keluar rumah, aku WAJIB pakai penyegar (toner) dan pelembap (moisturizer).. sampai begitu sekali! Sebab jenis kulit aku ni, kering.... bekerja pulak dalam aircond, bertambah kering laa kulit muka aku kan? Kalau tak jaga, nanti naik la jeragat lah, jerawat la, kusam la, takkkk lofaaaa lah aku macam ni HAHHAHHAHAH ;p

Penyegar dan Pelembap. kiranya ada dua botol. Haishhh payah lah!! Nak bawak travel susahhh! TAPI, syoknyaaa bila aku dapat tahu bahawasanya, Safi Balqis ada produk 2 IN 1, iaitu Penyegar dan Pelembap dalam satu botol iaitu Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion with IR Protection. WOW sangat kannnnnnnnnnnnnnn ~

BFF ~ Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion with IR Protection


Memang aku teruja habis! Terus aku sambar satu botol dan cuba dekat muka aku. Harapnya okay sebab jimat habis ni! Tak payah beli banyak banyak, hanya sebotol mampu cover dua dua perlindungan.. menyegar dan melembap kan kulit muka... gituewww ;)) Senang dan mudah kan bila Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion adalah gabungan formulasi penyegar dan pelembapndalam satu langkah untuk penjagaan kulit yang ringkas namun memberikan kesan lembapan yang optimum. 

Selain bertindak sebagai Penyegar dan Pelembap, Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion ada banyak kelebihan lain seperti :

*  Memberikan 2x penghidratan  dan kesegaran dengan satu penggunaan
* Meningkatkan rintangan perlindungan kulit  untuk mengunci lembapan secara mendalam dan optimum sepanjang hari dengan 5 jenis Hyaluronic Acid iaitu :
    ** Macro Hyaluronic Acid ** Nano Hyaluronic Acid 
** Bio-Hyaluronate Acid  ** Super Nano Hyaluronic Acid 

* Mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit.
* Mencegah kulit dari menjadi gelap akibat radiasi infared (IR) dengan pelindung IR.

Nano Oxygen membebaskan oksigen tambahan ke dalam epidermis kulit agar segar, bermaya dan berseri manakala Nano BioWhite memperlahankan kesan pembetukan pigmentasi untuk tona kulit sekata dan cerah sempurna.

Cara Pakai Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion with IR Protection

 

Mudah sangat.. Sapukan sedikit Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion keseluruhan muka. Tepuk tepuk dengan lembut sehingga meresap sepenuhnya. Korang guna Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion ni 2x sehari tau. Pagi dan malam okay jugak. Make sure pakai selepas cuci muka dengan Pembersih Muka Safi Balqis OxyWhite . 


Simple je kan? Korang kalau berminat nak cuba jugak Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion with IR Protection, korang boleh cari dekat mana mana supermarket berhampiran, watson, guardian, shoppee, lazada, semua ada..... Okay?


Review aku : Memang aku suka guna Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion, ni pun sebotol dah nak habis. Hari hari aku guna. Aku letak dekat office, so setiap kali selepas solat, aku akan pakai. Maintain lembap je laaa kulit aku walaupun aku berada dalam office beraircond 8jam setiap hari huhu. Sebotol 100ml hanya berharga RM23.50 bagi aku sangat BERBALOI!! Dan aku rekemen korang untuk cuba jugak. AYUH!



Read More ->>

Tuesday, July 23, 2019

Safi Micellar Natural Cleansing Water (tak pedihkan mata pun!)

Safi Micellar Natural Cleansing Water  |  Pembersih Make Up yang tidak pedihkan mata. Ya ya ya, ini sangat penting yaaaa. Okay, meh sini aku nak tanya korang, macam mana korang bersihkan make up korang yang dah seharian korang pakai tu? Takkan balik rumah, terus tidur , tak cuci muka? Not good tau untuk kulit muka kita..... Paling teruk korang WAJIB cuci semua make up dengan pencuci muka TAPI tu kalau malas sangat laaaaaaa... TAPI nasihat aku, cuci lah kulit muka kita dengan cara yang betul untuk menjaga kecantikan dan kesihatan kulit muka kita ;))

Okay, cara yang betul adalah, korang kene buang semua segala menatang make up korang dengan menggunakan make up remover then barulah cuci muka dengan pencuci muka. Kira macam double cleansing laaa. Barulah kulit muka fawless , tak naik jerawat jeragat segala tuh! Okay , aku faham sangat kenapa korang semua tak suka sangatt pakai make up remover ? sebab pedih mata kan? Aku pun kadang-kadang tersalah beli make up remover, aduhhh pedihh mata tau takkkkk. sadis! 

TAPI kini tidak lagi, aku dah jumpa make up remover yang TIDAK PEDIHKAN MATA okay!! Korang mesti sayang aku lebih laaaaa. KOMPEM! Meh aku nak share dengan korang semua ;)) Sekarang ni aku pakai Safi Micellar Natural Cleansing Water yang tidak memedihkan mata langsung!! siyes tak tipu! Kalau korang tak percaya, korang try guna hihihi.




Kenapa Safi Micellar Natural Cleansing Water ini tak pedihkan mata? Hmmm... sebabnya produk ini adalah berasaskan air yang jernih selain telah diuji secara dermatologi, bebas daripada SLES/SLS, minyak mineral, pewarna alkohol, Paraben, Propylene Gylcol dan tidak mengeringkan kulit. Secara tidak langsungnya, ianya dapat menanggalkan solekan dan kotoran dengan efektif tanpa bilas, mengekalkan kelembapan dan menyihatkan kulit secara semulajadi. Dan semestinya produk Safi Micellar Natural Cleansing Water ini adalah HALAL digunakan oleh semua :))




Untuk korang yang teringin nak mencuba, sini aku senaraikan 3 jenis Safi Micellar Natural Cleansing Water yang boleh korang pilih. WAJIB pilih yang sesuai untuk kulit memasing tau. Jangan memandai je beli mana mana korang suka. Ikut jenis kulit tau? Kalau tak tahu, kulit korang sesuai digunakan yang mana satu, boleh je tanya dekat salesgirl tuh.. Nanti mesti dia akan suggest kan...




Safi Micellar Natural Cleansing Water - ROSE
Didatangkan dengan botol yang berwarna pink...Sesuai untuk kulit normal dan kombinasi. Bau ROSE! Wangi! Diformulasikan dengan 100% bahan aktif semulajadi bunga ROS, boleh membersihkan solekan kotoran dengan satu sapuan serta boleh mengecilkan liang pori yang mengurangkan wajah berkilat.






Safi Micellar Natural Cleansing Water - Cucumber
Didatangkan dengan botol berwarna hijau cair. Dah nama pun timun kan? warna timun, bau timun. Haaa gitueww. sapa suka letak timun dekat muka? Dah boleh try versi timun ni pulakk. Sesuai untuk semua jenis kulit tau..... Diformulasikan dengan 100% bahan aktif semulajadi mentimun. Ianya dapat membersihkan solekan dan melembap serta dapat menyihatkan kulit. Hasilnya, kulit kan menjadi lembut dan bermaya ..wah!





Safi Micellar Natural Cleansing Water - Neem

Sesuai untuk kulit yang berminyak dan berjerawat. Dapat membersihkan solekan dan kotoran dengan satu sapuan mengawal jerawat, hasilnya kulit akan lebih berseri tanpa cacat cela. hehe





Pastikan korang pilih cleansing water yang betul tau. Okay, macam mana cara nak pakai Safi Micellar Natural Cleansing Water ni? Okay, mudah sahaja, korang amik kapas muka dan letakkan sedikit Safi Micellar Natural Cleansing Water ke atas kapas muka dan sapukan kapas rata ke seluruh kulit wajah sehingga bersih. Sepatutnya tak perlu bilas pun tak peeee..... Ianya dah cukup bersih da.. Korang dah boleh terus cuci je muka dengan pencuci muka. TAPI kalau nak bilas pun takda masalah..Mudah kan?? Tak sampai 10minit pun dah siap cuci muka. So, jangan malas ok!


 

 
tiap kali nak solat, aku akan cuci make up dengan safi micellar dulu then baru cuci muka dekat toilet. senang hati nak solat hehe. 


Berapa harga Safi Micellar Natural Cleansing Water ini? Allahu murah sangat!! Apalahhh nak dibandingkan dengan wajah kita yang berhargaaaa ini? ewah! Harganya hanyalah RM17.25 jurrrrrrrrr.... Murah kan??? Korang boleh beli dekat watson ke guardian ke. mana mana lahh. Tak pun, korang boleh jugak beli online. haaaaa lagi mudah! klik klik klik, terus sampai depan rumah! gituhhh!






Untuk maklumat lanjut ataupun promosi, korang boleh carik info di bawah :





Read More ->>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page