Wednesday, May 8, 2019

Shopping Koleksi Baju Raya 2019 Jakel Secara Online

Selamat Berpuasa korang semua!! Setakat tiga harini, alhamdulillah, aku masih berpuasa dan gigih memasak untuk juadah berbuka hehe. Walaupun baru tiga hari berpuasa, tak salah rasanya kita dah mula membuat persiapan untuk berhari raya. Korang dah beli baju raya ke belum?? Warna tema apa tahun ini? Pastikan sedondon tau satu keluarga heee~  Aku tahu memang semua orang sibuk dengan kerja, takda masa sangat nak shopping kan? Sekarang ni korang jangan risau, Koleksi Baju Raya  Jakel 2019 boleh dibeli secara ONLINE!!!

mari countdown bersama
Shopping Online bermula 10/05/2019

Memang ramai yang tak sempat nak ke Jakel Mall untuk shopping kan? Sibuk dan sesak dengan ramai orang. Jika korang ada anak kecil, agak leceh sebenarnya kan untuk membuat persiapna raya.. TAPI, tahun ini, memang tahun bertuah kita semua, kerana, JAKEL kini telah melancarkan jualan baju raya secara online! Atas permintaan ramai pelanggan, Jakel telah mewujudkan satu platform atas talian perniagaan untuk memudahkan orang ramai mendapatkan  produk pakaian Jakel dihujung jari sahajaaaaaaaaaa... HEBAT kan???

Jakel mengambil peluang untuk membuat satu medium untuk para pelanggan JAKEL untuk shopping tanpa sempadan hanya dihujung jari dan tidak perlu bersesakk di luar. Korang boleh shopping baju raya Jakel di rumah sahaja!! Mudah! Jimat! Berbaloiii!! Korang boleh dapatkan KESEMUA KOLEKSI BAJU RAYA JAKEL 2019 menerusi laman jualan online di carian :



Kini, tiada masalah lagi kan nak dapatkan Koleksi Baju Raya Jakel 2019. Para ibu dan bapa dah boleh memilih dengan tenang saja dirumah dan senang hati sedondon bersama di pagi raya. yeayy! Jakel Online juga memberi peluang kepada mereka yang tinggal jauh dari cawangan cawangan jakel yang ada untuk mempunyai koleksi Baju Raya Jakel. Terbaik sangat kan? Kemain lah semua melaram laaa baju raya dari Jakel tahun ni. HAHHAHAHA

belum pape dah suka gila baju lace ni. macam baju raya kita pulakk hehe

Okay dah tahu macam mana nak beli online kan? Okay jom kita tengok Koleksi Baju Raya 2019 Jakel. Seperti tahun tahun sebelum ini, Jakel masih mengekalkan duta duta baju raya seperti Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Scha Al Yahya, Awal Ashaari & Lara Alana, Ayda Jebat dan Keluarga Hairul Azreen, Hanis Zalikha dan Yusuf Iskandar. TETAPI, tahun ni, JAKEL membuat kelainan bila menampilkan Duta Terbaru Jakel iaitu Abam Bocey! Kenapa Abam Bocey? Ini bermakna untuk pelanggan setia Jakel yang bersaiz PLUS SAIZ seperti Abam Bocey juga boleh berpeluang untuk mempunyai Koleksi Baju Raya Jakel 2019!! WOW!

Bersama duta duta Jakel 2019

Koleksi Baju Melayu Aaron Aziz - direka khas dan khusus untuk memberi kekemasan dan keselesaan.. Bagi aku, Baju Melayu Aaron Aziz masih mengekalkan ciri ciri tradisonal cekak musang yang berpesak dibadan. Baju Melayu Aaron Aziz memang satu pilihan yang tepat bagi mereka yang tidak suka baju melayu moden dan masih mahu tampil tradisonal di pagi raya. Dapatkan segera! Pelbagai warna tersedia untuk korang semua... ;))




Koleksi Baju Melayu Nabil Ahmad - Baju Melayu Nabil Ahmad pada tahun ini agak special dan unik, kerana Jakel merevolusikan perincian zip di sisi baju (bahagian pesak) dan di pergelangan tangan (sleeve). Baju Melayu Nabil Ahmad masih mengekalkan konsep moden kontemporari iaitu potongan slim-fit yang mempunyai kekemasan dibahagian leher dan poket dan kini wudhu friendly. Thumb UP!





Koleksi Baju Melayu Awal Ashaari - design yang sedikit sama dengan Baju Melayu Nabil Ahmad, tampil dengan konsep moden kontemporari iaitu berpotongan slim-fit, juga ada perincian zip di pergelangan tangan dan sisi baju yang mana mengetengahkan konsep wudhu friendly. Cuma Baju Melayu Awal Ashaari agak berbeza sedikit dari Baju Melayu Nabil Ahmad dari segi fabrik, warna dan specialnya Baju Melayu Awal Ashaari ini didatangkan sekali dengan handkerchief yang sepadan dengan baju melayunya.




Koleksi Kurta Hairul Azreen - Tak semua orang suka pakai Baju Melayu dari pagi raya sampai ke malam. Kadang kadang tu, kita dah rimas berbaju melayu sepanjang hari, kita nak ubah citarasa, tukar baju ke Kurta pulak. Haaaaa, Kurta Hairul Azreen adalah pilihannya. Kurta Hairul Azreen sentiasa menepati citarasa pelanggan disamping mengikut trend semasa ataupun dengan kata lain, up to date sangattt ;)) Kurta Hairul Azreen sangat mementingkan keselesaan yang mana dijahit dengan menggunakan fabrik cotton, mempunyai kekemasan di potongan leher dan dibelakang bahu. Dan jangan tak tahu, Kurta Hairul Azreen siap ada poket haaaaaaa




Koleksi Baju Melayu Plus Saiz - Terbaru dalam koleksi Baju Melayu Jakel. Baju Melayu Plus Saiz sangat sangat membantu mereka yang berbadan besar untuk mendapatkan koleksi baju melayu dan bergaya seperti orang lain. .


Untuk pengetahuan korang jugak, pembelian setiap baju melayu dari mana mana koleksi, akan mendapat PERCUMA Sehelai Kain Samping besarta Butang Baju Melayu. WOW!!! Sapa yang taknakkkk? Cepat dapatkan segera Koleksi Baju Melayu Jakel 2019.

Oh ya, tidak kurang hebatnya untuk Koleksi Baju Kurung Jakel 2019 yang mana masih mengekalkan Koleksi di bawah Koleksi Scha Al Yahya, Hanis Zalikha dan Ayda Jebat. Berkonsepkan kurung moden, ianya sangat up to date dengan lace, labucci dan lace, sangat mesra instagram dengan kita semua untuk bergaya di pagi raya. Koleksi Baju Kurung setiap koleksi menampilkan sentuhan eksklusif pada setiap rekaan juga mengetengahkan konsep wudhu friendly yang mana ada perincian zip di lengan untuk memudahkan kaum kaum ibu menguruskan tetamu ketika berhari raya.. Jangan tak tahu, koleksi baju kurung boleh didapati sehingga saiz 5XL. WOW!!!




Pada pendapat aku, design koleksi baju kurung kali ni, printed yang lebih sharp dengan detailing lace ataupun manik manik yang banyak di setiap rekaan, aku sangat sangat puas hati. Kalau korang nak tahu, aku jatuh cinta habis dengan Koleksi Baju Kurung Ayda Jebat. Haishhh lawaaaa sangat sangat!!! Meh aku tunjukkkkkk


















Aku memang suka sangattt Koleksi Baju Kurung Jakel ni. Paling suka Koleksi Ayda Jebat! Perghhh lawa sangatt!!! Oh ya, ibu ibu bapak bapak jangan risau, Jakel memang 'one stop center' . Selain baju kurung dan baju melayu, Koleksi Kanak-Kanak juga ada yaaa di Jakel. Koleksi Baju Melayu Upin Ipin telah diolah kepada rekaan terbaru untuk kanak-kanak sesuai dengan trend kini. Aku syorkan ibu ibu yang ada anak lelaki, belilah baju melayu Upin Ipin sebabnya, setiap pembelian baju melayu akan diberi sehelai samping dan butang baju melayu PERCUMA!!! Taknak ke? ;p


Koleksi pakaian kanak-kanak turut ada dibawah Koleksi Label Lara Alana & Yusuf Iskandar. Semakin banyak design dan warna yang dikeluarkan , yang membantu ibu ibu nampak sedondon dengan anak dipagi hari raya. Ewahhh ~



Oh ya, ini berita baik pada semua! Yang mana berada berhampiran dengan cawangan cawangan Jakel, rerajinlah ke Jakel, kerana setiap hari akan diadakan Jualan HAPPY HOUR, yang mana jualan berlangsung tidak lama dan akan menawarkan harga diskaun yang melampau sehingga 50%!!! Memang jimat dan bertuah korang kalau korang datang shopping time HAPPY HOUR JAKEL hehe.



Tapi korang jangan risau, jika tiada berkesempatan ke cawangan Jakel, macam biasa, ONLINE kan ada... Semuanya dihujung jari. Di Online juga ada Jualan HAPPY HOUR tau! Korang jangan lepaskan peluang yaaaa. Rugi terok ahh kalau tak dapatkan Koleksi Baju Raya 2019 Jakel ni haaaa.. JOM SHOPPING! SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA yaaaa


JAKEL BARULAH RAYA!

2 comments:

  1. baju ladies kali ni mmg lehtop2 kannnnn.. i loike!

    ReplyDelete
  2. baju utk prmpuan size nye? ade plusize jgk ke?

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page