Sunday, May 5, 2019

Restoran Mangkuk Ayam ada menu baru lahh!

Aku dengan Restoran Mangkuk Ayam memang berpisah tiada kan? Aku akan repeat makan dekat situ bila aku ada urusan kerja di area Cyberjaya. Untuk sesiapa yang belum tahu, Restoran Mangkuk Ayam terletak di dalam Dpulze Mall, Cyberjaya. Dan aku rasa ini kali ke-2 aku makan dekat sini, korang boleh baca review aku DISINI  untuk pertama kali haritu ;)) So kali ini, aku tak nak lah share benda yang sama, cuma aku nak bagitahu korang yang Restoran Mangkuk Ayam ada menu baru lahhh!! Aku pun baru tahu hihii~

luncheon bersama rakan rakan bloggers ;))

Ada beberapa menu TERBARU di Restoran Mangkuk Ayam, diantaranya adalah Nasi Lemak Ayam Goreng Panas, Nasi Indo Siam Ikan, Nasi Air Special Kelantan, Nasi Lemak Rendang Daging (dulu hanya ada nasi putih sahaja), Nasi Lemak Ikan Tongkol, Nasi Lemak Kari Ayam (dulu hanya ada nasi putih sahaja) dan Nasi Lemak Bungkus. Menu menu dulu masih ada, cuma ada penambahan menu sahaja. . 

Menu 1
 Menu 2


Kalau korang nak tahu, nak makan dengan jimat di Restoran Mangkuk Ayam ni, mudah sahaja, korang cuma perlu order secara Combo iaitu dengan order Kombo Set mana mana pilihan yang ada, korang akan dapat sekali percuma AIR. Pilihan air adalah Teh O Ais Limau ataupun Air Bandung. Haaaa jimat kan??? Kenyang pun kenyang, jimat pun jimat.. GOOD ;))

Nasi Air Special Kelantan (Kombo Set RM15.90)

Nasi Lemak Rendang Daging (Kombo Set RM15.90)

Nasi Lemak Ikan Tongkol (Kombo Set RM15.90)

Nasi Indo Siam Ikan (Kombo Set RM15.90)

Nasi Lemak Ayam Goreng Panas (Kombo Set RM14.90)

Nasi Lemak Kari Ayam RM12.90 (ala carte)

Menu menu TERBARU dari Restoran Mangkuk Ayam

Nasi Lemak Bungkus RM3.90

Percaya atau tidak, memang aku rasa semua menu menu diatas. Dan paling dekat di tekak aku adalah Nasi Lemak Rendang Daging HAHHAHAHA dulu kini dan selamanya, peminat rendang daging aku nihh ;p .. Aku tak tahu laaa, tapi aku rasa rendang daging dia macam ala ala mak aku masak bila hari raya muahhahahha... Selain itu, korang kene cuba jugak Nasi Indo Siam Ikan dia, rasa ikan bakar dia bila kita cicah dengan kuah kicap pedas tu, perghhhhhhhhhh. Korang pernah makan tak ikan bakar dengan nasi lemak? Haaa patut cuba. Aku dah biasa, since kalau balik kampung Melaka, memang kitaorang akan pekena Ikan Bakar, dan kalau korang makan ikan bakar dekat Melaka, memang ikan bakar makan dengan nasi lemak . HEHE Sedap terokkkk okay!! Patut cuba tau!! ;))

Jemput makan? Bismillah ;))

Dan menu menu yang lain sedap cuma tekak aku tak kena sangat. Macam menu Nasi Air Special Kelantan tu, ada orang suka TAPI aku tak berapa gemar nak makan bubur so itu bukan pilihan aku la. Aku suka melantak nasi lagi dari bubur hehhee ;)) Ikut selera korang masing masing laaaa.. Boleh je pilih mana man menu korang suka.. Yang penting korang kenyang dan rasa berbaloi dengan menu yang disediakan ;))

 
Aku pun sempat je rasa menu menu lama seperti Assam Laksa, Mee Kari, Rojak dan macam macam lagi. Macam biasa, korang boleh baca review pertama aku - KLIK SINI -


Dan yang paling penting, datang ke Restoran Mangkuk Ayam jangan lupa order Teh Tarik Panas (RM3.90) kaw kaw dia bagi. Dulu kini dan selamanya, teh tarik dia memang pilhan aku. Terbaik sangatt rasa dia!!! Thumb UP! Selain dari Teh Tarik, aku suka order jugak Jus Kedongdong Asam Boi Ais (RM5.90). Lepas korang dah makan kenyang kenyang, pekena Jus Kedongdong Asam Boi memang terbaik! Korang takkan muak!
  



Overall, aku suka dengan kepelbagian menu menu di Restoran Mangkuk Ayam. Memang kene dengan tekak orang Melayu dan ada macam macam pilihan, kalau korang nak makan nasi ke, mee ke, dessert ke, memang aku rekemen korang datang ke Restoran Mangkuk Ayam, Dpulze Mall, Cyberjaya. Walaupun jauh kedaung tempat ni, tapi buat korang yang berada berdekatan, boleh la mencubaa. Ni haaa dah nak masuk bulan puasa, boleh la ajak keluarga dan rakan rakan ber-IFTHAR di Restoran Mangkuk Ayam. HEHE

So kalau korang ingin mencuba menu menu di Restoran Mangkuk Ayam, nah info untuk korang;

RESTORAN MANGKUK AYAM
Alamat : P10, Dpulze Shopping Centre, Cyberjaya
Waktu Operasi : 11am-10pm

No comments:

Post a Comment

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page