Monday, May 6, 2019

PROGRAM NAK UBAH HIDUP 2019 BY DR AZIZAN OSMAN

Baru-baru ini aku berpeluang untuk menghadiri Seminar 10X Grow Your Business by Dr Azizan Osman di Menara PGRM, Cheras Kuala Lumpur. Seakan tak percaya aku berpeluang pergi ke Seminar beliau. Selama ni aku dok dengar saja orang bercakap mengenai aura positif beliau. Siapa yang tak kenal dengan Dr Azizan Osman kan? Seorang yang mahir dalam dunia bisnes dan kewangan di Malaysia.

Berkobar kobar wakk kita pagi tu. Nak join seminar Dr Azizan Osman yeayy!!


Sehingga ke hari ini, Dr Azizan Osman sebagai Master Coach RichWorks telah berjaya melahirkan ramai usahawan jutawan dan banyak menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan bidang keusahawanan di negara ini, antaranya kemajuan anak-anak bangsa dengan rekod peningkatan pencapaian usahawan melalui program bisnes dan pemasaran hanya dalam tempoh seawal 3 bulan hingga 18 bulan sahaja.



Seminar bermula seawal 8pagi dan seramai 2000 peserta yang menghadiri seminar tersebut. Bahang semangat peserta peserta turut dirasai. Aku tahu, ini peluang aku untuk mengambil semua input, nasihat dan tips tips yang bakal Dr Azizan hulurkan kepada semua peserta. Sebenarnya, seminar sebegini bukan untuk mereka yang punyai bisnes gah sahaja, malah orang biasa seperti aku dan kita semua boleh menghadiri seminar ini. Ini disebabkan setiap bait bait dorongan dan nasihat dari Dr Azizan Osman boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita .. Contohnya, beliau berpendapat, jika kita ingin berjaya, kita kene keluar dari zon selesa kita dan berusaha untuk mengubah diri sendiri sebelum mengubah diri orang lain. Haaaaa ayat ayat sebegini memang buat aku meremang bulu roma. Aku yakin BOLEH !



Dalam masa yang sama, untuk makluman korang semua, RichWorks International S/B juga telah melancarkan satu program baru iaitu NAK UBAH HIDUP 2019 - Kuasai Potensi Diri, Kewangan Dan Bisnes secara LIVE Event pada 30/08/2019 sehingga 01/09/2019 yang bakal berlangsung di Setia City Convention Center (SCCC). Untuk pengetahuan korang, selama 11tahun RichWorks International S/B ditubuhkan, lebih 70,000 peserta yang telah hadir ke program program RichWorks. Ramai antara mereka yang hadir telah berjaya merubah diri mereka dari hidup biasa biasa menjadi luar biasa hanya dengan BERNIAGA. Memang sumber pendapatan terbesar adalah BERNIAGA ;))



Untuk korang yang berniaga, memang aku syorkan untuk join Program NAK UBAH HIDUP yang mana sangat sangat membantu korang yang ingin mendalami cara cara menjana pendapatan dengan saluran yang betul. Iya lah, ada yang berniaga bertahun tahun tapi tidak berkembang pun, kenapa?? Ini kerana mereka tidak mempunyai ilmu perniagaan yang betul malah terpaksa berhadapan dengan cabaran membuat jualan yang tinggi dan konsisten. Semua itu kene ilmu pengetahuan yang tinggi.

 

Ramai ingin berbisnes tapi tidak tahu cara mengurus aset kewangan dan lama kelamaan mereka akan hilang arah tuju, tidak fokus yang mana boleh menyebabkan mereka terpaksa menanggung beban hutang bisnes yang akan mempengaruhi keadaan hidup mereka. Berniaga untuk keselesaan hiduo bukan menambah beban hidup yaaaa. Dan kerana itulah, aku memang syorkan korang yang berniaga tidak kira bisnes kecilan mahupun besaran, berniaga lah dengan ILMU. Datang laaa ke seminar seminar seperti ini. Okay?


Program Nak Ubah Hidup 2019 oleh Dr Azizan Osman masih terbuka untuk pendaftaran. Korang boleh layari website : https://nakubahhidup.com/ untuk maklumat lanjut. Jangan lepaskan peluang ini. Berniaga dengan Ilmu. Berniaga untuk Keselesaan hidup. Fighting!!



Untuk maklumat lanjut :








EMAIL : inquiries@richworks.com.my

HOTLINE : 1-300-88-2424

No comments:

Post a Comment

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page