Saturday, May 25, 2019

Bercuti ke Perth lagi ?

Kalau aku diberi peluang lagi, memang aku NAK REPEAT ke PERTH lagi. Siyes!!! Perth tak pernah membosankan aku. Walaupun aku baru sekali jer pergi, tapi aku terus jatuh cintaa dengan Perth, Australia.. Begitu juga dengan laki aku. Banyak kali dia tanya "bila nak repeat? bila nak repeat Perth?" Allahu bang............ tak sampai dua tahun kita pergi ni.. duit pun tak sempat nak kumpul balik. HAHHAHHAHA Tapi bagi aku, pergi bercuti ke Perth, memang memerlukan duit yang banyak kalau korang kaki shopping, kaki makan, macam AKU! HAHAHAHA Tapi kalau korang sekadar ingin menjamu mata dengan pemandangan yang indah, bajet dalam RM1500 dah boleh pergi ke Perth tau! Tapi kaki makan kaki shopping macam aku, 5k pun tak cukup! HAHHAHAHHAH *pengsan*


 Bye Malaysia, Hello Perth
Tempat WAJIB bergambar setibanya di Airport Perth 
hihi


Meh sini aku listkan apa yang menarik di Perth? 

Tempat Makan Sedap di Perth | WAJIB CUBA
Kalau korang sampai di Perth, korang memang patut cuba local food Perth. Macam kitaorang laki binik, memang suka cuba local food bila travel. Ada yang tanya, HALAL ke? Allahu korang, boleh jer cari yang halal, KOMPEM ada.. Jangan risau. HEHE~ Tapi mungkin akan pricey sikit lah kan? Tapi sekali sekala, apa salahnya... dah kata travel kan? reward lah diri sendiri. Jangan kedekut sangat dengan perut sendiri HAHHAHAHHA . Aku yakin, pasti korang takkan menyesal cuba! ;p

 Fish N Chips di Kailis Freemantle, Perth. Satu portion memang besar. Satu set ni korang boleh share berdua. Lepak tepi laut di Freemantle memang sejukk dan nyaman, dengan hadirnya Hot Chocolate disitu, ternyata korang akan lepakk lama di Kailis Freemantle hehe. 
 Charcoal Chicken Dianella Plaza with Barista Coffee. Ini memang terbaik!! Korang patut rasa. Siapa suka lamb? Order lah Lamb Rack. Sumpah! Sampai sekarang rindu nak makannn yummy!! 
 Lobster anyone? ya ya ke Perth jangan lupa rasa Lobster Shack di Cervantes Perth. Memang terbaik! Kalau di Malaysia, aku tak mampu nak makan lobster, tetibe dekat Perth, aku TERmampukan diri sendiri untuk rasa lobster Perth. juicy!!!! Fries dia gabak gabak weiii . Puas makan!! Siap tapau! HHAHAHHHAHA Korang kalau ke Perth, wajib rasa ni tau!
 Dare Coffee. Tiap hari beli HHAHAHHAHHAHA Sedap yakampun!!!
 Barista Coffee antara minuman wajib! Aku suka terok dengan Chocolate. Oh minuman breakfast aku ini lah... tak main ahh milo 3in1 dekat Perth, kita layan Barista Coffee tau! Nanti menyesal tak cubaaaaaaa huhu
Ini antara biskut dan coklat yang aku borong!! Coklat PODS tu memang terbaik sangat!!! tengok laaa aku borong banyak mana? huwarghh sedapnyaaa. sampai sekarang aku terliuur... dekat mana ada jual di Malaysia ni ehhhh? hmmm

Tempat Shopping Murah di Perth | WAJIB PERGI
Kalau korang kaki shopping, wajib singgah okay! Tapi AWAS! Memang kompem akan berabis duit korang HAHHAHA good luck! Macam aku memang suka bagi sourvenir pada kawan-kawan, bawak balik benda best bestt rare rare untuk keluarga. So memang aku akan singgah!

agak agak berapa aku bawak duit ke Perth dulu?
 Shopping Murah di Perth - Megabes Products di Freemantle. Aku berhabis dekat seribukkk disini. Shopping barang barang sourvenir untuk keluarga kawan kawan dan diri sendiri. Memang murah harga dia!!! Berbanding di Perth City. Aku memang syorkan korang shopping sourvenir disini ajaa... 
 Hidup tak keruan HAHHAHAHHAA
 aku suka tote beg. macam macam saiz ada
borang Fridge Magnet. cantik cantik pilihan dekat situ. Aku seorang pengumpul tegar FM, korang?????

Dan yang bestnya, di Perth ada ala ala GPO kita, iaitu Watertown Brands Outlet, Perth. Haaaa heaven shopping sini weii! Aku sempat sambar satu kasut skechers sini. Dekat Malaysia dekat RM400++ , tapi di Perth hanya lah RM150 jeeeeeeeeeee. Allahu, takkan tengok saja kan? Haruslahh beli HAHHAHAHHAHA .

 yeayy dapat kasut idaman! tak sangkat jumpa di Perth. Korang kalau nak shopping barangan branded, memang sini lah jawapannya. Harga masih murah kerana sini ala ala GPO kita gituh....
Kasut ni aku baru pakai beberapa kali, sayang weii HAHHAAHA bukan selalu dapat ke Perth kan... Kenangan sangat!!


Tempat Menarik yang WAJIB PERGI di Perth
Selain makan, shopping, ada beberapa tempat yang aku suka nak listkan sebagai TEMPAT WAJIB PERGI di PERTH. Kalau korang tak pergi sini, macam tak lengkaplah percutian korang ke Perth. gituewww. hihi. Dan sudah pasti akan menjanjikan pemandangan yang indah untuk korang. Apa lagi tunggu? keluarkan lah camera dan start posing okay!!!

 
Freemantle & Rainbow Container 
 
Caversham Wildlife Park 
 
Pinnacles Desert 
 
Perth City & Blue Boat House
Lancelin Dunes


Transport sangat MUDAH!
Aku tahu, ramai yang risau nak travel luar negara sebab tak tahu nak pergi ke sesuatu tempat dengan apa? Nak sewa kereta dekat luar negara? Mahal broooo~ Duit lagi huhu. TAPI percayalah, kalau korang pilih untuk bercuti di Perth, public transport di Perth tersangatlahhhh mudah dan menyakinkan! Korang percaya takk? Di sepanjang percutian aku di Perth last two years, aku naik bas, aku naik train, dan aku ada sewa kereta TAPI aku rasa kepuasan sebenar dalam percutian kita, APABILA kita bercampur dengan local people. Jadi, try lah public transport! Jangan risau! Orang di Perth baik baikkkk jeee ;)) Jika korang pilih untuk drive, korang akan rasa kelainan driving at Perth. SYOK!

study maps bas hihihi 
bas di Perth sangat tepati masa!  
kalau korang memilih untuk drive, inilah keadaan ketika drive. 


So apa lagi? Korang teringin takk nak jejakkan kaki ke Perth. Nasib aku tengah busy dengan deko deko rumah sekarang, kalau tak, dah lama aku sambar tiket flight ke Perth. hihi. Tapi tak pe, meh sini aku share macam mana korang nak book flights to Perth ni? Simple sahaja korang... Mula mula korang just pergi Webiste Traveloka, tak kisah korang online di PC or nak lagi mudah, korang boleh jer terus install applikasi Traveloka dekat handphone korang.. Bila dah install tu, korang resgiter dulu. Kenapa kene register? Bagi aku cukup mudah sebabnya kita akan dapat semua notification promo price gituhhh. Siapa taknak kan? Selalunya, Traveloka memang akan bagi notification tarikh tarikh harga runtuh ke destinasi pilihan.



Okay lepas register, korang boleh klik ALL THE FLIGHT details dekat search bar yang tertera. Nanti korang akan nampak, macam macam tiket dari semua airlines, so dari situ korang boleh bandingkan harga-harga airlines yang mana menawarkan harga tiket flight palingggggg murahhhhh. Tapi, mengikut pendapat aku lah kan, aku filter terus Cathay Pacific je. Kenapa?? Sebabnya, Cathay Pacific selalunya akan bagi harga tiket flight yang jauh lebih murah dari airlines yang lain.... So buat apa aku buang masa tengok harga tiket airlines lain kan? Harga Cathay Pacific ni memang murah tak boleh bawak bincang. Budak budak wechat cakap "murah terokkkkk" HAHHAHHA

Dan selalunya, aku akan terus klik harga tiket flight pergi dan balik sekaligus supaya dapat harga tiket flight yang lebih murah. Takkan nak pergi je? Taknak balik ke korang? hihi. So korang cuba buat macam mana tips aku bagi ni untuk dapatkan cheap cathay pacific flights. 



Lepas korang dah klik tiket flight tu, nanti akan tertera dekat screen, harga total tiket flight korang. Takder caj yang tersembunyi punya! Haaaa ini lagi satu kenapa aku suka book dari Traveloka. Sebabnya berapa jumlah harga tiket yang kita nampak dekat screen tu, itulah yang kita akan bayar. Jujur sangat ni. Hati kita pun tak berapa nak sakit hati sangatt hihi... 

Okay, lepas dah settle pilih tiket flight korang, boleh terus buat bayaran. Haaa ini part paling bestt!! Korang boleh buat payment dengan menggunakan e-payment. Mudah kan? Dihujung jari je dah boleh bayar. Kalau korang ada Bank Maybank, aku syorkan korang guna Maybank jek sebab korang boleh dapat diskaun sehingga 15% okay!!! Jimat takkkk? Bijakkk takkkk? Ingat tau, bayar guna Maybank! Jangan cakap aku tak cakap yekk. Ini rahsia tiket murah tau hihihi. Kalau korang baca blog aku, untung laaa dapat tahu rahsia aku beli tiket flights selama ni! HAHHAHHA

So apa lagi tunggu? Book flight korang sekarang dan ENJOY PERTH!! 

9 comments:

  1. Bestnya. Teringin nak pergi. Tapi tak yakin nak jalan sendiri. Hahaha.

    ReplyDelete
  2. ida nak g perth jangan lupa mila tau rindunyaaaaa tengok gambar ida

    ReplyDelete
  3. Salam puan.saya dan adik ada cdg nk p perth thun dpn.kami dua org pompuan boleh ke travel tak sewa keta? Kami xde pengalam an travel sendiri.kalau tmpt jauh yg puan ckp ke pinacle,lancelin,caversham tu mcm mana kami nk pi klu xsewa kete?
    3 hari 2 mlm cukup tak.mmg bajet betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. pinnacle sy bawak kereta sendiri, caversham boleh naik train ke sana. 3h2mlm? allahu tak cukup dikkkkkkk.....

      Delete
  4. Thanks sharing! InshAllah next year kita travel solo ke Perth naik MH KEBETULAN pula sama kita pun beli di traveloka ari tu...:) mmg murah!!! plus Insurance cuma RM1066 return ticket. Yang best best free luggage 20kg + meals

    ReplyDelete
  5. hi..just wondering..yang pegi pinnacle tu pegi sendiri or ade pakai tourist guide ya? Tq

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page