Sunday, March 31, 2019

Senarai Impian dan Kehendak HAHHAHHAHA

Cerita rumah lagi? HAHAHAHAHA . Selepas defect rumah dah settle, walaupun aku masih tak puas hati, ada je beberapa finishing yang tak cantik lagi, TAPI sampai bila aku nak complain, aku nak pindah cepattt sebab gaji aku dah start kene potong bayaran rumah ni, malah rumah sewa still kene bayar jugakkk. HADOI. ah total je dah RM2400 yekkk.. mateyyyyy ;( tu pasal aku tutup mata saja beberapa finishing yang tak berapa cantik tu, nanti kitaorang cat lah semulaaaaaaaaa sendiriiiiiiiiii.................. nak cepat punya pasal, lagi drag lagi banyak kerugiaan aku hukhuk ;((

So, selepas defect settle iaitu selepas aku balik dari honeymoon hihi, aku start list down kan, apa renovation yang aku nak buat untuk rumah ini, berapa bajet aku ada? aku paksa laki aku ukur ukuran satu rumah ni, sampai bergaduh gaduh, tak gaduh takkkk sahhh........ sapa cakap kami loving couple 24/7? Kitaorang bertelagah jugakkkk okay! HHAHHAHAHHA


Untuk renovation, aku memang ikut kehendak aku. sebab rumah pertama kan, semua benda kita teringin nak buat, teringin nak ada rumah impian. gituewww... tapi aku ikut kehendak berdasarkan keperluan lahhh hehe.... kalau ikutkan banyak lagi kehendak aku TAPI aku takda duit HAHHAHAH yang keperluan ni pun dah separuhhh duit aku melayanggg.. sobss.... okay mari aku list down kan renovation yang bakal aku buat. Mana tahu boleh dijadikkan guide line untuk korang, sebab aku pun sebelum mula list reno ini, banyak aku google semua info huhu.......... semua dihujung jarii jewww

Small Renovation :
1. Aku nak buat Wet Kitchen. Aku tak nak masak dekat dalam. Nanti rumah busuk HAHHAHA. Orang cakap pasang laa hood/hoob. Aku tak suka. HAHAHHA . Dapur yang dekat dalam tu, aku nak buat sebagai Dry Kitchen jekk. Sepatutnya aku kene pindahkan sinki ke luar TAPI bajet xdak, so aku maintain sinki dekat dalam. Nak basuh basuh tangan ke pinggan ke, biar jela kat dalam.. #kalaulahakubanyakduit haha .

So disebabkan itu, aku just buat concrete top di luar, dimana diluar itu jugak aku letakkan mesin basuh sebab dah siap ada paip dekat situ untuk mesin basuh hihi. So wet kitchen aku tempat aku masak dan basuh baju hihihiii. Bila aku nak masak, aku bukak la sliding window & ekzos fan dekat situ. So segala asap ke bau ke akan keluar dekat belakang situ, idok akan masuk rumah.... aku tutup pintu nanti HHAHHAHHA.. Haaa itu planning aku. So aku kene buat conrete top+sliding window+ekzos fan. 

2. Aku nak buat plaster ceiling. Aku sukaaaaaaaaaaaa sangat rumah ada lampu downlight dekat atas siling.. hikhik.. Lagipun, dengan adanya PC aku rasa rumah nampak kemas dan teratur. Puihhh... Walaupun pada mulanya, aku rasa PC ni akan perangkap habukkkk je, tapi aku nak rumah aku nampak cantik dan kemas dimata ku. barulah laki binik duduk terperap dekat rumahhhhhh ;p Aku tak buat full house pun, aku just buat dekat living/dinning area dan walkway entrance/bedroom. dalam bilik tak payah.

ala ala macam ni aku punya ceiling nantii hhihi. aku suka design ni walaupun ianya perangkap habukkk HAHHAHAHAHHAHA

3. Aku nak buat Kitchen Cabinet. Ingat tak dapur dalam yang aku cakap nak buat Dry KC tu. Haaaa aku nak ada Dry KC Aluminium. Kenapa bukan kayu? Aku tak nak meternak lipas dan anai anai. Orang cakap, alaaaa mana ada lipas...... Aku cakap sooooooon akan ada............. Aku taknak kayu cepat reput, cepat berbau lipas, reput terkena dek air, aku taknak semua tu..... dan aku tak banyak duit nak tukar KC setiap 10tahun HAHHAHHA so terus menerus aku buat Dry KC Aluminium. Tottally aluminium, tiada kayu seketul pun dalam dry kitchen aku. haaa puas hatiii ;)) dan part ini lah palinggggggg banyak keluar duit HHAHAHHA mateyyy

tema mestilah white KC 

 haaa macam ni , Aluminium KC. semua adalah aluminium. tak gusar lipas anai anai dan tahan lasakkkk.... harapnya!

4. Aku nak buat Walk in wardrobe. Rumah aku ada 4 bilik. Satu bilik aku jadikkan ia stor, satu lagi aku jadikkan bilik baju sahaja, dan dua bilik tu adalah bilik aku dan bilik tetamu.. gitueww ;)) Aku memang impikan, bila aku ada rumah sendiri, aku nak ada bilik baju sendiri semata mata.. Tak kacau bilik tidur aku. Aku tak suka semak dalam bilik tidur hehe..... Dalam bilik baju tu aku akan buat walk in wardrobe/ tempat solat dan tempat gosok baju. gituewww.. wahh!!!

berangan!!!!

5. Aku nak buat Shoe Rack. Kalau boleh ini pun aku nak aluminium. HAHAHHAA. Dan aku nak custome made sebab kasut kami laki binik banyakkkkkk hahaha. Biar shoe rack tu tinggi sampai ceiling dan motif utama aku nak custom made sebab aku nk letak helmet HHAHAHHAHA ntah pape aku punyaaa motif kan? ;p tapi ianya sangat penting untuk nampak rumah dalam teratur.. ;p

haaaa macam ni aku sukaaa. tu tempat letak pokok, aku nk besarkan sikit untuk letak helmet HAHHAHAHHAHAH ok whatttt

6. Aku nak buat Breakfast corner. Haha. Ini paling idaman jugak. Aku nak buat dining corner actually... Aku tengok cafe dan rumah rumah orang omputih sana, banyak corner macam ni. So aku nak tiru dan buat dekat rumah aku. HAHHAHAHA ajet ajet jee kan? ntah jadik ke idokkk ntahh hihihi.... Lagipun, dekat rumah aku tu, layout untuk dinning area memang ber-corner. So just nice aku nak realisasikan impian aku hihihi. wish me luck!

 



Setakat ini, itu lah impian aku dan renovation yang aku bakal buat. agak agak berjaya ke tidak?? hihih... dan agak agak berapaaaa ehh total renovation & kos perpindahan rumah baru aku ni? Aku anggarkan dalam RM40,000.00 tapi kalau lebih , mateyyy hikhikhik ... Dan bila aku dah ada list renovation ni yang telah dipersetujui oleh laki aku jugak, barulah aku start menggoogle sana sini, tanya orang sana sini , untuk dapatkan quotation yang terbaik dan murah! . ini part sangattt memeningkannnnn ...

Till next update ;)

3 comments:

  1. wah..bestnya dah blh mask rumah sendiri..:)

    ReplyDelete
  2. best nya uols.. takpe.. pejam mata je semua tu. InsyaAllah buleh punya.
    Ni rumah dkt taman metropolitan tu kan.
    Nati buat House warming, jgn lupa jemput. Hehe.

    Akk skrg tgh hunting 2nd house pulak.
    dah tua..kena carik cecepat sebelum pencen :D

    ReplyDelete
  3. Jumpa ID dan kontraktor yg best, jangan lupa share tau, hehehe. Tasabar jugak nk ada rumah sendiri weh. Bestnyaa

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page