Sunday, March 17, 2019

Rumah Pertama Kitaorang

Korang!! Aku nak cerita ni. Allahu lamanyaaaa aku tak menaip dekat sini hihi. Sorry. Malas pun iya. Tapi sebenarnya masa itu takdak daaa.. Sekarang ni aku busy sikit . Nanti aku cerita kenapa ehh? Tapi now aku nak cerita dekat korang, tentang rumah pertama aku !!!!! Huwarghhhhhhhhhhh nak nangis rasanyaaaaaa bila dapat tahu, aku bakal ada rumah sendiri. Omo!! 

tengah tunggu kunci sampai hihi


Berbanyak banyak syukur alhamdulillah kepadaNYA yang beri aku rezeki untuk mempunyai rumah sendiri. Setelah 9tahun aku duduk menyewa, finally, my 1st home is cominggggggg. Syukur YA ALLAH atas rezeki ini. Aku sangat tak kisah rumah pertama aku landed ke, atas langit ke, murah ke mahal ke, JANJI IANYA ADALAH SEBUAH RUMAH untuk kami berteduhhhhh ;))

Dan aku tak kesah orang nak cakap, umur 30-an baru nak ada rumah? Sepatutnyaaa umur 20-an dah ada rumah sendiri. Helloooooo................... awak tu siapa nak tentukan rezeki saya? Aku ada tanam impian untuk nak ada tanah sendiri, beli tanah then bina rumah sendiri, masa tu umur aku 20-an. TAPI, kalau dah nama bukan rezeki, memang bukan rezeki. Banyak kisah terpalit tapi kitaorang suami isteri redho. Tunggu punya tunggu, akhirnya, rumah yang seketul atas langit ini jugak laaaaa menjadi rumah pertama ku. Dan aku tak kisah. Perjalanan hidup kita ni indah sebenarnya . Cuba fikir semula, ALLAH memang atur perjalanan hidup kita sesuai dengan diri kita. DIA takkan uji kita dengan benda benda yang bukan kemampuan kita. Percayalahhh ;)) Dan DIA dah tentukan , INILAH MASANYA AWAK PUNYA RUMAH, nahhh JALAN KE RUMAH AWAK. ALLAHuuuuu syukurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr ;))

kemain eksaited dapat kunci rumah pertama . 10.01.2019

Buku Kunci hihhi


Kedudukan rumah sekarang lebih dekat dengan office berbanding dengan rumah sewa sekarang. Itu aku sangat sangat bersyukur. Letih dah 9 tahun aku naik motorsikal jauhhhhh sangatt dalam 45minit dengan office, sakit pinggang aku tau HAHHAHHAHA. Kali ni jarak dalam 20minit dah sampai yeayy hihi..

Sebelum korang tanya dekat komen, meh sini aku bagitahu siap siap, rumah aku beli di PPAM Kepong, rumah under goverment. Loan pun LPPSA. Oh ya, nanti aku up satu entry mengenai Cara Beli Rumah Dengan Loan LPPSA ye? ;)) *ntah bila* HAHHAHHAHA 

Rumah tu harga RM240,000.00 dengan keluasan 1200sqt. 4bilik dan 2bilik air, ada 2 balkoni, satu didepan dan belakang. Berbaloi sangatt kan wakkk. Mana lah kita nak cari rumah sebegitu besar dengan harga murah gitu di area KL ni . hukhuk. Rezekiii ;)) Buat masa sekarang, aku masih belum pindah, aku baru dapat kunci dan rumah pun tengah renovate sikit sikit. Aku mana banyak duitt hihihi. Aku buat mana yang patut  jurrrr ;p Tapi laki aku cakap, mana yang patut tu macam cecah 30k jekkk? HAHHAHAHA adoiii, duit zaman ni macam air wakkkkk... ;p 

 the balkoni :))


Orang tanya bila nk pindah? Ntah laaa... masih reno dan beberapa benda aku nk buat masih in progress. Aku sendiri tak tahu sempat ke tak siapnya KALAU aku nak pindah sebelum puasa iaitu bulan 5. Akhir bulan 4 paling last untuk aku keluar. Oh yaa, lagipun, tuan rumah sewa aku ni nak jual rumah sewa ni... progress diaorang pun dah otw tu.. Aku kene keluar cepat... Kan aku cakap, just nice kan perancangan DIA ;)) Tuan rumah nak jual rumah then aku pun dapat kunci rumah aku ;)) syukur lagi sekali .. semoga dipermudahkan urusan.. AMIN . Rezeki pelbagai bentuk wakkk ;))


Okay till next update ;)


12 comments:

  1. Idaaaaaa.. Nak nangis sama. Allahu. Serius, ini entry yg plg za tunggu banding jln² sbb za xmampu jln², tp perancangan Allahkan dpt umh. Besar umh ida tu. Puas hati sgt hg gitu kt kl. Semoga semuanya dimudahkan tau da. Xsabar nk baca entry cantikkn umh. Mesti bca sambil senyum. Huhu.

    ReplyDelete
  2. Stiap yg berlaku ada hikmahnya.. Walaupun lambat.. Janji Rumah sendiri kan ..syok die smp 2balkoni lg...yg skit2 renovate dh dkt 30k.. Kalo major lg la kn. .Xpe pelan2 kayuh. .Sbb duit mengalir lajuuu mcm air

    ReplyDelete
  3. Seronokkan bila dapat beli rumah sendiri. Apa apa pun tahniah tau. InsyaAllah raya nanti dapat duduk rumah sendiri tu nanti.

    ReplyDelete
  4. Allhamdulillah ida... tahniah... perancangan Allah sangat indah kan...

    ReplyDelete
  5. tahniah ida. dekat rumah izwa ker ida

    ReplyDelete
  6. Tahniah dik ida...akhirnya syukur alhamdulilahhh ❤❤❤

    ReplyDelete
  7. Tahniah ida. Harga tu memang cantik sangat dapat 4 bilik. Tak dapat dah harga macam tu sekarang ni. Seronok pulak baca entry ni hihihi

    ReplyDelete
  8. Salam perkenalan Ida,
    Alhamdulillah impian menjadi kenyataan..
    Memiliki rumah sendiri memang impian setiap orang..

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillahhhh tahniah da...bestnya ada rumah sendiri...akak ni dah nak masuk 40 ha...meyemwa je lagi huhuuu

    ReplyDelete
  10. wah congrats kak.. ash pon tgah tunggu kunci jugak ni.. luckily rezeki dpt rumah selangorku.. tazabar sgt

    ReplyDelete
  11. tahniah ieda.. Ni semua ada hikmahnya.. Allah dah aturkan cantik pada hambanya

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page