Sunday, March 31, 2019

Senarai Impian dan Kehendak HAHHAHHAHA

Cerita rumah lagi? HAHAHAHAHA . Selepas defect rumah dah settle, walaupun aku masih tak puas hati, ada je beberapa finishing yang tak cantik lagi, TAPI sampai bila aku nak complain, aku nak pindah cepattt sebab gaji aku dah start kene potong bayaran rumah ni, malah rumah sewa still kene bayar jugakkk. HADOI. ah total je dah RM2400 yekkk.. mateyyyyy ;( tu pasal aku tutup mata saja beberapa finishing yang tak berapa cantik tu, nanti kitaorang cat lah semulaaaaaaaaa sendiriiiiiiiiii.................. nak cepat punya pasal, lagi drag lagi banyak kerugiaan aku hukhuk ;((

So, selepas defect settle iaitu selepas aku balik dari honeymoon hihi, aku start list down kan, apa renovation yang aku nak buat untuk rumah ini, berapa bajet aku ada? aku paksa laki aku ukur ukuran satu rumah ni, sampai bergaduh gaduh, tak gaduh takkkk sahhh........ sapa cakap kami loving couple 24/7? Kitaorang bertelagah jugakkkk okay! HHAHHAHAHHA


Untuk renovation, aku memang ikut kehendak aku. sebab rumah pertama kan, semua benda kita teringin nak buat, teringin nak ada rumah impian. gituewww... tapi aku ikut kehendak berdasarkan keperluan lahhh hehe.... kalau ikutkan banyak lagi kehendak aku TAPI aku takda duit HAHHAHAH yang keperluan ni pun dah separuhhh duit aku melayanggg.. sobss.... okay mari aku list down kan renovation yang bakal aku buat. Mana tahu boleh dijadikkan guide line untuk korang, sebab aku pun sebelum mula list reno ini, banyak aku google semua info huhu.......... semua dihujung jarii jewww

Small Renovation :
1. Aku nak buat Wet Kitchen. Aku tak nak masak dekat dalam. Nanti rumah busuk HAHHAHA. Orang cakap pasang laa hood/hoob. Aku tak suka. HAHAHHA . Dapur yang dekat dalam tu, aku nak buat sebagai Dry Kitchen jekk. Sepatutnya aku kene pindahkan sinki ke luar TAPI bajet xdak, so aku maintain sinki dekat dalam. Nak basuh basuh tangan ke pinggan ke, biar jela kat dalam.. #kalaulahakubanyakduit haha .

So disebabkan itu, aku just buat concrete top di luar, dimana diluar itu jugak aku letakkan mesin basuh sebab dah siap ada paip dekat situ untuk mesin basuh hihi. So wet kitchen aku tempat aku masak dan basuh baju hihihiii. Bila aku nak masak, aku bukak la sliding window & ekzos fan dekat situ. So segala asap ke bau ke akan keluar dekat belakang situ, idok akan masuk rumah.... aku tutup pintu nanti HHAHHAHHA.. Haaa itu planning aku. So aku kene buat conrete top+sliding window+ekzos fan. 

2. Aku nak buat plaster ceiling. Aku sukaaaaaaaaaaaa sangat rumah ada lampu downlight dekat atas siling.. hikhik.. Lagipun, dengan adanya PC aku rasa rumah nampak kemas dan teratur. Puihhh... Walaupun pada mulanya, aku rasa PC ni akan perangkap habukkkk je, tapi aku nak rumah aku nampak cantik dan kemas dimata ku. barulah laki binik duduk terperap dekat rumahhhhhh ;p Aku tak buat full house pun, aku just buat dekat living/dinning area dan walkway entrance/bedroom. dalam bilik tak payah.

ala ala macam ni aku punya ceiling nantii hhihi. aku suka design ni walaupun ianya perangkap habukkk HAHHAHAHAHHAHA

3. Aku nak buat Kitchen Cabinet. Ingat tak dapur dalam yang aku cakap nak buat Dry KC tu. Haaaa aku nak ada Dry KC Aluminium. Kenapa bukan kayu? Aku tak nak meternak lipas dan anai anai. Orang cakap, alaaaa mana ada lipas...... Aku cakap sooooooon akan ada............. Aku taknak kayu cepat reput, cepat berbau lipas, reput terkena dek air, aku taknak semua tu..... dan aku tak banyak duit nak tukar KC setiap 10tahun HAHHAHHA so terus menerus aku buat Dry KC Aluminium. Tottally aluminium, tiada kayu seketul pun dalam dry kitchen aku. haaa puas hatiii ;)) dan part ini lah palinggggggg banyak keluar duit HHAHAHHA mateyyy

tema mestilah white KC 

 haaa macam ni , Aluminium KC. semua adalah aluminium. tak gusar lipas anai anai dan tahan lasakkkk.... harapnya!

4. Aku nak buat Walk in wardrobe. Rumah aku ada 4 bilik. Satu bilik aku jadikkan ia stor, satu lagi aku jadikkan bilik baju sahaja, dan dua bilik tu adalah bilik aku dan bilik tetamu.. gitueww ;)) Aku memang impikan, bila aku ada rumah sendiri, aku nak ada bilik baju sendiri semata mata.. Tak kacau bilik tidur aku. Aku tak suka semak dalam bilik tidur hehe..... Dalam bilik baju tu aku akan buat walk in wardrobe/ tempat solat dan tempat gosok baju. gituewww.. wahh!!!

berangan!!!!

5. Aku nak buat Shoe Rack. Kalau boleh ini pun aku nak aluminium. HAHAHHAA. Dan aku nak custome made sebab kasut kami laki binik banyakkkkkk hahaha. Biar shoe rack tu tinggi sampai ceiling dan motif utama aku nak custom made sebab aku nk letak helmet HHAHAHHAHA ntah pape aku punyaaa motif kan? ;p tapi ianya sangat penting untuk nampak rumah dalam teratur.. ;p

haaaa macam ni aku sukaaa. tu tempat letak pokok, aku nk besarkan sikit untuk letak helmet HAHHAHAHHAHAH ok whatttt

6. Aku nak buat Breakfast corner. Haha. Ini paling idaman jugak. Aku nak buat dining corner actually... Aku tengok cafe dan rumah rumah orang omputih sana, banyak corner macam ni. So aku nak tiru dan buat dekat rumah aku. HAHHAHAHA ajet ajet jee kan? ntah jadik ke idokkk ntahh hihihi.... Lagipun, dekat rumah aku tu, layout untuk dinning area memang ber-corner. So just nice aku nak realisasikan impian aku hihihi. wish me luck!

 



Setakat ini, itu lah impian aku dan renovation yang aku bakal buat. agak agak berjaya ke tidak?? hihih... dan agak agak berapaaaa ehh total renovation & kos perpindahan rumah baru aku ni? Aku anggarkan dalam RM40,000.00 tapi kalau lebih , mateyyy hikhikhik ... Dan bila aku dah ada list renovation ni yang telah dipersetujui oleh laki aku jugak, barulah aku start menggoogle sana sini, tanya orang sana sini , untuk dapatkan quotation yang terbaik dan murah! . ini part sangattt memeningkannnnn ...

Till next update ;)
Read More ->>

Sunday, March 24, 2019

Macam mana nak check defect rumah baru?

Okay, hari ni nak cerita sikit pasal rumah yang baru beli tuh. Memula selepas korang dapat kunci, bagi yang membeli rumah baru bukan rumah second hand, pertama sekali, apa yang perlu korang buat selepas dapat kunci adalah, check kerosakan rumah ataupun check defect rumah selalunyaaaa.. aku masa dapat kunci rumah tu, memang aku dah fikir, nak check defect rumah dulu, sebelum gelojoh nak renovation rumah tuh hehe. Walaupun aku tak berapa nak bijak check defect rumah, ada yang bijak boleh buat sendiri, tapi bagi aku bila ada yang lebih pakar, kita panggil dia jelaaa tolong check kan kerosakan rumah hehe. Mungkin nanti dimata aku, nampak kerosakan tu OKAY je, tapi bagi seorang pemeriksa kerosakan rumah, ianya adalah TAK OKAY jika tidak dia adukan kepada pemaju. gituewww ;))

Alaaa, aku panggil kawan satu office kitaorang laki bini untuk tolong.... Dia adalah Fulltime JKR tetapi part time bekerja dengan company check defect ni.... So secara tidak langsung, dia tahu apa yang perlu di check, apa yang perlu buat, peralatan apa yang perlu ada , semua semua tu laaaa.. Aku pernah jugak google DIY Check Defect Rumah, TAPI aku tak yakin dengan diri sendiri, sebab takut ada yang terlepas pandang sebab tak selalu buat kerja ni kan.... Bila kita panggil seseorang yang berkecimpung dan setiap minggu turun padang untuk check defect rumah ni, aku lebih yakin sikit laaaaaaaaaaa.. kalau korang nak check sendiri pun boleh.. google la cara caranyaa hehe

mari kita mulakan

alatan yang digunakan

Korang pun kalau nak menggunakan khidmat beliau, boleh la contact beliau. Tapi jangan ingat FREE tau.. Ada bayaran jugak. Sebab agak penat ye nak check kerosakan satu rumah........ Takdak yang percuma dalam dunia ni wakkkkkk.... Tapi bayaran dia taklah sekencang mana, dia pun freelance checker je TAPI tetap bergantung kepada keluasan rumah korang tauuu..... ntahh laa korang tanya lah sendiri hihi ;p Cuba lah bagitahu korang ni follower blog aku, manaaaalah tahu, dia bagi diskaun hikhikhik ;p

tapi dalam masa yang sama, laki aku tolong dia jugak. 

makin pandai nampak? hihi

sticker ni sangat diperlukan. aku sajaa pilih warna pink HAHHAHAA


Macam rumah aku, jenis apartment seluas 1200sqt, upah tak de lahh mahal mana, actually kawan laki ni takmo pun terima duittt TAPI dia dah keluarkan tenaga dan beri masa untuk kitaorang, tak ade apa nak diberi melainkan upah jek hihihi..... TQ tolong kitaorang yekkk ;)) Ni adalah sedikit contoh contoh defect rumah kitaorang ...

 plaster not properlyyyyyy

 hollow tiles

 plaster not properlyyy

hollow & chipped tiles


Siling bilik air bocor



haaaa sepenuh penuh sticker di wall hihihi


Tak sampai dua jam pun, dh habis satu rumah kitaorang dicheck. Selepas settle check, kawan ni akan balik untuk sediakan report untuk kita submit pada Management Office rumah. Bila Management Office dah terima report defect, barulahh kontraktor boleh datang repair ;))..... Aku serah report pada 22/1/2019. MO cakap, dalam sebulan akan siap semua defect ni.. okay baik, kami tunggu ;))

 
inilah draft laporan defect yang akan ditransform ke borang defect PPAM
(jangan lupa amik gambar semua defect yang dah ditandakan tau. Nanti bila kontraktor cakap dah settle, korang boleh check betul ke semua defect sudah direpair... okay?)


Actually hari yang aku pergi submit report defect tu, hari kitaorang akan fly ke sapporo untuk anniversary ke9 hihihi. So bagi aku cuti cuti duluu sebelum pening kepalaaaaaa fikir renovation rumah hehe. ;))

So korang kalau check defect, boleh la contact kawan kitaorang ni, 
WAN +6019-9117618

oh ya, aku ada sorang lagi yang boleh check defect ni, ari tu dia busy sikittt, so kalau wan busy, korang boleh call lagi sorang ni okay? 
NIK +6018-3550869


Okay, till next update ;)
Read More ->>

Sunday, March 17, 2019

Rumah Pertama Kitaorang

Korang!! Aku nak cerita ni. Allahu lamanyaaaa aku tak menaip dekat sini hihi. Sorry. Malas pun iya. Tapi sebenarnya masa itu takdak daaa.. Sekarang ni aku busy sikit . Nanti aku cerita kenapa ehh? Tapi now aku nak cerita dekat korang, tentang rumah pertama aku !!!!! Huwarghhhhhhhhhhh nak nangis rasanyaaaaaa bila dapat tahu, aku bakal ada rumah sendiri. Omo!! 

tengah tunggu kunci sampai hihi


Berbanyak banyak syukur alhamdulillah kepadaNYA yang beri aku rezeki untuk mempunyai rumah sendiri. Setelah 9tahun aku duduk menyewa, finally, my 1st home is cominggggggg. Syukur YA ALLAH atas rezeki ini. Aku sangat tak kisah rumah pertama aku landed ke, atas langit ke, murah ke mahal ke, JANJI IANYA ADALAH SEBUAH RUMAH untuk kami berteduhhhhh ;))

Dan aku tak kesah orang nak cakap, umur 30-an baru nak ada rumah? Sepatutnyaaa umur 20-an dah ada rumah sendiri. Helloooooo................... awak tu siapa nak tentukan rezeki saya? Aku ada tanam impian untuk nak ada tanah sendiri, beli tanah then bina rumah sendiri, masa tu umur aku 20-an. TAPI, kalau dah nama bukan rezeki, memang bukan rezeki. Banyak kisah terpalit tapi kitaorang suami isteri redho. Tunggu punya tunggu, akhirnya, rumah yang seketul atas langit ini jugak laaaaa menjadi rumah pertama ku. Dan aku tak kisah. Perjalanan hidup kita ni indah sebenarnya . Cuba fikir semula, ALLAH memang atur perjalanan hidup kita sesuai dengan diri kita. DIA takkan uji kita dengan benda benda yang bukan kemampuan kita. Percayalahhh ;)) Dan DIA dah tentukan , INILAH MASANYA AWAK PUNYA RUMAH, nahhh JALAN KE RUMAH AWAK. ALLAHuuuuu syukurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr ;))

kemain eksaited dapat kunci rumah pertama . 10.01.2019

Buku Kunci hihhi


Kedudukan rumah sekarang lebih dekat dengan office berbanding dengan rumah sewa sekarang. Itu aku sangat sangat bersyukur. Letih dah 9 tahun aku naik motorsikal jauhhhhh sangatt dalam 45minit dengan office, sakit pinggang aku tau HAHHAHHAHA. Kali ni jarak dalam 20minit dah sampai yeayy hihi..

Sebelum korang tanya dekat komen, meh sini aku bagitahu siap siap, rumah aku beli di PPAM Kepong, rumah under goverment. Loan pun LPPSA. Oh ya, nanti aku up satu entry mengenai Cara Beli Rumah Dengan Loan LPPSA ye? ;)) *ntah bila* HAHHAHHAHA 

Rumah tu harga RM240,000.00 dengan keluasan 1200sqt. 4bilik dan 2bilik air, ada 2 balkoni, satu didepan dan belakang. Berbaloi sangatt kan wakkk. Mana lah kita nak cari rumah sebegitu besar dengan harga murah gitu di area KL ni . hukhuk. Rezekiii ;)) Buat masa sekarang, aku masih belum pindah, aku baru dapat kunci dan rumah pun tengah renovate sikit sikit. Aku mana banyak duitt hihihi. Aku buat mana yang patut  jurrrr ;p Tapi laki aku cakap, mana yang patut tu macam cecah 30k jekkk? HAHHAHAHA adoiii, duit zaman ni macam air wakkkkk... ;p 

 the balkoni :))


Orang tanya bila nk pindah? Ntah laaa... masih reno dan beberapa benda aku nk buat masih in progress. Aku sendiri tak tahu sempat ke tak siapnya KALAU aku nak pindah sebelum puasa iaitu bulan 5. Akhir bulan 4 paling last untuk aku keluar. Oh yaa, lagipun, tuan rumah sewa aku ni nak jual rumah sewa ni... progress diaorang pun dah otw tu.. Aku kene keluar cepat... Kan aku cakap, just nice kan perancangan DIA ;)) Tuan rumah nak jual rumah then aku pun dapat kunci rumah aku ;)) syukur lagi sekali .. semoga dipermudahkan urusan.. AMIN . Rezeki pelbagai bentuk wakkk ;))


Okay till next update ;)


Read More ->>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page