Wednesday, February 13, 2019

Abah pergi buat selama-lamanya | 19.09.2018

Baru ada kesempatan nak update. Lamanya tak update. Rindu dengan blog sendiri. Rindu dengan masa yang ada. Tapi teramat rindu pada arwah abah aku. Hmm. ye korang, abah aku dah tak de. . Rasa macam baru semalam aku duduk berborak dengan dia, hari ini , dia dah takda dengan aku hmmm.. perit rasanya bila orang terdekat kita pergi buat selama-lamanyaaaa ;( rasa tu macam tak boleh nak digambarkan. sampai bila orang cakap sabar sabar dengan aku, aku macam nak jerit, ko cakap senang lah!!! aku yang hilang abahhh. hhukhuk....  itu apa yang aku rasa masa ketika itu lahhh. tapi sekarang, aku dah redho dengan pemergiannya ;( sekarang ni pun baru ada kekuatan nak update blog pasal arwah abah ;(

 last celebration his birthday. Julai 2018

Tanggal 19.09.2018  |  Rabu  |  Aku ingat lagi, aku dekat tempat kerja, baru balik dari lunch, mak aku call, "angaaa, balik rumah sekarang! abah pengsan" . Mujurlaaa rumah mak aku dengan office aku dekat je. dalam 15minit naik motor dah boleh sampai.... mak aku call dalam jam 2pm++ gitu , aku sampai dekat rumah dalam 2.15pm........... bila aku sampai dekat kawasan rumah, kakak aku ada dekat bawah blok tengah tunggu ambulans datang... bila aku naik atas rumah, aku nampak memang abah aku dah pengsan atas kerusi meja makan sambil dipangku oleh emak. . aku, emak dan laki aku berusaha untuk baringkan abah dekat bawah lantai.. 

Ambulans sampai, terus diaorang check abah. Tekan tekan dada pakai mesin apa ntah.... dua tiga kali aku dengar mesin tu cakap "clear" . aku tahu apa maksud clear tu, tapi aku buat buat tak tahu, aku taknak fikir benda tu lagi walaupun masa aku angkat abah turun ke bawah lantai, kaki abah dah sejuk, badan abah berat sangattt ...

Setelah beberapa kali percubaan, pegawai ambulans tu panggil mak aku, dia nak sahkan kematian abah aku wei !!!!!!!! ALLAHuuuu............... jantung kene sentap! aku diam tak terkata, apa aku fikir benar benar terjadik!!! Petang tu hujan.......... lebatt.. selebat lebatnyaa air mata aku.. huwargh!!!!!!!

pic taken dua hari sebelum pemergiannya...


Disahkan kematian abah aku 2.40pm 19.09.2018 Rabu. Perginya abah kesayangan selama lamanya.. Allahu. Tenang lah abah di sana.. Mohon semua sahabat, sedekahkan Al Fatihah, untuk arwah abah kesayangan kita, Allahyarham Baharum Bin Deros. Al fatihah. Amin 

AL FATIHAH

2 comments:

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page