Sekali lagi aku pergi shopping di Kedai Baju Sejuk Bundle Murah dekat Klang. Last kunjungan aku ke kedai baju sejuk bundle ni pada tahun 2017, korang boleh baca di ENTRY INI . Masa aku pergi baru-baru ini, memang dah banyakkkk sangat perubahan pada keadaan kedai itu. Banyak penambahbaikan dibuat oleh owner. Bagusnya ;) Mulut aku dengan laki aku tak habis habis puji "wahhhh makin selesa kedainya" "wahh, makin banyak barang baru" "wahhh dah boleh pakai credit card HAHAHHAHA" dan macam macam lagi penambahbaikan ;))
Untuk makluman korang, Kedai Bundle Preloved ini menyediakan aircond untuk keselesaan korang, sejuk dan selesa untuk korang pilih pilih baju sejuk korang, jangan risau yang bawak suami anak mak ayah, dekat sini jugak ada tempat menunggu, dan lift untuk memudahkan datang ke kedai... kemudahan lain seperti fitting room, toilet dan parking free juga disediakan ;) jemput datang sajaaa hehe
sis datang lagi hihi
credit boleh, debit boleh. sangat mudah sekarang!
customer yang datang mesti bawak balik berplastik plastik hihi
ruang menunggu
bersilang kaki hihihi
fitting room
Dan yang lagi BEST, makin BANYAK baju sejuk bundle dengan pelbagai saiz, warna, dan design. Aku makin rambang mata hihi. . Bukan itu sahaja, dulu, kalau hanya Kedai Bundle Preloved hanya menjual barang barang preloved, tapi kini ada juga barang baru yang masuk dengan harga murah dari pasaran di luar sanaaaaaa.. Haaaaaaa, jimat kan? Ini memang sesuai untuk golongan yang suka barang baru dan murahhh ;))
huwarghhhh, banyak kannn baju.. pening nak pilih, semua lawa semua murahhhhhh ;p
Untuk pengetahuan semua, kini ada lebih 2000 pasang baju yang masuk stok 2-3 kali dalam seminggu. Jemput datang dan cuba sendiri lebih 2000 pasang baju sejuk terserbut sampai muntahhh HAHHAAHA takdak sapa nak marahh. Kini, Kedai Bundle Preloved dah ada staff, yang mana boleh bantu korang mencari baju sejuk bundle pilihan hati ;)) Kalau stok tengah masuk, memang sesuai sangat korang datang shopping, tentu rambang mata sangatt.. Macam biasa, Kedai Bundle Preloved ada menjual wool coat, long wool coat, down jacket, parka, fleece sweater, snow muffler, snow boots, glove, thermal pants, thermal socks, snow spike dan macam macam lagi. mari sini aku belanja gambar hehe ;))
thermal pants
snow muffler
snow cap
glove
glove mulu mulu hehe
glove baby pun ada!
thermal socks
hand warmer
Harga? Masih maintain seperti dahulu. Baju sejuk bundle masih boleh didapatkan dengan harga serendah RM50!! Paling mahal la aku pernah tanya dekat staff kedai, RM100... belum jumpa lagi baju sejuk bundle yang harga RM200 ke atas. Baju-baju sejuk dekat sini bukan setakat murah, tapi ianya berkesan untuk korang yang ingin bercuti ke musim musim sejuk/salji yang mana suhunya mencecah NEGATIF! Kerana kebanyakkan material baju sejuk winter adalah "down feather" so tak perlu lah pakai terlampau banyak lapisan baju untuk cover kesejukkan itu ;)) Haaaa bagus takkk? Dapat baju sejuk yang bagus TAPI murah, jimat kan??
Winter boots? Dikalangan harga RM80 hingga RM180. Lebih RM200? tak dak! Bagi aku, murah lagiii berbanding winter boots di pasaran luar. . Nampak macam mahal, tapi dekat luar lagi mahal OKAY! HAHHAHAHHA, yang ini kira okay laa sebab nak pakai bukannya berkali kali setahun hihi. Setahun sekali kot? hukhuk. Kalini banyak stok untuk winter boots budak budak tau. Baby pun ada!! Cepat mommy datang beli, kang habis stok , TAK TAHU! huhu
Sekarang zaman, semua dihujung jari je. Kalau korang tak sempat nak ke Kedai Bundle Preloved ni, korang boleh je shopping online. KLIK SINI untuk lihat koleksi baju sejuk bundle ;)) Siap pilih dan korang check out then team kedai akan pos ke korang ! Postage seluruh Malaysia ye. Korang jangan risau ;))
Jacket RM50, Boots RM80 hehe ;))
ni ada customer tengah shopping, aku sesaja amik gambar diaorang hehe
barangan lelaki pun ada ya!
yang ini set muffler dan snow cap ialaha barangan baru yeee
tak sabar nak pergi winter!!!
winter boots budak perempuan! lawaya!! pink colour uols !!!
halahh halahhh halahhh , ini winter boots baby. comey!
ini boots wanita .. merah makngah!
winter boots lelaki
pelbagai saiz, mari datang!!
Sedikit tips untuk korang :
5 STYLE YOU CAN TRY THIS WINTER (& KEEP YOU WARM)
Sedikit tips untuk korang : Sini aku kongsikan jugak cara cara korang layering yang betul dan still bergaya ketika bercuti di musim sejuk/salji. Ingat ye korang, kalau korang salah layering, korang akan kesejukkan!!! Bila badan sejuk tahap melampau, nak jalan pun tak best kan? kaki kebas la apa laaaa... dengan susah nak jalan bila pemakaian terlalu tebal hukhuk... Korang boleh enjoy tahap maksima waktu musim salji/sejuk ni jika korang bijak layering dan yang penting OOTD still ON walau berlayer layer korang pakai. hehee. Jemput follow tips itu! dan SELAMAT TRAVEL KE MUSIM SEJUK/SALJI!!
Tips Pemakaian Baju Semasa Musim Sejuk
Jemput singgah ;)) eh eh ajak macam kedai sendiri pulekk hihi
Kedai Baju Sejuk Preloved MURAH
Facebook : BundlePreloved
Instagram : @bundle_winter_outdoor
Alamat : 12-3 (3rd floor), DKebun Comercial Center,
Jalan Desaputra 43-KS-08, Jalan Kebun,
41200 Klang, Selangor.
Waze : "bundle preloved" then sampai depan kedai! yeay!
Waktu Operasi : Setiap hari kecuali JUMAAT CUTI
Waze : "bundle preloved" then sampai depan kedai! yeay!
Waktu Operasi : Setiap hari kecuali JUMAAT CUTI
10.30 pagi hingga 10.00 malam
bestnyer
ReplyDeleteterbaik
ReplyDelete