Tuesday, August 20, 2019

Beli lampu kipas di Kedai Lampu Puchong

Sebelum apa apa, aku nak share kedai lampu paling murah aku pernah jumpa. aku tahu mungkin dah ramai yang tahu mengenai kedai lampu ni. TAPI tak salah kan aku nak share. hihi. Aku beli semua lampu dan kipas di Kedai Lampu 'Houses Lighting' di Puchong. Suatu ketika dulu, kedai ini pernah menjadi viral sebab kemurahan dia. Bagi aku, yang dah beli banyak kali jenis lampu di sana, aku rasa memang murah sikit dari kedai yang lain. HAHHAHAHHA

tadaaaa ini lah hasilnyaaa hukhuk

Untuk persiapan rumah ni, apa yang aku beli dekat Kedai Lampu Houses Lighting Puchong ni?  Actually korang memang kene buat list dulu sebelum korang sampai kedai lampu. sebabnya sampai sana memang berjutaaaaaaa lampu korang akan nampak tau. penat nk pilih .. Semua pun mendongak jekk. sakit tengkuk aku balik dari kedai lampu ni HHAHAHHAHA. Okay, now, meh aku senaraikan lampu kipas dengan harga sekali. khas untuk korang yang bertanya. .


Kipas aku beli 4 buah tapi yang gunanya adalah 3 buah jek. Lagi sebuah aku jual balik sebab salah beli. hikhk. sebabnya bilik ketiga aku nak buat bilik baju kan, so kene kipas yang kecik sikit. So aku dah tersalah beli HAHHAHAHHAHHA, buat list pun salah, acena? Kalau tak buat list, lagi merapu aku beli muahahahaha ;p ... Aku beli 3 buah untuk master bedroom, guest room 1 dan ruang tamu jekkk... Aku beli jenama Panasonic BAYU 5 bilah warna kelabu RM282/sebuah ;))

surface downlight round RM37 untuk 3 bilik 
surface downlight untuk guest room 2 dan dry kitchen RM119
Lampu untuk ruang makan. kemain berjuraii hihihi RM169
Lampu untuk Balkoni RM69
Lampu untuk Entrance RM69

Lampu untuk kedua dua toilet. Pakai lampu panjang LED , RM23/pc 
Aku beli 4 sebab nak letak dekat kedua dua toilet, di yard (wet kitchen), lagi satu spare gitueww hihihi padahal terbeli lebih lagiii HAHAHA


Tak sangka banyak jugak duit keluar nak beli kipas lampu ni. hukhuk. padahal dah cari yang murah murah jekk.. pun  seribu lebih jugak habis huuuuu~ dalam kata aku buat list dan plan sesiap pun ada jugak yang aku TERbeli lebih. aduhhh. salah percaturan pulekkk.. tapi aku jual semula dah dekat FB/IG. settle da semuanya hihi dapatlah pulangan semula duitnyaa ;p

sini ada nama dan alamat kedai. resit harga lain sebab campur beli dengan lampu orang lain. hehhehhe
dah siap pasang!

Jumlah keseluruhan beli lampu dan kipas :
Kipas RM282 x 3pc = RM846
Lampu panjang LED RM23 x 3 = RM69
Lampu Pendant RM169 + mentol bulb RM18x3 54 = RM223
Lampu Pendant RM69 x2 + mentol RM18 + RM24 = RM180
Lampu ceiling RM37 x 4 = RM148
Lampu ceiling RM119 x 2 = RM238
Total RM 1,704.00
Read More ->>

Wednesday, August 14, 2019

Harga Concrete Top di Wet Kitchen

Disebabkan aku cuti harini, aku TER-rajin nak update story pasal rumah aku. Ramainya tanya harga tanya kontraktor mana, boleh rekemen tak? Penat pulak kita wak nak jawab satu satu dm. kihkih So, maka dengan ini, terhasil laaaa entry concrete top untuk entry #VillaAndiIda. KAHKAH! Kemain VILLA kaw! Padahal apartment biashee biasheee jurrr ;p.... Okay sambung cerita mengenai rumah. Jangan jemu yek. Biasa lah orang terujaaaa dah ada rumah sendiri kihkih.

 disebabkan aku masak dibelakang, kiri kanan atas tingkap aku pasang ekzos fan untuk pengudaraan yang sempurna. gitueww kemain.. hihihi


Jujur aku cakap, proses beli rumah, renovation rumah, duit mengalir macam air paip korangg..... rasa macam nak nangis tengok duit makin hari makin surut... #redho #sad



ala ala macam ni aku nak buat. ni kontraktor datang mai ukur then dia lukis tuk aku.


Okay, harini nak cerita mengenai Wet Kitchen aku lahh. Aku survey punya survey punya survey, nak dapatkan harga untuk buat concrete top, ada yang bagi mahal, ada yang bagi murah sangat, itu aku pun takut nak amik, sebab takut kerjanya cincaii pulakk. So aku amik harga yang sedang sedang jekkk. . Aku memang cari tukang indon jek, sebab kalau amik kontraktor ke, siapa siapa ke, memang diaorang akan suruh tukang indon jugak yang buat.. kan???

Tapi pelik, harga indon pulak lagi mahal dari harga kontraktor? HAHAHA ok cuba korang bandingkan ini yaaa 
Harga Concrete Top Double 13.5ft SAHAJA :
Tukang Indon 1 = RM4000
Tukang Indon 2 = RM3000
Kontraktor tapi pekerja indon = RM3000
Tukang Indon via orang KC = RM2000

Aku memang pening nak cari banyak banyak harga, so aku cari empat je. lagipun 2/4 nama diatas, kawan aku yang rekemen. Tapi harga takkan sama setiap tahun sebab harga bahan kan meningkat. So harga aku dengan harga kawan aku dapat beberapa tahun lepas memang takkan sama lah . Aku noted itu. Idok la aku meroyan kenapa aku punya concrete top mahal kan? hihi

Tapi aku kan gatal, sajaaaa tanyaaaa, kalau saya nak add on pasang tiles di sekeliling wall untuk di bahagian Wet KC ni, berapa? Kalau saya nak add on platform untuk mesin basuh saya yg jugakk akan diletakkan di bahagian Wet KC ni berapaaaa? Korang tahu berapa harga yang diberi??

Harga Concrete Top Double 13.5ft + Upah pasang tiles di wall (tinggi 850mm) + upah buat concrete platform untuk mesin basuh :
Tukang Indon1 = RM8000
Tukang Indon 2 = RM6500
Kontraktor tapi pekerja indon = RM4050
Tukang Indon via orang KC = RM4000

Nampakk tak harga harganya? Yang aku rasa dia akan bagi harga murah, ITULAH yang paling mahal aku dapat HAHHAHAHAHHA apooo??? Bermakna sangkaan aku salah belaka. Aku sangka tukang indon akan bagi murah padahal diaorang lagi KETUK aku kaw kaw. choiii. So awal awal aku dah tolak tepi tukang indon tu walaupun kawan aku cakap dia murah dan bagus. Tapi what to do, dengan aku, dia tak bagi murahhh pun........ walau aku kecek bagai nak rakkk HAHHAHAHHAA

So aku proceed dengan dua lagi harga. Disebabkan aku nak buat Dry Kitchen so, tukang KC cakap aku kene rendahkan sikit paip sinki aku. Orang KC tak pandai buat TAPI orang indon pandai, katanyaaa lahh. So aku mintak add on untuk hack pipe ke bawah sikit, berapaaaaaa?? dan tolong tambah plug point dekat dapur.. oh korang tahu, dekat dapur aku, ada 2 point je plug??? gila ke? dapur lah kene banyak point sbb banyakk peralatan elektrik digunakan. choi laa pemaju niii.. kedekkk! HHAHAHHAHHA

Harga Concrete Top Double 13.5ft + Upah pasang tiles di wall (tinggi 850mm) + upah buat concrete platform untuk mesin basuh + hack pipe + add on 3 plug point :
Kontraktor tapi pekerja indon = RM4550
Tukang Indon via orang KC = RM4800
#harga tidak termasuk tiles ye? sebab aku beli sendiri tiles. sajaa nak pilih sendiri. aku tidak mempercayaiiii pilihan tukang HAHHAHAHHA

So, korang nampak dah kan aku pilih yang mana? hihi. Walaupun terlebih bajet untuk Wet KC ni, tapi nak buat macam mana, aku kene redho dengan harga yang makin meningkat tahun demi tahun..... Oh ya, ada yang salah faham, aku panggil Wet Kitchen sebab aku nak masak dekat sini. TAPI takdak pun sinki area sini, sinki di area Dry Kitchen. Ada yang tanya, kenapa tak alih sinki ke bahagian Wet Kitchen, aku jawab senang je "SAYA TAKDA DUIT" HAHHAHAHHAA




Lagi banyak perubahan dibuat, lagi banyak ongkosnyaa keluar HHAHHAHA So bagi aku, sinki dekat dalam ke luar ke, samaaa jaaa bagi aku, sikit pun aku tak rasa menyusahkan hehe. tapi dikatanya pulak, lols itu bukan namanya Wet Kitchen lah. LOLS. suka hati lah nak panggil apa pun .. janji duit aku rumah aku.. kahkahakakhhh!! #kenekecam #keneredho hiks ini semua komen komen dekat IG masa aku share serba sedikit pasal wet kitchen ni. suka kan korang kecam orang? HAHHAHA tapi aku layankan jeeeee, ada netizen ni kadang kadang seronokkkk menjawab HAHAHAHHAHA ;p

Tukang indon start buat kerja hari Jumaat 08/03/2019. Dan hari itu jugak lah, structure concrete top siap. kejap je buat nya eh?? Hari ahad aku pergi beli tile di Jalan Reko dan pergi hantar ke Kepong.. Tukang just bagitahu aku berapa keping nak kene beli then aku pergi beli . Seronok main pilih pilih tile. Macam biasa, kalau tak gaduh tak sah HAHHAHAHA. Time nak buat pilihan mesti tak sependapat maka pergaduhan bermula kihkihkih.

Tukang suruh aku beli tile :
Tiles 2X2 untuk DoubleTableTop = 18keping
Tiles 2X1 untuk Wall = 47keping
Tiles 4X8 untuk wall table top = 50keping

semua tile, kitaorang angkut pakai kereta dari Kajang-Kepong.
ALLAHU, kereta berat nak matikkkk... berjasa betul kereta saga ni. abiyouuuuu

grey tile untuk dinding area wet kicthen

white marble untuk table top

subway tile untuk dinding di tempat masak

Itu estimate tiles dia, tapi aku beli lebih. Mana lah tahu, takut takut ada yang terpecah, at least ada tiles lagi untuk cover kan? Tak payah menyusahkan diri aku nak pegi balik Kajang nak beli lagi .. so better beli lebih dari estimate tukang hehe. #playsafe

Ini yang aku beli :
Tiles 2X2 untuk DoubleTableTop = 20keping (Harga RM16.80/pc)
Tiles 2X1 untuk Wall = 48keping (Harga RM7.80/pc)
Tiles 4X8 untuk wall table top = 55keping (Harga RM2.60/pc)

Isnin 11/03/2019 - Conrete top siap dah pasang tile. Progress harini, diaorang akan pasang tile di wall pulakk..dan seterusnya akan mula hack pipe dan tambah plug point.... semua kerja ini siap dalam masa tiga hari jek!! Hari SELASA semuanya dah settle! Aku punyaa lah terkejut.. Eh dah siap ke?? LOLS. Waktu siap tu, laki aku pulak tak de. Pergi outstation. Aku kene check kerja kerja yang dibuat, adakah puas hatiii? kalau puas hati takda apa apa perubahan, so baru bayar balance duit.......





Dijadikkan cerita, kitaorang pergi check concrete itu hari Sabtu. Dan ada beberapa benda yang kitaorang tak puas hati dan tukang berjanji akan repair pada hari isnin terus.... dan kitaorang laki binik sekali lagi datang check pada hari selasa, dan alhamdulillah, kitaorang laki binik puas hatiii..... settle sudahhhh concrete top yeayyyy.. dan boleh daa buat payment hikhikhik.. tapi yang tak bestnyaaa, tukang indon tu tak dengar kot aku pesan, aku nak balance tiles yang tinggal walaupun tinggal dua keping jeeee HAHHAHA aku nak bagi mak aku lahhhhh hmmm, habis dia buang tiles aku.... katanya dah pecahh tapi entahhhlaaaaaa ;((

So ini adalah kira kira untuk renovation concrete top aku :
Harga Concrete Top Double 13.5ft 
Upah pasang tiles di wall (tinggi 850mm)
Upah buat concrete platform untuk mesin basuh
Hack pipe sinki 
Add on 3 plug point :
RM4550

Beli tiles di Kedai Chye Leong Ceramica Jln Reko Kajang
RM853.40

TOTAL RM5,403.40


 dah siap yeay! itu tempat aku memotong if memasak.. hihi. Itu maksudnya double concrete top yek. atas bawah ada concrete nya. supaya terhalang dari air. sebab belakang ni aku selalu akan basuh basuh kan... ada mesin basuh lagi.. so better buat double concrete.  
 ini ruang aku memasak. aku akan letak dapur gas yang biasa je dekat atas tu.. 
 ini ruang tempat letak mesin basuh. bawah tu ada floor trap, haa senang, hulur je muncung paip ke situ...... senang nak monitor, sambil basuh baju sambil masak. haa gituewww..... padahal rumah aku sempitt, itu jela ruang aku boleh fikir HHAHAHHHAA

tadaaaaaaaaaaa dah siap......................... gila berani matik aku amik warna putih as colour based wet kitchen aku kan? aku memang teramat suka dengan putihh/kelabu/hitam. TAPI aku pilih putih untuk dapur? HAHHAHAHHAA kene rajin sikit mengelap yekkk ;p

 
Aku suka sangat keadaan Wet Kitchen sekarang. Simple bagi aku. Semoga aku GIGIH untuk mengekalkan kebersihan keputihan Wet Kitchen ni HAHHAHHAHAH #prayforIDA

Aku sendiri tak tahu, aku nak share ke tak nombor tukang indon ni sebabnya ada la beberapa perangai diaorang yang aku tak gemar walaupun kerjanya adalah tiptop. CONTOH, janji dengan aku pukul 2pm, tapi sampai dekat 2 jam aku tunggu tak sampai sampai... Akhirnya pukul 4.30pm baru diaorang sampai. SEE???? Aku tak gemar okkk perangai ini. Hmmmm.. aku taknak korang sakit hati macam mana aku berurusan dengan diaorang, so aku simpan dalam dalam jela nombor contact okay? TAPI kalau korang tak kisah nak hadap perangai macam ni, korang komen, tinggalkan email, aku emailkan nombor telefon nanti. TAPI, AWAS ya! Kalau dia buat hal, bukan salah aku. Aku dah warning ni awal awal hehehe...

currently my wet kitchen. simple. white. 
pastikan kemas bersih selalu yekk ida hihihihi

TAPI pintu aluminium tu aku tempah dekat cina yang lain. sebab aku nak bingkai dan rak aluminium. okay nanti aku cerita di lain entry ya? hehee see you!


#Tips: Aku ingat tiles di Jalan Reko dah cukup murah, TAPI tiles di area Jalan Ipoh KL LAGI MURAH!! Kalau korang berada berdekatan, korang pergi dkt sini okay? google je "kedai tiles murah di jln ipoh kl" nanti keluar berderettttttttt alamat kedai hehehhe ....
Read More ->>

Pencuci & Scrub Muka dari SAFI | Beautea by SAFI

SAFI keluarkan produk baru lagi !! WOW!! Dah la sekarang ni aku dah jadik #safilovers hihi. Ye, memang sekarang aku pakai semua produk SAFI. Ngam pulak dengan aku. So aku continue jek. Now aku tengah menggunakan Koleksi Beautea by SAFI. Untuk makluman semua, prdouk terbaru ni Beautea by SAFI, adalah 100% ekstrak teh premium. produk yang dapat membantu kulit kita menjadi mulus dan gebus tanpa berbayar lebih.. Beautea by SAFI ada Empat VARIASI yang boleh kita semua pilih yang mana sesuai dengan masalah kulit kita. Korang kene bijak memilih mana mana cleansers tau. Silap pilih, habis laa muka kitaaaa, nayaaaaaa! So hati hati memilihh. Okay jom tengok, apa yang aku pilih ehhh? 

Beautea by SAFI


Untuk cleansers, aku pilih White Tea & Damask Rose Hydrating Gel Cleanser. Cleanser ini sesuai untuk kulit wajah kering dan normal skin. Haaa kulit aku memang agak kering dan kusam. Yelaaa, kerja dalam aircond kan? Balik rumah ON aircond lagi. HAAA double triple muka aku terdedah dengan suasana kering.. That why, aku pilih White Tea & Damask Rose Hydrating Gel Cleanser yang mana sesuai untuk kulit kering. heee ~

New baby in action heeee~

Cleanser ini tekstur dia sangat lahh lembut dan bau rose dia memang wangi dan semerbakk harum satu toilet bau. hehe aku suka sangat!!! Untuk pengetahuan korang, cleanser dari Beautea by SAFI ini bertindak dalam membersihkan liang tersumbat dan mampu mengecilkan saiz pori pori yang ada di kulit kita. Dalam masa yang sama, ianya mampu mengimbangi tahap kelembapan kulit supaya tidak terlalu kering.

PINK!! dan ROSE! Wangi sangat!!!
White Tea & Damask Rose Hydrating Gel Cleanser - Tiada alkohol, tiada paraben, tiada SLS / SLES, tiada silikon. diuji secara dermatologi. Bahan-bahan: air, ammonium Lauryl Sulfate, Natrium cocoyl alaninate, cocamidoproyl, esktrak daun teh, ekstrak bunga, lactid acid, fragrance dan lain lain.

Cara guna White Tea & Damask Rose Hydrating Gel Cleanser
Sapukan sedikit cleansers ke muka yang basah dan gosok secara perlahan lahan dan bilas dengan air Settle. hehe. 

Dan, tidak lupa jugak aku tengah consume scrub muka. Pun dari Beautea by SAFI, Apricot Tea Revitalising Face Scrub. Haaa ini paling aku suka weii!! Kenapa kita kene scrub muka kita? Sebabnya, scrub muka dapat membantu menanggalkan white head yang halus halus dekat muka, dapat membuang sel sel kulit mati, dengan menggunakan Apricot Tea Revitalising Face Scrub dari Beautea by SAFI, ianya dapat memberikan pencerahan sekata pada kulit wajah kita. Sekali gus dapat memuluskan dan mengebuskan kulit wajah kita.. gituewww. Siapa yang taknak try kan?? 

Apricot Tea Revitalising Face Scrub - Tiada alkohol, tiada paraben, tiada SLS / SLES, tiada silikon. diuji secara dermatologi. Bahan-bahan: air, glyceryl stearate, gliserin, prunus armeniaca (aprikot), serbuk benih, silika terhidrat, minyak zaitun, esktrak buah apricot, ekstrak daun camellia sinensis (teh putih) dan banyak lagi.. 

SUKA GILA SCRUB APRICOT NI! percayalahhh. try!
Cara pakai Apricot Tea Revitalising Face Scrub
Gunakan sedikit scrub, urut perlahan lahan dalam gerakan bulatan kecil di seluruh wajah. Bilas dengan teliti. Penggunaan terbaik adalah dalam 3-4 kali seminggu. Barulah nampak kesan yang terbaik!


Macam mana nak beli?
Korang boleh buat pembelian secara online di website WATSONS ataupun melalui Watsons Mobile Aplikasi. Dapatkan cepat tau korang!! Sebab sekarang ada SALE. Harga biasa RM23.30 tapi SALE sekarang hanyalah RM19.80 jee!! Murah sangat!


INFO :


HAPPY SHOPPING with SAFI MALAYSIA
Read More ->>

Saturday, July 27, 2019

Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion ( 2in1 Penyegar dan Pelembap) JIMAT !!!

Kalau tanya aku, selepas cuci muka, memang wajib pakai Penyegar dan Pelembap. Aku tak tahu la orang lain, tapi aku memang WAJIB. Dulu aku tercari cari apa brand laaaa aku nak pakai ni. Asal pakai je boleh takkk? Asal serasi je jadik laaa.. Janji keluar rumah, aku WAJIB pakai penyegar (toner) dan pelembap (moisturizer).. sampai begitu sekali! Sebab jenis kulit aku ni, kering.... bekerja pulak dalam aircond, bertambah kering laa kulit muka aku kan? Kalau tak jaga, nanti naik la jeragat lah, jerawat la, kusam la, takkkk lofaaaa lah aku macam ni HAHHAHHAHAH ;p

Penyegar dan Pelembap. kiranya ada dua botol. Haishhh payah lah!! Nak bawak travel susahhh! TAPI, syoknyaaa bila aku dapat tahu bahawasanya, Safi Balqis ada produk 2 IN 1, iaitu Penyegar dan Pelembap dalam satu botol iaitu Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion with IR Protection. WOW sangat kannnnnnnnnnnnnnn ~

BFF ~ Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion with IR Protection


Memang aku teruja habis! Terus aku sambar satu botol dan cuba dekat muka aku. Harapnya okay sebab jimat habis ni! Tak payah beli banyak banyak, hanya sebotol mampu cover dua dua perlindungan.. menyegar dan melembap kan kulit muka... gituewww ;)) Senang dan mudah kan bila Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion adalah gabungan formulasi penyegar dan pelembapndalam satu langkah untuk penjagaan kulit yang ringkas namun memberikan kesan lembapan yang optimum. 

Selain bertindak sebagai Penyegar dan Pelembap, Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion ada banyak kelebihan lain seperti :

*  Memberikan 2x penghidratan  dan kesegaran dengan satu penggunaan
* Meningkatkan rintangan perlindungan kulit  untuk mengunci lembapan secara mendalam dan optimum sepanjang hari dengan 5 jenis Hyaluronic Acid iaitu :
    ** Macro Hyaluronic Acid ** Nano Hyaluronic Acid 
** Bio-Hyaluronate Acid  ** Super Nano Hyaluronic Acid 

* Mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit.
* Mencegah kulit dari menjadi gelap akibat radiasi infared (IR) dengan pelindung IR.

Nano Oxygen membebaskan oksigen tambahan ke dalam epidermis kulit agar segar, bermaya dan berseri manakala Nano BioWhite memperlahankan kesan pembetukan pigmentasi untuk tona kulit sekata dan cerah sempurna.

Cara Pakai Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion with IR Protection

 

Mudah sangat.. Sapukan sedikit Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion keseluruhan muka. Tepuk tepuk dengan lembut sehingga meresap sepenuhnya. Korang guna Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion ni 2x sehari tau. Pagi dan malam okay jugak. Make sure pakai selepas cuci muka dengan Pembersih Muka Safi Balqis OxyWhite . 


Simple je kan? Korang kalau berminat nak cuba jugak Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion with IR Protection, korang boleh cari dekat mana mana supermarket berhampiran, watson, guardian, shoppee, lazada, semua ada..... Okay?


Review aku : Memang aku suka guna Safi Balqis OxyWhite Whitening Hydrating Lotion, ni pun sebotol dah nak habis. Hari hari aku guna. Aku letak dekat office, so setiap kali selepas solat, aku akan pakai. Maintain lembap je laaa kulit aku walaupun aku berada dalam office beraircond 8jam setiap hari huhu. Sebotol 100ml hanya berharga RM23.50 bagi aku sangat BERBALOI!! Dan aku rekemen korang untuk cuba jugak. AYUH!



Read More ->>

Tuesday, July 23, 2019

Safi Micellar Natural Cleansing Water (tak pedihkan mata pun!)

Safi Micellar Natural Cleansing Water  |  Pembersih Make Up yang tidak pedihkan mata. Ya ya ya, ini sangat penting yaaaa. Okay, meh sini aku nak tanya korang, macam mana korang bersihkan make up korang yang dah seharian korang pakai tu? Takkan balik rumah, terus tidur , tak cuci muka? Not good tau untuk kulit muka kita..... Paling teruk korang WAJIB cuci semua make up dengan pencuci muka TAPI tu kalau malas sangat laaaaaaa... TAPI nasihat aku, cuci lah kulit muka kita dengan cara yang betul untuk menjaga kecantikan dan kesihatan kulit muka kita ;))

Okay, cara yang betul adalah, korang kene buang semua segala menatang make up korang dengan menggunakan make up remover then barulah cuci muka dengan pencuci muka. Kira macam double cleansing laaa. Barulah kulit muka fawless , tak naik jerawat jeragat segala tuh! Okay , aku faham sangat kenapa korang semua tak suka sangatt pakai make up remover ? sebab pedih mata kan? Aku pun kadang-kadang tersalah beli make up remover, aduhhh pedihh mata tau takkkkk. sadis! 

TAPI kini tidak lagi, aku dah jumpa make up remover yang TIDAK PEDIHKAN MATA okay!! Korang mesti sayang aku lebih laaaaa. KOMPEM! Meh aku nak share dengan korang semua ;)) Sekarang ni aku pakai Safi Micellar Natural Cleansing Water yang tidak memedihkan mata langsung!! siyes tak tipu! Kalau korang tak percaya, korang try guna hihihi.




Kenapa Safi Micellar Natural Cleansing Water ini tak pedihkan mata? Hmmm... sebabnya produk ini adalah berasaskan air yang jernih selain telah diuji secara dermatologi, bebas daripada SLES/SLS, minyak mineral, pewarna alkohol, Paraben, Propylene Gylcol dan tidak mengeringkan kulit. Secara tidak langsungnya, ianya dapat menanggalkan solekan dan kotoran dengan efektif tanpa bilas, mengekalkan kelembapan dan menyihatkan kulit secara semulajadi. Dan semestinya produk Safi Micellar Natural Cleansing Water ini adalah HALAL digunakan oleh semua :))




Untuk korang yang teringin nak mencuba, sini aku senaraikan 3 jenis Safi Micellar Natural Cleansing Water yang boleh korang pilih. WAJIB pilih yang sesuai untuk kulit memasing tau. Jangan memandai je beli mana mana korang suka. Ikut jenis kulit tau? Kalau tak tahu, kulit korang sesuai digunakan yang mana satu, boleh je tanya dekat salesgirl tuh.. Nanti mesti dia akan suggest kan...




Safi Micellar Natural Cleansing Water - ROSE
Didatangkan dengan botol yang berwarna pink...Sesuai untuk kulit normal dan kombinasi. Bau ROSE! Wangi! Diformulasikan dengan 100% bahan aktif semulajadi bunga ROS, boleh membersihkan solekan kotoran dengan satu sapuan serta boleh mengecilkan liang pori yang mengurangkan wajah berkilat.






Safi Micellar Natural Cleansing Water - Cucumber
Didatangkan dengan botol berwarna hijau cair. Dah nama pun timun kan? warna timun, bau timun. Haaa gitueww. sapa suka letak timun dekat muka? Dah boleh try versi timun ni pulakk. Sesuai untuk semua jenis kulit tau..... Diformulasikan dengan 100% bahan aktif semulajadi mentimun. Ianya dapat membersihkan solekan dan melembap serta dapat menyihatkan kulit. Hasilnya, kulit kan menjadi lembut dan bermaya ..wah!





Safi Micellar Natural Cleansing Water - Neem

Sesuai untuk kulit yang berminyak dan berjerawat. Dapat membersihkan solekan dan kotoran dengan satu sapuan mengawal jerawat, hasilnya kulit akan lebih berseri tanpa cacat cela. hehe





Pastikan korang pilih cleansing water yang betul tau. Okay, macam mana cara nak pakai Safi Micellar Natural Cleansing Water ni? Okay, mudah sahaja, korang amik kapas muka dan letakkan sedikit Safi Micellar Natural Cleansing Water ke atas kapas muka dan sapukan kapas rata ke seluruh kulit wajah sehingga bersih. Sepatutnya tak perlu bilas pun tak peeee..... Ianya dah cukup bersih da.. Korang dah boleh terus cuci je muka dengan pencuci muka. TAPI kalau nak bilas pun takda masalah..Mudah kan?? Tak sampai 10minit pun dah siap cuci muka. So, jangan malas ok!


 

 
tiap kali nak solat, aku akan cuci make up dengan safi micellar dulu then baru cuci muka dekat toilet. senang hati nak solat hehe. 


Berapa harga Safi Micellar Natural Cleansing Water ini? Allahu murah sangat!! Apalahhh nak dibandingkan dengan wajah kita yang berhargaaaa ini? ewah! Harganya hanyalah RM17.25 jurrrrrrrrr.... Murah kan??? Korang boleh beli dekat watson ke guardian ke. mana mana lahh. Tak pun, korang boleh jugak beli online. haaaaa lagi mudah! klik klik klik, terus sampai depan rumah! gituhhh!






Untuk maklumat lanjut ataupun promosi, korang boleh carik info di bawah :





Read More ->>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page