Monday, October 22, 2018

Tempat Makan Sedap di Cyberjaya - Restoran Mangkuk Ayam

Baru-baru ni aku dengan kawan kawan blogger yang lain ada food review dekat kedai makan di Dpulze Mall, Cyberjaya. Namanya memang rare. Korang kene sebut betul betul, kalau tersilap boleh buat gaduh hikhik. Restoran Mangkuk Ayam heee ~ comel dan rare kan nama kedai makan ni?
 Restoran Mangkuk Ayam

Kedai makan Restoran Mangkuk Ayam ni terletak di dalam Shopping Mall Dpulze, Cyberjaya di Level P (Ground Floor). Restoran Mangkuk Ayam ini menunya lebih kepada MEE. Sangat sesuai untuk korang yang ingin ber-Hi Tea bersama kawan kawan pada sebelah petang... Korang jangan terkejut pulak bila korang sampai dekat Restoran Mangkuk Ayam ni, semua peralatan, perhiasan bertemakan seekor ayam jantan. Ini lah salah satu kelainan Restoran Mangkuk Ayam ni. Kalau rare rare ni, memang mudah diingati orang kan?

#Tips. Kalau korang nak parking hampir dengan kedai, korang parking di area P1-C30 dan sekitaranya. Memang Restoran Mangkuk Ayam bebetul depannyaa hehe.
 Hiasan Dalam Restoran Mangkuk Ayam
Hiasan Dalam Restoran Mangkuk Ayam
 Keadaan Restoran Mangkuk Ayam

Keadaan kedai agak sempit kalau fullhouse but its okay since menunya terbaikk!

Menu-menu yang ditonjolkan pula, bukanlah satu menu yang baru dikalangan kita orang Melayu,  TETAPI korang patut datang untuk MENCUBA RASA kelainan di setiap menu yang disediakan. Apa ehh menu menunya? Meh sini nak beritahu ;))

Menu Restoran Mangkuk Ayam:


Percaya tak aku makan semua ni?? 
 Ini adalah Signature Restoran Mangkuk Ayam iaitu - Assam Laksa RM11.90
 aku sempat mencuba menu assam laksa ni. memang kaw kaw padu kuahnyaaaa! Buat penggemar masakan yang tidak pedas, sure menu ni akan menjadi favourite korang! Korang tengoklaaaaa, besar ke idok mangkuk ayam dia? Pasti KENYANG!!!
 Mee Kari RM11.90
Kuey Tiaw Sup Ayam Rm11.90
Nasi Rendang Daging RM13.90 - Okay ini memang aku rasa terbaik sangat!!! Sebab apa? Sebab rendang daging dia. Aku tak order menu ni pada mulanya, tapi aku rasa dekat pinggan Yana. Sungguh tak menyesal aku rasa. Rendang Daging dia memang padu kaw kaw memang sebijikk macam rendang daging di pagi hari rayaaa hehe ;)) Tak percaya? Cuba lahhhh
Nasi Kari Ayam RM12.90
 Bubur Ayam RM8.90. Ni bubur ayam bukan biasa biasa tau rasanya. Memang terbaik sangat rasa bubur ayam dia. Macam bubur ayam mcd hikhik... sedap!! di makan pulak dengan segala aksesori yang disediakan seperti kacang, sambal, telur asin dan lain lain, aku rasa cukup kombinasi si Bubur Ayam ni. Dan kalau tanpa sambal, menu ini adalah sangat sesuai untuk kanak-kanak. Friendly food for kids gituewww ;))

Yang paling WAJIB korang cuba adalah, Mee Rojak. Dekat Restoran Mangkuk Ayam ni ada dua jenis rojak iaitu Mee Rojak Ayam dan Mee Rojak Sotong, oh ya, Mee Rojak Biasa pun ada. Ketiga ketiganya sedap! aku dah rasa yang mee rojak sotong. perghhhhhhhhhhh. memang terbaikkk. macam menu mamak tepi jalan yang rare ituewww. kini boleh dapat makan di shopping mall berhawa dingin. gituewww weiii ;))

 Mee Rojak Ayam RM10.90
Mee Rojak Sotong RM11.90 - TERBAIK!!!
 Tidak dilupakan jugak Rojak Buah RM7.90


Eh kalau korang rasa semua menu menu diatas adalah menu berat, nahhh, Restoran Mangkuk Ayam juga ada menyediakan menu menu snack dan dessert seperti ;

Pecal Sayur RM7.90
 
Kari Bebola Ikan RM7.90 
Taufu Sumbat RM7.90 - Ini aku rasa. Memang sedap sangat!! Sebiji macam mak aku buat deduluuu kala hehe. Kuah pedas dia tu yang buat sedap ok!!! Wajib order dua pinggan sebab 4 ketul TAK CUKUP HEHE       
Mangga Ais RM7.90 - Ini memang WAJIB ORDER. Memang ada buah mangga dalam mangkuk air tu. Penuh semangkuk. Tak payah order air lain, memang sangatt sedap!! Berbaloi beli ;))
Lai Chee Kang RM6.90
 
Jus Kedongdong Asam Boi RM5.90  |      Teh Tarik RM3.90                       


Nak lagi bagus, Restoran Mangkuk Ayam ni bukan saja menyediakan menu ala-carte malah ada juga menyediakan KOMBO SET yang mana aku rasa LAGI JIMAT!!! Apa maksud menu KOMBO SET? Okay macam ni, ada beberapa menu yang didatangkan sekali dengan air yang menjadikkan set makan tersebut lagi jimat ;)) Kalau aku, dah tentu tentulah aku suka KOMBO SET hehe. Tapi terpulangla korang jika taknak KOMBO SET, order ala carte pun boleh jugaaaa ;)) Mana tau, korang taknak air yang disediakan, nak order air lain ke kan?? hehe

KOMBO SET 
 Harga menu menu yang lain. .

Secara keseluruhannya, aku tersangat puas hati makan di Restoran Mangkuk Ayam ni. Portion besar. Harga pun standard sahaja. Walaupun kedai agak sempit bila fullhouse, tapi aku okay saja since bila ramai ramai ni nampak happening sikit hihi. Kebersihan dan layanan aku bagi LIMA BINTANG! Walaupun kadang kadang waiter tak berapa faham apa aku cakap .. hihihi. Overall, IDA BAGI 4/5 ;)) 

Thank you Restoran Mangkuk Ayam sudi invite ida ;))
Thank you bloggers sudi datang teman ida hehe ;))


So kalau korang ingin mencuba menu menu di Restoran Mangkuk Ayam, nah info untuk korang;

RESTORAN MANGKUK AYAM
Alamat : P10, Dpulze Shopping Centre, Cyberjaya
Waktu Operasi : 11am-10pm

2 comments:

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page