Friday, September 7, 2018

Tempat Menarik di Perth | DAY 1 PART 2

Setibanya kitaorang di hostel Kangaroo Inn, masih terlalu awal untuk check in TAPI kitaorang tersangatlah rushing untuk ke tempat tempat menarik di perth ni. takleh bazir sesaat pun HAHHAHA so aku pun request la dekat kaunter, boleh laa bagi kami check in satu bilik pun jadik laaa, sekadar untuk meletakkan beg je. lepas tu kami nak cabut pergi jalan jalan HAHHAHHA masa tu pukul 10.30am kihkihh. and guess what? mestilah tak dapat HAHAHHAHA bilik tak siap kemas lagi. TAPI hostel benarkan kitaorang letakkan semua beg beg kitaorang dekat tingkat bawah dalam satu bilik stor kecil kot. Okay lah , janji tak hilang beg beg kitaorang hihii

dekat sini lah kitaorang tinggalkan beg , tu kat dalam pintu putih tu haaaaa

Selepas settle segalanyaaaa, barulah kitaorang menuju ke destinasi pertama di Perth, yeayyy. Hari pertama ni kitaorang akan ke area Freemantle. Dan ada dua tempat yang kitaorang akan cover bila tiba di Freemantle, Rainbow Sea Containers dan E-Shed Markets. Sepatutnya ada beberapa tempat lagi, tapi dah terlewat tak sempat nak cover sekali. aduhhhh. mungkin ini petanda kene repeat?? hihi. Untuk makluman korang, E-Shed Markets ni hanya bukak pada weekends sahaja iaitu Jumaat-Ahad je tau? That why, aku rushing pergi E-Shed Market ini pada hari pertama sampai di Perth. Sebabnya flight balik kitaorang pada hari Jumaat, so memang takkan ada masa nak pergi kalau bukan pergi pada hari pertama tiba di Perth (hari ahad) hihi. faham kan? Dan korang memang wajib datang E-Shed Markets sebab barangan shopping tersangatlah heaven dan murah!!!!!!

bermula kisahnya hidup dengan maps di Aussie hihi

Rainbow Sea Containers, Freemantle
Macam mana nak pergi ke sini?
Untuk makluman semua, kitaorang pergi ke Rainbow Sea Containers, Freemantle dengan menaiki Transperth Bus. Bayangkan 13 orang nak naik bas. kecoh tak kecoh? HAHHAHAHHA Ingat tak tiket bas yang kita beli masa naik bas dari airport? Kan aku buy Family Rider kan? Kita masih boleh guna ye tiket bas tersebut, sooooooo jimattttttttt ;)) Tiket Transperth Bus dari Airport ke Perth CBD, FAMILY RIDER 12.90 (7pax) (convert to RM42.96/7pax) . Haaa kalau korang datang Perth time weekend, jgn lupa beli family rider okayy ;)) Maps memang dah ready cumanya TAK TAHU dekat mana station itu terletakk kihkih. So google lols... Okay, route dia macam ni :

Dari Kangaroo Inn ke Rainbow Sea Containers, Freemantle
Naik Transperth Bus No.910
Naik di St Georges Terrace (Stop No.10132 (D) dan turun di Canning Hwy Before Tuckfield St (Stop  No.10279)
Timetable Bus Route 910 

 Dari Kangaroo Inn ke St Georges Terrace (Stop No.10132 (D)
Google Maps memang sangat membantu. Sebelum korang pergi, aku sarankan korang sila sediakan google maps terlebih dahulu
ni street view yang aku amik dari google maps

sama ok! hihi
 Bus Stop Canning Hwy Before Tuckfield St (Stop  No.10279)
 Rainbow Sea Containers tuuuuu sebelah jalan sanaaaaaaa jurr
Bus No.910 tau!
i'm happy girl !


Korang jangan risau kalau terlepas station bus, sebabnya korang boleh je mintak tolong driver bus untuk remind korang bila dah sampai di tempat yang ingin dituju. Driver bus Aussie tersangatlah baik walau mereka garang HAHHAHAHHAHA ;p kalau tak senang duduk juga, korang kira la bus stop yang bakal korang tempuh. sila duduk tepi tingkap, boleh nampak tau nombor nombor bus stop itueww hehe ;))

Tips aku : korang print sesiap timetable bus itu, dan print sesiap gambar street view nombor bustop yang korang nak turun tu. Korang masuk website ini Timetable Bus Route 910  dan akan nampak timetable bas dan korang klik dekat nombor bus top yang korang nk turun itu, dan klik pada 'view street view" sila print gambar yang berkenaan, senang nanti bila tiba di Perth, korang tunjuk je gambar tersebut.. okay?? 




  view street view

Sesampai je di Rainbow Sea Containers, Freemantle, kitaorang memang bergambar tak hengat dunia. disebabkan kitaorang sampai dekat rainbow containers tu dalam pukul 12.45pm, memang tengah panas yang berangin kuat, kitaorang bergambar tak hengat duniaaaaaaaaaaa... takdak orang langsung!! mungkin tengah hari kan? sapa gilaaaa nk bergambar dekat tepi jalan tu HAHHAHAHHAHA tapi ada kitaorang kesah? Dengan containers yang colourfulll, dengan langit biru bak lukisan, dengan angin laut sepoi sepoi, ishhhhh kerugiaaaan sungguh siapa sampai Perth tak datang sinii hihihi.. ;p













rindu sangat angin sejukkk dekat Perth hihi

Dalam 1.15pm, kitaorang pun gerak untuk ke E-Shed Markets, Freemantle. Takleh lelama sebabnya E-Shed Markets tu tutup pukul  5pm, kita nk shopping banyakk ni  mana cukup dua tiga jam jurrr HAHHAHAHHA.. Okay, macam mana  nak ke E-Shed Markets, Freemantle? Korang just naik bas yang sama dengan tiket yg sama okay? Untuk ke E-Shed Markets, bus stop nya adalah yang paling terakhir saja . So senang kan? Bila semua orang turun, korang pun turun jelaaa kofkofkofkfkfff . Bila turun tu, korang just jalan terus sampai la korang nampakk trek keretapi sebelah kanan, dan sila ikut signboard ke E-Shed Markets. Actually kedudukan E-Shed Markets ni bebetul di belakang station keretapi Freemantle. kalau tak yakin, pasang maps or tanya local ye? tapi dah hampir sangat , takkan sesat punyaaaaa.... 10min jalan kaki jurrrr ;p

Google maps dulu ya? Dari Freemantle Station ke E-Shed Markets. 10min walking distance sajaaaa ;))
turun dari bas no.910
lintas jalan

tu haaaa E-Shed Markets. nampak takkkkkkk

dah sampai yeayyy

 Kedai Aussin - aku banyak shopping sini
Kedai Megabes - pilihan kurang sikit dekat kedai ni


tu semua dalam bakul, aku yang punyaaaaa HAHHAHHAA


nak bayar, sila meninggal dulu kihkih


berapa lah agaknyaa total kita ni? HAHAHAHA

kaw mampo 1st day sampai Perth, dah shopping kaw kaw kaw HAHHAHAHHA mateyyy

Dari jam 1.30pm sampai la ke 4.10pm, kitaorang dalam E-Shed Markets tu. Percaya takkk? HAHHAHAHHAHA Berapa habis dalam tempoh 3jam ituew?? Mateyy aku. Disebabkan aku baru buat entry, means aku baru siap meng-convert segala macam harga, so memang aku macam nak meninggal bila tahu setiap harga barangan yang dibeli HHAHAHHAA , bila dekat Perth, aku memang taknak convert sangat sebab itu boleh potong nafsu aku nak shopping kahkahkahkah!! so bila balik Malaysia ni haa baru nak update entry, barulah aku tahu harga yang sebenarrrr.. kuikuii.. #SisRedho ;p ... Jom aku senaraikan harga-harga sourvenirs yang boleh dibeli di E-Shed Markets, Freemantle okay. Senang korang nak sediakan bajet untuk sourvenirs hihii

Beg Tote Plastik boleh lipat jadik kecik $3.95
Fridge Magnet 1 papan ada 6pcs $2.95
Fridge Magnet Batu $2.50/pc
Fridge Magnet Koala Bear Kecik 1paket ada 12ekor $2.50
Pelapik Cawan 1paket ada 5set $2.00


Tote Beg ada zip kain bestt $4.95
Cap $2.50
Soft toy Koala & Bear $1.20/pc
Pelbagai jenis tote beg. Besar $3.00, Sederhana $1.50, Kecik $1.20





Ni antara barang barang sourvenirs yang aku beli dekat Kedai Aussin dan Megabes. Ada dua je kedai  sourvenirs murah dekat dalam E-Shed Markets tu. Tapi aku lebih kepada Aussin. Megabes tak banyak sangat pilihan TAPI dengar citer kalau nak lagi lagi lagi murah, korang kene pergi kilang diaa. Kilang dia kat mana? Ntahhhhhh HAHHAHAHHAHAH sila google lah ye? ;p Yang mana aku ingat harga dan ade resit, tu aku tulis, yang mana aku tak tulis tu aku dah TAK INGAT! HHAHHAHA


E-shed Markets - Open 9am to 5pm (include public holidays)
General Market - Friday to Sunday / 9am to 5pm
Food Court - Open till 8pm
Website : http://eshedmarkets.net.au/


Tempat Makan Wajib Cuba di Perth
Selepas settle shopping di E-Shed Markets, kitaorang baru mula rasa lapar kahkahhh! So memang aku dah aim, kalau datang Freemantle, aku nak cuba Fish N Chip yang dikatakan sedap nak mateyyy oleh Malaysian yang pernah makan. So gigih la kitaorang pikul barangan shopping berplastik plastik menuju ke Kailis' Waterfront Freemantle. Actually ada dua kedai fish n chip yang famous amous TAPI aku pilih untuk ke Kailis sahaja. ;)) Macam mana nak ke Kailis' Waterfront Freemantle dari E-Shed Markets, perjalanan walking distance dalam 15minit rasanya tapi memenatkan sebab bawak banyak barang tapi enjoy view yang sangat cantikkk.. Kitaorang guna google maps sahajaaaa ;))

Kailis' Waterfront Freemantle
Open Monday-Friday
10am-8pm
Website : http://www.kailis.com/fremantle/

google maps lagi. Dari E-Shed Markets ke Kailis . Dalam 10minit walking jugaaa. dekat dekat je semua tempat ni.... dont worry ;))
Babai E-Shed Markets
dengan barang banyak, kitaorang jalan kaki ke Kailis. HAHHAHAH berat nak mateyyy
Tapi bukan aku la yg bawak, laki aku la. I LOVE MY Badang Kecik hihi

Sampai di Kailis' Waterfront ni, orang memang ramai. Orang malaysia sana sini ada. Ni Perth ke KL? HAHAHAHA Kitaorang saja amik tempat luar dari kedai, saja nak amik angin sejuk. memang angin sejuk gilaaaa weii time ni. Walaupun dah pukul 4.30pm gituew... Apa yang kitaorang makan? Aku order satu plate je, sebab satu plate tu portion dia besar gilaaaaaaaaaaaaa, banyakkkkkkkkk, mohon sharing ye. kang tak habis pulakkk....... serius besar! kenyang! sedap? tak berapa sangat TAPI WIN sebab portionnya besar! Harga? meninggal HAHHAHAHHAHAHHA ;p


tadaaa dah sampaiiii yeayyy
duduk luar sejukkkk




Menu - banyak kan??? Mari mari pilihhhh
THE MENU




Nak order air panas, boleh ke kaunter sebelah lain yaaa

mampo ke sejuk sejuk nak makan ice cream???


Aku order satu plate jek. Sebabnya portion dia besar okkk... fries semua gemok gemok HAHAHAHA Ini pun dah harga $17.50 = RM58.28 !!!!
aku order jugak Hot Chocolate $4.50 = RM14.99, $. Kengkonon nak minum panas panas sempena cuaca sejuk gilaaa TAPI tak sampai 10minit, Hot Chocolate aku dah sejukk dek cuaca sejuk sangatt HAHHAHAHAHHAHA 
happy tummy - jom balikkk

Dalam jam 5.45pm, kitaorang gerak untuk pulang ke pangkuan jalan hihi. Jalan menapak lagi ke bustop yang mula mula kita turun tadi. Masa ni dah nak gelap. Al maklum la, dekat Perth sana, malam dia cepat. Suasana pukul 5.45pm di Perth dah sama macam 6.45pm di Malaysia .. gituewww... Ala ala nak magrib laaaa kann... So masa menapak balik tu, enjoy jugak view sunsett gitu ;)) Syukur, Subhanallahh. CANTIK! Macam biasa, naik bas yang sama, Bus No910 dan guna tiket yang sama dan turun di St Georges Tce Stand O P (After Irwin St) (Stop No:10078)

Bathers Beach, Freemantle
 
Bathers Beach, Freemantle - 17.50pm



Freemantle, WA





Dari Freemantle ke Kangaroo Inn 
Naik Transperth Bus No.910 (guna tiket yang sama masa pergi)
Naik di Freemantle Station (Stop No.10438) dan turun di St Georges Tce Stand O P (After Irwin St) (Stop No:10078)
Timetable Bus Route 910 


Naik di Freemantle Station (Stop No.10438) dan turun di St Georges Tce Stand O P (After Irwin St) (Stop No:10078)
 view street view
Tiket Bus Family Rider guna seharian hihi

Korang kalau nak naik public transport ni memang kene pening dan berfikir sikit cara melihat timetable bas dan nama nama nombor nombor station bus stop yang perlu kita naik dan turun. selamat berpening HAHHAHAHHAHA ;p

Sesampai je di hostel dalam jam 8pm gituew, aku terus amukan dengan wifi samurai aku, disepanjang hari pertama aku di perth, aku TAKBOLEH GUNA WIFI AKU !!!! Geram gilaaaaaaaaaaa! Bayar mahal mahal sekali tak boleh gunaa?? Heyy aku angin satu badan! Macam mana aku nak bercontact dengan customer aku kan? Or lagi teruk, macam manaaaa aku nak search jalan kalau tak dak internet! HEY AKU MARAH !!!! Nasib baik dekat hostel, wifi laju teruk yang mana aku boleh contact si PIC untuk Wifi Samurai aku ni. Dia ajar macam macam still tak boleh buat jugaaaaaaaaaaaa, last last rupanya rupanya, di Aussie, internet yang dibenarkan hanyalah 1gb sehari , ye ke????? Ni orang Wifi Samurai lah yang bagitahu aku. So penggunaan aku dah melebihi 1gb hari pertama tu, that why la aku dah tak boleh ON WIFI aku. Haishhhhh. 1GB je??????? Tak sampai setengah jam memey dah habis la jawabnyaaaaa! Choi laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa aku marah sampai aku tertido haha

data habis. sebabnya 1GB je diperuntukkan sehari. Betul ke? Ke aku kene kencing dengan samurai wifi??????? takkan bayar mahal mahal dapat 1GB jek!!!
so aku rekemen, korang tak yah sewa wifi dari Malaysia, beli saja simkad dari sana, suruh je orang kedai telco tu untuk tukar simkad dan aktifkan simkad korang. Settle.. Murah jek!!! 


Masa taip entry ni pun aku rasa macam nak marah lagi hahaha  ,
okay lah sambung DAY 2 next Entry ya???


Kira kira ke Perth dua orang, 29/10/2017 - 03/11/2017
Shopping di E-Shed Markets ($283.10 = RM942.72)
Makan di Kailis Fish N Chip
( Fish N Chips $17.50 = RM58.28 , Hot Chocolate $4.50 = RM14.99 )

Total RM1,010.00

6 comments:

  1. hoiii da satu hari 1k gilaaaaaaa mana barang ko? brg ko takde kan kan semua brg org hahahaha.

    ReplyDelete
  2. Tu dia lawanya permandangan di Perth. Biru langit tu geramnyaa tengok, teringin nak ke sana. Eloknya buat visa dulu ke atau beli tiket dulu? Jimat sungguh pengangkutan kak ida sekeluarga sebab guna family rider tu. Nice sharing! Thankyou

    ReplyDelete
  3. gambar lawa2 cheeeq suka hehe.. banyak betul borong berplastic2 hhe mesti suka tokey kedai.
    tapi da sampai wajibla memborong kan =D

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page