Monday, September 17, 2018

Kereta Sewa Murah di Perth

Semasa aku pergi bercuti ke Perth, dalam tempoh 6hari5malam tu, selama 3hari2malam aku ada sewa kereta di Perth. Untuk apa sewa kereta di Perth? Untuk aku berjalan ke tempat tempat menarik yang lebih jauh dari city. yang takdak public transport . sebab dalam city, aku memang naik public transport sepenuhnya ..

masa ni berhenti tepi jalan semasa menuju ke Lancelin. cantikkkk sangat view. rugi korang tak berhenti if lalu dekat sini. hehe

Actually, Last minit juga aku plan nk sewa kereta. So agak kelam kabut mencari kereta sewa yang murah ketika itu. Ada yang lebih murah tapi dah full house. So tinggal lah ini yang tak berapa nak murah dan tak berapa nak mahal. Sesedang helok je harganya dan mampu bayar HAHHAHAHA. Dan aku pun book dari Kak Maya, warga Malaysia yang tinggal di Perth. Dari mana aku dapat nombor telefon kak maya? dari kak ameris heee ;))

 kereta compact. untuk dua orang. kecikkk jek. jadik laa kan?? 


So, segala urusan booking kereta sewa di Perth diuruskan oleh Kak Maya. Aku sewa kereta sewa untuk 3hari2malam shj, untuk kereta sewa yang kecik molek jurrr, sebab aku dengan husband je. Kengkawan aku yang lain tak sewa kereta, diaorang hanya jalan-jalan city shj ;))... Kak Maya uruskan booking TAPI bila tiba di Perth, aku pergi pick up sendiri kereta sewanya sebab Kak Maya takde time tu... Kalau kak Maya ada, dia akan hantar kereta dekat korang, tak perlu korang susah susah pergi pick up kereta tauu......

 kitaorang pergi pick up di office nya. masa mula mula booking dengan Kak Maya, korang search dulu, office yang mana paling dekat dengan korang untuk pergi pick up kereta (if korang kene pick up sendiri lah yee). aku malas nak naik bas untuk pergi sini, so aku book uber jek. HAHHAHAHA #empatpuluhhengget ;p

 Counter
 View details booking 
sign pleaseeeeeee.. i'm promise to taking care the car unless i'm so rich to pay extra   HHAHAHAHHAHA

Untuk makluman korang, polis di Perth sangat staright yee... Beberapa rules yang korang kene patuh, kalau taknak kene saman beratus ratus, sila patuhi undang-undang ya. Yang paling utama adalah, sila drive mengikut had laju yang ditetapkan. Kalau lah korang drive tak ikut had laju, tau tau, kereta korang akan diekori oleh kereta polis. jangan pelik dari mana dia datang okay? HAHHAHA. Dan sesiapa yang travel dengan baby ataupun kanak-kanak bawah 12 tahun, korang memang WAJIB dudukkan anak anak korang dalam car seat. WAJIB ye! Kalau tak, tau tau nanti korang dapat saman, mateyyyy nak membayarrrr. So sila patuhi undang-undang yaaa. Bagi aku, ini dua undang-undang yang WAJIB dipatuhi ;))

Details Booking Kereta Sewa di Perth

Okay, itu adalah details aku sewa kereta di sana. Sewa kereta compact (kereta kecil) adalah $40/day. Murah kan?? Tapi disebabkan banyak nau add on, tak berapa murah sangat lahh HAHHAHAHA. Aku terpaksa add on sebab aku takut malang tak berbau, so better aku bayar lebih supaya keselamatan aku dan suami terjamin hehe. So apa yang aku add on? Insurans kereta dan tambahan millage(KM), mana lah tau kot kot aku TERlajak drive. HAHHAHHA dari aku kene charge dikemudian hari, baik aku add on. hihihi

  masa staff diaorang bawak tengok kereta, pastikan korang amik gambar dan video dekat mana ada calar balar, ada bukti if masa pulangkan kereta nanti, diaorang tuduh korang yang buat. #playsafe

i'm ready !!!!!

oh ya, GPS ni aku tak book. TAPI owner bagi FREE je.... yeszaaaaaaaa. Thank you Sir. ;))

Tapi kalau la korang ada tempat sewa kereta yang menawakan millage (KM) unlimited, sila jangan lepaskan ye? hehe. Kan aku dah cakap, aku ni planning last minit, kalau tak, sure dapat lagi murah. BUT its okay, ini pun dah cukup memadai untuk aku hehe , janji ada kereta ye dak? ;))

Pengalaman memandu di Perth? Laki aku yang drive. Dia cakap tersangat lah berbeza perasaan memandu di Perth. Terpaksa menjadi berhemah HAHHAHA yelaa, dekat KL dah biasa drive lelaju kan? Tapi dekat Perth, kau kene drive ikut had laju. yang mana rata rata 60-70kmj jeeeee. Boring okayyyy!!! Slow mana pun kereta kau, takkan ada yang berani hon. itu paling BEST !!! So sesuai la dengan keadaan kita yang tak tahu jalan, nak follow GPS lagi, so korang takkan pelik dan janggal bila kene drive slow. hihi. Dekat highway dalam 70km/j weiiiiiiiiii.. Tapi yang paling kelakar ok, aku jarang sekaliiiiiiiii nak pakai seatbelt kalau masuk kereta, TAPI dekat Perth, sepanjang masa aku seatbelt okay !!!! Peliks tapi benarrrrrr kata laki aku HAHHAHAHAHHAHAHHAHA #kuangajorr yelaaa kau nak kene saman ke? hukhukhuk. sis redho kene pakaiii ;p

 Driving di Perth, tidak memerlukan lesen antarabangsa, lesen kita di Malaysia ni dah cukup memadai ... Dan driving di Perth sama je dengan di Malaysia. Right hand ;)) So tak kekok lah kan? laki aku rileksss je tu. . so korang pon yakin boleh ok if nak drive di Perth. YAKIN!!!

aku duduk dekat sebelah? jadik co-pilot, jadik photographer, jadik petunjuk jalan. dan kadang kadang jadik kawan gaduh dengan driver sebelah, kalau dia salah jalan HAHAHHAA #gaduhmanja #masammukasekejap hihi


Parking? Okay ini adalah masalah besar bila korang sewa kereta di Perth. Korang kene cari parking bila pergi ke satu satu tempat. Yelaaa, parking diaorang TAK macam kita. Tak semua tempat ada parking percuma ye! Ada parking berbayar TAPI limit masa diberikan, contohnya, satu tempat tu, dibenarkan parking selama 30minit je? haaaa, kene pandai pandai tengok.

contoh parking di Perth. yang aku faham bila aku tanya dekat local, diaorang explain macam ni, 
1/2 P = Free Parking selama 30minit SAHAJA
icon kerusi roda = parking lot untuk OKU. korang jangan park situ!
TAXI ZONE = JGN PARKING dekat taxi zone okay! kang kene clamp. aiyokkk!
8am - 6pm (Mon-Sat) FEE PAYABLE = Sila bayar parking jika nak park melebihi 30minit jika park ikut masa dan hari tersebut
12noon - 6pm (Sun) NO FEE PAYABLE = FREE Parking untuk masa dan hari tersebut

waktu yang tak disebut di atas, adalah FREE PARKING. sekian. harap korang faham HAHHAHAHHAHHHAHA


More info :
If nak booking tru Kak Maya : 0410873788
If nak booking direct dengan Ace Rent Car:
Facebook : https://www.facebook.com/perthcarhire/
Email : drive@acerent.com.au



Kira kira ke Perth dua orang, 29/10/2017 - 03/11/2017
Sewa Kereta 3hari2malam, = $142 convert to RM, = RM472.86
Fee keluarkan duit di Perth = RM15
Total RM487.86

1 comment:

  1. harga sewa kereta lebih kurang harga kat negara kita and kadang2 tu kat sini lagi mahal. tapi add ons yang melampau macam2 tu jadi mahai jugak >.< nak xnak kena bayar kalo x xdapat kete hehe.. redhaaa je la kan..

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page