Monday, August 20, 2018

Selepas 11tahun, APC 2017 ;))

Ya ALLAH syukur, selepas 11 tahun bekerja, akhirnya, aku dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC). Kalau korang nak tahu, anugerah ini khas untuk penjawat awam. apa ganjarannya? Wang tunai RM1,000.00 beserta sijil hihi... Kalau korang perform indah indah belaka, korang dapat la anugerah ini. Tapi ada yang kata, APC ni ikut giliran seniority? Dan ada yang kata, kalau pandai bodek bos, cepat lah korang dapat jugak? Tu aku tak pasti.. Sebabnya, aku pun tunggu 11 tahun baru dapat anugerah ini. HAHHAHAHHAHA nampak sangat aku tak perform or maybe aku tak pandai bodek bos kihkihkih ;p


Apa apa pun, aku berterima kasih sangat pada ex-big boss aku yang beri Anugerah Perkhidmatan Cemerlang ini pada aku. Dan juga ex-boss kecik aku yang banyak membantu dalam aku improve kerja aku. TQVM bossss En Hisham dan Kak Sha. Jasamu dikenang.. ;))


Harapan aku bila dah dapat APC ini, aku dapat buat kerja dengan lebih baik, kurangkan silap,  belajar benda baru, kurangkan membawang, fokus pada kerja, kerja dengan ikhlas dan gembira, harap-harap harapan aku dapat dilaksanakan dengan cemerlangnyaaaa. AMIN ;)) terimalah dua tiga keping gambar sebagai kenangan cewahhhhhh

 Semoga aku terus isthiqomah dalam kerja harian aku. Permudahkan lah urusan kerja aku. 
AMIN

Tak KENAL maka Tak CINTA

6 comments:

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page