Hai hai. malam ni kita janji nak sambung travelog percutian ke boracay. allahu lamanya sangkut, maafkan saya ya? saya busy sikit. eh saya? amboiiii sopannyaaa diaaa kihkih.. Okay, mari kita sambung. Actually dah masuk hari kelima kitaorang berhoneymoon di Boracay. Hari kelima ni kan kitaorang dah pindah hotel ke Karuna Villas kan? Korang boleh baca di entry Karuna & Villas, Bolabog ni ya?
Sebenarnya harini macam nak bangun awal untuk tengok sunrise, sekali aku terlajak tidur, al maklumla , malam tadi overtime kofkofkofffff ;p . Apa je aktiviti kita pada hari ni? Disebabkan hari ni adalah hari jumaat, so hubby nak pergi solat jumaat, so marilah kita bersiap dan naik shuttle ke Station 2 untuk mencari Masjid. Takkan tak dak masjid kan? Mesti ada punya!! Mari misi mencariiiiii
sila naik shuttle kat belakang tu yaaaa
Setelah sampai di Station 2, kitaorang tanya local, dimanakah masjid? Local panggil masjid adalah mosq (read: mos..q) hihi.. Mosq paling terdekat adalah di Ambulong. Macam mana nak ke Ambolung dari Station 2? Senang sajokkk. Tahan sajaaaaa tricyle yang lalu lalang hahahhahaha. Cakap nak ke mosq , nanti sampai la kita ;)) jangan risau, orang sana baik baik. ;)) Nanti tricyle berhentikan kita di jalan besar je, kita kene jalan kaki ke masjid. follow saja crowd muslim yang nak pergi masjid juga. macam masuk dalam lorong lorong sempit. sampai la naik bukit macam tu, barulah nampak Masjidnya. alahaii sedihnyaaa bila nak nampak masjid di kalangan perumahan golongoan minority di Boracay tu. hmmm
otw cari masjid, ikut je crowd muslim tu hehe
jumpa! memang tersorok dalam lorong lorong , tanya local if tak sure ya?
Hubby pun masuk masjid untuk solat, aku? melepak dekat perkampungan muslim yang ada dekat kawasan situ. Disebabkan rumah aku stay tu, ada menjual makanan halal, so aku pun order la kebab. Muslim turkish actually. Selepas solat, kitaorang pun jalan ke arah jalan besar dan menyeberangi seberang jalan, tanya local, kemana arah Station 2? Dengan ilmu didada, yakin dan istiqamah, kitaorang jalan kaki je mencari Station 2. Nasib jumpa . HAHHAHHHA lagipun, kalau bercuti tepi pantai ni, aku suka jalan kaki je sebabnya aku boleh cuci mata sekali muahhahahhaha ;p
aku just lepak rumah ni, makan kebab , sambil tunggu hubby habis solat jumaat
Kitaorang singgah beli shake, dan decide nak lepak tepi pantai je sesambil makan kebab tadi. Rasa kebab? biasa sahajaaaaaaaaaaaaaaa. tapi sebab dah lapar, sedap jugak lah kohkohkohhh. Lepaking tepi pantai memang bestttt, tengok gelagat mat sallleh bercanda ria, laki aku pun seronok cuci mataaa ye bang? amboihhhhh , ok dah settle makan, jom jalan. aku nak sambung shopping buat kali terakhirnyaaaaaaaaaaaaa ;( Apa je aku beli di Dtalipapa ?Tshirt I LOVE Boracay untuk abah dan adik lelaki aku, beberapa purse kecik comey yang aku sendiri tak tahu nak bagi siapa? HAHHAHAH sebab aku tengok comeyy sangatt hikhikhik, korang nak ke? pm tepi kihkih ;p Oh ya, aku sempat juga beli seluar pantai tulis boracay, gitue .. untuk adik dan abg ipar aku. hihihi.. beach boy kekdahnyaaaa.. habis dah shopping.. moh laa kita balik untuk packing barang kuikuiii..
lepak pantai, hubby makan kebab. aku cuci mata tengok minah salleh berbikini. ehh?
manggo shake untuk terakhir kalinya.. yummyyy
shopping kedai abg muslim ini. di talipapa
Station 2 ada ATM ye
Sesambil jalan menuju ke tempat Shuttle yang kitaorang datang pagi tadi, terjumpa jugak la potato crepe, kali ni aku beli yang besar punyaaa, mega punya HAHHAHA sedap hoihhhh. ingat tau korang, datang Boracay, cari potato crepe ni tau! dan juga Manggo dan banana shake. aduhhhhh inilah peluang terakhir nak minum , pasni tak dapat rasa freshhh shake lagi. waduhhh.. di kala saat ini, rindunyaaa Boracay!!!!! Dalam hati aku masa ni takleh jadik ni, dah nak balik ni, tak datang daaaa Station 2 ni, so kita pulun habiskan duit kecik kecik peso yang ada, hihi. so aku beli crazy crepe lagii muahhahaha. ni pun satu lagi makanan korang wajib rasa jika datang Boracay tau! bapakk bestt makan sejuk sejuk time panas panas niiii. yumeyyyy
panas panas , kau makan ini, memang perghhhhhhhhhhh
Shuttle sampai dalam jam 430pm, shuttle ini akan datang selang satu jam, so pepandai la datang menunggu waktunya okay? Sampai je dekat vila, aku salin baju then terus terjun pool muahahhaha. bajet nak tunggu sunset, sekali, sunset tak nampak sangat pun sebabnya ini vila sunrise lols. hahahha xpelaaa. kita bermalasan dalam pool sahajaaaaa.... jangan tak tahu, aku sorang je yang mandi dekat pool time tu muahhahhahaha..
So, apa aktiviti malam ni? aku lepas masak dinner untuk hubby, aku tertidor, tau tau aku bangun, hubby dah siap packing bag . bag tak bertambah pun tapi berat nak mampossssssssssssss muahhahahha.. mateyyy la nak macam mana nak mengangkat esok? huhu. Esok kita nk check out awal pagi, moh laaa kita tidur mengabdikan memorii terindah di Boracayyy.. gitueww ;p
Percutian ke Boracay DAY 6
Harini last day di Boracay . aduh sedihnyaaa. ntah bila dapat repeat ke sini? kalau tanya aku nk repeat lagi tak Boracay? OPKOS!!! Cantik! Nyaman! Korang ada duit ada masa, pergilahhhhhhh.... hehe ;)) Okay jom sambung last day kita di Boracay. tak da apa sangat, harini adalah hari perjalanan balik dari Boracay ke KL jek.
Babai my vilaaa. sehingga kita berjumpa lagiii
with the owner ;)
Kitaorang check out pukul 830am, then shuttle bawa ke Station 2 pukul 9am. Tunggu Willy dan gerak sama sama ke airport. Tapi sebelum ke airport, kitaorang sempat juga singgah di Waterfall ntah apa namanya, aku sudah lupa kakakahkah!! nak mandi boleh, tapi aku malas la nk bertukar baju bagai, beg sudah kemas kan.. kang marah pulek laki aku. HAHHAHHAA so aku decide, jalan jalan amik pic sahajaaaaaaaaaaa..
Kitaorang take off dari Boracay dalam jam 310pm.. Sampai di KL pukul 710pm gituew. Macam biasa urusan selesai dengan sempurnaa. Honeymoon 6h5m berjalan dengan jayanya HAHHAHAHHA. Begitulah cerita travelog Boracay yeayyy! tamat jugak akhirnyaaa percutian last year ni kihkih... Esok aku buat Entry BUDJET KE BORACAY pulak ye?
tiket feri balik daratan hihi
Kira-kira
Tambang tricyle ke Mosq Ambulong, 60peso (convert to RM5.50)
Kebab Daging 2x200 peso (convert to RM36.60 )
Buko Shake, 60peso (convert to RM5.50 )
Mix Fruits Banana Manggo, 95peso (convert to RM8.70)
2pcs Tshirt I LOVE Boracay, 150peso (convert to RM13.70)
Purse kecik 7pc, 120peso (convert to RM13.80)
3pcs seluar pendek boracay, 300peso (convert to RM27.50)
Mega Potato Crepe, 135peso (convert to RM11.90)
Manggo & Banana Shake, 100peso (convert to RM9.20)
Crazy Crepe, 180peso (convert to RM16.40)
Parking kereta di TBS, RM56
TOTAL RM240.80
FULL ENTRY TRAVELOG BORACAY 2017
masjid depa gitu tapi penuh kan orangnya nak solat. subhanallah.. Islam disana kagum. kalo kesana ok noted nak cari potato crepe. CT takle potato2 ni semua nak makan hehehe.. since terbaca entry dari belakang dulu nanti baca yang depan2 heheh..
ReplyDelete