Sunday, August 26, 2018

Percutian Bajet ke Perth DAY 1 PART 1

Allahu, dah nak masuk setahun baru nak update percutian bajet aku di Perth, Australia. kihkih. Biar lambat asalkan update, ye dok? sebelum ramai lagi memekak dekat telinga aku, baik aku update cepat sementara malam malam aku tidak sebusy dulu hehe. Are you ready? Kembalikan ingatan korang ke 29/10/2017 HAHAHHAHHAHAHHA . ayuh ! entry ini khas kepada mereka mereka yang akan pergi Perth dalam masa terdekat dan tahun tahun akan datang sebagai kenangan aku bercuti hehe. akan ku update sedetails yang boleh ya? amin ;p

finally dah sampai bumi Australia.......... syukur ;))

Jom mula..... disebabkan flight kitaorang pukul 1205am 29/10/2017, kitaorang keluar awal sikit sebab urusan tukar duit belum selesai , disebabkan aku lancarkan Deal Personal Shopper ke Perth, so aku kene sedia duit yang banyak, last minit macam ni, aku tambah lagi RM2k lagi. total aku bawak ke Perth ni adalah 5K untuk personal shopper sahaja, duit belanja aku dekat sana, dalam RM4k jek. hihi. Lepas tukar duit, terus ke TBS (Terminal Bersepadu Selatan), aku park kereta dekat situ selama 5h4m. (Currency aku time tu adalah RM1.00 = 0.33AUD, RM10=3.34AUD)




Dekat TBS, aku akan berjumpa dengan mila dan mcdee. Kitaorang akan naik bas bersama sama ke KLIA2. yeayyyy!! tak sabar nyaaaaaaaaaaaaa. eksaited gilakkkkkkkkkkk. macam biasa 1 jam perjalanan dari TBS ke KLIA2. Motif aku sampai awal di KLIA2?? Sebab nak pergi amik wifi yang aku sewa di airport. Kononnya nak ada internet sepanjang masa di Perth (sebab aku buat PS kan?). Sesat barat aku mencari kaunter Wifi Samurai ni, adoiii. aku yang tak reti cari or aiport ni yang tak banyak signboard????? choii grrrrrrrrrrr.. Dah la sesat, sakit kaki naik turun escalator, sekali, booking aku salah tarikh !!!!!!! adoiiiiiiiiiiii ! Patutnya booking 28/10/2017 lah kan? bukannya 29/10/2017. aku pergi letak tarikh booking 29hb gilaaaaaanya aku. nyaris nyaris tak leh sewa, nasib baik masih dibenarkan selepas aku call HQ atas nasihat yaya ;)) fuh sib baik ;)) tapi ada charge tambahan sobbss RM28. boleh laaa, dari aku burn duit sewa kan?

selfie dengan mila
 menunggu bas di TBS
 hmmm, nasihat aku, xyah la korang sewa wifi ni, beli aje simkad Aussie dekat sana, lagi mudah. Sebabnya wifi aku problem bila sampai sana, lalu aku pun tak dapat guna. refund? tak dapat. hmmm

Wifi Router Rental dengan Samurai Wifi (sewa RM140 xde deposit)    http://www.samuraiwifi.com.my/    


Settel urusan wifi, barulah kita bertemu semuaaaaaaaaaaaaa ahli rombongan yang seramai 11orang dewasa dan 2 kanak-kanak. ramai gila kan?? Havoc gilaa airport tu hahaha. Settle juga urusan check in luggage, kitaorang pun masuk ke departure hall. disebabkan masih awal, memasing perut dah lapar, mari mencekikkk dulu reramai di MCD.. dekat dekat jam 11pm, barulah kitaorang ke gate pelepasan, dan tepat 1205am, kitaorang pun take off. yeayyyyyyyyyyyyyy.. Aku rasa, inilah kali pertama aku fly malam. seronok juga tapi tak berapa seronok sebab tak nampak pemandangan indah di luar. aku suka tengok awan kepukk kepukkk hehe. Apa yang seronok fly malam? Kita masuk flight terus boleh mentidooooo sampai pagi ZZZZzzzzzZZZ, bangun bangun je dah sampai di Perth, Australia yeayyyyyyyyyyyyyyyyy

rombongan kita ada 11orang dewasa dan 2 kanak-kanak wakkkkkkkk


 sebelum check in luggage, timbang dulu segala beg yang ada, jgn terlebih sudah HAHHAHAHA beg makanan kitaorang je dah 40kg muahhahahhaha ;p

 
 BABAI MALAYSIA gitueww  ;p

Perjalanan dari KL-Perth, amik masa dalam 5jam 30minit. . dalam flight kene isi borang declaration yek. Ni part paling penting, jangan amik remeh. isi betul betul, jangan tipu. sebab imigresen aussie tersangatlah ketat. aku paling takut ! So apa yg aku bawak, aku declare semua ya. apa makanan ko bawak? apa ubat ko bawak? rokok berapa kotak? semua wajib declare! Nak dijadikkan cerita, kitaorang ada buat table untuk semua benda yg kitaorang declare, senang nanti tunjuk je dekat imigresen tu haaaa. Korang dinasihatkan buat table makanan & ubatan (if korang ada bawak lah). Simple je table nyaaa. jap aku tepek pic hehe...

 isi borang declare , bawak pen sendiri masing masing yaaaa
allahu, cantiknyaaa sunriseeee dari atas ;) subhanallahhhh 

 List Table Makanan, korang buat list macam ni, mudah. nnti bila beg kene tahan, tunjuk aje list ni , okay? 
 List ubatan jugak
 walaupun kitaorang bawak makanan penuh satu beg, tapi aku tetap menjadi food hunter di Perth, rugi tak cuba local food diaorang kan? ;))

inilah dua beg merah yang penuh dengan makanan untuk 6hari di bumi Perth untuk 11orang kihkihkih


Setibanya di Airport Perth, urusan pasport simple je, tapi urusan luggage ni, dan seperti yang aku jangka, memang kitaorang kene tahan dan beg makanan diminta buka, seorang young lady officer belek satu satu makanan yg kitaorang bawak, kitaorang serah list table makanan yg yaya buat, dia baca dan mula check satu satu yang dia rasa pelik. hihi. Beras kene belek, sambal ikan bilis, susu dll............. Simple je imigresen ni benarnya, korang jangan bawak makanan yg korang seal sendiri, sila pastikan semua makanan berlabel dan yang baru sahaja (yg belum dibukak) so, memang lepas semuanya. dan satu beg luggage makanan kitaorang lepas untuk dibawak masuk ke Perth YEAYYYY, misi berjaya dan kami takkan berlapar di PERTH HAHAHHAHAHHAHAHHHA

touch down Perth pukul 530am tapi korang tengok laaa dah cerah kan? kat sana cerah awal, gelap pun awal. . 

Dan seperti yg diwar-warkan, akan ada anjing pengesan kan? tapi kami di Perth ni, takda pun anjing yg menghidu beg kitaorang. fuhh selamat. hehe. Untuk korang yang bawak ubat? sila declare dan nyatakan sebab, kalau boleh, sedia surat doktor , lagi strong if ada surat doctor kan ! dan juga perokok, setiap orang dibenarkan bawak masuk 2kotak rokok sahaja. semua ni korang kene declare dalam borang declaration korang, nanti akan ada officer yang akan tanya korang, jawab dengan tenang, insyaallah xde apa. semua rokok dan ubatan kitaorang pun lepas.. yeayyyyyyyyyyy ;))

Dalam trip kitaorang ni, ada dua perokok, laki aku dan adik yaya. Untuk trip selama 6hari ni, agak agak berapa rokok diaorang bawak? Memang aku syorkan korang yang mana merokok sila bawak rokok sendiri dari Malaysia, bukan apa, rokok dekat Aussie, mahal nak mateyyyyy!!! Marilah berjimat. Korang tahu kitaorang buat macam mana nak bagi jimat? Kan rombongan ada 11 orang dewasa kan? Setiap orang, kene pegang dua kotak rokok dan sila declare dalam borang declaration itu. . So takdalah berlebihan rokoknyaaaa. hihi.. dan tak memasal, mama yaya pun kene declare bawak kotak rokok HAHHAHAHAHHA such a sporting mama. kehkehkeh ;p



 tak tergambar perasaan legaa time ni. happy sangat!!!! 
sayang, bila nak repeat? windu !!
Yaya Satu Family ;)


Mila & Mcdee

Keluar sahaja dari pintu Arrival tu, belok kanan ada tempat menunggu ni. tapi kalau belok ke kiri, korang akan nampak deretan kedai. boleh je beli simkad dengan sana ok? Nama kedai OPTUS.


Settle semua urusan dalam jam 7am, kitaorang pun keluar dari airport, mula mencari bas yang akan bawak kitaorang ke hostel yang telah dibook. yee, kitaorang naik public transport sahaja. hehe jimat ;)) Ok, nak naik bas apakah? Macam ni route kitaorang ;)) perlu diingatkan, mungkin route dan bas kita berbeza sebab destinasi hostel yang dibook berlainan. okay? If korang, stay hostel Kangaroo Inn, Murray Street macam kitaorang, so korang boleh ikut route ini ya??

Airport Perth ke Perth CBD (Kangaroo Inn, Murray Street)
Naik Transperth Bus No.380 , tambang 4.70AUD/pax(adult), 1.90AUD(kids)
Tapi disebabkan kitaorang sampai pada hari Ahad (Weekend), kitaorang boleh BELI TIKET FAMILY RIDER (up to 7pax), so aku pun beli 2x FAMILY RIDER (2x12.90AUD)
- boleh refer SINI
Turun di ST Georges Tce Stand N (Before Barrack St)
Perjalanan dari Airport ke Perth CBD selama 1jam15minit
(Jadual transperth bus 380 leh tengok di
 https://www.transperth.wa.gov.au/timetables/details?Bus=380)   

yaaa, dari airport ke Perth CBD, kitaorang naik bas sahajaaaaa. walaupun nama naik bas, tapi tambang rm12 ok!!!! gilossss mahal nak mamposs TAPI inilah alternatif paling murahhh hikhik.... korang jangan risau if nak bawak baby/stroller naik bas di Perth, sebabnya public transport dia sangat lahhhhhh friendly baby. ada ramp, dont worry. driver bas sangatlah baik hati walaupun garang nak mampos HAHHAHAHHHA.. korang jangan terhegeh hegeh nak naik bas tu ye, kompem kene marahhh. kene cepat dan pantas!! 


Tipsnya, korang buat macam aku, sila print jadual bas ini dan print, ke hulur ke hilir la tengok maps jadual bas supaya korang tak termiss bustop ok? Make sure korang tahu mana korang nak turun? study awal awal.. Macam aku, aku dah print maps bas, dan tahu nk turun bustop yang mana, cuma tak tahu selepas turun nak ke arah mana? HAHHAHAHHA, sila on GPS memasing kihkih. sesat juga lahhhh nak ke Kangaroo Inn ni, dengan beg beratnyaaa kofkofkofff... barulahh travel!!!! ;p jap aku lukis cara perjalanan dari bustop ke hostel kitaorang bagi memudahkan korang cari ya? jap naaaa...


yang laluan merah tu adalah laluan kita kene jalan. nampak dekat kan? senang je. tapi boleh tahan penat sbb jalan menaik bukit hihihihi
Okay macam ni nak ke Kangaroo Inn
Dari Airport Perth, korang akan naik Transperth Bus No.380 dan turun di ST Georges Tce Stand N (Before Barrack St) . Lepas tu, korang jalan terus sampai depan mata korang nampak CITIBANK. Sila lintas jalan untuk ke CITIBANK itu. Selepas itu, korang lintas jalan lagi untuk pergi ke jalan sebelah sana. Dan korang just jalan terus macam menaik bukit sikit... Jalan terus sampai korang jumpa Kedai 7E sebelah kiri, dan sila lintas jalan lagi dan jalan terus lagi.. korang akan jumpa lampu isyarat dan sila lah lintas jalan ke kanan, jalan terus dan Kangaroo Inn akan sebelah kanan korang.

Paham tak? tak paham xpelah HAHAHHAHA, korang just google maps je nanti okay? 5minit dah sampai daaa, simple je. tapi sebelum tahu jalan tu memang akan sesat barat sikit HAHHAHAHA


Okay, next entry aku cerita pasal Hostel Kangaroo Inn ya?


Kira kira ke Perth dua orang, 29/10/2017 - 03/11/2017
Tiket Bas Sehala dari TBS ke KLIA, RM11 = RM22
Sewa Wifi Samurai di KLIA2 = RM140 (sewa wifi) + RM28 (charge tambahan salah tarikh) ;
= RM168
Dinner MCD = RM25.60
Tiket Transperth Bus dari Airport ke Perth CBD, FAMILY RIDER 12.90 (7pax) (convert to RM42.96/7pax = RM6.14x2pax ; RM12.30)

Total RM227.90

11 comments:

  1. Memang menakutkan part declare makanan bagai tu. Tapi aku boleh datang bingai masa gi Melbourne tu. Berani mati x declare walhal aku sorong luggage penuh makanan. Sibaik ler lepas sebab sampai midnight. Anjing dah balik rumah, officer pun dah ngantuk. Koh!

    Return tix ko gi Perth ni berapa.

    ReplyDelete
  2. ida..abis ke tak semua stok makanan tu..haha..byk bebenor...

    ReplyDelete
  3. ida..abis ke tak semua stok makanan tu..haha..byk bebenor...

    ReplyDelete
  4. seronok travel jauh2 kan..ok akak tunggu next entry..x sabar nak baca lagi

    ReplyDelete
  5. har terus smpi sini haha amboiii makanan dia!! HAHAHHA memang byk sgguh 40kg tu yang oi yg gula tu smpi 3 packet tu wat gapo tu??? HAHHAHHA terbaekk lahhh

    ReplyDelete
  6. syok travel ramai2 macam ni..gigih korang bawa makanan sebanyak tu & thumbs up utk list makanan tu..rajin!

    ReplyDelete
  7. seronok baca cerita kawan2.. hehe share lagi ye. part list makanan tu tabik spring. insyallah boleh prektis lepas ni =)

    ReplyDelete
  8. salam...free visit...homestay muslim murah perth

    https://homestaymuslimmurahperth.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum...sy ada kenanlan yg buat hmsaty melayu murah...di perth..

    https://homestaymuslimmurahperth.blogspot.com/

    ReplyDelete
  10. hi, nak tanya mcm saya nak bwk susu formula baby, and buat packet kecik mcm mana nak declare ya? sbb tak kan nak bwk 1 tin besar kan. pakai pun packet punya. huhu

    ReplyDelete
  11. Hi, nak tanya. Kiranya Ida banyak naik public transport ye dekat sana? Atau ada sewa juga transport dekat Perth?

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page