Monday, August 27, 2018

Hotel Backpakers Murah di Perth, Kangaroo Inn

Ramai yang tanya, dekat mana aku stay masa bercuti ke Perth? Hotel mana? Allahu korang..... aku mana banyak duit nak duduk dekat Hotel di Perth HAHAHHAHAH Aku stay di hotel backpakers jurr..... Itu pun dah mahal bagi aku muahahahhaha ;p duit sana mahal nak mateyyy. so kene cut sikit bajet untuk bermewah mewah disana hukhuk ;p

Kangaroo Inn. Obses dengan kanggaroo, dengan hostel hostel kita pilih ada kanggaroo hikhikhik

Walau macammana sekalipun pilihan kita, yang penting, lokasi hotel tersebut mestilah di area city, PERTH CBD. tau? Sebab apa? Sebabnya, di area city, akan ada bas percuma iaitu dipanggil Cat Bus.  Seghonokkk kalau ada bas percuma ni, senang dan jimatt hihi... TAPI, kalau korang pilih untuk stay luar dari Perth City, dah takkan ada laaa bas percuma ni untuk ke ke tempat-tempat yg best. Korang kene naik bas yg berbayar laaaa, takpun kene sewa kereta takpun kene naik public transport yang lain  hihihi... Walaupun nama naik bas TAPI still mahal okay tambang diaaaa , semua mahal sajokkkkkk mencikkkk!! So, that why aku memilih untuk stay di area Perth City.

 pintu masuk, agak tersorok ke dalam

tapi jangan risau, disebelah luarnya, ada signboard.

Lepas dah ada pilihan untuk stay di area mana, barulah misi mencari hostel dijalankan. Di Perth City, aku pilih untuk stay di jalan yang familiar dengan orang Malaysia, iaitu Murray Street/Hay Street. Dua jalan ni tersangatlah banyak hostel ataupun hotel untuk di pilih. Setelah melakukan timbang tara, aku pilih Kangaroo Inn, Murray Street ;))

Kenapa Kangaroo Inn?
Okay, sebab pertama ialah , ianya berada di Murray Street. dimana ianya terletak dalam lingkungan Free CatBus hehe. Sebab kedua ialah, hostel ini ada menyediakan dapur, dimana kitaorang akan masak dan bawak bekal untuk berjalan, takdalah makan luar sentiasa kan? makanan sana mahal jugakkkkk hoihhhhh.....Dan sebab ketiga, di masa aku book hostel ini, dia lah yang paling murah dan boleh stay dengan baby. Rata rata hostel backpakers lain tidak membenarkan budak budak berumur 2 tahun ke bawah untuk stay. Mungkin untuk menjaga privacy customer lain kot? That why i choose Kangaroo Inn ;))

 selain itu, diseberang jalan depan Kangaroo Inn, ada Kedai Souvenirs GLO ni. kot kot korang ada last hunting for souvenirs, naaahh pergi depan hostel ajekkk, mudah kan??? 

dan disebelah Kangaroo Inn, ada Ihsan Cafe yang famous amous dikalangan rakyat Malaysia. salah satunya cafe muslim HALAL di sekitar Perth City ;)) , korang lapar? naaahhh turun bawah sajaa dah ade cafe HALAL ;)). mudah kan?


Okay jom tengok apa kemudahan yang disediakan oleh Kangaroo Inn . Bagi aku, ini sudah cukup memadai bagi aku. Untuk stay 6hari5malam, Kangaroo Inn adalah pilihan terbaik aku hihi. Walaupun ianya ada satu kekurangan, iaitu toiletnya sharing kokkkkkkkkk. iyalahh, dah nama backpakers style kan? harushlah toiletnya sharing aduhh aduhhh TAPI tidak mengapa inn, aku enggak kesahhhh.  janji murah donggg (udah kenapa indonesia ini? kita pergi aussie ok! speaking pls!!) HAHHAHAHAHA

RECEPTION
 LOBI 
 di tingkat bawahnya, ada ruang lepak disebelah dalam...
 ada ruang lepak disebelah luar jugakkk... tapi tahan ke duduk luar? bapakkk sejuk! 
 ruang makan
 ruang lepakkkkk
 snooker pool everyone?
last day, kitaorang lepak ramai ramai dekat ruang melepakk ni, kita sajaaaa bikin kecohhh! HAHHAHHAHAHHAA
 mari kita lihat dapurnya? semua peralatan ada, ada peti ais, ada kettle ada periuk nasi ada periuk segala lahhh TAPI semua itu kitaorang bawak dari Malaysia HAHAHAHA, malas nk samakkk ;p
 dapur lagi
 mama yaya sedang bungkus nasi untuk buat bekalan lunch hehe ;)) TQ MAMA
tidak lupa jugak aku dengan mila untuk belajar membungkus nasik HAHHAHAHHA
 inilah bilik aku dgn mila ;))
katilnya double decker hihi, tak dapat bermanja dgn suamii kohkokohhh
 nahhh sorang satu, ini bilik family room tau ;)) boleh muat 5 orang sahajaaaa.. tapi kitaorang duduk berempat sajaaa
  dalam bilik ada dressing table, plugpoint dan TV
 biliknya kecil sahaja. turun katil dah jumpa pintu bilik KAHKHAKAHKAH!!


Sebenarnya, aku berani mati book mixed dorm untuk aku dan mila dan family room untuk yaya sekeluarga.. Lepas book mixed drom 4px itu, aku terfikir, "eh macam mana kalau aku tak sama bilik dengan mila? dengan laki aku? aku terpisah duduk sekali dgn ntah mana mana mat salleh, nayaaaa weiiiii" Tu la gatal pegi book mixed dorm kan? Nak murah punya pasal HAHHAHAHHAHAHA

So, aku email Kangaroo Inn dan request untuk stay together kami berempat dalam satu bilik. dalam email aku request, masa check in pun aku request lagi, akhirnyaaaaaa, the owner yg kebetulan tengah jaga kaunter, bak hati untuk upgrade kitaorang dari bilik mixed dorm ke family room jugak . yeayyy allahu legaaaaaaaaaaaa ;)) Thank YOU

Thank YOU for understanding me and free upgrading our room. THANK YOU again. For sure i'm coming again. ;))


So, berapa harga Kangaroo Inn yang aku perlu bayar?? Mixed dorm adalah berharga RM1,712.68 utnuk empat orang. So seorang dalam RM428.17 untuk 6hari5malam di Perth. Pendapat korang, mahal ke murah? Bagi aku murah. HEHE ;)) Sebabnya kitaorang dapat bilik Family room dengan membayar harga mixed dorm. Rezeki kan? HEHE


Kangaroo Inn, 123 Murray St Perth Australia 6000
Booking : Kangaroo Inn Agoda KLIK SINI



Macam mana nak ke Kangaroo Inn dari Airport Perth??
Airport Perth ke Perth CBD (Kangaroo Inn, Murray Street)
Naik Transperth Bus No.380 , tambang 4.70AUD/pax(adult), 1.90AUD(kids)
Turun di ST Georges Tce Stand N (Before Barrack St)
Perjalanan dari Airport ke Perth CBD selama 1jam15minit
(Jadual transperth bus 380 leh tengok di
 https://www.transperth.wa.gov.au/timetables/details?Bus=380
yang laluan merah tu adalah laluan kita kene jalan. nampak dekat kan? senang je. tapi boleh tahan penat sbb jalan menaik bukit hihihihi
Okay macam ni nak ke Kangaroo Inn

Dari Airport Perth, korang akan naik Transperth Bus No.380 dan turun di ST Georges Tce Stand N (Before Barrack St)


Lepas tu, korang jalan terus sampai depan mata korang nampak CITIBANK. Sila lintas jalan untuk ke CITIBANK itu. 


Selepas itu, korang lintas jalan lagi untuk pergi ke jalan sebelah sana. Dan korang just jalan terus macam menaik bukit sikit...


Jalan terus sampai korang jumpa Kedai 7E sebelah kiri, dan sila lintas jalan lagi dan jalan terus lagi.. 
 korang akan jumpa lampu isyarat dan sila lah lintas jalan ke kanan...


Jalan terus dan Kangaroo Inn akan sebelah kanan korang.
  

Paham tak? tak paham xpelah HAHAHHAHA, korang just google maps je nanti okay? 5minit dah sampai daaa, simple je. tapi sebelum tahu jalan tu memang akan sesat barat sikit HAHHAHAHA

aku sangat rekemen sesiapa yang datang Perth untuk stay sini if korang tak kesah toilet sharing. kalau banyak bunyik, pegi labur duit banyak sikit dekat yg mahal sikit yeeee



Kira kira ke Perth dua orang, 29/10/2017 - 03/11/2017
Hostel Kangaroo Inn - RM428.17 x 2pax = RM856.34
TOTAL RM856.34
Read More ->>

Sunday, August 26, 2018

Percutian Bajet ke Perth DAY 1 PART 1

Allahu, dah nak masuk setahun baru nak update percutian bajet aku di Perth, Australia. kihkih. Biar lambat asalkan update, ye dok? sebelum ramai lagi memekak dekat telinga aku, baik aku update cepat sementara malam malam aku tidak sebusy dulu hehe. Are you ready? Kembalikan ingatan korang ke 29/10/2017 HAHAHHAHHAHAHHA . ayuh ! entry ini khas kepada mereka mereka yang akan pergi Perth dalam masa terdekat dan tahun tahun akan datang sebagai kenangan aku bercuti hehe. akan ku update sedetails yang boleh ya? amin ;p

finally dah sampai bumi Australia.......... syukur ;))

Jom mula..... disebabkan flight kitaorang pukul 1205am 29/10/2017, kitaorang keluar awal sikit sebab urusan tukar duit belum selesai , disebabkan aku lancarkan Deal Personal Shopper ke Perth, so aku kene sedia duit yang banyak, last minit macam ni, aku tambah lagi RM2k lagi. total aku bawak ke Perth ni adalah 5K untuk personal shopper sahaja, duit belanja aku dekat sana, dalam RM4k jek. hihi. Lepas tukar duit, terus ke TBS (Terminal Bersepadu Selatan), aku park kereta dekat situ selama 5h4m. (Currency aku time tu adalah RM1.00 = 0.33AUD, RM10=3.34AUD)




Dekat TBS, aku akan berjumpa dengan mila dan mcdee. Kitaorang akan naik bas bersama sama ke KLIA2. yeayyyy!! tak sabar nyaaaaaaaaaaaaa. eksaited gilakkkkkkkkkkk. macam biasa 1 jam perjalanan dari TBS ke KLIA2. Motif aku sampai awal di KLIA2?? Sebab nak pergi amik wifi yang aku sewa di airport. Kononnya nak ada internet sepanjang masa di Perth (sebab aku buat PS kan?). Sesat barat aku mencari kaunter Wifi Samurai ni, adoiii. aku yang tak reti cari or aiport ni yang tak banyak signboard????? choii grrrrrrrrrrr.. Dah la sesat, sakit kaki naik turun escalator, sekali, booking aku salah tarikh !!!!!!! adoiiiiiiiiiiii ! Patutnya booking 28/10/2017 lah kan? bukannya 29/10/2017. aku pergi letak tarikh booking 29hb gilaaaaaanya aku. nyaris nyaris tak leh sewa, nasib baik masih dibenarkan selepas aku call HQ atas nasihat yaya ;)) fuh sib baik ;)) tapi ada charge tambahan sobbss RM28. boleh laaa, dari aku burn duit sewa kan?

selfie dengan mila
 menunggu bas di TBS
 hmmm, nasihat aku, xyah la korang sewa wifi ni, beli aje simkad Aussie dekat sana, lagi mudah. Sebabnya wifi aku problem bila sampai sana, lalu aku pun tak dapat guna. refund? tak dapat. hmmm

Wifi Router Rental dengan Samurai Wifi (sewa RM140 xde deposit)    http://www.samuraiwifi.com.my/    


Settel urusan wifi, barulah kita bertemu semuaaaaaaaaaaaaa ahli rombongan yang seramai 11orang dewasa dan 2 kanak-kanak. ramai gila kan?? Havoc gilaa airport tu hahaha. Settle juga urusan check in luggage, kitaorang pun masuk ke departure hall. disebabkan masih awal, memasing perut dah lapar, mari mencekikkk dulu reramai di MCD.. dekat dekat jam 11pm, barulah kitaorang ke gate pelepasan, dan tepat 1205am, kitaorang pun take off. yeayyyyyyyyyyyyyy.. Aku rasa, inilah kali pertama aku fly malam. seronok juga tapi tak berapa seronok sebab tak nampak pemandangan indah di luar. aku suka tengok awan kepukk kepukkk hehe. Apa yang seronok fly malam? Kita masuk flight terus boleh mentidooooo sampai pagi ZZZZzzzzzZZZ, bangun bangun je dah sampai di Perth, Australia yeayyyyyyyyyyyyyyyyy

rombongan kita ada 11orang dewasa dan 2 kanak-kanak wakkkkkkkk


 sebelum check in luggage, timbang dulu segala beg yang ada, jgn terlebih sudah HAHHAHAHA beg makanan kitaorang je dah 40kg muahhahahhaha ;p

 
 BABAI MALAYSIA gitueww  ;p

Perjalanan dari KL-Perth, amik masa dalam 5jam 30minit. . dalam flight kene isi borang declaration yek. Ni part paling penting, jangan amik remeh. isi betul betul, jangan tipu. sebab imigresen aussie tersangatlah ketat. aku paling takut ! So apa yg aku bawak, aku declare semua ya. apa makanan ko bawak? apa ubat ko bawak? rokok berapa kotak? semua wajib declare! Nak dijadikkan cerita, kitaorang ada buat table untuk semua benda yg kitaorang declare, senang nanti tunjuk je dekat imigresen tu haaaa. Korang dinasihatkan buat table makanan & ubatan (if korang ada bawak lah). Simple je table nyaaa. jap aku tepek pic hehe...

 isi borang declare , bawak pen sendiri masing masing yaaaa
allahu, cantiknyaaa sunriseeee dari atas ;) subhanallahhhh 

 List Table Makanan, korang buat list macam ni, mudah. nnti bila beg kene tahan, tunjuk aje list ni , okay? 
 List ubatan jugak
 walaupun kitaorang bawak makanan penuh satu beg, tapi aku tetap menjadi food hunter di Perth, rugi tak cuba local food diaorang kan? ;))

inilah dua beg merah yang penuh dengan makanan untuk 6hari di bumi Perth untuk 11orang kihkihkih


Setibanya di Airport Perth, urusan pasport simple je, tapi urusan luggage ni, dan seperti yang aku jangka, memang kitaorang kene tahan dan beg makanan diminta buka, seorang young lady officer belek satu satu makanan yg kitaorang bawak, kitaorang serah list table makanan yg yaya buat, dia baca dan mula check satu satu yang dia rasa pelik. hihi. Beras kene belek, sambal ikan bilis, susu dll............. Simple je imigresen ni benarnya, korang jangan bawak makanan yg korang seal sendiri, sila pastikan semua makanan berlabel dan yang baru sahaja (yg belum dibukak) so, memang lepas semuanya. dan satu beg luggage makanan kitaorang lepas untuk dibawak masuk ke Perth YEAYYYY, misi berjaya dan kami takkan berlapar di PERTH HAHAHHAHAHHAHAHHHA

touch down Perth pukul 530am tapi korang tengok laaa dah cerah kan? kat sana cerah awal, gelap pun awal. . 

Dan seperti yg diwar-warkan, akan ada anjing pengesan kan? tapi kami di Perth ni, takda pun anjing yg menghidu beg kitaorang. fuhh selamat. hehe. Untuk korang yang bawak ubat? sila declare dan nyatakan sebab, kalau boleh, sedia surat doktor , lagi strong if ada surat doctor kan ! dan juga perokok, setiap orang dibenarkan bawak masuk 2kotak rokok sahaja. semua ni korang kene declare dalam borang declaration korang, nanti akan ada officer yang akan tanya korang, jawab dengan tenang, insyaallah xde apa. semua rokok dan ubatan kitaorang pun lepas.. yeayyyyyyyyyyy ;))

Dalam trip kitaorang ni, ada dua perokok, laki aku dan adik yaya. Untuk trip selama 6hari ni, agak agak berapa rokok diaorang bawak? Memang aku syorkan korang yang mana merokok sila bawak rokok sendiri dari Malaysia, bukan apa, rokok dekat Aussie, mahal nak mateyyyyy!!! Marilah berjimat. Korang tahu kitaorang buat macam mana nak bagi jimat? Kan rombongan ada 11 orang dewasa kan? Setiap orang, kene pegang dua kotak rokok dan sila declare dalam borang declaration itu. . So takdalah berlebihan rokoknyaaaa. hihi.. dan tak memasal, mama yaya pun kene declare bawak kotak rokok HAHHAHAHAHHA such a sporting mama. kehkehkeh ;p



 tak tergambar perasaan legaa time ni. happy sangat!!!! 
sayang, bila nak repeat? windu !!
Yaya Satu Family ;)


Mila & Mcdee

Keluar sahaja dari pintu Arrival tu, belok kanan ada tempat menunggu ni. tapi kalau belok ke kiri, korang akan nampak deretan kedai. boleh je beli simkad dengan sana ok? Nama kedai OPTUS.


Settle semua urusan dalam jam 7am, kitaorang pun keluar dari airport, mula mencari bas yang akan bawak kitaorang ke hostel yang telah dibook. yee, kitaorang naik public transport sahaja. hehe jimat ;)) Ok, nak naik bas apakah? Macam ni route kitaorang ;)) perlu diingatkan, mungkin route dan bas kita berbeza sebab destinasi hostel yang dibook berlainan. okay? If korang, stay hostel Kangaroo Inn, Murray Street macam kitaorang, so korang boleh ikut route ini ya??

Airport Perth ke Perth CBD (Kangaroo Inn, Murray Street)
Naik Transperth Bus No.380 , tambang 4.70AUD/pax(adult), 1.90AUD(kids)
Tapi disebabkan kitaorang sampai pada hari Ahad (Weekend), kitaorang boleh BELI TIKET FAMILY RIDER (up to 7pax), so aku pun beli 2x FAMILY RIDER (2x12.90AUD)
- boleh refer SINI
Turun di ST Georges Tce Stand N (Before Barrack St)
Perjalanan dari Airport ke Perth CBD selama 1jam15minit
(Jadual transperth bus 380 leh tengok di
 https://www.transperth.wa.gov.au/timetables/details?Bus=380)   

yaaa, dari airport ke Perth CBD, kitaorang naik bas sahajaaaaa. walaupun nama naik bas, tapi tambang rm12 ok!!!! gilossss mahal nak mamposs TAPI inilah alternatif paling murahhh hikhik.... korang jangan risau if nak bawak baby/stroller naik bas di Perth, sebabnya public transport dia sangat lahhhhhh friendly baby. ada ramp, dont worry. driver bas sangatlah baik hati walaupun garang nak mampos HAHHAHAHHHA.. korang jangan terhegeh hegeh nak naik bas tu ye, kompem kene marahhh. kene cepat dan pantas!! 


Tipsnya, korang buat macam aku, sila print jadual bas ini dan print, ke hulur ke hilir la tengok maps jadual bas supaya korang tak termiss bustop ok? Make sure korang tahu mana korang nak turun? study awal awal.. Macam aku, aku dah print maps bas, dan tahu nk turun bustop yang mana, cuma tak tahu selepas turun nak ke arah mana? HAHHAHAHHA, sila on GPS memasing kihkih. sesat juga lahhhh nak ke Kangaroo Inn ni, dengan beg beratnyaaa kofkofkofff... barulahh travel!!!! ;p jap aku lukis cara perjalanan dari bustop ke hostel kitaorang bagi memudahkan korang cari ya? jap naaaa...


yang laluan merah tu adalah laluan kita kene jalan. nampak dekat kan? senang je. tapi boleh tahan penat sbb jalan menaik bukit hihihihi
Okay macam ni nak ke Kangaroo Inn
Dari Airport Perth, korang akan naik Transperth Bus No.380 dan turun di ST Georges Tce Stand N (Before Barrack St) . Lepas tu, korang jalan terus sampai depan mata korang nampak CITIBANK. Sila lintas jalan untuk ke CITIBANK itu. Selepas itu, korang lintas jalan lagi untuk pergi ke jalan sebelah sana. Dan korang just jalan terus macam menaik bukit sikit... Jalan terus sampai korang jumpa Kedai 7E sebelah kiri, dan sila lintas jalan lagi dan jalan terus lagi.. korang akan jumpa lampu isyarat dan sila lah lintas jalan ke kanan, jalan terus dan Kangaroo Inn akan sebelah kanan korang.

Paham tak? tak paham xpelah HAHAHHAHA, korang just google maps je nanti okay? 5minit dah sampai daaa, simple je. tapi sebelum tahu jalan tu memang akan sesat barat sikit HAHHAHAHA


Okay, next entry aku cerita pasal Hostel Kangaroo Inn ya?


Kira kira ke Perth dua orang, 29/10/2017 - 03/11/2017
Tiket Bas Sehala dari TBS ke KLIA, RM11 = RM22
Sewa Wifi Samurai di KLIA2 = RM140 (sewa wifi) + RM28 (charge tambahan salah tarikh) ;
= RM168
Dinner MCD = RM25.60
Tiket Transperth Bus dari Airport ke Perth CBD, FAMILY RIDER 12.90 (7pax) (convert to RM42.96/7pax = RM6.14x2pax ; RM12.30)

Total RM227.90
Read More ->>
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page