Rezeki tu memang suka datang tak diduga kan? Kadang yang kita tunggu, lama benor dia nak datang, yang tak disangka sangka pulak yang cepat datangnyaaa.. ALLAHu, tapi aku tetap syukur. Masih ada rezeki untuk ku. hehe. Syukran YA ALLAH. . Kenapa eh? Oh ya, ni aku nak share lah ni. Aku kan tak suka masuk contest tau. Sebab tak pernah nak lucky pun.
Nak dijadikkan cerita, kitaorang memang shopping barang dapur dekat Aeon Big Bandar Tun Hussin Onn, dah itu yang paling dekat kan? So setiap kali beli barang dekat situ, mesti aku akan hulur memberkad oren Aeon Big tu, nak collect point kan... aku suka redeem point tukar kepada cash masa bayar dekat kaunter tu. So automatik, dia akan tolak berapa ringgit aku redeem dekat bils aku tuh. Jimat jugaaa.. sapa nak bagi kannnnn?
ni lahh member card Aeon Big. buruk dah kad aku haha
Nak dijadikkan cerita, aku perasaan ada satu contest "Big Thank You Contest : 5th Anniversary Aeon Big".. Cara masuk mudah sahaja, shopping lah kita di Aeon Big, dalam tempoh anniversary dan jangan lupa masa nak bayar tu, bagi sekali membercard Aeon Big tu kat cashier, selain dapat point, dapat juga masuk contest, mana tahu menang kan? Aku suka tengok hadiah GRAND PRIZE dia, Toyoto Vios weii. Bapak bestt kalau dapat tu kan??
Pastu dah lama sangat, aku pun lupa lah pasal contest ni. Sampai la 30/04/2018, ada seorang kakak d FB yang dikenali dengan nama Raja Nor Azura, akak ni pm aku di FB, dia say TAHNIAH sebab nama hubby naik menang contest dan dapat IPHONE !!!!!! Aku macam tak percayaaa? Sebabnya hubby aku tak da pulak cakap apa apa pun????? Masa tu pulak, hubby aku outstation seminggu, aku tak dapat nak contact dia sangat. So masa dah balik dari outstation tu, dia cerita lah, memang seawal bulan Februari 2018, dia ada terima call dari pihak Aeon Big cakap dia menang Iphone. Tapi dia tak percaya, dia ingat scam HAHHAHAHHAHAHHAHAHHA so dia abaikan pihak Aeon Big yang call dan beberapa email yang pihak Aeon Big hantar pada dia. grrrrrrrrrrrrrrrr
budak tak percaya . katanya scam. HAHHAHAHHAHA
Yela betul jugak, zaman sekarang susah nak percaya orang kan? dah merata orang kene scam. aku sendiri pernah kene scam hukhuhukkkk.. So selepas berhubung balik semula dengan pihak Aeon Big, kitaorang masih boleh pergi collect hadiah iphone tu . Selamat cepat ok!! Sebabnya lagi seminggu kalau kitaorang tak collect hadiah ni, pihak Aeon Big akan serah pada orang lain pulak. Allahu laki akuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu grrrrrrrrrrrrrrrrrrrr... HAHHAHAHHAHA Aku tak tahu nak marah ke, nak gelak ke, nak sedih ke , kihkihkih. nak marah sebabnya hubby tak bercerita langsung dengan aku!!!!!! tapi dalam masa yang sama, nak gembira sebabnyaa dapat phone baru !! kihkihkih
Syukur . dalam ramai ramai orang, nama hubby termasuk dalam 2nd PRIZE - Iphone 8 Plus bernilai RM4,149.00
Ada orang tanya, kenapa mesti nama laki aku? Haaaa memang dari dulu lagi, aku daftarkan nama laki aku untuk kad ahli Aeon Big. Kenapa? Saja. Lagipun nama laki aku ni bertuah sikit. dah la unik. haha. suka suka je aku fikir macam tu? Tapi nescaya betul jangkaan aku, selama 8 tahun aku duduk area Bandar Tun Hussin Onn, ini lah kali pertama kitaorang menang contest. wow ! Walaupun bukan dapat hadiah grand, dapat Iphone ni pun aku dah syukur sangattttt....
Mulanya ingat nak jual je hadiah iphone ni kan, sebabnya aku sendiri pun pakai iphone 6s plus, hadiah ni iphone 8 plus, tapi bila fikir balik, rugi laaa tak pakai latest version , percuma pulak tu. iphone lama aku tak jual, aku simpan as back up if hp aku or hubby rosak nanti. Lagipun, iphone lama aku beli duit sendiri (aku pernah update entry dekat sini). sayang rasanyaaaa hehe , tak sampai dua tahun aku pakai. heeeee
Welcome Iphone 8 Plus , 26Mei2018
Read More ->>