Sunday, May 20, 2018

Resepi Ikan Salmon Goreng Berlada Paling Senang dan Cepat

Hari ni kita nak share resepi Ikan Salmon Goreng Berlado. Alahhh mesti korang semua dah tahu nak masak macam mana kan? entry ni khas untuk mereka yang tak tahu tau. Korang yang dah tau duduk sana diam diam kihkihkih ;p

Resepi Ikan Salmon Goreng Berlada Paling Senang dan Cepat



Bahan-bahan;
1) Bawang merah, putih, halia, cili padi (lebihkan if nak pedas), cili merah hidup - tumbuk/blend kasar
2) Ikan salmon
3) Asam jawa sikit


 Ikan salmon. kat rumah ada dua ketul je tinggal. so sorang satu jek HAHHAHAHHAHA
Bahan bahan lain
Blend kasar yek....


Cara-cara:
1) Ikan salmon digaul dengan kunyit dan goreng terlebih dahulu. siap goreng ketepikan dulu
2) Tumis semua bahan yang telah diblend kasar tadi dengan minyak gorengan ikan tadi dan masukkan garam dan asam jawa sedikit . Kalau korang nak ada kuah, masukkan air sikit. Tapi aku suka goreng berlada kering jek. sedap dimakan dengan nasi panas hehe
3) Kacau sebati sampai bahan tumisan berlada masak. Bila dah masak, tutup api dan curahkan bahan tumisan berlada tu ke ikan salmon tadi. Aku suka cara ini. Tapi korang still boleh masukkan ikan salmon dan kacau sebati dengan bahan tumisan di dalam kuali. Tak de masalah. Mana mana je sama. hehe

 Tumis bahan yang diblend tadi. Masukkan asam jawa sikit. Kacau sampai masakkkkk. 
yeayyyyyyyyyy dah siap! allahu senang sangat resepii ni . tutup mata dah siap kihkih
Inilah Resepi Ikan Salmon Goreng Berlada Paling Senang dan Cepat versi idabaharum hikhik


SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT BERPUASA korang semuaaa ;))

2 comments:

  1. sedap pulak nengoknya huhuuu

    ReplyDelete
  2. Haritu pergi nz beli salmon kononnya nak rasa yg fresh.. last2 xtau nak masak apa.. bakar kosong ja..

    ReplyDelete

Kalau suka, komen la...
S AY A N G uolss !!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2015 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in | Top of Page